2010–2019
Oleh Kerana Itu Mereka Mendiamkan Rasa Takut Mereka
April 2015


16:21

Oleh Kerana Itu Mereka Mendiamkan Rasa Takut Mereka

Tidak seperti ketakutan duniawi yang mencipta cemas dan risau, ketakutan kepada Tuhan adalah satu sumber keamanan, keselamatan, dan keyakinan.

Saya mengingat dengan jelas satu pengalaman sewaktu saya seorang budak yang muda. Pada satu hari ketika bermain dengan kawan-kawan saya, saya secara tidak sengaja memecahkan tingkap di kedai tidak jauh dari rumah kami. Apabila kaca berkecai-kecai dan penggera keselamatan berbunyi, rasa takut yang melumpuhkan mengisi hati dan minda saya. Saya menyedari dengan segera bahawa saya pasti akan menghabiskan hidup saya di penjara. Ibu bapa saya akhirnya meyakinkan saya keluar dari tempat persembunyian di bawah katil saya dan membantu saya mendamaikan kesalahan saya dengan pemilik kedai. Nasib baik, saya tidak perlu pergi ke penjara.

Ketakutan yang saya rasa pada hari itu sangat kuat dan betul-betul wujud. Anda pastinya telah mengalami perasaan takut yang jauh lebih besar setelah mendapat tahu mengenai masalah kesihatan peribadi, menyedari bahawa seorang ahli keluarga mengalami kesusahan atau kebahayaan, atau menyaksikan peristiwa dunia yang membimbangkan. Pada masa-masa begini, emosi ketakutan muncul kerana ada ancaman kebahayaan, ketidakpastian, atau kepedihan dan melalui pengalaman-pengalaman yang tidak dijangka, kadang-kadang secara tiba-tiba, dan besar kemungkinan akan membawa kesudahan yang negatif.

Dalam kehidupan harian kita, laporan-laporan yang berterusan mengenai keganasan jenayah, kebuluran, peperangan, kekurangan moral-moral, penyakit, dan kuasa alam yang memusnahkan boleh menyebabkan ketakutan dan kebimbangan. Pastinya kita hidup dalam zaman yang diberitahu sebelumnya oleh Tuhan: ”Dan pada hari itu … seluruh bumi akan berada dalam kegemparan, dan manusia akan hilang keberaniannya” (A&P 45:26).

Tujuan saya ialah untuk menerangkan bagaimana ketakutan disingkirkan melalui pengetahuan yang betul tentang dan iman kepada Tuhan Yesus Kristus. Saya doa bersungguh-sungguh agar Roh Kudus akan memberkati setiap kita ketika kita bersama-sama memikirkan topik yang penting ini.

Ketakutan Akan Hidup Yang Fana

Bila mendengar suara Tuhan setelah makan buah terlarang, Adam dan Hawa menyembunyikan diri mereka di Taman Eden. Tuhan memanggil Adam dan bertanya, ”Di manakah kamu? Dan [Adam menjawab], aku mendengar suara-Mu … , dan aku menjadi takut” (Kejadian 3:9–10). Salah satu kesan pertama Kejatuhan adalah untuk Adam dan Hawa mengalami rasa takut. Emosi yang kuat ini merupakan bahagian penting dalam kewujudan fana kita.

Satu contoh dari Kitab Mormon mengajar tentang kuasa yang datang dari mempunyai pengetahuan mengenai Tuhan (lihat 2 Petrus 1:2–8; Alma 23:5–6) untuk menyingkirkan ketakutan dan memberi ketenangan bahkan bila kita menghadapi kesukaran yang besar.

Di negara Helam, para pengikut Alma ditakuti oleh tentera Laman yang sedang mendekat.

”Tetapi Alma mara dan berdiri di kalangan mereka, dan mendorong mereka bahawa mereka hendaknya tidak ketakutan, tetapi … hendaknya mengingat Tuhan Raja mereka dan Dia akan membebaskan mereka.

“Oleh kerana itu mereka mendiamkan rasa takut mereka” (Mosia 23:27–28).

Alma tidak mendiamkan rasa takut orang-orang itu. Melainkan, Alma menasihati orang yang percaya untuk mengingat Tuhan dan kebebasan yang hanya Dia dapat memberikan (lihat 2 Nefi 2:8). Dan pengetahuan penjagaan perlindungan Juruselamat membolehkan orang untuk mendiamkan rasa takut mereka sendiri.

Pengetahuan yang betul tentang dan iman kepada Tuhan memberikan kuasa kepada kita untuk mendiamkan rasa takut kita kerana Yesus Kristus ialah satu-satunya sumber kedamaian yang bertahan. Dia mengisytiharkan, ”Belajarlah dari Aku dan dengarlah firman-Ku, berbuatlah dalam kelembutan hati Roh-Ku dan kamu akan memperoleh damai di dalam Aku” (A&P 19:23).

Sang Tuan juga menjelaskan, ”Dia yang melakukan pekerjaan kebenaran akan menerima upahnya, bahkan damai di bumi ini dan hidup yang kekal di dunia yang akan datang” (A&P 59:23).

Kepercayaan dan keyakinan pada Kristus dan pergantungan yang rela pada jasa, belas kasihan, dan rahmat-Nya membawa harapan melalui Korban Tebusan-Nya dalam Kebangkitan dan kehidupan abadi (lihat Moroni 7:41). Iman dan harapan yang begitu menjemput ke dalam kehidupan kita ketenangan suara hati yang manis yang kita semua ingin. Kuasa Korban Tebusan memungkinkan pertaubatan dan menenangkan kesengsaraan yang disebabkan oleh dosa; kita juga diperkukuh bila kita melihat, berbuat, dan menjadi baik dalam cara yang kita tidak dapat mengenali atau mencapai dengan kebolehan terhad kita yang fana. Sungguhnya salah satu berkat besar dari menjadi pengikut yang rajin adalah ”damai sejahtera Tuhan, yang melampaui segala akal” (Filipi 4:7).

Kedamaian yang diberikan Kristus membiarkan kita memandang hidup yang fana melalui pandangan keabadian dan memberikan keteguhan rohani (lihat Kolose 1:23) yang menolong kita mengekalkan perhatian pada destinasi syurgawi kita. Jadi, kita dapat diberkati untuk mendiamkan rasa takut kita kerana ajaran-Nya memberi tujuan dan arahan dalam semua bahagian hidup kita. Tatacara-tatacara dan perjanjian-perjanjian-Nya memperkukuh dan menolong baik pada masa yang baik mahupun pada masa yang buruk. Dan wewenang imamat-Nya memberi kepastian bahawa hal-hal yang terpenting dapat bertahan dalam masa dan dalam keabadian.

Tetapi adakah kita dapat mendiamkan rasa takut yang menyusahkan kita dengan begitu senang di dunia kita yang moden? Jawaban untuk soalan ini adalah ya. Adanya tiga asas yang penting untuk menerima berkat ini dalam hidup kita: (1) memandang kepada Kristus, (2) membina di atas dasar Kristus, dan (3) maju terus dengan iman kepada Kristus.

Memandang kepada Kristus

Nasihat yang Alma memberi kepada anaknya Helaman boleh digunakan dengan tepat oleh kita hari ini: ”Ya, pastikanlah bahawa kamu memandang kepada Tuhan dan hidup” (Alma 37:47). Kita patut memandang kepada dan memberikan perhatian dengan teguh pada Juruselamat sentiasa dan di mana-mana tempat.

Ingatlah bagaimana Rasul-Rasul Tuhan berada di kapal, di laut yang bergelora. Yesus pergi ke mereka, berjalan di atas air; tetapi mereka tidak mengenali Dia, dan mereka berseru dalam ketakutan.

”Yesus berkata kepada mereka, Tenanglah; Aku ini; jangan takut.

”Lalu Petrus berseru dan menjawab Dia, Tuhan, jika Engkau itu, suruhlah aku datang kepada-Mu berjalan di atas air.

”Kata Yesus, Datanglah” (Matius 14:27–29).

Lalu Petrus berjalan di atas air kepada Yesus.

“Tetapi bila dia melihat angin yang kuat, dia rasa takut, bermula tenggelam, dan berseru, ”Tuhan, tolonglah aku.

”Dan segera Yesus mengulurkan tangan-Nya, memegang dia dan berkata, Hai orang yang kurang percaya, mengapa kamu bimbang?” (Matius 14:30–31).

Saya membayangkan Petrus menjawab dengan sungguh dan segera kepada jemputan Juruselamat. Dengan matanya memandang Yesus, dia keluar kapal dan berjalan di atas air. Bila pandangannya terganggu oleh angin dan ombak dia menjadi takut dan bermula tenggelam.

Kita dapat diberkati untuk mengatasi rasa takut kita dan memperkukuh iman kita ketika kita mengikut arahan Tuhan: ”Pandanglah Aku dalam setiap pemikiran; jangan ragu, jangan takut” (A&P 6:36).

Membina di atas Dasar Kristus

Helaman menasihati anak-anaknya Nefi dan Lehi, ”Ingatlah, ingatlah bahawa adalah di atas batu Penebus kita, iaitu Kristus, Putera Tuhan, bahawa kamu mesti membina landasanmu; agar ketika iblis akan menghantarkan anginnya yang kuat, ya, panahan petirnya dalam puting beliung, ya, ketika semua hujan batunya dan badainya yang kuat akan melanda ke atas dirimu, ia tidak akan berkuasa ke atas dirimu untuk menyeretmu turun ke dalam jurang kegetiran dan kecelakaan tanpa akhir, kerana di atas batu yang kamu dibangunkan, yang merupakan suatu landasan yang kukuh, landasan yang mana jika manusia dibangunkan di atasnya mereka tidak dapat jatuh” (Helaman 5:12).

Tatacara-tatacara dan perjanjian-perjanjian merupakan bahan-bahan pembinaan yang kita menggunakan untuk membina kehidupan kita di atas dasar Kristus dan Korban Tebusan-Nya. Kita berkait rapat dengan Juruselamat bila kita menerima tatacara-tatacara dan masuk perjanjian-perjanjian dengan layak, mengingat dan menghormati komitmen-komitmen yang kudus itu dengan setia, dan melakukan sedaya upaya kita untuk hidup menurut kewajiban-kewajiban yang kita telah menerima. Dan ikatan itu ialah sumber kekuatan dan kestabilan rohani dalam setiap keadaan dalam hidup kita.

Kita dapat diberkati untuk mendiamkan rasa takut kita bila kita mendirikan dengan teguh keinginan dan perbuatan kita di atas dasar pasti Juruselamat melalui tatacara-tatacara dan perjanjian-perjanjian.

Maju Terus dengan Iman kepada Kristus

Nefi mengisytiharkan: ”Oleh kerana itu, kamu mesti maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus, memiliki kecerahan harapan yang sempurna, dan kasih bagi Tuhan dan bagi semua manusia. Oleh kerana itu, jika kamu akan maju terus, berjamu dengan firman Kristus, dan bertahan sampai akhir, lihatlah, demikian firman Bapa: Kamu akan memperoleh kehidupan abadi” (2 Nefi 31:20).

Ketahanan berdisiplin yang dijelaskan dalam ayat ini ialah hasil kefahaman dan pandangan rohani, ketabahan, kesabaran, dan rahmat Tuhan. Beriman kepada nama kudus Yesus Kristus, mengikuti dengan lembut hati kehendak-Nya dan masa-Nya dalam hidup kita, dan dengan rendah hati mengakui tangan-Nya dalam semua hal menghasilkan hal-hal kedamaian kerajaan Tuhan yang membawa kebahagiaan dan kehidupan abadi (lihat A&P 42:61). Bahkan bila kita menghadapi kesukaran dan ketidakpastian yang akan datang, kita dapat tabah dengan ceria dan ”hidup tenang dalam semua kesolehan dan kejujuran” (1 Timotius 2:2).

Kita dapat diberkati untuk mendiamkan rasa takut kita bila kita menerima kekuatan yang datang dari belajar dan mematuhi asas-asas injil dan maju terus dengan bertekad di jalan perjanjian.

Ketakutan pada Tuhan

Yang lain daripada tetapi yang berkaitan dengan rasa takut yang kita seringkali mengalami adalah diterangkan dalam tulisan suci sebagai ”ketakutan ketuhanan” (Ibrani 12:28) atau ”ketakutan pada Tuhan” (Ayub 28:28; Amsal 16:6; Yesaya 11:2–3). Bukan seperti ketakutan duniawi yang membuat penggera dan kebimbangan, ketakutan ketuhanan ialah sumber kedamaian, kepastian, dan keyakinan.

Tetapi bagaimana sesuatu yang berkaitan dengan ketakutan boleh memperkukuh atau menolong secara rohani?

Ketakutan yang soleh yang saya sedang cuba menjelaskan berisi perasaan takzim, hormat, dan kagum yang mendalam untuk Tuhan Yesus Kristus (lihat Mazmur 33:8; 96:4), kepatuhan kepada perintah-perintah-Nya (lihat Ulangan 5:29; 8:6; 10:12; 13:4; Mazmur 112:1), dan penuh harapan akan Penghakiman Akhir dan keadilan pada tangan-Nya. Jadi, ketakutan ketuhanan berkembang dari kefahaman yang betul mengenai watak ketuhanan dan misi Tuhan Yesus Kristus, kerelaan memberikan kehendak kita kepada kehendak Dia, dan pengetahuan bahawa setiap lelaki dan perempuan akan bertanggungjawab atas dosa-dosanya sendiri pada Hari Penghakiman (lihat A&P 101:78; Fasal-Fasal Kepercayaan 1:2).

Ayat-ayat suci mengajar, ketakutan ketuhanan ”adalah permulaan pengetahuan” (Amsal 1:7), “arahan kebijaksanaan ” (Amsal 15:33), “keyakinan besar” (Amsal 14:26), dan “suatu sumber kehidupan” (Amsal 14:27).

Ketakutan ketuhanan adalah berkaitan dan tidak tercerai dengan kefahaman Penghakiman Akhir dan tanggungjawab kita sendiri untuk keinginan, fikiran, kata, dan tindakan kita (lihat Mosia 4:30). Ketakutan pada Tuhan bukanlah kebimbangan tentang kemasukan ke dalam hadirat-Nya untuk dihakimi. Saya tidak percaya kita akan berketakutan kerana Dia. Tetapi, adalah fikiran bahawa kita akan berada di hadirat-Nya menghadapi hal-hal sebagaimana ianya wujud pada hakikatnya mengenai diri kita sendiri dan mempunyai ”pengetahuan yang sempurna” (2 Nefi 9:14; lihat Alma 11:43) mengenai semua rasionalisasi, perbuatan hipokrit, dan penipuan diri kita. Akhirnya, kita akan ditinggalkan tanpa alasan.

Setiap orang yang pernah hidup atau yang akan hidup di bumi ”akan dibawa untuk berdiri di hadapan susur penghakiman Tuhan, untuk dihakimi oleh-Nya menurut kerja-kerja mereka sama ada ia adalah baik atau sama ada ia adalah jahat” (Mosia 16:10). Jika kita telah mempunyai keinginan kesolehan dan telah berbuat tindakan yang baik, susur penghakiman akan menyenangkan (lihat Yakub 6:13; Enos 1:27; Moroni 10:34). Dan pada hari terakhir kita akan ”diberi pahala kesolehan” (Alma 41:6).

Namun demikian, jika kita telah mempunyai keinginan yang jahat dan telah berbuat jahat, susur penghakiman akan menyebabkan kita sangat berketakutan. ”Kita tidak akan berani memandang kepada Tuhan kita; dan kita akan jadi gembira jika kita dapat memerintahkan batu-batan dan gunung untuk jatuh ke atas diri kita untuk menyembunyikan kita daripada hadirat-Nya” (Alma 12:14). Dan pada hari terakhir kita akan ”memperoleh imbalan [kita] akan kejahatan” (Alma 41:5).

Seperti yang diringkaskan di Pengkhutbah:

“Takutlah akan Tuhan, dan berpeganglah pada perintah-perintah-Nya, kerana ini adalah kewajiban setiap orang.

“Kerana Tuhan akan membawa setiap perbuatan ke panghakiman yang berlaku atas segala sesuatu yang tersembunyi, sama ada ia baik, atau sama ada ia jahat” (Pengkhutbah 12:13–14).

Saudara dan saudari terkasih, ketakutan pada Tuhan menyingkirkan rasa takut pada kehidupan fana. Ia bahkan menguasai kerisauan besar bahawa kita tidak akan pernah menjadi cukup baik secara rohani dan tidak akan pernah memenuhi syarat-syarat dan harapan-harapan Tuhan. Sebenarnya, kita tidak dapat menjadi cukup baik atau memenuhi apa-apa jika kita hanya bergantung pada kebolehan dan perbuatan kita sendiri. Tindakan dan keinginan kita dan bukanlah satu-satunya perkara yang menyelamatkan kita. ”Setelah kita melaksanakan sebaik yang mampu” (2 Nefi 25:23), kita dibuat lengkap hanya melalui belas kasihan dan rahmat yang ada melalui korban penebusan Juruselamat yang abadi dan yang tidak terakhir (lihat Alma 34:10, 14). Pastinya, ”kita percaya bahawa melalui Korban Tebusan Kristus, semua manusia dapat diselamatkan, oleh kepatuhan kepada undang-undang dan tatacara-tatacara injil” (Fasal-Fasal Kepercayaan 1:3).

Ketakutan pada Tuhan adalah mengasihi dan mempercayai Dia. Ketika kita takut pada Tuhan dengan lebih lengkap, kita mengasihi Dia dengan lebih sempurna. Dan ”kasih yang sempurna menyingkirkan segala ketakutan” (Moroni 8:16). Saya berjanji cahaya terang ketakutan ketuhanan akan menghalau ketakutan kehidupan fana (lihat A&P 50:25) bila kita memandang kepada Juruselamat, membina di atas Dia sebagai dasar kita, dan maju terus di jalan perjanjian-Nya dengan tekad yang suci.

Kesaksian dan Janji

Saya mengasihi dan menghormati Tuhan. Kuasa dan kedamaian-Nya wujud. Dia adalah Penebus kita, dan saya bersaksi bahawa Dia hidup. Dan kerana Dia, kita tidak perlu berasa bimbang atau takut (lihat Yohanes 14:27), dan kita akan diberkati untuk mendiamkan rasa takut kita. Saya bersaksi demikian dalam nama kudus Tuhan Yesus Kristus, amin.