Engkau Memerintah di Bumi
Menampak dan mempercayai mukjizat Tuhan dalam penubuhan kerajaan-Nya di bumi boleh menolong kita nampak dan percaya bahawa tangan Tuhan wujud dalam kehidupan kita juga.
Semasa kita nyanyi, saya fikir tentang beribu, mahupun berjuta Orang Suci dalam lebih dari 150 negara, dalam 75 bahasa,1 pada saat ini, kita mengangkat suara kepada Tuhan dengan menyanyikan:
Datang, Maharaja
La - ma ka - mi tung - gu,
Da - tang de - ngan kua - sa,
Be - bas - kan u - mat - Mu.2
“Datang, Maharaja!” 3Kita sebahagian keluarga orang yang percaya, pengikut Tuhan Yesus Kristus.
Kita telah angkat ke atas diri nama-Nya, dan setiap minggu apabila kita mengambil sakramen, kita berjanji bahawa kita akan mengingati Dia dan mematuhi perintah-Nya. Kita jauh dari sempurna, tetapi kita tidak kasual dalam iman kita. Kita percaya kepada Dia. Kita menyembah Dia. Kita mengikuti Dia. Kita menyayangi Dia. Kerja-Nya adalah kerja yang paling agung dalam dunia.
Saudara saudari, kita hidup pada zaman sebelum Kedatangan Kedua Tuhan, yang sudah lama ditunggu oleh orang yang percaya. Kita hidup dalam zaman peperangan dan desas-desus berkenaan peperangan, zaman bencana alam, zaman di mana dunia ini penuh dengan kekeliruan dan kekecohan.
Tetapi kita juga hidup dalam zaman Pemulihan yang agung, di mana Injil dibawa ke seluruh dunia—suatu masa yang Tuhan janji bahawa Dia “mengangkat … suatu umat yang murni,”4 dan Dia senjata mereka dengan “kesolehan dan dengan kuasa Tuhan .”5
Kita bergembira hari ini dan berdoa supaya kita boleh menemui cabaran dan ketidakpastian kita dengan berani. Ada kesusahan yang lebih bercabar dari kesusahan lain, tetapi tidak ada sesiapa pun yang kebal daripada kesusahan. Elder Neal A. Maxwell kata kepada saya, “Jika segala adalah sempurna bagi kamu sekarang, tunggulah.”
Walaupun Tuhan menjamin kita bahawa kita “tidak perlu takut,” 6 menjaga satu perspektif jelas dan memandang lebih dari kefanaan sahaja bukan perkara yang senang apabila kita di tengah-tengah cabaran.
Presiden Thomas S. Monson mengajar saya satu pengajaran yang penting tentang menjaga pandangan abadi.
Lapan belas tahun dahulu semasa mengunjungi Switzerland dalam kereta api bersama Presiden Monson, saya tanya Dia tentang tanggungjawabnya yang besar. Balasannya memperkukuhkan iman saya. “Dalam presidensi utama,” dia kata. “Kami berusaha sedaya upaya untuk menggerakkan kerja ini. Tetapi ini kerja Tuhan dan Dia mengarah kerja ini. Dia mengawal kerja ini. Kita berasa kagum apabila kita nampak Dia membuka peluang yang tidak boleh kita buka dan menjalankan mukjizat yang tidak tidak boleh kita lakukan.”7
Saudara saudari, menampak dan mempercayai mukjizat Tuhan dalam penubuhan kerajaan-Nya di bumi boleh menolong kita nampak dan percaya bahawa tangan Tuhan wujud dalam kehidupan kita juga.
Tuhan mengisytiharkan, “Aku sanggup untuk melakukan pekerjaan-Ku sendiri.”8 Kita masing-masing cuba untuk melakukan bahagian kita, tetapi Dialah pencipta teragung. Di bawah arahan Bapa-Nya, dia ciptakan dunia ini. “Segala dicipta oleh Dia; dan tidak ada sesuatu pun yang dicipta tanpa Dia.”9 Apabila kita terbangun dan berjaga-jaga secara rohani, kita nampak tangan-Nya di seluruh dunia dan dalam kehidupan peribadi kita.
Biarlah saya kongsikan satu contoh.
Pada tahun 1831, dengan hanya 600 orang ahli Gereja, Tuhan mengisytiharkan, “Kunci-kunci kerajaan Tuhan dipercayakan kepada manusia di atas bumi, dan dari sana Injil akan bergulir ke hujung-hujung bumi, bagaikan batu yang terpenggal dari gunung tanpa perbuatan tangan akan bergulir, sampai telah memenuhi bumi.”10
Nabi Nefi meramal bahawa pada hari ini akan hanya ada “beberapa” orang ahli Gereja sahaja berbanding dengan populasi bumi ini tetapi mereka akan “berada di atas seluruh permukaan dunia.”11
Tiga contoh tangan Tuhan dalam penubuhan kerajaan-Nya ialah bait suci yang diumumkan hari ini oleh Presiden Monson. Hanya beberapa dekad dahulu, siapa boleh gambarkan bait suci di Haiti, Thailand, dan Ivory Coast?
Lokasi bait suci bukan satu keputusan kesenangan geografi. Ia datang kerana wahyu dari Tuhan kepada nabi-Nya, menunjukkan satu kerja yang harus dicapai, dan mengakui kesolehan Orang Suci yang akan menghargai dan menjaga bait suci-Nya buat banyak generasi.12
Isteri saya, Kathy, dan saya mengunjungi Haiti dua tahun lalu. Di atas gunung yang menghadap Port-au-Prince, kami menyertai Orang Suci Haiti memperingatkan dedikasi negara itu oleh Elder Thomas S. Monson hanya 30 tahun sebelum itu. Kita tidak dapat lupakan gempar bumi pada tahun 2010. Gereja pada pulau ini terus berkembang dan diperkukuhkan kerana para ahli yang beriman dan pasukan mubaligh berani di mana kebanyakan mereka ialah orang Haiti. Iman saya bertambah apabila saya menggambarkan para Orang Suci Tuhan yang soleh, berpakaian putih, berkuasa untuk mengarah dan melaksanakan tatacara kudus dalam rumah Tuhan.
Siapa dapat fikir satu rumah Tuhan di Bangkok? Orang Kristian hanya berjumlah satu peratus dalam Thailand, di mana kebanyakan orang ialah penganut agama Buddha. Seperti Haiti, dan juga Bangkok, Tuhan kumpulkan umat pilihan pada bumi. Beberapa bulan lalu, kami bertemu dengan Sahit dan Juthamas Kaivaivatana serta anak-anak mereka. Sathit menyertai Gereja apabila dia berusia 17 tahun dan melayan satu misi di negaranya. Kemudian dia mengenali Juthamas dalam institut, dan mereka dimeteraikan dalam Bait Suci Manila. Pada tahun 1993, keluarga Kaivaivatana dilanggar oleh satu lori kerana pemandu itu jatuh tidur, dan Sathit menjadi lumpuh di bawah dadanya. Iman mereka tidak goyah. Sathit seorang cikgu yang dihormati di Sekolah International di Bangkok. Dia melayan sebagai presiden pancang di Pancang Utara Bangkok Thailand. Kita nampak mukjizat Tuhan adalah dalam kerja-Nya dan dalam kehidupan peribadi kita.
Kita mesti sebut nama dua pasangan apabila kita mencerita tentang mukjizat Gereja di Ivory Coast: Philippe dan Annelies Assard serta Lucien dan Agathe Affoue. Mereka menyertai Gereja pada masa muda, satu pasangan di Jermani dan satu lagi di Perancis. Pada tahun 1980-an, Philippe dan Lucien berasa mereka harus kembali ke negara asli mereka untuk membina kerajaan Tuhan. Bagi Sister Assard, seorang rakyat Jermani, untuk meninggalkan keluarganya, dan membenarkan Brother Assard untuk meninggalkan kerjanya sebagai seorang jurutera jentera. Perkara ini memerlukan iman yang luar biasa. Dua pasangan ini bertemu buat kali pertama di Ivory Coast dan mulakan satu Sekolah Hari Ahad. Itu berlaku 30 tahun lalu. Sekarang ada lapan pancang dan 27,000 ahli di negara Afrika ini. Keluarga Affoue terus melayan, dan keluarga Assard juga, baru pulang dari melayani satu misi di Bait Suci Accra Ghana.
Bolehkah awah nampak tangan Tuhan untuk memajukan kerja-Nya? Bolehkan kamu nampak tangan Tuhan dalam kehidupan para mubaligh di Haiti atau kehidupan Kaivaivatanas di Thailand? Bolehkah kamu nampak tangan Tuhan dalam kehidupan keluarga Assard dan Affoue? Bolehkah kamu nampak tangan Tuhan dalam kehidupan kamu?
“Dan tidak dalam apa pun manusia bersalah terhadap Tuhan … kecuali mereka yang tidak mengakui tangan-Nya dalam segala sesuatu.”13
Mukjizat Tuhan tidak hanya berlaku di Haiti, Thailand, atau Ivory Coast. Lihat sekeliling kamu.14 “Tuhan mengambil berat terhadap setiap bangsa ; … ya, Dia menghitung umat-Nya, dan … belas kasihan-Nya berada di atas seluruh bumi.”15
Kadang-kala kita boleh nampak tangan Tuhan dalam kehidupan orang lain tetapi tanya, “Bagaimana dapat saya boleh nampak tangan-Nya dalam hidup saya?”
Juruselamat berfirman:
“Tidak ragu-ragu.”16
Jangan takut.”17
“Tidak seekor [burung pipit] pun jatuh ke tanah tanpa [pengetahuan] Bapa kamu. …
“Janganlah takut! … kamu lebih berharga daripada banyak burung pipit.”18
Ingat lelaki yang cuba merayu kepada nabi Elisa apabila mereka dikelilingi oleh musuh: “Malanglah kita, … Apakah yang harus kita lakukan?”19
Elisa jawab:
“Janganlah takut, …Yang di pihak kita lebih banyak daripada yang di pihak mereka.
“Dan Elisa berdoa, ‘Ya Tuhan, celikkanlah mata hambaku ini supaya dia dapat melihat!” Tuhan mengabulkan doanya. Hamba Elisa menengadah dan nampak bukit itu penuh dengan kuda dan kereta kuda berapi.”20
Apabila kamu mematuhi perintah dan berdoa dengan beriman untuk melihat tangan Tuhan dalam kehidupan kamu, saya janji kamu bahawa Dia akan buka mata rohani kamu dengan lebih besar, dan kamu akan dapat lihat dengan lebih jelas bahawa kamu bukan bersendirian.
Tulisan suci ajar bahawa kita harus “berdiri dengan tabah dalam iman tentang apa yang akan datang.”21 Apakah yang akan datang? Juruselamat berdoa:
“Engkaulah Tuhan yang Esa, semoga Engkau disembah dan dihormati.
“Engkau memerintah di bumi, dan seperti di syurga, kehendak-Mu ditaati.”22
Kita semua baru menyanyi “Datang, Maharaja.”
Iman kita berkembang semasa kita menunggu kepulangan Juruselamat ke bumi ini. Fikiran ini menguja saya. Ia akan sangat menakjubkan. Keagungan, keluasan, dan ketersergaman kejadian itu akan lebih agung daripada segala pengalaman.
Pada hari itu, Dia tidak akan datang hanya memakai kain kasar dan tidur dalam palung,23 tetapi Dia akan muncul “dalam awan di langit, berbalutkan kuasa dan kemuliaan yang besar; dengan seluruh malaikat kudus.”24 Kita akan dengar “malaikat agung akan berseru, dan … trompet Tuhan.”25 Matahari dan bulan akan ubah, dan ”bintang-bintang akan dilemparkan dari tempatnya.”26 Kamu dan saya, dan mereka yang mengikut kita, “para orang suci … dari keempat penjuru bumi,”27 “akan dihidupkan dan diangkat untuk menemui-Nya.”28 Orang yang mati dalam kesolehan, juga akan “diangkat untuk menemui-Nya ditengah tiang langit.”29
Kemudian, satu pengalaman yang hampir mustahil: “Semua daging,” Tuhan berfirman, “akan melihat-Ku bersama.”30 Bagaimana ini boleh berlaku? Kita tidak tahu. Tetapi saya bersaksi bahawa ia akan berlaku—seperti yang diwahyukan. Kita akan melutut dengan takzim. “Dan Tuhan akan menyuarakan suara-Nya, dan segenap hujung bumi akan mendengarnya.”31 “Itu akan menjadi … bagaikan suara banyak perairan, dan bagaikan suara guntur yang keras.”32 “[Kemudian] Tuhan, … Juruselamat, akan berdiri di tengah umat-Nya.”33
Akan adanya satu penyatuan semula bersama malaikat syurgawi dan Orang Suci di atas bumi.34 Tetapi yang paling penting, seperti yang dikatakan oleh Yesaya, “Dia akan menyelamatkan umat-Nya, dan seluruh bumi akan menyaksikannya,”35 dan Dia “berkuasa atas semua daging.”36
Pada hari itu, orang yang sinik akan berdiam-diam, “kerana setiap telinga akan mendengarnya, dan setiap lutut akan bertekuk, dan setiap lidah akan mengakui”37 bahawa Yesus ialah Kristus, Putera Tuhan, Juruselamat dan Penebus dunia.
Hari ini ialah Hari Easter. Kita merayakan Kebangkitan-Nya yang agung dan kebangkitan kita yang dijanjikan, bersama Kristian di seluruh dunia . Semoga kita bersedia demi kepulangan-Nya dengan merenungkan perkara ini dalam minda diri sendiri serta bersama orang yang kita kasihi, dan semoga doa-Nya menjadi doa kita: “Engkau memerintah di bumi, dan seperti di syurga, kehendak-Mu ditaati.”38 Saya bersaksi bahawa Dia hidup, “Datang, Maharaja.” Dalam nama Yesus Kristus, amin.