Persidangan Umum
Nabi Hidup untuk Zaman Akhir
Persidangan Umum April 2023


11:22

Nabi Hidup untuk Zaman Akhir

Bapa di Syurga telah memilih pola mewahyukan kebenaran kepada anak-anak-Nya melalui nabi.

Ketika saya masih kecil, saya suka hari Sabtu kerana semua yang saya lakukan pada hari itu kelihatan seperti pengembaraan. Tetapi tidak kira apa yang saya lakukan, ia selalu didahului oleh perkara yang paling penting—menonton kartun di televisyen. Pada suatu pagi Sabtu, saya berdiri di tepi televisyen dan mengubah saluran, saya mendapati bahawa kartun yang saya carikan telah diganti dengan siaran persidangan umum Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Sambil melihat televisyen dan mengeluh kerana tiada kartun, saya nampak seorang lelaki berambut putih memakai suit duduk di kerusi yang cantik.

Terdapat sesuatu yang berbeza tentang dia, jadi saya tanya abang sulung saya, “Siapa itu?”

Dia berkata, “Itu Presiden David O. McKay; dia seorang nabi.”

Saya ingat merasakan sesuatu dan ketahui bahawa dia seorang nabi. Kemudian, kerana saya masih seorang budak yang minat dengan kartun, saya mengubah saluran itu. Tetapi saya tidak lupa akan perasaan saya pada saat itu, yang berilham dan tidak dijangka. Berkenaan nabi, kadangkala ia mengambil sesaat sahaja untuk mengetahuinya.1

Mengetahui melalui wahyu bahawa ada seorang nabi hidup di bumi mengubah segalanya.2 Ia menyebabkan seseorang tidak berminat dalam perbahasan jika nabi berbicara sebagai seorang nabi atau mempunyai alasan memilih untuk menolak sesetengah nasihat nabi .3 Pengetahuan yang diwahyukan ini menjemput seseorang untuk mempercayai nasihat nabi yang hidup, walaupun kita tidak memahaminya dengan sepenuhnya.4 Lagipun, Bapa yang sempurna dan penyayang di Syurga telah memilih pola untuk mewahyukan kebenaran kepada anak-anak-Nya melalui seorang nabi, seseorang yang tidak pernah mengejar panggilan kudus ini dan yang tidak perlukan bantuan kita untuk menyedari ketidaksempurnaannya sendiri.5 Nabi ialah orang yang Tuhan telah sediakan, dipanggil, dibetulkan, diilhami, ditegur, dikudus dan disokong.6 Itu sebabnya kita tidak rasa bahaya secara rohani dalam mengikuti nasihat nabi.

Sama ada kita suka atau tidak, kita semua dipilih dalam hidup pra-bumi untuk dilahirkan pada zaman akhir ini. Terdapat dua realiti yang berkaitan dengan zaman akhir. Realiti pertama ialah Gereja Kristus akan dipulihkan di bumi. Realiti kedua adalah perkara akan menjadi sangat mencabar. Tulisan suci mewahyukan bahawa zaman akhir akan ada “hujan batu yang dahsyat dihantar untuk menghancurkan hasil-hasil tuaian bumi,”7 wabak,8 “peperangan dan desas-desus berkenaan peperangan, dan seluruh bumi akan berada dalam huru-hara, … dan kederhakaan akan berlimpah ruah.”9

Ketika saya masih kecil, nubuat zaman akhir itu menakutkan saya dan saya berdoa agar Kedatangan Kedua tidak akan datang semasa saya hidup—dengan sedikit kejayaan jika saya boleh katakan. Tetapi sekarang, saya berdoa agar Kedatangan berlaku, walaupun cabaran yang dinubuatkan datang,10 kerana apabila Kristus kembali menjadi raja, semua ciptaan-Nya akan “hidup dengan aman dan sejahtera.”11

Keadaan di dunia kini mencemaskan beberapa orang. Sebagai anak-anak perjanjian Tuhan, kita tidak perlu kejar banyak perkara untuk tahu cara untuk mengemudi saat-saat yang bermasalah. Kita tidak perlu takut.12 Ajaran dan asas-asas yang kita mesti ikuti untuk bertahan secara rohani dan jasmani terdapat dalam kata-kata seorang nabi yang hidup.13 Itulah sebabnya Presiden M. Russell Ballard berkata “ia bukan hal yang kecil … untuk memiliki seorang nabi Tuhan di tengah-tengah kita.”14

Presiden Russell M. Nelson telah bersaksi bahawa “pola Tuhan yang sudah lama diajar kepada anak-anak-Nya melalui nabi meyakinkan kita bahawa Dia akan memberkati setiap nabi dan Dia akan memberkati mereka yang mengikut nasihat nabi.”15 Jadi adalah penting untuk mengikuti nabi yang hidup.16 Saudara dan saudari, tidak seperti buku komik vintaj dan kereta klasik, ajaran-ajaran nabi tidak menjadi lebih berharga dengan usia. Itu sebabnya kita tidak patut berusaha untuk gunakan kata-kata para nabi lalu untuk menolak ajaran-ajaran para nabi hidup.17

Saya suka perumpamaan yang digunakan oleh Yesus Kristus untuk ajar asas-asas injil. Saya ingin berkongsi perumpamaan hidup saya bersama anda pagi ini.

Pada suatu hari saya masuk kafeteria di ibu pejabat Gereja untuk makan tengah hari. Selepas mendapat makanan, saya memasuki tempat makan dan melihat meja di mana tiga ahli Presidensi Utama duduk, bersama dengan satu kerusi kosong. Ketakutan saya menyebabkan saya buat lencongan cepat dari meja itu, dan kemudian saya dengar suara nabi kita, Presiden Russell M. Nelson, mengatakan, “Allen, ada kerusi kosong di sini. Mari dan duduk bersama kami.” Jadi saya duduk dengan mereka.

Sebelum hujung makan tengah hari, saya terkejut mendengar bunyi botol, dan apabila saya memandang ke atas, saya lihat bahawa Presiden Nelson telah menegakkan botol airnya, mengempiskan botol itu dan kemudian menutupnya.

Presiden Dallin H. Oaks kemudian bertanya soalan yang saya ingin tanya, “Presiden Nelson, mengapa kamu mengempiskan botol air plastik kamu?”

Dia menjawab, “Itu lebih mudah untuk mereka yang mengendalikan bahan-bahan kitar semula kerana ia tidak mengambil banyak ruang di dalam bekas kitar semula.”

Semasa merenungkan balasan itu, saya terdengar bunyi botol yang sama sekali lagi. Saya melihat ke kanan, Presiden Oaks telah mengempiskan botol air plastiknya seperti Presiden Nelson. Saya kemudian mendengar bunyi ke kiri, Presiden Henry B. Eyring mengangkat botol air plastiknya, walaupun dia menggunakan strategi yang berbeza dengan mengempis botol itu secara mendatar, yang mengambil lebih tenaga daripada secara menegak. Presiden Nelson dengan baik hati menunjukkan kepadanya teknik yang lebih mudah dengan mengempiskan botol secara menegak.

Pada ketika itu, saya bersandar kepada Presiden Oaks dan dengan senyap bertanya, “Adakah mengempiskan botol air plastik syarat kitar semula kafeteria yang baru?”

Presiden Oaks menjawab, dengan senyuman di mukanya, “Begini, Allen, kamu perlu ikut nabi.”

Saya yakin Presiden Nelson tidak memperkenalkan ajaran baru yang berasaskan kitar semula di kafeteria pada hari itu. Tetapi kita boleh belajar dari tindakan segera18 daripada Presiden Oaks dan Presiden Eyring kepada teladan Presiden Nelson dan perhatian Presiden Nelson untuk mengajar mereka cara yang lebih baik.19

Berapa tahun lalu, Elder Neal A. Maxwell memberi pemerhatian dan nasihat yang sesuai dengan masa kini:

“Dalam bulan dan tahun yang akan datang, akan ada masa bagi setiap ahli untuk pilih sama ada dia akan ikuti Presidensi Utama atau tidak. Ahli-ahli akan mendapati ia lebih susah untuk teragak-agak lebih lama di antara dua pendapat. …

“… Marilah kita menegaskan supaya pilihan-pilihan itu jelas, membiarkan orang lain melakukan kehendak mereka tentang nasihat nabi. …

“Yesus berfirman bahawa apabila pokok-pokok ara mula bertunas, ‘musim panas sudah dekat.’ … Dengan demikian memberi amaran bahawa musim panas hampir datang, janganlah kita kemudian merungut tentang kepanasan!”20

Generasi muda membesar pada zaman dengan lebih banyak daun ara dan kepanasan. Realiti itu mengenakan tanggungjawab yang lebih berat ke atas generasi yang sudah dibesarkan, terutamanya apabila mengikuti nasihat nabi. Apabila ibu bapa mengabaikan nasihat nabi yang hidup, mereka bukan sahaja terlepas berkat yang dijanjikan tetapi lebih tragiknya, mengajar anak-anak mereka bahawa kata-kata seorang nabi tidak penting atau mereka boleh cerewet dengan nasihat nabi tanpa mengambil berat tentang kekurangan berkat rohani.

Elder Richard L. Evans pernah memerhatikan: “Ada ibu bapa yang tersalah rasa bahawa mereka boleh rehat sedikit dengan kelakuan dan kepatuhan … agar mereka dapat meringankan sedikit pada asas-asas tanpa mempengaruhi keluarga mereka atau masa depan keluarga mereka. Tetapi jika seorang ibu bapa tidak patuh sedikit, anak-anak akan ikut jejak ibu bapa dengan besar.”21

Sebagai generasi yang mempunyai perintah kudus untuk menyediakan peranan generasi muda yang dinubuatkan dalam zaman akhir,22 yang peranan itu mesti dicapai pada masa ketika pengaruh musuh paling besar,23 kita tidak boleh menjadi sumber kekeliruan tentang kepentingan mengikuti nasihat nabi. Inilah nasihat yang akan membolehkan generasi muda untuk melihat “musuh semasa dia [masih] lagi jauh; dan kemudian [mereka] dapat bersedia” untuk menahan serangan musuh.24 Pelencongan yang kecil, pengabaian senyap, atau kritikan kecil sebagai tindak balas terhadap nasihat nabi boleh mengakibatkan kita untuk hanya berjalan dengan bahaya di tepi jalan perjanjian. Tetapi apabila dibesarkan oleh musuh dalam kehidupan generasi muda, tindakan seperti itu boleh mempengaruhi mereka untuk meninggalkan jalan itu secara langsung. Ini menghasilkan harga generasi yang terlalu bernilai.25

Ada di antara anda mungkin merasa telah kekurangan dalam usaha anda untuk mengikuti nasihat Presiden Russell M. Nelson. Jika ini keadaannya, bertaubatlah, mula lagi mengikuti nasihat nabi terpilih Tuhan. Ketepikan gangguan kartun kanak-kanak dan percaya orang suruhan Tuhan. Bersukacita kerana sekali lagi “ada seorang nabi di Israel.”26

Walaupun anda tidak pasti, saya bersaksi bahawa kita dapat menahan kepanasan zaman akhir dan maju. Kita Orang Suci zaman akhir, dan ini zaman yang agung. Kami bersemangat datang ke bumi pada waktu ini, dengan keyakinan bahawa kita tidak akan ditinggalkan untuk tersandung apabila dihadapi oleh kabut musuh yang semakin gelap dan mengelirukan27 tetapi sebaliknya mengambil nasihat dan arahan daripada dia yang diberi kuasa untuk berkata kepada kita dan seluruh dunia, “Demikianlah Tuhan Raja firmankan.”28 Dalam nama kudus nabi yang Tuhan telah bangkitkan, Yang Kudus dari Israel,29 bahkan Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Presiden Russell M. Nelson baru-baru ini menjemput pelajar-pelajar di Brigham Young University untuk mempunyai pengalaman wahyu peribadi yang sama: “Tanya Bapa Syurgawi anda jika kita benar-benar adalah para rasul dan nabi Tuhan. Tanya jika kami telah terima wahyu tentang hal-hal ini dan hal-hal lain” (“The Love and Laws of God” [pertemuan rohani Brigham Young University, 17 Sept. 2019], speeches.byu.edu). Lihat juga Neil L. Andersen, “Nabi Tuhan,” Liahona, Mei 2018, 26–27: “Kita mempunyai hak istimewa sebagai Orang Suci Zaman Akhir untuk menerima kesaksian peribadi bahawa panggilan Presiden Nelson adalah daripada Tuhan.” Cerita penukaran hati Alma dari mendengar nabi Abinadi memberikan bukti lebih lanjut bahawa wahyu tentang seorang nabi tersedia bagi kita semua (lihat Mosia 13:5; 17:2).

  2. “Kita sama ada mempunyai seorang nabi atau kita tidak mempunyai apa-apa; dan kita memiliki seorang nabi apabila kita memiliki seorang nabi, kita mempunyai segalanya” (Gordon B. Hinckley, “We Thank Thee, O God, for a Prophet,” Ensign, Jan. 1974, 122).

  3. “Mereka mulai tidak percaya di dalam roh nubuat dan di dalam roh wahyu; dan penghakiman Tuhan telah menatap tajam pada muka mereka” (Helaman 4:23, lihat juga Ajaran dan Perjanjian 11:25). “Kami menyanyi dan telah melakukannya dengan berterusan, ‘Kami bersyukur bagi nabi di zaman akhir ’tuk kami.’ Terdapat ramai orang yang [seharusnya] menambah lampiran dengan itu dan berkata: ‘Jika dia membimbing kita untuk memberikan kita semua yang kita inginkan’” (Teachings of Presidents of the Church: Heber J. Grant [2002], 80).

  4. “Kadangkala kita akan menerima nasihat yang kita tidak boleh faham atau yang nampaknya tidak berkaitan dengan kita, walaupun selepas doa dan fikiran yang berhati-hati. Jangan buang nasihat itu, tetapi pegang itu rapat-rapat. Jika seseorang yang anda percayai memberi anda apa yang kelihatan tidak lebih daripada pasir dengan janji bahawa ia mengandungi emas, anda boleh memegangnya di tangan anda seketika, menggoncangkannya dengan perlahan-lahan. Setiap kali saya telah melakukannya dengan nasihat daripada seorang nabi, selepas seketika emas telah mula muncul dan saya telah bersyukur” (Henry B. Eyring, “Finding Safety in Counsel,” Ensign, Mei 1997, 26; lihat juga 3 Nefi 1:13; Ajaran dan Perjanjian 1:14).

  5. Lihat 2 Nefi 4:17–18. “Janganlah mengutukku disebabkan ketidaksempurnaanku, begitu juga ayahku, kerana ketidaksempurnaannya, dan juga mereka yang telah menulis sebelum dia; tetapi sebaliknya berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa Dia telah menyatakan kepadamu ketidaksempurnaan kami, agar kamu boleh belajar untuk menjadi lebih bijak daripada kami.” (Mormon 9:31).

  6. Lihat Ajaran dan Perjanjian 3:6–8; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 93:47.

  7. Ajaran dan Perjanjian 29:16.

  8. Lihat Ajaran dan Perjanjian 84:97; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 87:6.

  9. Ajaran dan Perjanjian 45:26, 27.

  10. Lihat Ajaran dan Perjanjian 1:38.

  11. Hosea 2:18. “Kerana Aku akan menunjukkan diri-Ku dari syurga dengan kuasa dan kemuliaan yang besar, dengan seluruh bala tentera di sana, dan tinggal dalam kebenaran bersama manusia di atas bumi selama seribu tahun, dan yang jahat tidak akan bertahan.” (Ajaran dan Perjanjian 29:11).

  12. Lihat 1 Nefi 22:16-17; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 59:23.

  13. “Kerana lihatlah, mereka telah menolak kata-kata para nabi. Oleh kerana itu, jika bapaku akan tinggal di negeri itu setelah dia diperintahkan untuk melarikan diri keluar dari negeri itu, lihatlah, dia juga akan binasa” (1 Nefi 3:18, lihat juga 2 Nefi 26:3; Ajaran dan Perjanjian 90:5).

  14. M. Russell Ballard, “His Word Ye Shall Receive,” Liahona, Julai 2001.

  15. Russell M. Nelson, “Ask, Seek, Knock,” Liahona, Nov. 2009, 82. “Tidak seorang pun dapat lebih bahagia daripada mematuhi nasihat nabi yang hidup” (The Teachings of Lorenzo Snow, ed. Clyde J. Williams [1996], 86).

  16. “Perhatikan mereka yang memimpin Gereja hari ini, atau esok, dan jalani kehidupan anda mengikuti mereka dan bukannya untuk berdiam pada cara para nabi zaman purba mungkin telah melihat atau memikirkan atau berbicara” (The Teachings of Harold B. Lee [1996], 525).

  17. Presiden Spencer W. Kimball pernah perhatikan bahawa “mereka yang menghiasi kubur para nabi yang mati bermula sekarang dengan merejam yang hidup” (The Teachings of Spencer W. Kimball, ed. Edward L. Kimball [1982], 462). “Kata-kata yang paling penting yang kita boleh dengar, renungkan, dan ikuti adalah perkara-perkara yang diungkapkan melalui nabi hidup kita” (Ronald A. Rasband, “Perkara-Perkara Jiwaku,” Liahona, Nov. 2021, 40).

  18. “Apabila kita mendengar nasihat Tuhan yang diungkapkan melalui kata-kata Presiden Gereja, tindak balas kita haruslah positif dan segera” (M. Russell Ballard, His Word Ye Shall Receive,” Liahona, Julai 2001, 65).

  19. “Gereja Yesus Kristus selalu dipimpin oleh para nabi dan rasul yang hidup. Walaupun fana dan tertakluk kepada ketidaksempurnaan manusia, hamba-hamba Tuhan diilhami untuk membantu kita untuk mengelakkan halangan yang mengancam nyawa kerohanian dan membantu kita melalui kefanaan dengan selamat dan pulang ke destinasi terakhir kita di syurga.” M. Russell Ballard, “God Is at the Helm,” Liahona, Nov. 2015, 24).

  20. Neal A. Maxwell, “A More Determined Discipleship,” Ensign, Feb. 1979, 69, 70.

  21. Richard L. Evans, “Foundations of a Happy Home,” dalam Conference Report, Okt. 1964, 135–36.

  22. Lihat Ajaran dan Perjanjian 123:11; lihat juga Robert D. Hales, “Our Duty to God: The Mission of Parents and Leaders to the Rising Generation,” Liahona, Mei 2010, 95–98.

  23. Lihat Ajaran dan Perjanjian 52:14.

  24. Ajaran dan Perjanjian 101:54.

  25. Lihat Mosia 26:1–4.

  26. 2 Raja-Raja 5:8.

  27. “Engkau akan mengendahkan segala perkataan dan perintahnya yang akan dia berikan kepadamu ketika dia menerimanya … kerana dengan melakukan hal-hal ini … Tuhan Raja akan menyelerakkan kuasa kegelapan dari hadapanmu, dan menyebabkan langit bergoncang demi kebaikanmu, dan kemuliaan nama-Nya.” (Ajaran dan Perjanjian 21:4, 6). “Tidak seorang pun yang pernah mengikuti ajaran-ajaran itu atau mengambil nasihat daripada orang yang berdiri sebagai wakil Tuhan yang pernah tersesat” (Doctrines of Salvation: Sermons and Writings of Joseph Fielding Smith, ed. Bruce R. McConkie [1998], 243).

  28. Yehezkiel 3:27. “Kerana perkataannya akan kamu terima, seolah-olah daripada mulut-Ku sendiri, dalam segala kesabaran dan iman.”Ajaran dan Perjanjian 21:5

  29. Lihat 1 Nefi 22:20–21; lihat juga 3 Nefi 20:23.