Persidangan Umum
Mempercayai Ajaran Kristus
Persidangan Umum April 2023


10:30

Mempercayai Ajaran Kristus

Ketika kita membina rumah pada landasan hubungan perjanjian dengan Kristus, kita mempercayai ajaran Kristus.

Dalam minda saya, saya melihat nabi Nefi yang tua di mejanya, kepingan-kepingan emas dibuka di hadapannya, pena di tangan.

Nefi sedang menyelesaikan ukiran terakhirnya pada catatan itu. Dia tulis, “Dan sekarang, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku mengakhiri perkataanku.”1 Tetapi kemudian, Roh menggesa Nefi untuk menulis pesanan pengakhiran lagi. Di bawah pengaruh Roh Kudus, Nefi mengambil pena semula dan menulis, “Oleh kerana itu, apa yang telah aku tuliskan cukuplah bagiku kecuali beberapa perkataan yang mesti aku bicarakan berkenaan ajaran Kristus.”2

Betapa bersyukur kita untuk “beberapa perkataan” itu3 dan untuk Roh yang mendorong Nefi untuk menulisnya. Tulisan Nefi tentang ajaran Kristus ialah harta bernilai kepada orang yang menjamuinya. Ia mengandungi penglihatan tentang pembaptisan Juruselamat4 dan suara Putera, menjemput semua orang untuk mengikuti5 dan “lakukanlah apa yang telah [kita] lihat [Dia] lakukan.”6 Ia mengandungi kesaksian Nefi bahawa orang yang beriman kepada Kristus, bertaubat dengan ikhlas akan dosa-dosa mereka dan mengikut Juruselamat ke dalam perairan pembaptisan akan “menerima Roh Kudus; ya, … pembaptisan dengan api dan dengan Roh Kudus.”7 Kita juga dengar suara Bapa yang bersaksi: “Ya, firman daripada Yang Terkasih-Ku adalah benar dan dapat dipercayai. Dia yang bertahan sampai akhir, orang yang sama akan diselamatkan.”8

Presiden Russell M. Nelson menekankan kepentingan ajaran Kristus semasa ucapan kepada pemimpin misi yang baru dipanggil: “Lebih daripada segala-galanya, kita mahu misionari kita … untuk memiliki ajaran Kristus terukir dalam hati mereka—dalam … sumsum tulang mereka.”9

Mengkhutbahkan Injil-Ku meringkaskan lima unsur ajaran Kristus. Ia tertulis, “Kita menjemput menjemput orang lain untuk datang ke Kristus dengan membantu mereka menerima injil dipulihkan melalui iman kepada Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya, pertaubatan, pembaptisan, menerima kurnia Roh Kudus, dan bertahan ke akhir.”10

Tetapi kepentingan ajaran Kristus bukan hanya untuk misionari! Dan ia lebih mendalam daripada pengulangan ringkasan lima unsur utamanya. Ia merangkumi hukum injil. Ia rancangan besar bagi kehidupan abadi.

Saudara dan saudari, jika kita terima jemputan Presiden Nelson untuk memiliki ajaran Kristus yang berakar dalam sumsum tulang, kita mesti mendalamkan penukaran hari kepada Tuhan dengan mengkaji, doa dan hidup setia dan pertaubatan berterusan. Kita mesti menjemput Roh Kudus untuk mengukirkan ajaran Kristus dalam “hati [kita]”11 secara mendalam serta kekal bagaikan ajarannya diukir oleh Nefi di atas kepingan-kepingan emas.

Oktober yang lalu, Presiden Nelson bertanya, “Apakah maksudnya untuk mengatasi dunia?” Di antara hal-hal lain, dia berkata, “Ia bermaksud mempercayai ajaran Kristus lebih daripada falsafah manusia.”12

Perkataan percaya telah ditakrifkan sebagai “pergantungan yang terjamin pada sifat, keupayaan, kekuatan atau kebenaran seseorang atau sesuatu.”13 Orang itu ialah Yesus Kristus dan sesuatu itu ialah ajaran-Nya.

Jadi, bagaimana memilih untuk mempercayai ajaran Kristus mengubah cara kita menjalani kehidupan kita?

Jika kita mempercayai ajaran Kristus, kita akan mempercayai Kristus cukup untuk hidup menurut setiap firman-Nya.14 Kita akan belajar tentang Yesus Kristus, pelayanan, ajaran, Korban Tebusan serta Kebangkitan-Nya yang mulia buat sepanjang hayat kita.15 Kita akan mengkaji janji-janji-Nya dan syarat-syarat di mana janjian-Nya diberikan.16 Apabila kita mengkaji, kita akan dipenuhi dengan kasih Tuhan dengan lebih lagi.

Jika kita mempercayai ajaran Kristus, kita akan dekati Bapa Syurgawi setiap hari dengan doa, di mana kita dapat mengucap syukur kerana kurnia Anak-Nya dan semua berkat-berkat kita.17 Kita boleh doa untuk penemanan Roh Kudus,18 doa supaya melaraskan kehendak kita dengan-Nya,19 dan doa agar merenungkan perjanjian kita serta memperbaharui komitmen untuk setia padanya.20 Kita boleh doa untuk sokong dan menyata kasih sayang kepada nabi, pelihat dan pewahyu;21 untuk menerima kuasa pengampunan;22 dan untuk kekuatan menahan godaan.23 Saya jemput anda untuk gunakan doa suatu keutamaan dalam hidup anda, berusaha setiap hari untuk meningkat komunikasi dengan Tuhan.

Jika kita percaya ajaran Kristus, kita akan ketepikan hal-hal duniawi yang menarik supaya kita boleh fokus pada Penebus dunia.24 Kita akan mengehadkan atau menghapuskan masa yang diluangkan pada media sosial; permainan digital; hiburan yang tidak sopan, berlebihan atau membazir masa; segala harta dan hal yang sia-sia di dunia ini; dan aktiviti lain yang berdasarkan tradisi palsu dan falsafah manusia yang salah. Hanya melalui Kristus kita dapat kebenaran dan kepuasan berkekalan.

Pertaubatan ikhlas25 akan menjadi suatu kebahagiaan26 di sebahagian hidup—kedua-duanya untuk diampuni daripada dosa dan diubah dalam imej Kristus.27 Pertaubatan dengan iman dalam Kristus memberi kita akses ke Korban Tebusan Kristus. Presiden Dallin H. Oaks mengajar bahawa apabila Juruselamat mengampuni, Dia “melakukan lebih daripada membersihkan kita dari dosa. Dia juga berikan kita kekuatan baharu.”28 Setiap orang perlu kekuatan ini untuk mematuhi perintah Tuahn dan mencapai tujuan abadi dalam hidup kita.

Dalam Yesus dan Ajaran-Nya, kita dapati kekuatan. Dia berkata, “Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, bahawa inilah ajaran-Ku, dan sesiapa yang membangun di atasnya membangun di atas batu-Ku, dan pintu-pintu gerbang neraka tidak akan berjaya menentang mereka.”29

Kita lihat janji ini tercapai dalam kehidupan orang setia. Lebih setahun lalu, saya berpeluang bertemu dengan Travis dan Kacie. Mereka berkahwin secara sivil pada tahun 2007. Pada masa itu, Travis bukan ahli Gereja. Kacie, walaupun dibesarkan di rumah Orang Suci Zaman Akhir yang aktif, dia tidak amalkan kepercayaannya sebagai remaja dan telah menyimpang dari landasannya.

Pada tahun 2018, Travis bertemu dengan misionari dan dia telah dibaptis pada 2019. Travis menjadi seorang misionari kepada Kacie, yang juga mengalami penukaran hati yang mengubah hidupnya. Mereka dimeterai di bait suci pada September 2020. Kira-kira dua tahun selepas pembaptisannya, Travis dipanggil untuk melayani dalam lembaga uskup.

Travis mempunyai penyakit jarang jumpa yang membentuk kelompok tumor secara berterusan di dalam organ dalamannya. Dia telah menjalani banyak pembedahan untuk mengeluarkan tumor, tetapi penyakit itu tidak dapat diubati. Beberapa tahun lalu, Travis diberi kurang dari 10 tahun untuk hidup.

Kacie mempunyai retinitis pigmentosa, penyakit genetik jarang jumpa yang menyebabkan penyempitan penglihatan sehingga kebutaan lengkap.

Kacie beritahu saya tentang masa depannya. Dia menjangkakan masanya, tidak begitu lama, apabila dia menjadi janda, buta, tanpa sokongan kewangan, dan dibiarkan seorang diri untuk membesarkan empat anak. Saya tanya Kacie bagaimana dia boleh mengatasi masa depan yang suram itu. Dia senyum dan berkata, “Saya tidak pernah rasa lebih gembira atau lebih berharapan dalam hidup saya. Kami berpegang kepada janji-janji yang kami terima di dalam bait suci.”

Travis sekarang seorang uskup. Dua bulan lalu, dia menjalani pembedahan besar lagi. Tetapi dia optimistik dan tenang. Penglihatan Kacie semakin buruk. Dia sekarang mempunyai anjing sokongan dan tidak dapat memandu. Tetapi dia puas hati, membesarkan anak-anaknya dan melayani sebagai penasihat dalam presidensi Remaja Puteri.

Travis dan Kacie sedang membina rumah mereka di atas batu. Travis dan Kacie mempercayai ajaran Kristus dan janji bahawa Tuhan “akan membaktikan kesengsaraan [mereka] demi keuntungan [mereka].”30 Dalam rancangan Tuhan, penderitaan dengan iman dalam Kristus berkait rapat dengan usaha menjadi sempurna dalam Kristus.31 Seperti orang bijaksana dalam perumpamaan yang membina rumahnya di atas batu,32 ketika hujan turun, banjir datang, angin bertiup, dan melanda rumah yang Travis dan Kacie sedang bina, ia tidak akan roboh, kerana ia akan didirikan di atas batu.33

Yesus tidak berbicara tentang kemungkinan hujan dan banjir dan angin dalam kehidupan kita; Dia berucap tentang kepastian bahawa ribut akan timbul. Pembolehubah dalam perumpamaan ini bukan sama ada ribut akan datang tetapi bagaimana kita respon terhadap jemputan-Nya untuk dengan buat hal yang Dia telah ajar.34 Tidak ada cara yang lain untuk meneruskan hidup.

Ketika kita membina rumah pada landasan hubungan perjanjian dengan Kristus, kita mempercayai ajaran Kristus, dan sewaktu kita menuju kepada-Nya, kita akan menerima janji kehidupan abadi. Orang yang mempercayai ajaran Kristus maju dengan tabah kepada Kristus dan bertahan sampai akhir. Tidak ada cara lain untuk diselamatkan di dalam kerajaan Tuhan.35

Saya bersaksi tentang realiti kebangkitan Yesus Kristus yang hidup. Saya bersaksi bahawa Tuhan Bapa mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya untuk menebus kita dari dosa36 dan menyembuhkan kita dari kesedihan.37 Saya bersaksi Dia telah memanggil seorang nabi Tuhan pada zaman kita, Presiden Russell M. Nelson. Dia berucap dan membimbing kita.

Dengan sepenuh hati saya rock untuk percayai ajaran Kristus dan membina hidup di atas batu Penebus. Dia tidak akan mengecewakan anda. Dalam nama Yesus Kristus, amin.