Persidangan Umum
Tahukah Anda Kenapa Saya Sebagai Seorang Kristian Percaya kepada Kristus?
Persidangan Umum April 2023


10:27

Tahukah Anda Kenapa Saya Sebagai Seorang Kristian Percaya kepada Kristus?

Yesus Kristus harus menderita, mati, dan bangkit semula untuk menebus semua manusia dari kematian jasmani dan memberi kehidupan abadi bersama Tuhan.

Satu petang selepas kerja, bertahun yang lalu, saya menaiki bas ke New Jersey dari Bandar New York. Seorang wanita duduk bersebelahan saya, melihat apa yang saya tulis di komputer dan bertanya, “Kamu percaya kepada … Kristus?” Saya jawab, “Ya!” Sambil kami berbual, saya dapati bahawa dia baru saja berpindah dari negara Asia untuk bekerja dalam sektor teknologi maklumat New York.

Sewajarnya, saya bertanya, “Kamu tahu mengapa saya sebagai orang Kristian percaya kepada Yesus Kristus?” Dia juga menjawab dan minta saya untuk memberitahu dia. Tetapi sewaktu saya mula bercakap, saya mengalami banyak fikiran mengalirkan ke dalam minda saya. Ini kali pertama saya akan menjelaskan “mengapa” tentang agama Kristian kepada seseorang yang tidak tahu tetapi sangat cerdas. Saya tidak boleh hanya berkata, “Saya ikut Yesus Kristus kerana Dia rela menderita dan mati untuk dosa-dosa saya.” Dia mungkin tertanya-tanya, “Mengapa Yesus mesti mati? Mengapa Tuhan tidak hanya mengampun dan membersihkan kita dari dosa-dosa jika kita meminta-Nya?”

Bagaimanakah anda akan menjawab dalam beberapa minit? Bagaimanakah anda akan menjelaskan ini kepada seorang rakan? Kanak-kanak dan remaja: bolehkah anda tanya ibu bapa atau pemimpin nanti, “Kenapa Yesus perlu mati?” Saudara dan saudari, saya ada pengakuan: walaupun saya fikir saya tahu tentang ajaran, sejarah, polisi Gereja, dan lain lagi, jawapan kepada dasar soalan kepercayaan kita tidak datang dengan mudah. Hari itu, saya memutuskan untuk lebih tumpu kepada apa yang paling penting bagi kehidupan abadi.

Jadi, saya beritahu kawan baru saya1 bahawa kita mempunyai roh sebagai tambahan kepada tubuh dan bahawa Tuhan ialah Bapa roh kita.2 Saya memberitahu dia bahawa kita hidup bersama Bapa Syurgawi sebelum kelahiran kita ke dunia fana ini.3 Kerana Tuhan mengasihi dia dan semua anak-Nya, Dia merancang bagi kita untuk menerima tubuh badan seperti badan mulia-Nya,4 menjadi sebahagian daripada satu keluarga,5 dan kembali ke hadirat-Nya yang penuh kasih untuk menikmati kehidupan abadi bersama keluarga kita,6 seperti Dia.7 Namun, saya berkata, kita akan menghadapi dua halangan utama dalam dunia terjatuh ini:8 (1) kematian jasmani—pemisahan tubuh daripada roh kita. Sudah tentu, dia tahu kita semua akan mati. Dan (2) kematian rohani—pemisahan kita daripada Tuhan kerana dosa, kesilapan, dan kelemahan fana menjauhkan kita dari hadirat kudus-Nya.9 Dia juga memahami ini.

Saya memberitahu dia bahawa ini adalah kesan hukum keadilan. Hukum abadi ini menuntut pembayaran hukuman abadi bagi setiap dosa atau pelanggaran hukum atau kebenaran Tuhan, jika tidak kita tidak akan kembali untuk hidup di hadirat kudus-Nya.10 Ia akan menjadi tidak adil, dan Tuhan “tidak dapat menyangkal keadilan.”11 Dia memahami ini tetapi mudah faham juga bahawa Tuhan penuh belas kasihan, penyayang, dan menginginkan kehidupan abadi kepada kita.12 Saya beritahu kawan saya bahawa kita juga akan mempunyai musuh yang munafik dan berkuasa—sumber kejahatan dan pendustaan—menentang kita.13 Oleh itu, seseorang yang memiliki kuasa ketuhanan yang tidak terhingga untuk mengatasi semua pertentangan dan halangan diperlukan untuk menyelamatkan kita.14

Kemudian saya kongsikan dengan dia ayat suci—“berita yang akan menggembirakan semua orang”15—bahawa “Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak akan binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.”16 Saya bersaksi kepada dia, dan saya bersaksi kepada anda, bahawa Yesus Kristus adalah Juruselamat, Dia harus menderita, mati, dan bangkit semula—Korban Tebusan-Nya yang tidak terhingga—untuk menebus semua manusia dari kematian jasmani17 dan memberi kehidupan abadi dengan Tuhan dan keluarga kita18 kepada semua yang akan mengikut-Nya. Kitab Mormon mengisytiharkan, “Demikianlah Tuhan … memperoleh kemenangan atas kematian; memberikan kepada Putera kuasa untuk membuat perantaraan bagi anak-anak manusia … ; dipenuhi dengan [belas kasihan dan] rasa kasihan … ; memutuskan ikatan kematian, mengambil ke atas diri-Nya kederhakaan mereka dan pelanggaran mereka, setelah menebus mereka, dan memuaskan tuntutan keadilan.”19

Langkah-langkah yang Tuhan ungkapkan kita mesti patuh untuk mengikut Yesus dan menerima kehidupan abadi dipanggil ajaran Kristus. Ia termasuk “iman kepada Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya, pertaubatan, pembaptisan [ke dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir], menerima kurnia Roh Kudus, dan bertahan sampai akhir.”20 Saya berkongsi langkah-langkah ini dengan kawan saya, tetapi berikut adalah beberapa cara di mana para nabi dan rasul baru-baru ini telah mengajar bagaimana ajaran Kristus dapat memberkati semua anak-anak Tuhan.

Presiden Russell M. Nelson mengajarkan: “Ajaran Kristus tulen adalah berkuasa. Ia mengubah kehidupan semua yang memahami dan berusaha untuk melaksanakannya dalam hidup dia.”21

Elder Dieter F. Uchtdorf mengajar, “[Panduan] Untuk Kekuatan Remaja mengisytiharkan ajaran Kristus [dan] menjemput anda [remaja] untuk membuat pilihan berdasarkan [ajaran-Nya].”22

Elder Dale G. Renlund mengajarkan, “Kita menjemput misionari untuk mengamalkan apa yang mereka ajar orang untuk lakukan: mengaplikasikan ajaran Kristus dalam kehidupan mereka [dan] teruskan dan kekal pada jalan perjanjian.”23

Ajaran Kristus memberi kuasa kepada mereka yang bergelut atau merasakan mereka tidak tergolong dalam Gereja kerana ia membantu mereka, sepertimana Elder D. Todd Christofferson nyatakan, “tegaskan: Yesus Kristus mati untuk saya … [dan] mengasihi saya.”24

Ibu bapa, jika anak anda bergelut dengan asas injil atau pelajaran ilahi, sila menentang segala jenis perbicaraan jahat25 atau aktivisme terhadap Gereja atau pemimpinnya. Pendekatan sekular yang lebih rendah ini berbahaya kepada iman sepanjang hayat anak anda.26 Pastinya anda akan melindungi atau membela anak anda atau menunjukkan usaha perpaduan dengan dia. Tetapi saya dan isteri saya, Jayne, tahu dari pengalaman peribadi bahawa mengajar anak anda mengapa kita semua sangat memerlukan Yesus Kristus dan bagaimana mengaplikasikan ajaran gembira-Nya adalah apa yang akan menguatkan dan menyembuhkan dia. Marilah kita berpaling kepada Yesus, iaitu pembela benar mereka dengan Bapa. Rasul Yohanes mengajar, “Sesiapa … berpegang kepada ajaran Yesus … mempunyai Tuhan Bapa dan Anak.” Kemudian memberi amaran untuk berhati-hati “jika sesiapa datang dan memberitakan ajaran yang tidak diajarkan oleh Kristus.”27

Baru-baru ini, Jayne dan saya mengunjungi padang belantara di mana Musa memegang ular gangsa di hadapan anak-anak Israel. Tuhan telah berjanji untuk menyembuhkan semua yang digigit oleh ular beracun jika mereka hanya memandangnya.28 Dalam pembelaan ajaran Kristus di hadapan kita, nabi Tuhan melakukan yang sama, “agar Dia dapat menyembuh bangsa-bangsa.”29 Tidak kira apa gigitan atau racun atau pergelutan yang kita alami di padang belantara fana ini, janganlah kita menjadi seperti mereka yang, dahulu dan sekarang, boleh disembuhkan tetapi, sedihnya, “tidak mahu memandang … kerana mereka tidak percaya bahawa itu akan menyembuhkan mereka.”30 Kitab Mormon mengesahkan: “Lihatlah, … inilah jalannya; dan tidak ada jalan atau nama lain diberikan di kolong langit yang melaluinya manusia dapat diselamatkan di dalam kerajaan Tuhan. Dan sekarang, lihatlah, inilah ajaran Kristus.”31

Kawan baharu saya dalam bas telah menjadi saudari baharu dan saya sebagai saudaranya setelah berkongsi mengapa kita memerlukan Yesus Kristus dan ajaran-Nya. Kami merasa kesaksian roh Kudus yang damai dan mengesahkan. Jadi, saya menjemput dia untuk berkongsi maklumat hubungannya dan teruskan perbualan dengan para misionari kami. Dia gembira untuk berbuat demikian.

“Oleh kerana itu, betapa besarnya kepentingan untuk menjadikan hal-hal ini nyata kepada penghuni-penghuni bumi,” Kitab Mormon memaklumkan—untuk mengasihi, berkongsi dan menjemput32 semasa mengumpulkan Israel dalam semua komuniti dan keluarga kita—“agar mereka dapat tahu bahawa tiada daging yang dapat hidup di hadirat Tuhan, kecuali melalui jasa, dan belas kasihan, dan rahmat [dan ajaran] Mesias yang Kudus.”33 Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Saya telah memilih untuk tidak mengumumkan nama kawan saya atau menggunakan nama palsu.

  2. Lihat Roma 8:15–17; Ibrani 12:9; Ajaran dan Perjanjian 88:15.

  3. Lihat Yeremia 1:4–5; Ajaran dan Perjanjian 138:55–56; Abraham 3:22–23, 26; Panduan Tulisan Suci, “Kehidupan Pra-Fana,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org; “Lesson 2: The Plan of Salvation,” Preach My Gospel: A Guide to Missionary Service (2019), 48.

  4. Lihat “Lesson 2: The Plan of Salvation,” Preach My Gospel, 48.

  5. Rancangan sempurna Bapa—yang dipanggil rancangan kebahagiaan yang agung, rancangan keselamatan, dan rancangan penebusan, di antara rujukan lain—diorganisasikan supaya semua orang yang datang ke dalam kefanaan semestinya melakukan demikian ke dalam sebuah keluarga, dan semua orang adalah sebahagian daripada sebuah keluarga. Sudah tentu, tidak semua keadaan keluarga adalah ideal atau menurut penglihatan kasih Bapa kita untuk semua anak-Nya, dan ada keadaan yang tragik. Namun, apabila kita mematuhi ajaran Kristus, Yesus Kristus membantu kita menerima semua berkat yang Bapa miliki untuk anak-anak-Nya melalui rancangan berbelas kasihan dan menyeluruh-Nya. Lihat juga nota akhir 6.

  6. Salah satu janji terbesar yang Tuhan telah buat kepada anak-anak-Nya juga adalah kurnia-kurnia terbesar bagi kita: permuliaan, atau kehidupan abadi, iaitu untuk hidup secara abadi “di hadirat Tuhan dan untuk berterusan sebagai keluarga” (Gospel Topics, “Eternal Life,” topics.ChurchofJesusChrist.org; lihat juga Ajaran dan Perjanjian 14:7). “Keluarga” termasuk suami, isteri, dan anak-anak, serta saudara-mara kita yang hidup dan yang sudah mati yang menerima dan mematuhi ajaran Kristus. Ahli keluarga yang sudah meninggal di dunia roh yang tidak dapat memeluk ajaran Kristus dalam hidup ini boleh berbuat demikian di dunia roh di mana tatacara seperti pembaptisan, penerimaan kurnia Roh Kudus, dan tatacara lain yang membantu kita “bertahan sampai akhir” dilaksanakan dengan kasih oleh saudara-mara hidup dalam bait suci Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Tambahan lagi, janji kehidupan abadi bukan hanya untuk mereka yang berkahwin dalam kehidupan ini. Presiden M. Russell Ballard mengajar, “Tulisan suci dan para nabi zaman akhir menegaskan bahawa setiap orang yang setia dalam mematuhi perjanjian injil akan memiliki peluang permuliaan” (“Harapan dalam Kristus,” Liahona, Mei 2021, 55; penekanan ditambah). Memetik dari Presiden Russell M. Nelson dan Presiden Dallin H. Oaks, Presiden Ballard meneruskan, “Waktu dan cara tepat berkat-berkat permuliaan diberikan tidak semuanya diungkapkan, tetapi telah dijamin” (“Harapan dalam Kristus,” 55; penekanan ditambah). Presiden Russell M. Nelson mengajar: “Dalam cara dan waktu Tuhan sendiri, tiada berkat yang akan ditahan dari Orang Suci-Nya yang setia. Tuhan akan menilai dan memberi ganjaran kepada setiap individu mengikut hasrat dan perbuatan yang tulus” (“Celestial Marriage,” Liahona, Nov. 2008, 94). Dan Presiden Oaks menjelaskan, “Banyak dari kehilangan kefanaan yang paling penting akan ditetapkan dengan betul pada Zaman Seribu Tahun, yang merupakan masa untuk memenuhi semua yang tidak lengkap dalam rancangan kebahagiaan yang besar untuk semua anak-anak Bapa kita yang layak” (“The Great Plan of Happiness,” Ensign, Nov. 1993, 75). Lihat juga nota akhir 5.

  7. Lihat Panduan Tulisan Suci, “Rancangan Penebusan” scriptures.ChurchofJesusChrist.org; lihat juga Gospel Topics, “Plan of Salvation,” topics.ChurchofJesusChrist.org; “Lesson 2: The Plan of Salvation,” Preach My Gospel, 48–50, 53.

  8. Lihat “Lesson 2: The Plan of Salvation,” Preach My Gospel, 49.

  9. Lihat “Lesson 2: The Plan of Salvation,” Preach My Gospel, 47–50.

  10. Lihat “Lesson 2: The Plan of Salvation,” Preach My Gospel, 47–50.

  11. Mosia 15:27. Rujukan kepada keadilan abadi atau keadilan Tuhan berlimpah dalam tulisan suci, tetapi lihat terutamanya Alma 41:2–8 dan Alma 42.

  12. Lihat Alma 42:14–24; Musa 1:39.

  13. Lihat “Lesson 2: The Plan of Salvation,” Preach My Gospel, 47–50.

  14. Lihat Alma 34:9–13; lihat juga Mosia 13:28, 34–35; 15:1–9; Alma 42:15.

  15. Lukas 2:10

  16. Yohanes 3:16

  17. Lihat Helaman 14:15–17; Mormon 9:12–14.

  18. Lihat nota akhir 5 dan 6.

  19. Mosia 15:8–9.

  20. What Is My Purpose as a Missionary?,” Preach My Gospel, 1; lihat juga “Lesson 3: The Gospel of Jesus Christ,” Preach My Gospel, 63.

  21. Russell M. Nelson, “Kebenaran Suci, Ajaran Suci dan Wahyu Suci,” Liahona, Nov. 2021, 6; penekanan ditambah.

  22. Dieter F. Uchtdorf, “Yesus Kristus Ialah Kekuatan Remaja,” Liahona, Nov. 2022; lihat juga Untuk Kekuatan Remaja: Panduan Untuk Membuat Pilihan (2022), 4.

  23. Dale G. Renlund, “Lifelong Conversion of Missionaries” (pesanan diberi di seminar kepimpinan misi, 25 Jun 2021), 1, Church History Library, Salt Lake City.

  24. D. Todd Christofferson, “Ajaran Kekitaan,” Liahona, Nov. 2022, 55; lihat juga D. Todd Christofferson, “Kebahagiaan Orang Suci,” Liahona, Nov. 2019, 15–18.

  25. Lihat Yakobus 4:11; Ajaran dan Perjanjian 20:54; Panduan Tulisan Suci, “Perbicaraan Jahat.” scriptures.ChurchofJesusChrist.org.

  26. Lihat Ahmad S. Corbitt, “Activism vs. Discipleship: Protecting the Valiant” (address given at the chaplains’ seminar, Oct. 2022), cdn.vox-cdn.com/uploads/chorus_asset/file/24159863/Brother_Corbitt_Chaplain_seminar.pdf; video: media2.ldscdn.org/assets/general-authority-features/2022-chaplain-training-seminar/2022-10-1000-activism-vs-discipleship-1080p-eng.mp4.

  27. 2 Yohanes 1:9–10.

  28. Lihat Bilangan 21:5–9.

  29. 2 Nefi 25:20.

  30. Alma 33:20.

  31. 2 Nefi 31:21.

  32. Lihat “2021 Broadcast: Principles of Love, Share, and Invite,” broadcasts.ChurchofJesusChrist.org; lihat juga Gary E. Stevenson, “Kasih, Kongsi, Jempute,” Liahona, Mei 2022, 84–87.

  33. 2 Nefi 2:8.