Ingatlah Apa Yang Paling Penting
Perkara yang paling penting iaitu hubungan kita dengan Bapa Syurgawi dan Putera-Nya yang Dikasihi, keluarga kita, dengan sesama orang dan membenarkan Roh membimbing kita.
Ingatlah pada hujung minggu ini kemasukan kemenangan Juruselamat ke Yerusalem sebelum korban tebusan-Nya, saya mengingati kata-kata harapan dan ketenangan-Nya: “Akulah yang membangkitkan orang mati dan memberikan hidup: Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati.”1
Saya sayangi Dia. Saya percaya kepada-Nya. Saya bersaksi bahawa Dia ialah Kebangkitan dan Kehidupan.
Kesaksian ini telah menenangkan dan menguatkan saya selama empat setengah tahun yang lalu sejak isteri saya, Barbara, meninggal dunia. Saya rindu dia.
Sering kali, saya merenungkan perkahwinan abadi dan kehidupan kami bersama.
Sebelum ini saya telah kongsi pertemuan pertama kali dengan Barbara dan bagaimana pengalaman itu mengajar saya untuk menggunakan kemahiran “menyusul” dari misi saya. Saya perlu menyusul dengan cepat selepas kami bertemu kerana dia cantik, popular dan sangat sibuk dengan kegiatan social. Saya awal menyukai dia kerana dia senang didekati dan mesra. Saya mengagumi kebaikannya. Saya merasakan bahawa dia dan saya ditakdirkan untuk bersama. Nampaknya mudah dalam minda saya.
Barbara dan saya berdating, dan hubungan kami mula berkembang, tetapi dia tidak pasti jika perkahwinan dengan saya sesuai untuk dia.
Tidaklah cukup untuk saya mengetahuinya; Barbara perlu tahu untuk dirinya sendiri. Saya tahu jika kami meluangkan masa berpuasa dan berdoa tentang hal itu, Barbara boleh menerima pengesahan dari syurga.
Kami menghabiskan satu hujung minggu tanpa dating supaya kami boleh berpuasa dan berdoa untuk tahu bagi diri sendiri. Mujurlah bagi saya, dia menerima pengesahan sama yang saya telah menerima. Yang selebihnya, seperti yang dikatakan, adalah sejarah.
Apabila Barbara meninggal dunia, anak-anak kami meletakkan pada batu nisan-nya pelajaran yang Barbara ingin mereka ingati. Salah satu pelajaran itu ialah “yang paling penting adalah perkara yang bertahan paling lama.”
Hari ini, saya akan berkongsi dari hati beberapa perasaan dan fikiran tentang perkara yang paling penting.
Pertama, hubungan dengan Bapa Syurgawi dan Putera-Nya, Tuhan Yesus Kristus, adalah paling penting. Hubungan ini paling penting sekarang dan dalam keabadian.
Kedua, hubungan kekeluargaan adalah antara perkara yang paling penting.
Sepanjang pelayanan saya, saya telah melawat banyak individu dan keluarga yang dipengaruhi oleh bencana alam. Ramai terpaksa pindah, lapar dan rasa takut. Mereka perlu bantuan perubatan, makanan dan tempat tinggal.
Mereka juga memerlukan keluarga mereka.
Saya tahu adanya orang mungkin tidak mempunyai berkat keluarga yang penyayang, jadi saya sertakan saudara, kawan, dan juga keluarga bahagian sebagai “keluarga.” Hubungan-hubungan ini penting untuk kesihatan emosi dan jasmani.
Hubungan-hubungan ini juga boleh menawarkan kasih, kebahagiaan, kegembiraan dan perasaan tergolong.
Memupuk hubungan-hubungan penting ini adalah sebuah pilihan. Pilihan untuk menjadi sebahagian keluarga memerlukan komitmen, kasih, kesabaran, komunikasi dan keampunan.2 Akan ada masa di mana kita tidak bersetuju dengan orang lain, tetapi kita boleh buat tanpa bersikap keras. Dalam dating dan perkahwinan, kita tidak jatuh cinta atau kehilangan cinta seolah-olah kita adalah objek yang dialihkan pada papan catur. Kita pilih untuk mengasihi dan menyokong satu sama lain. Kita melakukan yang sama dalam hubungan keluarga yang lain dan dengan kawan-kawan yang seperti keluarga kepada kita.
Perisytiharan keluarga menyatakan bahawa “rancangan kegembiraan ilahi membolehkan hubungan keluarga diteruskan selepas kematian. Tatacara dan perjanjian yang sedia ada di bait suci kudus membolehkan setiap orang kembali ke hadirat Tuhan dan keluarga disatukan secara abadi.”3
Satu perkara lain yang paling penting ialah mengikuti dorongan Roh dalam hubungan kita yang paling penting dan dalam usaha kita untuk mengasihi orang seperti diri kita sendiri, termasuk pelayanan peribadi dan awam kita. Saya belajar pelajaran ini sejak awal semasa melayani sebagai uskup.
Lewat pada satu malam musim sejuk dengan salji, saya meninggalkan pejabat uskup apabila saya menerima dorongan yang kuat untuk melawat seorang balu warga tua di bahagian. Saya melihat pada jam saya—ia pukul 10:00 p.m. Saya berfikir bahawa ia terlalu lewat untuk buat kunjungan ini. Dan juga, salji sedang turun. Saya memutuskan untuk mengunjungi saudari ini pada waktu pagi dan tidak mengganggu dia pada jam lewat. Saya memandu pulang ke rumah dan cuba tidur tetapi tidak nyenyak sepanjang malam kerana Roh mengganggu saya.
Awal pagi keesokan harinya, saya memandu terus ke rumah balu itu. Anak perempuannya menjawab, “Ya, Uskup, terima kasih kerana datang. Ibu saya sudah meninggal dunia dua jam lalu”— Hati saya hancur luluh. Saya tidak akan pernah melupakan perasaan hati saya. Saya menangis. Tidakkah balu yang dikasihi ini berhak mengalami uskupnya memegang tangannya, menenangkan dia, dan mungkin memberinya berkat terakhir? Saya terlepas peluang itu kerana saya menolak dorongan Roh yang kuat.4
Saudara dan saudari, remaja putera dan remaja puteri, dan kanak-kanak Sekolah Primer, saya bersaksi bahawa mengikuti dorongan Roh adalah salah satu perkara yang paling penting dalam semua hubungan kita.
Akhirnya, pada hujung minggu Ahad Palma ini, saya bersaksi bahawa berpaling kepada Tuhan, memberi kesaksian tentang Dia, dan melayani-Nya juga antara perkara yang paling penting.
Iman kepada Yesus Kristus adalah asas kesaksian kita. Kesaksian adalah penyaksian atau penetapan kebenaran abadi yang ditekankan ke atas hati dan jiwa individu melalui Roh Kudus. Kesaksian tentang Yesus Kristus, dilahirkan dan dikuatkan oleh Roh, mengubah kehidupan—ia mengubah cara kita berfikir dan bagaimana kita hidup. Kesaksian memalingkan kita kepada Bapa Syurgawi dan Putera-Nya yang ilahi.
Alma mengajarkan:
“Lihatlah, aku bersaksi kepadamu bahawa aku tahu bahawa hal-hal ini yang berkenaannya telah aku ucapkan adalah benar. Dan bagaimanakah kamu mengira bahawa aku mengetahui akan kepastiannya?
“Lihatlah, aku berkata kepadamu itu disingkapkan kepadaku oleh Roh Kudus Tuhan. Lihatlah, aku telah berpuasa dan berdoa berhari-hari agar aku boleh mengetahui hal-hal ini bagi diriku sendiri. Dan sekarang, aku tahu bagi diriku sendiri bahawa itu adalah benar; kerana Tuhan Raja telah menyatakannya kepadaku oleh Roh Kudus-Nya.”5
Mempunyai kesaksian sahaja tidaklah cukup. Semasa penukaran hati kita kepada Yesus Kristus berkembang, kita akan ingin bersaksi tentang Dia—kebaikan, kasih dan kebaikan hati-Nya.
Kerap kali dalam pertemuan kesaksian kita pada hari Ahad puasa, kita mendengar frasa “Saya bersyukur” dan “Saya mengasihi” lebih daripada kita mendengar frasa “Saya tahu” dan “Saya percaya.”
Saya menjemput anda untuk memberi kesaksian tentang Yesus Kristus dengan lebih kerap. Berikan kesaksian tentang apa yang anda tahu dan percaya dan apa yang anda rasa, bukan sahaja tentang kesyukuran anda. Bersaksi tentang pengalaman anda sendiri tentang proses mengetahui dan mengasihi Juruselamat, tentang menjalani ajaran-ajaran-Nya, dan tentang kuasa penebusan dan membolehkan-Nya dalam hidup anda. Ketika anda memberi kesaksian tentang apa yang anda tahu, percaya, dan rasa, Roh Kudus akan mengesahkan kebenaran kepada mereka yang berniat mendengar kesaksian anda. Mereka akan berbuat demikian kerana mereka telah memerhatikan anda menjadi pengikut Yesus Kristus yang damai. Mereka akan melihat maksudnya menjadi pengikut-Nya. Mereka juga akan merasakan sesuatu yang mereka mungkin tidak pernah rasa. Kesaksian murni datang dari hati yang diubah dan boleh dibawa oleh kuasa Roh Kudus ke dalam hati orang lain yang terbuka untuk menerimanya.
Mereka yang merasakan sesuatu dari kesaksian anda kemudian boleh meminta Tuhan dalam doa untuk mengesahkan kebenaran kesaksian anda. Kemudian mereka boleh tahu untuk diri mereka sendiri.
Saudara dan saudari, saya bersaksi kepada anda bahawa saya tahu Yesus Kristus ialah Juruselamat dan Penebus dunia. Dia hidup. Dia adalah Putera Tuhan yang telah bangkit, dan inilah Gereja-Nya yang dipimpin oleh nabi dan rasul-rasul-Nya. Saya berdoa agar suatu hari nanti apabila saya pergi ke dunia seterusnya, saya boleh melakukannya dengan kesaksian saya bersinar terang.
Dalam pelayanan saya, saya telah belajar perkara yang paling penting iaitu hubungan kita dengan Bapa Syurgawi dan Putera-Nya yang Dikasihi, keluarga kita, dan sesama orang, dan membenarkan Roh Tuhan membimbing kita dalam hubungan-hubungan itu supaya kita boleh bersaksi tentang hal-hal yang paling penting dan bertahan paling lama. Dalam nama Yesus Kristus, amin.