Persidangan Umum
Tuhan Yesus Kristus Mengajar Kita untuk Melayani
Persidangan Umum April 2023


11:29

Tuhan Yesus Kristus Mengajar Kita untuk Melayani

Dengan bantuan Juruselamat, kita boleh mengasihi domba-domba-Nya yang berharga dan melayani mereka seperti Dia.

Tuhan Yesus Kristus berfirman:

“Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik mengorbankan nyawa untuk kawanan dombanya. …

“Sebagaimana Bapa mengenal Aku dan Aku mengenal Bapa: Aku mengorbankan nyawa untuk mereka.”1

Dalam versi Yunani ayat suci ini, perkataan baik juga bermaksud “indah, mengagumkan.” Jadi hari ini, saya ingin berucap tentang Gembala yang Baik, Gembala Indah, Gembala yang Mengagumkan, iaitu Yesus Kristus.

Dalam Perjanjian Baru, Dia dipanggil “gembala yang agung,”2 “Gembala utama,”3 dan “Gembala dan Pemelihara jiwa [kita].4

Dalam Perjanjian Lama, Yesaya menulis bahawa “Dia akan menjaga umat-Nya seperti seorang gembala.”5

Dalam Kitab Mormon, Dia dipanggil “gembala yang baik”6 dan “gembala yang agung dan benar.”7

Dalam Ajaran dan Perjanjian, Dia berfirman, “Kerana itu, Aku berada di tengah-tengahmu, dan Aku ialah gembala yang baik.”8

Pada zaman kita, Presiden Russell M. Nelson telah berkata: “Gembala yang Baik mengambil berat terhadap semua domba kawanan-Nya, dan kita ialah penyokong-Nya yang benar. Kita berhak istimewa untuk menanggung kasih-Nya dan menambah kasih kita sendiri terhadap kawan dan jiran—memberi makan, menjaga dan memelihara mereka—seperti yang Juruselamat ingin kita lakukan.”9

Baru-baru ini, Presiden Nelson jelaskan: “Satu ciri Gereja Tuhan yang sejati dan hidup ialah usaha yang teratur dan diarahkan untuk melayani setiap anak Tuhan dan keluarga mereka. Kerana ini Gereja-Nya, kita sebagai hamba-Nya akan melayan kepada yang satu, sama seperti Dia melakukan. Kita akan melayan dalam nama-Nya, dengan kuasa dan wewenang-Nya, dan dengan kebaikan-Nya yang penuh kasih.”10

Apabila orang Farisi dan guru Taurat bersungut terhadap Tuhan, mereka berkata, “Lihatlah, orang ini menyambut orang yang dihina masyarakat, bahkan makan bersama-sama mereka!”11 Dia menjawab dengan menyampaikan tiga cerita yang kita ketahui sebagai perumpamaan domba yang hilang, syiling yang hilang dan anak yang sesat.

Ia menarik untuk perhatikan apabila Lukas, penulis Injil, memperkenalkan tiga cerita itu, dia menggunakan perkataan perumpamaan sebagai kata tunggal, bukan kata majmuk.12 Nampaknya Tuhan sedang mengajar satu pengajaran yang unik dengan tiga cerita—cerita yang mengandungi pelbagai nombor seperti 100 domba, 10 syiling dan 2 anak lelaki.

Namun, nombor yang penting dalam setiap cerita ini adalah nombor satu. Dan satu pengajaran yang kita mungkin ambil dari nombor itu adalah bahawa anda boleh menjadi penyokong bagi 100 penatua dan bakal penatua dalam kuorum anda, atau penasihat kepada 10 remaja puteri, atau pengajar kepada 2 anak Sekolah Primer, tetapi anda selalu melayani, menjaga dan mengasihi setiap mereka. Anda tidak berkata, “Itu domba yang bodoh,” atau “Sebenarnya, saya tidak perlu syiling itu” atau “Anak itu suka memberontak.” Jika anda dan saya ada “kasih suci Kristus,”13 kita, seperti lelaki dalam cerita domba yang hilang, akan “meninggalkan domba yang sembilan puluh sembilan ekor … lalu pergi mencari yang hilang itu sehingga [kita] dapat.”14 Atau seperti wanita dalam cerita syiling yang hilang, kita akan “memasang pelita, menyapu rumah lalu mencari wang itu dengan teliti sehingga [kita] dapat.”15 Jika kita ada “kasih suci Kristus,” kita akan mengikut teladan bapa dalam cerita anak yang sesat, bahawa apabila anak “masih jauh dari rumah apabila bapanya nampak dia, Dengan penuh kasihan, bapanya lari menemui dia, lalu memeluk, dan menciumnya.”16

Bolehkah kita rasakan hati terdesak orang yang kehilangan satu domba? Atau hati terdesak wanita yang kehilangan hanya satu syiling? Atau kasih dan rasa kasihan yang tidak terhitung dalam hati bapa anak yang sesat?

Isteri saya, Maria Isabel, dan saya telah melayani di Amerika Tengah, di Kota Guatemala. Di sana saya berpeluang untuk bertemu dengan Julia, seorang ahli Gereja yang beriman. Saya mempunyai tanggapan untuk menanya dia tentang keluarganya. Ibunya meninggal dunia akibat kanser pada tahun 2011. Ayahnya telah menjadi pemimpin di dalam pancangnya, melayan sebagai uskup dan penasihat kepada presiden pancang selama beberapa tahun. Dia merupakan seorang penyokong Tuhan yang hebat. Julia memberitahu saya tentang ketekunannya untuk melawat dan melayan. Dia sememangnya bersukacita dalam memberi makan dan menjaga domba-domba Tuhan yang berharga. Dia berkahwin semula dan kekal aktif dalam Gereja.

Beberapa tahun kemudian, dia bercerai dan kini menghadiri gereja bersendirian seperti dulu. Dia rasa tidak selesa dan terasa bahawa sebilangan orang bersikap kritikal terhadap dia kerana perceraiannya. Dia berhenti menghadiri gereja kerana roh negatif memenuhi hatinya.

Julia menyanjung penyokong hebat ini, yang rajin, penyayang dan berbelas kasihan. Saya ingat perasaan terdesak yang datang kepada saya semasa Julia menggambarkan dia. Saya hanya ingin melakukan sesuatu bagi dia, seorang lelaki yang telah banyak melayan sekian lama.

Dia memberi saya nombor telefon bimbitnya dan saya mula memanggil dia, mengharapkan berkesempatan untuk menemuinya secara peribadi. Selepas beberapa minggu dan banyak panggilan telefon tanpa kejayaan, dia akhirnya menjawab telefon.

Saya memberitahu dia bahawa saya telah bertemu dengan Julia, anaknya, dan saya kagumi cara dia melayan dan mengasihi domba-domba Tuhan yang berharga selama bertahun-tahun. Dia tidak mengharapkan komen seperti itu. Saya memberitahu dia bahawa saya benar-benar ingin melawat dia secara peribadi. Dia menanyakan tujuan saya untuk mencadangkan pertemuan itu. Saya menjawab, “Saya ingin bertemu dengan bapa kepada seorang wanita yang hebat.” Kemudian untuk beberapa saat, sunyi di telefon—beberapa saat yang seperti keabadian bagi saya. Dia berkata, “Bila dan di mana?”

Pada hari saya bertemu dengan dia, saya menjemput dia untuk berkongsi pengalamannya ketika dia mengunjung dan melayani domba-domba Tuhan yang berharga. Semasa dia menceritakan kisah-kisah yang menyentuh hati, saya menyedari nada suaranya berubah dan roh yang dia telah rasakan banyak kali sebagai seorang penyokong kembali. Kini matanya digenangi air mata. Saya tahu inilah saat yang tepat untuk saya, tetapi saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Saya berdoa dalam fikiran saya, “Bapa, tolonglah saya.”

Tiba-tiba, saya mendengar diri saya berkata, “Brother Florian, sebagai hamba Tuhan saya meminta maaf kerana kami tidak berada di sana untuk kamu. Sila maafkan kami. Berikan kami satu lagi peluang untuk tunjuk bahawa kami mengasihi kamu. Bahawa kami memerlukan kamu. Bahawa kamu penting bagi kami.”

Dia kembali pada hari Ahad seterusnya. Dia mempunyai perbualan yang panjang dengan uskup dan kekal aktif. Beberapa bulan kemudian dia meninggal dunia—tetapi dia telah kembali. Dia telah kembali. Saya bersaksi bahawa dengan bantuan Juruselamat, kita boleh mengasihi domba-domba-Nya yang berharga dan melayani mereka seperti Dia. Jadi, Tuhan Yesus Kristus membawa pulang seekor domba ke kawanan-Nya di Bandar Guatemala. Dan Dia telah mengajar saya pelajaran mengenai pelayanan yang tidak boleh saya lupakan. Dalam nama Gembala yang Baik, Gembala Yang Indah, Gembala yang Mengagumkan, Tuhan Yesus Kristus, amin.