Keberdikarian
Rakan Tindakan


Rakan Tindakan

Baca:Dengan bantuan daripada orang lain, anda boleh mencapai perkara yang hebat. Sebagai contoh, para penginjil ada sokongan daripada rakan mereka. Dalam kumpulan kita, kita ada “rakan tindakan”. Setiap minggu kita akan pilih dan bekerjasama dengan seorang rakan tindakan. Rakan tindakan menolong satu sama lain mentaati komitmen dengan:

  • Menelefon, SMS, atau mengunjungi satu sama lain sepanjang minggu.

  • Berbincang tentang perkara yang sudah kita belajar dalam kumpulan.

  • Menggalakkan satu sama lain untuk mentaati komitmen.

  • Memberi nasihat sesama sendiri tentang cabaran.

  • Berdoa untuk satu sama lain.

Bincang:Bagaimana seseorang telah menolong anda mencapai satu perkara yang susah?

Baca:Menjadi seorang rakan tindakan adalah tidak susah atau memakan masa. Untuk memulakan perbualan, anda boleh tanya:

  • Apakah perkara yang anda suka tentang mesyuarat kumpulan kita minggu lepas?

  • Apakah perkara yang baik berlaku kepada anda minggu lepas ini?

  • Bagaimana anda telah menggunakan prinsip Asas Saya minggu ini?

Bahagian perbincangan yang paling penting adalah untuk menolong satu sama lain mentaati komitmen. Anda boleh tanya:

  • Adakah anda mentaati komitmen anda?

  • Jika anda tidak mentaati sebahagian komitmen anda, adakah anda perlukan bantuan?

  • Bagaimana saya boleh menyokong usaha anda?

Cetak