Keberdikarian
Asas Saya: Mengurus Wang


ikon asas saya
Asas Saya: Mengurus Wang—Masa maksimum: 20 minit

Renung:Mengapa menguruskan wang adalah susah—dan sangat penting?

Tonton:“Pertama Sekali!” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 22.)

Pertama Sekali!

Jika anda tidak dapat menonton video, pilih peranan dan baca skrip ini.

Masih dari Pertama Sekali

Latar belakang: Budak lelaki dan perempuan, berpakaian pakaian dewasa, berlakon seperti ibu bapa mereka.

Lelaki: Saya sudah pulang, sayang.

Perempuan: Selamat pulang. Oh, kamu kelihatan penat.

Lelaki: Kamu juga. Kamu bekerja keras, kan?

Perempuan: Ya, kita sepatutnya bekerja, kan?

Lelaki: Saya mendapat 10 hari ini.

Perempuan: Oh, ini ialah berkat. Jadi, pertama sekali. Mari kita membayar persepuluhan kita, boleh?

Lelaki: Tetapi bagaimana jika kita tidak ada wang yang cukup?

Perempuan: Itulah di mana iman datang!

Lelaki: Ok. Jadi apa seterusnya?

Perempuan: Baiklah, kita perlu membeli makanan dan tambang bas dan membayar sewa. Dan kemudian bagus untuk membeli kerusi …

Lelaki: Tetapi kita tidak boleh. Lihat? Kita tidak ada wang yang cukup.

Perempuan: Boleh kita pinjam sedikit?

Lelaki: Mereka kata hutang itu adalah bahaya. Kita tidak mahu mendapat masalah.

Perempuan: Ok. Kamu betul. Jadi apa harus kita buat dengan ini?

Lelaki: Mari kita simpannya! Kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi.

Perempuan: Saya rasa betul tu. Tetapi kita tiada apa-apa tinggal untuk berseronok.

Lelaki: Kita ada satu sama lain! Dan saya akan cuba mendapat lebih lagi.

Perempuan: Saya akan cuba kurang belanja!

Lelaki: Dengan itu kita boleh menjadi gembira—dan berdikari!

Perempuan: Betul! Ini bukannya susah sangat. Kenapa orang dewasa buat ini nampak susah?

Lelaki: Oh, kamu tahu. Begitulah caranya orang dewasa.

Kembali ke muka surat 20.

Bincang:Mengapa kita perlu menjejaki dan menyimpan wang kita?

Baca:Ajaran dan Perjanjian 104:78 dan kenyataan daripada All Is Safely Gathered In (sebelah kanan)

Bincang:Baca keadah keberdikarian untuk menguruskan wang (di bawah). Bagaimana kita boleh membuat ini satu tabiat?

gambar rajah keadah keberdikarian

Membuat Komitmen:Buatkan komitmen kepada tindakan berikut dalam minggu ini. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap tindakan.

  • Mengawasi apa yang anda peroleh dan belanja setiap hari. Pada hujung minggu, tambahkan nombor-nombor dan catatkan jumlah pada Rekod Pendapatan dan Pembelanjaan pada muka surat 15.

  • Kongsi apa yang anda belajar hari ini tentang pengurusan wang dengan keluarga dan kawan anda.