Keberdikarian
Belajar


Imej
ikon belajar
Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit

Baca:Dalam mesyuarat kumpulan lepas, anda kongsikan rancangan keberdikarian anda dengan kumpulan. Sekarang anda akan berusaha untuk mencapai rancangan anda. Ini memerlukan anda untuk:

  1. Bertanggungjawab terhadap pendidikan anda.

  2. Membina satu rutin yang berjaya.

  3. Kekal kepada rancangan.

1. Bertanggungjawab terhadap Pendidikan Anda

Baca:“Oleh kerana itu, Tuhan telah membenarkan manusia bertindak bagi dirinya sendiri … dan bukan … ditindaki” (2 Nefi 2:16, 26).

Bincang:Mengapa pentingnya bagi anda untuk bertindak bagi diri anda dalam rancangan pendidikan anda?

Baca:Pelajar yang berjaya bertanggungjawab terhadap pendidikan diri mereka. Mereka adalah:

  • Aktif

  • Bertanggungjawab

  • Berdisiplin

2. Menciptakan satu Rutin yang Berjaya

Baca:Mengatakan anda akan menjadi aktif, bertanggungjawab, dan berdisiplin adalah satu perkara, tetapi melakukannya adalah perkara yang lain. Untuk berjaya, anda perlu (1) memberi keutamaan, (2) mengatasi sikap berlengah-lengah, dan (3) mengatasi gangguan.

Beri Keutamaan

Baca:Anda tidak dapat melakukan semua hal. Semasa anda bekerja dalam pendidikan anda, tugas-tugas yang berkaitan dengan pendidikan anda patut diberi keutamaan tinggi.

Contohnya, anda ingin melawat kawan yang anda lama tidak lihat (baik), tetapi anda sangat perlu mengkaji untuk ujian pada hari keesokan. (lebih baik).

Bincang:Apakah yang anda akan lakukan? Kenapa?

Baca:Untuk memberi keutamaan kepada hal yang anda perlu lakukan:

  • Buat senarai hal-hal yang anda perlu atau ingin lakukan.

  • Tulis senarai ini semula dengan hal-hal terbaik di atas, dengan hal-hal lebih baik di bawah dan kemudian hal-hal baik.

Kadangkala anda akan perlu memilih antara apa yang paling penting dan apa yang paling segera. Kadangkala tugas-tugas menjadi segera kerana anda berlengah-lengah untuk melakukan hal tersebut. Ketika-ketika lain, tugas menjadi segera kerana orang lain mengharapkan anda untuk melakukannya sekarang.

Contohnya, anda perlu mengkaji untuk ujian yang akan diambil dalam dua minggu (penting), tetapi anda juga perlu mendaftar dalam kelas sebelum tarikh akhir aplikasi pada hari keesokan (segera).

Bincang:Apakah yang anda akan lakukan? Kenapa?

Mengatasi Sikap Berlengah-lengah

Baca:Pendidikan Formal (seperti kerja anda) ada tarikh akhir. Karangan wajib disediakan sebelum tarikh akhir karangan; projek-projek ada tarikh penyiapan yang tetap. Pengabaian tarikh akhir akan mempengaruhi gred anda, sikap anda, pelajar lain, dan kejayaan penyiapan program. Tugas menjadi segera jika anda berlengah-lengah siapkannya sehingga tarikh akhir.

Bincang:Bagaimana menyelesaikan tugas-tugas sebelum tarikh akhir mengurangkan tekanan?

Mengatasi Gangguan

Baca:Mencapai matlamat pendidikan mengambil kerja keras, kesabaran, dan tumpuan. Gangguan dan masalah boleh menarik anda dari jalan ke keberdikarian. Mengetahui bagaimana anda boleh diganggu, atau menyedari masalah lain yang anda mungkin menghadapi, akan menolong anda merancangkan cara-cara untuk mengatasi halangan ini dan terus kekal dalam tugas.

Kenalkan Afu, umur 23 tahun. Dia datang daripada keluarga desa yang miskin. Misi dia membuka mata dia kepada kemungkinan kehidupan dan pembekalan lebih baik untuk keluarga dia. Dia ingin pindah ke kota dan menerima latihan sebagai seorang juruelektrik, tetapi ibu bapa dia ingin dia tinggal di rumah dan bekerja dengan mereka di perladangan seperti generasi-generasi keluarga telah lakukan.

Baca:Beberapa masalah yang tidak dijangka mungkin akan tiba. Tiada orang yang merancang untuk jatuh sakit atau kehilangan kerja. Iman dan kepercayaan dalam Bapa Syurgawi kita dan sokongan daripada keluarga dan kawan boleh menolong anda melalui cabaran tersebut.

Bincang:Apakah yang anda lakukan apabila anda menghadapi cabaran yang susah dan mengejutkan?

3. Kekal Pada Rancangan

Baca:Ramai orang tidak menyiapkan pendidikan mereka. Seringkali ada masalah, situasi susah, dan orang lain yang boleh menarik anda dari rancangan.

Sebagai contoh:

  • Di banyak kawasan dunia, ibu bapa akan berkata kepada anak-anak mereka, “Berhenti sekolah. Balik ke rumah untuk bekerja di padang. Keluarga kita tidak dapat hidup tanpa kerja anda di sini.” Ini tentunya masalah yang Afu hadapi.

  • Beberapa orang berhenti sekolah kerana seorang ahli keluarga kena sakit atau meninggal dunia, atau keluarga menderita dari kesusahan yang lain.

  • Beberapa orang berhenti sekolah kerana mereka menghabiskan duit mereka pada perkara tidak diperlukan dan tidak ada duit lagi untuk sekolah.

  • Beberapa orang tidak menyiapkan latihan mereka kerana seorang kawan berkata, “Saya ada peluang bisnes hebat bagi kamu. Kamu akan mendapati lebih banyak duit semasa membuat ini daripada latihan kamu.” Peluang ini ternyata menjadi buntu. Stefano menghadapi godaan ini dua kali, dan kedua-dua kali kawan-kawannya kehilangan lebih banyak duit daripada mereka mendapatkan. Dia gembira dia tidak terlibat.

  • Beberapa orang tidak menyiapkan pendidikan mereka kerana mereka kecewa dan berkata kepada diri mereka, “Ini lebih susah, mengambil lebih lama, dan lebih mahal daripada apa yang saya fikirkan. Saya fikir sekolah tidak sesuai bagi saya.”

Tonton:“Perkara Baik Akan Datang,” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 145-46.)

Imej
ikon video

Baca:Satu kaedah untuk menolong anda terus kekal pada rancangan termasuk:

  1. Bayangkan hidup anda dan bagaimana anda akan berasa apabila anda berdikari.

  2. Menjangka siapa atau apa yang akan menyebabkan anda untuk berhenti.

  3. Menyediakan apa yang anda akan berkata atau lakukan untuk terus kekal pada rancangan.

Renung:Lihat pada jambatan berikut. Fikirkan bagaimana hidup anda akan jadi selepas anda melintasi jambatan itu. Fikirkan bagaimana rasanya untuk menjadi lebih berdikari.

Imej
grafik jambatan di kanyon

Baca:Contoh berikut adalah orang-orang yang fikirkan apa yang boleh menyebabkan mereka berhenti sekolah dan apa yang mereka akan lakukan.

Rachel menulis:

Bagaimana Hidup Saya Selepas Saya Berdikari

Siapa atau Apa Yang Boleh Menyebabkan Saya Berhenti Sekolah

Apa Yang Saya Akan Berkata atau Lakukan untuk Kekal pada Rancangan

Sejak saya bercerai, ia sangat suah untuk memenuhi keperluan. Kerja saya di kedai runcit tidak membayar banyak. Selepas saya menyiapkan ijazah saya dan mendapatkan pekerjaan yang membayar dengan baik, ia akan berasa lebih selesa untuk membayar bil-bil dan menyediakan untuk keluarga saya.

Saya senang berasa kecewa. Saya pasti terdapat masa yang saya akan berfikir sekolah terlalu susah dan penuh tekanan. Saya terutamanya bimbang bagaimana anak-anak saya akan tahan apabila saya tiada banyak masa bagi mereka semasa saya melakukan kerja sekolah. Saya tentu akan kecewa dan ingin berhenti.

Saya akan mencipta senarai keluarga dan kawan yang pandai menggalakkan saya. Saya akan memanggil mereka apabila saya kecewa. Saya akan cuba mencari kawan yang boleh mengajar saya supaya sekolah menjadi lebih mudah. Saya juga akan menyimpan senarai ucapan persidangan dan wayang-wayang yang mengilhami saya. Saya akan menonton itu apabila saya ingin mengaku kalah.

Afu menulis:

Bagaimana Hidup Saya Selepas Saya Berdikari

Siapa atau Apa Yang Boleh Menyebabkan Saya Berhenti Sekolah

Apa Yang Saya Akan Berkata atau Lakukan untuk Terus Kekal Pada Rancangan

Apabila saya menyiapkan persijilan, saya akan dapat menjadi seorang juruelektrik di kota untuk mendapat lebih banyak duit daripada saya dapatkan di bandar kecil saya. Saya akan menyediakan bagi diri saya dengan lebih baik, dan ia akan berasa baik.

Ibu bapa saya tidak gembira kerana saya pergi ke sekolah. Saya tahu bapa saya akan datang untuk menuntut saya balik ke rumah untuk bekerja di padang dan menyediakan bagi ibu bapa dan adik-beradik saya.

Saya akan memberitahu dia bahawa saya sayang dia tetapi saya mesti menyiapkan pendidikan saya supaya boleh bersedia untuk menyediakan bagi diri saya dan bakal isteri dan anak-anak saya. Saya akan menjelaskan bagaimana pilihan saya akan memberi manfaat kepada mereka kerana saya akan dapat menolong mereka dengan lebih baik. Saya akan mendapati berkat Imamat untuk menolong saya ada keberanian untuk mengatakan hal-hal ini kepada bapa saya.

Baca:“Tiada apa-apa yang baik melainkan kamu melakukannya” (Dieter F. Uchtdorf, “Dia Akan Menempatkan Kamu di atas Bahu-Nya dan Membawa Kamu ke Rumah,” Ensign atau Liahona, Mei 2016, 103, memetik Erich Kästner).

Bincang:Apakah perkara yang paling bermakna yang anda pelajari di mesyuarat kumpulan hari ini?

Cetak