Keberdikarian
Sumber


Imej
ikon sumber
Sumber

Pola Cahaya: Roh Wahyu

Oleh Elder David A. Bednar

“Apabila anak lelaki dan perempuan Tuhan berhubung dengan-Nya, kita memanggil ia doa. Apabila Dia berhubung dengan kita, ia datang melalui pelbagai kaedah, cara, atau saluran. Kita bercakap tentang pola-pola di mana Tuhan berhubung dengan anak-anak-Nya di sini di atas bumi.

“Wahyu ialah perhubungan daripada Tuhan kepada anak-anak-Nya di sini di atas bumi. Kadangkala, mesej-mesej itu datang dengan cepat dan secara menimbulkan. Saya telah membandingkan itu dengan cahaya yang dihidupkan di bilik gelap, di mana tiba-tiba, kegelapan diusir, dan anda dapat melihat semua benda di dalam bilik dengan sangat jelas serta menyilau. Saya akan mencadangkan bahawa pola itu untuk menerima mesej-mesej daripada Tuhan jarang berlaku.

“Pola kedua adalah apabila cahaya datang secara beransur-ansur, seperti matahari terbit. Anda boleh membezakan peningkatan cahaya di kaki langit tetapi tidak pernah sama sekali. Pola wahyu ini, saya akan mencadangkan, adalah lebih biasa untuk berlaku.

“Kadangkala, menerima ilham seperti hari berkabus. Terdapat cukup cahaya supaya anda dapat tahu ia bukan kegelapan lagi. Ia bukan malam. Tetapi ia tidak diterangi dengan jelas. Anda boleh melihat supaya dapat mengambil beberapa langkah ke hadapan ke dalam kekaburan. Saya tidak tahu tentang orang lain, tetapi ia selalu berlaku dengan cara itu bagi saya. Terdapat cukup untuk mengambil hanya beberapa langkah. Dan kemudian cahaya terus menolong saya melihat hanya cukup jauh ke hadapan supaya saya boleh terus maju.

“Semasa kita mengikuti ajaran-ajaran Yesus Kristus, Dialah cahaya. Salah satu nama-Nya ialah ‘sang Cahaya.’ Semasa kita mengikuti teladan-Nya dan hidup menurut ajaran-ajaran-Nya, terdapat pencahayaan bagi semua segi hidup kita. Pada tahap yang kita menolak Dia dan menolak ajaran-ajaran-Nya, kita berseorangan. Saya lebih suka mengikuti cahaya-Nya. Saya tahu apabila ada kuasa luar kekuatan saya yang datang daripada Tuhan kepada dan melalui saya, iaitu roh wahyu.

Kembali ke muka surat 24.

Cetak