Keberdikarian
Teruskan Jalan Anda untuk Keberdikarian


ikon Asas Saya
Teruskan Jalan Anda untuk Keberdikarian

Baca:Tahniah! Dalam tempoh 12 minggu yang lalu anda telah membina tabiat baru dan menjadi lebih berdikari. Tuhan mahu anda untuk terus membina kebolehan ini dan membangunkan kebolehan yang baru. Apabila kita berdoa dan mendengar, Roh Kudus boleh membantu kita mengetahui apa perkara dalam hidup kita yang kita perlu memperbaiki.

Bincang:Apa yang boleh kita lakukan untuk teruskan perjalanan keberdikarian kita? Bagaimana kita boleh terus membantu satu sama lain?

Membuat Komitmen:Buatkan komitmen untuk melakukan tindakan berikut dalam 12 minggu depan. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap tindakan:

  • Kaji semula dan terus melakukan semua 12 prinsip dan tabiat keberdikarian Asas Saya.

  • Kongsi apa yang anda pelajari tentang keberdikarian dengan orang lain. Terus membantu ahli kumpulan anda atau menawarkan diri untuk menjadi fasilitator untuk kumpulan keberdikarian baru.

  • Membina kebolehan anda dengan menyertai satu lagi kumpulan keberdikarian.

  • Kaji asas prinsip keberdikarian berikut.

Ajaran Prinsip Keberdikarian

Keberdikarian Ialah satu Perintah.

Tujuan Tuhan adalah untuk menyediakan untuk orang suci-Nya, dan Dia mempunyai semua kuasa untuk berbuat demikian

Hal rohani dan duniawi Ialah satu.

Ajaran dan Perjanjian 78:13-14; Musa 2:27–28

Ajaran dan Perjanjian 104:15; Yohanes 10:10; Matius 28:18; Kolose 2:6–10

Ajaran dan Perjanjian 29:34; Alma 34:20–25