Keberdikarian
Laporan


Imej
ikon laporan
Laporan—Masa Maksimum: 25 Minit

Komitmen Minggu Lepas:

  1. Berlatih dan kongsikan prinsip Asas Saya dari minggu lepas.

  2. Kemas kini rancangan keberdikarian saya jika perlu.

  3. Berlatih salah satu dari kemahiran atau tabiat berikut: memperkuatkan tabiat belajar, membaca dan menulis dengan berkesan, menyelesaikan tugas, atau bersedia untuk peperiksaan (atau berlatih kemahiran atau tabiat yang anda telah pilih minggu lepas).

  4. Hubungi dan sokong rakan tindakan saya.

Langkah 1: Membuat Penilaian bersama Rakan Tindakan (5 minit)

Ambil beberapa minit untuk menilaikan usaha anda untuk mentaati komitmen anda minggu ini. Gunakan carta “Menilai Usaha Saya” pada permulaan buku kerja ini. Kongsi penilaian anda dengan rakan tindakan anda dan bincang dengan dia tentang soalan di bawah. Dia kemudian akan tandatangan di tempat yang ditunjukkan.

Bincang:Apakah cabaran yang anda ada untuk mentaati komitmen anda minggu ini?

Imej
lakaran kecil menilai usaha

Langkah 2: Lapor kepada Kumpulan (8 minit)

Selepas menilai usaha anda, berkumpul semula sebagai kumpulan dan laporkan keputusan anda. Setiap orang dalam kumpulan nyatakan sama ada anda nilai diri sendiri “merah,” “kuning,” atau “hijau” untuk setiap komitmen minggu lepas.

Langkah 3: Kongsikan Pengalaman Anda (10 minit)

Sekarang sebagai satu kumpulan, kongsikan hal-hal yang anda pelajari dari usaha untuk mentaati komitmen anda sepanjang minggu lepas.

    Bincang:
  • Apakah pengalaman yang anda peroleh dari berlatih dan berkongsi prinsip Asas Saya?

  • Apa yang anda telah pelajari semasa mengemaskinikan rancangan keberdikarian anda?

  • Apa yang sudah anda belajar semasa anda berlatih satu kemahiran atau tabiat?

  • Bagaimana bekerja dengan rakan tindakan telah membantu anda?

Langkah 4: Pilih Rakan Tindakan (2 minit)

Pilih seorang rakan tindakan dari kumpulan untuk minggu depan. Biasanya, rakan tindakan adalah sesama jantina dan bukan ahli keluarga.

Sekarang, sila ambil beberapa minit untuk bertemu dengan rakan tindakan anda. Memperkenalkan diri anda dan bincangkan bagaimana anda akan hubungi sesama sepanjang minggu.

Nama rakan tindakan

Maklumat hubungan

Tulis bagaimana dan bila anda akan saling menghubungi minggu ini.

Ahad

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Cetak