Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit
-
Baca:Minggu lepas anda telah memilih sekolah atau program latihan yang terbaik untuk anda. Sepanjang minggu anda meluangkan masa untuk belajar lebih mengenai sekolah atau program itu. Hari ini anda akan meneroka pelbagai cara yang ada untuk membantu membayar latihan anda.
-
Pendidikan memerlukan pengorbanan.
-
Kaji semula kos latihan anda.
-
Pertimbangkan pilihan untuk membayar latihan anda.
-
Gunakan pinjaman pelajar dengan berhati-hati dan sebagai pilihan terakhir.
-
Ketahui siapa yang boleh bercakap dengan.
-
Kemas kini rancangan keberdikarian anda.
-
1. Pendidikan Memerlukan Pengorbanan
-
Baca:Presiden Gordon B. Hinckley telah menasihati kita untuk berkorban demi menjayakan pendidikan kita. Dia telah berkata: “Anda harus memperoleh segala pendidikan yang anda boleh. … Korbankan segala yang perlu dikorbankan untuk melayakkan diri supaya boleh bekerja di dunia” (“Words of the Prophet: Seek Learning,” New Era, Sept. 2007, 2–4).
Kita juga telah dinasihatkan untuk tidak melengahkan perkara penting dalam kehidupan kita ketika memperoleh pendidikan. Jangan tunggu untuk berkahwin, menerima tatacara bait suci, dan melahirkan anak ketika di sekolah.
Apabila anda mengekalkan perkara yang mustahak dan korbankan perkara yang kurang mustahak, anda akan mendapati bahawa Tuhan akan memberkati anda.
-
Bincang:Mengapa pengorbanan untuk pendidikan dan latihan berbaloi?
2. Kaji Semula Kos Latihan Anda
-
Baca:Minggu lepas, anda telah menerokai pilihan pendidikan dan latihan. Sebahagian dari usaha itu adalah untuk belajar berapa kos program anda. Kos ini termasuklah yuran sekolah, buku, kos kehidupan, pengangkutan, dan apa jua yang terlibat dengan pendidikan atau latihan anda. Ia amat penting untuk anda ketahui anggaran tepat kos ini supaya anda dapat merancang bagaimana untuk membayarnya.
Contohnya, Juan mendapat tahu bahawa kos sijil kimpalannya ialah:
Jenis-jenis Kos Latihan
Amaun
Program Sijil Kimpalan
4,000
Alat, buku, dan bahan-bahan
1,000
Yuran ujian
300
Yuran lesen
300
Pengangkutan
400
Jumlah
6,000
Jangan lupa kos kehidupan, seperti makanan, sewa, baju, perbelanjaan keluarga, dan hutang.
3. Pertimbangkan Pilihan Untuk Membayar Latihan Anda.
-
Baca:Terdapat banyak cara untuk membiayai pendidikan. Sebanyak mungkin, bayar untuk pendidikan anda dengan menggunakan duit simpanan atau gaji anda sendiri. Bekerja sambil belajar. Anda mungkin perlu kurang berbelanja dan bekerja tambahan untuk menambahkan gaji.
Pilihan kewangan lain wujud jika anda tidak mempunyai gaji atau duit simpanan yang mencukupi. Organisasi swasta, individu, dan kerajaan telah menubuhkan pelbagai program yang dapat membantu anda untuk membayar latihan anda.
“Kerana bumi penuh adanya, dan ada cukup dan berlebih-lebih; ya, Aku mempersiapkan segala sesuatu” (A&P 104:17).
-
Bincang:Bagaimanakah frasa “kerana bumi penuh adanya” boleh diaplikasikan kepada wang untuk membiayai pendidikan anda?
-
Baca:Minggu ini dengan sendiri, anda juga boleh membaca muka surat 111–16 untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa dan hibah untuk pelajar, pinjaman pelajar, dan pinjaman Tabung Pendidikan Berterusan.
4. Gunakan Pinjaman Pelajar Dengan Berhati-hati dan Sebagai Pilihan Terakhir
-
Baca:Ramai [orang] di dunia berhutang untuk memperoleh pendidikan, hanya untuk mendapati bahawa perbelanjaan sekolah adalah lebih daripada jumlah yang dapat dibayar. Cari biasiswa dan hibah untuk pelajar. Dapatkan kerja separuh masa, jika boleh, untuk tolong membayar dengan sendiri. Ini akan memerlukan pengorbanan, tetapi ia akan membantu anda untuk berjaya” (Robert D. Hales, “Menangani Cabaran Dunia Hari Ini,” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 45).
Pinjaman pelajar ialah hutang. Tidak seperti hibah untuk pelajar dan biasiswa, ia harus dibayar dan biasanya dibayar balik dengan faedah. Jika anda tidak dapat membayar balik, ia akan mengganggu kredit atau peluang untuk maju ke depan dalam kehidupan.
-
Bincang:Mengapa pinjaman pelajar haruslah menjadi pilihan terakhir?
-
Baca:“Empat betul” yang akan membantu anda memilih jika pinjaman pelajar pilihan yang baik untuk anda.
-
Sebab yang betul: Anda sedang bekerja sambil belajar, anda telah berusaha dengan kuat untuk memperoleh biasiswa dan hibah untuk pelajar, dan satu pinjaman hanya untuk membayar balik apa yang tertinggal (bukan untuk segala perbelanjaan) untuk pendidikan anda.
-
Anggapan yang betul: Anda telah mengesahkan bahawa kadar penempatan di kawasan anda baik untuk pekerjaan yang anda sedang belajar, dan anda berasa yakin anda akan mendapat pekerjaan dengan gaji yang cukup untuk membayar balik pinjaman itu dalam masa yang berpatutan.
-
Syarat yang betul: Anda telah membandingkan pelbagai pinjaman dan menjumpai satu yang mempunyai kadar dan syarat pembayaran balik yang terbaik daripada pemberi pinjaman yang dipercayai.
-
Jumlah yang betul: Jumlah pinjaman anda cukup kecil untuk dibayar balik dalam tempoh masa yang berpatutan.
-
-
Bincang:Bagaimanakah mengikut “empat betul” melindungi anda apabila membayar untuk pendidikan anda?
-
Baca:Bertanyakan pakar keberdikarian pancang anda tentang laman web yang berguna untuk mencari dan membandingkan pinjaman-pinjaman pelajar yang didapati di negara atau kawasan anda. Minggu ini dengan sendiri, anda juga boleh baca muka surat 113 untuk belajar lebih mengenai bagaimana untuk membandingkan pinjaman-pinjaman pelajar.
Juga, jika terdapat di negara anda, pinjaman Tabung Pendidikan Berterusan (PEF) mungkin sesuai untuk anda. Untuk ketahui jika pinjaman PEF didapati di negara anda, bagaimana untuk layak, dan bagaimana untuk memohon, lihat muka surat 114–15 atau pergi ke srs.lds.org/pef.
5. Ketahui Siapa yang Boleh Bercakap Dengan
-
Baca:Sebahagian dari komitmen anda minggu ini adalah untuk menerokai pilihan yang terbaik untuk membiayai program pendidikan atau latihan yang dipilih anda. Lakukan penyelidikan anda dan bercakap dengan orang yang boleh membantu anda. Kebanyakan sekolah mempunyai orang yang dapat membantu anda. Cuba hubungi pejabat bantuan kewangan, atau sekolah, pemberi latihan, atau bisnes dan minta untuk bercakap dengan seseorang yang dapat menjawab soalan-soalan anda mengenai pembayaran latihan anda.
6. Kemas kini Rancangan Keberdikarian Anda
-
Baca:Di mesyuarat kumpulan anda yang akan datang, setiap orang akan membuat presentasi ringkas kepada kumpulan mengenai rancangan keberdikarian masing-masing. Anda akan menghuraikan rancangan anda, dan ahli kumpulan lain akan memberi maklum balas dan cadangan.
-
Baca:Minggu depan anda akan mengemukakan rancangan keberdikarian anda kepada kumpulan (muka surat 107–8). Anda mungkin ingin berlatih presentasi anda kepada ahli keluarga dan rakan. Apabila anda datang minggu depan bersedia untuk berkongsikan presentasi anda.
-
Bincang:Apakah perkara paling penting yang anda pelajari dalam mesyuarat kumpulan hari ini?