Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit
-
Baca:Minggu lepas, anda telah bermula menerokai pilihan-pilihan pekerjaan. Hari ini anda akan melihat pilihan-pilihan pekerjaan itu dengan lebih mendalam dan membuat keputusan tentang pekerjaan yang anda ingin lakukan. Untuk membantu dalam proses ini, anda akan belajar tentang perkara-perkara berikut:
-
Ketahui berapa banyak gaji anda perlu untuk menjadi berdikari.
-
Memahami realiti pekerjaan anda.
-
Ketahui siapa yang boleh bercakap dengan.
-
Kemas kini rancangan keberdikarian anda.
-
1. Ketahui Berapa Banyak Pendapatan Yang Anda Perlu Untuk Menjadi Berdikari
-
Baca:“Jika seorang daripada kamu hendak membina sebuah menara, dia akan duduk dahulu lalu mengira perbelanjaannya, supaya dia tahu sama ada wangnya cukup untuk menyudahkan pekerjaan itu.” (Lukas 14:28).
Untuk berdikari, anda memerlukan pekerjaan yang memberi gaji yang cukup untuk keperluan anda dan keperluan keluarga anda. Anda telah pun merekod perbelanjaan anda selama beberapa minggu untuk mengetahui perbelanjaan semasa anda. Langkah seterusnya adalah untuk menganggar berapa banyak pendapatan yang anda perlu untuk menjadi berdikari. Pekerjaan yang anda pilih patut memberi jumlah pendapatan tersebut.
2. Memahami Realiti Pekerjaan Anda
-
Baca:Minggu lepas anda telah memilih tiga jenis pekerjaan yang diminati anda, dan anda telah membuat komitmen untuk belajar lebih mengenainya sepanjang minggu. Sekarang kita akan melihat beberapa realiti pekerjaan yang penting secara mendalam untuk membantu anda mengurangkan pilihan anda dan kemudian memilih satu latihan.
Realiti 1: Majikan membayar gaji yang lebih untuk beberapa pekerjaan dan sedikit untuk pekerjaan yang lain.
-
Baca:Faham apa yang dihargai oleh majikan. Ramai orang berkebolehan untuk bekerja di restoran makanan segera, jadi gajinya rendah. Tidak ramai orang yang berkebolehan untuk melaksanakan pembedahan jantung, jadi gajinya tinggi.
Kenalkan Arlene, umur 44. Arlene telah bekerja sebagai seorang jururawat separuh masa apabila dia mengalami kecederaan belakang yang teruk ketika mengangkat seorang pesakit. Bersama seorang anak yang sedang melayani misi dan dua anak lain yang masih tinggal di rumah, dia dan suaminya bimbang wang tidak mencukupi. Arlene ingin kembali bekerja dalam bidang kesihatan tetapi harus melakukannya dengan cara yang tidak menuntut tenaga fizikal yang berat. Dia berminat dalam kerja pengekodan perubatan, menjadi pembantu pejabat perubatan, atau kerja pentadbiran perubatan. Sekarang dia perlu melihat gaji pekerjaan tersebut dan apa yang perlu dilakukan untuk mendapat jenis pekerjaan tersebut.
Sambil Arlene pertimbangkan apa pekerjaan yang ingin didalami, dia mendapati bahawa untuk mendapat pendapatan yang setaraf dengan gaji jururawatnya, dia harus memilih pentadbiran perubatan, kerana gaji bagi dua pekerjaan lain tidak mencukupi.
Aktiviti (5 minit)
Langkah 1: Secara persendirian atau bersama kumpulan anda, anggarkan jumlah wang yang anda akan peroleh dari setiap pekerjaan yang anda minati dan lihat jika ia cukup untuk anda menjadi berdikari.
Pekerjaan |
Pendapatan (mingguan, bulanan, tahunan) |
Adakah Ini Mencukupi? (ya atau tidak) |
---|---|---|
Langkah 2: Mengesahkan jumlah pendapatan dalam minggu ini melalui percakapan dengan orang yang bekerja dalam bidang tersebut atau membuat penyelidikan lain.
Realiti 2: Terdapat pekerjaan-pekerjaan yang tidak diperlukan di kawasan anda.
-
Baca:Terdapat pekerjaan-pekerjaan yang semakin berkurangan atau tidak mempunyai masa hadapan yang cerah di kawasan anda. Teknologi mengambil alih beberapa pekerjaan, dan ada pekerjaan yang hanya dilaksanakan di negara lain.
Kenalkan Rachel, umur 48. Rachel telah bercerai dan mempunyai seorang anak perempuan yang sudah kahwin dan dua anak lelaki remaja yang masih tinggal di rumah. Dia telah melengkapkan dua semester di kolej bertahun-tahun yang lalu tetapi tidak pernah menghabiskan pendidikan kolejnya. Dia telah bekerja dalam pelbagai pekerjaan dan kini bekerja di sebuah kedai runcit. Dia agak aktif dalam Gereja tetapi kerap kali perlu bekerja pada hari Ahad. Rachel sentiasa tidak mempunyai wang yang cukup, tetapi dia pekerja yang rajin. Rachel ingin mendapatkan ijazah supaya dia dapat memperoleh pekerjaan yang lebih baik untuk menanggung keluarganya dan menjadi lebih aktif dalam Gereja.
Salah satu dari pekerjaan yang diminati Rachel ialah pembaikan elektronik kecil. Namun, apabila dia menyelidik, dia tidak dapat mencari sesiapa yang bekerja dalam bidang tersebut kerana pekerjaan tersebut tidak diperlukan di kawasan dia. Dia mengeluarkan pekerjaan ini dari senarai pilihannya dan menumpukan perhatian terhadap pekerjaan dan latihan lain.
Kenalkan Juan, umur 33. Juan sudah pun kahwin dan mempunyai tiga anak yang kecil. Dia bekerja dalam pembinaan di waktu siang dan sebagai tukang masak pada waktu malam. Dia inginkan pekerjaan yang lebih baik untuk menggantikan dua pekerjaan yang dia ada sekarang, dan dia ingin menjadi pemberi nafkah yang lebih baik. Dia tinggal berdekatan dengan pelabuhan perindustrian yang besar. Juan terfikir mengenai tukang kimpalan. Setelah membuat penyelidikan, dia mendapati bahawa terdapat banyak pekerjaan untuk tukang kimpalan dan ia mungkin merupakan pilihan yang baik untuknya. Dia akan bermula untuk melihat pilihan-pilihan latihan, dengan pengetahuan bahawa ia akan membolehkan dia mendapat pekerjaan mengimpal yang baik.
Aktiviti (5 minit)
Langkah 1: Di dalam kumpulan seramai tiga atau empat orang, kongsikan pekerjaan yang diminati anda dan tanyakan kumpulan, “Adakah anda fikir pekerjaan ini mempunyai permintaan tinggi dalam kawasan kita?”
Langkah 2: Minggu ini, sahkan tuntutan pekerjaan-pekerjaan yang diminati dengan bercakap bersama orang atau membuat penyelidikan. Hapuskan pilihan kerja yang tidak mempunyai permintaan yang tinggi.
Realiti 3: Ia mungkin mengambil beberapa langkah untuk mendapat pekerjaan yang anda ingini.
-
Baca:Ada pekerjaan yang memerlukan banyak latihan dan masa untuk layak. Ada latihan yang mahal dan mungkin tidak didapati dalam kawasan anda. Banyak pekerjaan yang juga memerlukan pengalaman bersama latihan. Anda mungkin ingin tahu apa langkah-langkah yang diperlukan untuk memperoleh pekerjaan yang diminati anda.
Kenalkan Yuko, umur 36. Yuko telah bekerja sebagai pembersih di sebuah hotel selama beberapa tahun. Gaji dia tidak banyak. Dia teringin untuk bekerja sebagai pengurus umum hotel, tetapi ia bagai mustahil. Dia membuat keputusan untuk meneruskannya, ketahui bahawa ia tidak akan berlaku secara serentak. Dia mengambil langkah-langkah tersebut selama tempoh 10 tahun:
-
Dia bekerja dengan kuat dalam pekerjaan pembersihannya dan menyelesaikan masalah secara proaktif.
-
Apabila terdapatnya pembukaan untuk pekerjaan sebagai penyelia syif, dia mendapat pekerjaan itu.
-
Dia pergi ke sekolah untuk mendapat satu ijazah dalam pengurusan hotel sambil bekerja sebagai penyelia syif.
-
Dia mendapat pekerjaan sebagai pengurus pejabat depan.
-
Setelah tiga tahun bekerja dengan baik sebagai pengurus pejabat depan, dia mencapai matlamatnya untuk menjadi pengurus umum sebuah hotel.
-
Aktiviti (3 minit)
Senaraikan langkah-langkah yang anda harus lakukan untuk sampai ke mana anda hendak pergi. Termasuklah latihan dan pengalaman yang anda akan perlukan.
Pekerjaan |
Latihan dan Pengalaman yang Diperlukan |
---|---|
Realiti 4: Kerja Ialah Kerja Anda tidak akan menyukai segalanya dalam pekerjaan anda.
-
Baca:Memahami alamiah pekerjaan. Ada orang yang tunggu untuk pekerjaan yang sempurna tiba—satu pekerjaan yang mereka fikir tiada susahnya untuk dilakukan. Contohnya, Stefano telah menolak beberapa peluang pekerjaan kerana ia “di bawah dia” walaupun dia patut menerimanya.
Orang yang berjaya maju ke hadapan dan mengambil pekerjaan, ketahui bahawa mereka akan menyukai sesuatu dan tidak menyukai sesuatu mengenai pekerjaan mereka.
Apabila anda bercakap dengan orang mengenai pekerjaan yang mungkin minggu ini, pastikan untuk bertanya apa yang mereka suka atau tidak suka mengenai pekerjaan mereka.
3. Ketahui Siapa yang Boleh Anda Bercakap Dengan
-
Baca:Minggu ini, kurangkan senaraian tiga pekerjaan anda kepada satu. Kemudian teroka pilihan latihan dan pendidikan yang dapat membantu anda layak mendapat pekerjaan itu. Cara yang terbaik untuk belajar lebih mengenai pekerjaan berikut dan mengurangkannya adalah dengan bercakap dengan orang yang bekerja dalam jawatan tersebut dan bertanyakan soalan-soalan yang anda mungkin ada.
Aktiviti (10 minit)
Langkah 1: Tuliskan tiga nama orang yang anda boleh bercakap dengan untuk belajar lebih mengenai pekerjaan yang diminati anda. Ini boleh termasuk orang yang telah dicadangkan oleh ahli kumpulan anda, orang yang telah dijumpai sebelum ini, dan orang baru.
Langkah 2: Duduk bersama rakan tindakan anda dan bayangkan anda sedang bertemu dengan seseorang daripada senarai nama anda. Soal secara bergiliran dua soalan yang berikut:
-
Apakah yang anda suka tentang pekerjaan anda?
-
Apakah jenis latihan atau pendidikan yang diperlukan untuk melakukan kerja anda?
-
Apakah pengalaman yang berguna untuk seseorang yang berminat dalam pekerjaan ini?
-
Apakah gaji yang lazim untuk bidang ini?
-
Apakah yang anda tidak suka tentang pekerjaan anda?
-
-
Apakah permintaan pekerjaan dalam bidang ini?
-
Siapakah lagi anda boleh cadangkan untuk saya bercakap dengan?
-
Apakah nasihat yang anda ada untuk saya?
-
Bincang:Bagaimanakah bercakap dengan orang dapat membantu anda mengurangkan pilihan pekerjaan anda?
4. Kemas kini Rancangan Keberdikarian Anda
Aktiviti (5 minit)
Kemas kini rancangan keberdikarian anda di bawah. Minggu ini, berusaha untuk melengkapkan bahagian terbaru dalam memilih pekerjaan yang anda ingin dan mengapa.
Matlamat Keberdikarian Saya (bab 1)
Saya akan
supaya saya boleh .
Rancangan Pekerjaan Saya (bab 2 dan 3)
Saya telah membandingkan tiga pekerjaan berikut:
Pekerjaan yang saya pilih untuk diri saya ialah kerana perkara-perkara berikut yang saya belajar daripada majikan dan orang lain mengenai realiti pekerjaan ini dalam kawasan saya:
-
Bincang:Apakah perkara paling penting yang anda pelajari dalam mesyuarat kumpulan hari ini?