Renung: Mengapa Bapa Syurgawi membenarkan kita untuk menghadapi masalah dan cabaran?
Tonton: “Lori yang Lebih Besar?” terdapat di srs.lds.org/videos . (Tiada video? Baca muka surat 167 .)
Jika anda tidak dapat menonton video itu, baca skrip ini,
Elder Dallin H. Oaks : Dua lelaki membentuk satu perkongsian. Mereka membina sebuah gerai kecil di sebelah jalan raya yang sibuk. Mereka memperoleh sebuah lori dan memandu ke kebun seorang petani, di mana mereka membeli satu lori penuh tembikai dengan harga satu dolar setiap tembikai. Mereka memandu lori yang penuh itu ke gerai tepi jalan mereka, di mana mereka menjual tembikai mereka dengan harga satu dolar untuk satu tembikai. Mereka kembali ke kebun petani itu dan membeli satu lagi lori penuh dengan tembikai untuk satu dolar setiap tembikai. Mengangkut tembikai itu ke tepi jalan, mereka sekali lagi menjual tembikai untuk satu dolar satu tembikai. Apabila mereka memandu kembali ke kebun petani untuk mendapatkan satu lagi muatan tembikai, salah seorang daripada pasangan itu berkata kepada yang seorang lagi, “Kita tidak memperoleh banyak keuntungan dalam perniagaan ini, kan?” “Ya, tiada keuntungan,” pasangan dia membalas. “Adakah kamu fikir kita perlu lori yang lebih besar?”
(“Focus and Priorities,“ Ensign, Mei 2001, 82)
Kembali ke muka surat 166 .
Bincang: Apakah masalah sebenar dalam cerita ini? Apakah pilihan yang ada untuk kedua-dua lelaki ini?
Baca: Ajaran dan Perjanjian 9:7–9 dan petikan oleh Elder Robert D. Hales (sebelah kanan)
“Lihatlah, kamu belum mengerti; kamu telah mengira bahawa Aku akan memberikannya kepadamu, ketika kamu tidak memikirkan kecuali untuk meminta dari-Ku.
“Tetapi, lihatlah, Aku berfirman kepadamu, bahawa kamu mesti menelaahnya dalam fikiranmu; kemudian kamu mesti bertanya kepada-Ku apakah itu benar, dan jika itu benar Aku akan menyebabkan bahawa dadamu akan membara di dalam dirimu; oleh kerana itu, kamu akan merasakan bahawa itu benar.
“Tetapi jika itu tidak benar kamu tidak akan merasakan perasaan yang seperti itu, tetapi kamu akan merasakan suatu kehampaan fikiran yang akan menyebabkanmu melupakan apa yang salah itu.”
Ajaran dan Perjanjian 9:7–9
“Tuhan mengharapkan kita untuk menyelesaikan masalah kita sendiri. … Kita manusia yang berakal, pandai berfikir. Kita mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti keperluan kita, untuk merancang, untuk menetapkan matlamat, dan untuk menyelesaikan masalah kita.”
Robert D. Hales , “Every Good Gift,” New Era, Ogos. 1983, 8, 9
Langkah 1: Pilih seorang rakan, dan baca langkah-langkah di bawah.
Langkah 2: Pilih satu masalah yang anda hadapi dan tuliskan di bawah.
Mencipta Nota
Langkah 3: Aplikasikan setiap langkah untuk masalah anda.
Kenal pasti:
Kaji pilihan:
Mencipta Nota
Membuat keputusan dan bertindak:
Mencipta Nota
Baca:1 Nefi 17:51 dan 1 Nefi 18:2–3 (sebelah kanan)
“Dan sekarang, jika Tuhan memiliki kuasa yang demikian besar, dan telah mengerjakan demikian banyak mukjizat di kalangan anak-anak manusia, bagaimanakah Dia tidak dapat mengajarku, agar aku dapat membina sebuah kapal?”
“Sekarang aku, Nefi, tidak mengerjakan kayu-kayan itu menurut cara yang dipelajari oleh manusia, juga aku tidak membina kapal itu menurut cara manusia; tetapi aku membinakannya menurut cara yang Tuhan telah tunjukkan kepadaku; oleh kerana itu, ianya bukan menurut cara manusia.
“Dan aku, Nefi, sering pergi ke gunung, dan aku sering berdoa kepada Tuhan; oleh kerana itu, Tuhan telah menunjukkan kepadaku banyak hal yang besar.”
Bincang: Bagaimanakah Nefi dapat membina sebuah kapal?
Membuat Komitmen: Buatkan komitmen kepada tindakan berikut dalam minggu ini. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap tindakan.
Bertindak ke atas langkah-langkah yang dibincangkan dalam aktiviti untuk mula menyelesaikan masalah anda. Ingat, janganlah berputus asa. Ia mengambil masa untuk menyelesaikan masalah dan membuat perubahan.
Kongsi apa yang anda belajar hari ini tentang penyelesaian masalah dengan keluarga atau kawan anda.