Sumber Perkara Baik Akan Datang Elder Jeffrey R. Holland “Ada masanya kita perlu tahu bahawa hidup kita akan menjadi lebih baik. Pengisytiharan saya adalah sama seperti Injil Yesus Kristus, terutamanya pada masa kesukaran. Tiga puluh tahun dahulu bulan lalu, satu keluarga kecil membuat persediaan untuk merentas Amerika Syarikat, semua harta mereka diletak dalam satu treler yang paling kecil. “Mereka pandukan kereta lama sepanjang 34 batu pada satu lebuh raya, tanpa wang, dan kereta mereka letup. Bapa yang muda itu memerhati stim dari kereta, menjadi marah, dan tinggalkan isteri dan dua orang anaknya—yang paling kecil hanya tiga bulan—untuk menunggu dalam kereta mereka semasa dia berjalan kaki sepanjang tiga batu ke metropolis selatan Kanarraville, yang mempunyai populasi sebanyak 65 orang, saya jangka. “Dia mendapati air di bandar itu, dan seorang penduduk bandar itu memandu dia balik ke keluarganya. Keretanya diperbaiki, dan perlahan-lahan, mereka memandu balik ke St. George supaya kereta itu boleh diperiksa. Selepas dua jam memeriksa kereta itu, mereka tidak dapat cari sebarang masalah, jadi mereka mula perjalanan mereka sekali lagi. “Dalam jangka masa yang sama dan pada tempat yang sama pada lebuh raya itu. Seperti satu pertunjukan bunga api yang sama, kereta itu letup sekali lagi. Sekarang dengan perasaan bodoh melebihi perasaan marah, bapa muda yang kesal itu tinggalkan keluarganya sekali lagi dan mulakan perjalanannya untuk mencari pertolongan sekali lagi. “Kali ini, lelaki yang memberikan dia air berkata, ‘Kamu atau lelaki yang serupa kamu itu harus beli satu radiator baru untuk kereta itu.’ Dia tidak tahu sama ada dia harus ketawa atau menangis ke atas keadaan keluarga muda ini. ‘Berapa jauh sudah kamu jalan?’ dia tanya. ‘Tiga puluh empat batu,’ saya jawab. “‘Berapa jauh lagi kamu harus pergi?’ ‘Dua ribu enam ratus batu,’ saya jawab. ‘Kamu mungkin boleh sampai ke tempat itu, dan isteri dan anak-anak kamu mungkin boleh sampai ke tempat itu, tetapi kamu semua tidak akan sampai ke tempat itu dalam kereta itu.’ Dia memangnya betul. “Hanya dua minggu lalu, saya pandu lalu tempat itu. Buat satu saat, mungkin saya ternampak pada tepi jalan ada satu kereta lama dengan seorang isteri muda dan dua orang anak kecil. Di depan mereka, saya gambarkan seorang pemuda berjalan ke arah Kanarraville, beban seorang bapa muda jelas dinampak dalam langkahnya. “Pada saat itu, saya menjerit kepada dia, ‘Jangan kamu henti! Anda terus berjalan. Anda terus mencuba. Terdapat bantuan dan kegembiraan di hadapan. “Ada berkat yang datang awal, ada yang datang lambat, dan ada yang tidak datang sehingga di syurga; tetapi bagi mereka yang memegang kepada Injil Yesus Kristus, berkat akan datang. Semua akan menjadi baik di akhirnya. Percayalah Tuhan dan percaya kepada perkara-perkara baik yang akan datang.”(“Perkara Baik Akan Datang,” lds.org/media-library). Kembali ke muka surat 140.