Keberdikarian
Belajar


ikon belajar
Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit

Baca:Dalam mesyuarat kumpulan sebelum ini anda belajar tentang menciptakan persekitaran untuk kejayaan. Hari ini anda akan belajar tentang memahami jangkaan dan memenuhi jangkaan tersebut dengan melakukan yang berikut:

  1. Memahami dan melakukan perkara yang diperlukan.

  2. Memahami gaya pembelajaran anda.

  3. Menguruskan tekanan secara berkesan.

1. Memahami dan Melakukan Apa Yang Diperlukan

Baca:Majikan menghargai sijil, ijazah, atau bukti lain yang menunjukkan anda layak untuk melakukan pekerjaan yang tertentu. Anda boleh mendapatkan ini dengan memenuhi keperluan program sekolah atau latihan. Keperluan ini termasuk perkara seperti kelas, tugasan, dan ujian.

Untuk membantu anda memenuhi keperluan program, anda perlu (1) bertanya tentang keperluan, (2) mengambil nota, dan (3) mengambil bahagian secara aktif dalam kursus dan program.

Bertanya tentang Keperluan

Baca:Program sekolah dan latihan menciptakan keperluan untuk setiap ijazah, sijil, kelas, dan tugasan. Pelajar yang berjaya memastikan mereka memahami keperluan ini.

Sini adalah beberapa contoh soalan yang anda mungkin bertanya untuk mengetahui apa yang diperlukan daripada anda:

  • Bagaimanakah saya boleh berjaya dalam kelas anda?

  • Apakah yang anda mahu saya belajar dan lakukan?

  • Bilakah tugasan tamat tempoh?

  • Bagaimanakah anda akan menilai prestasi saya?

Bincang:Bagaimana bertanya soalan telah membantu anda memahami keperluan masa lalu?

Mengambil Nota

Baca:Satu cara untuk mengingati keperluan adalah dengan mengambil nota. Kaji kembali nota-nota tersebut untuk mengingati dengan lebih baik apa yang anda lihat, dengar, atau baca dalam kelas.

Semasa mengambil nota untuk tugasan, pastikan anda tahu:

  • Apa perlu dibuat.

  • Bagaimana melakukannya.

  • Bila tempoh tamatnya.

Bincang:Dalam tugasan sekolah atau kerja sebelum ini, bagaimana mengambil nota telah membantu anda?

Baca:Berikut boleh membantu anda mengambil nota baik untuk tugasan:

  • Menjadi terlibat dan terjaga, dan mempunyai sikap yang positif.

  • Jangan cuba menulis setiap perkataan yang dikatakan; tumpu kepada pesanan utama dan maklumat yang paling penting.

  • Guna singkatan; jika berguna, lukis gambar.

  • Tinggalkan ruang untuk menambahkan penjelasan kemudian.

  • Simpan nota dengan teratur.

Mengambil Bahagian Secara Aktif

Baca:Cara lain untuk memahami keperluan dan belajar subjek kelas adalah untuk mengambil bahagian secara aktif. Mengambil bahagian secara aktif akan membantu anda mendapat yang terbaik dari kelas. Beberapa cadangan disenaraikan di bawah:

  • Tumpukan perhatian.

  • Duduk di depan jika boleh.

  • Tanya dan jawab soalan.

  • Mencari dan bekerja dengan pelajar yang komited untuk belajar (duduk dengan mereka, kongsi idea, bertemu, tanya soalan, dan bantu satu sama lain).

  • Bercakap dengan pengajar (semasa dan selepas kelas) untuk memahami dengan lebih lanjut tentang keperluan dan konsep yang anda sedang belajar.

Bincang:Apa perbezaan yang anda telah lihat apabila anda mengambil bahagian secara aktif dalam sesuatu daripada tidak berapa terlibat?

2. Memahami Gaya Pembelajaran Anda

Baca:Sesetengah orang belajar paling baik dengan melihat, sesetengah dengan mendengar, sesetengah dengan membuat, dan sesetengah dalam cara yang lain. Sesetengah belajar paling baik apabila berseorangan dan yang lain dengan kumpulan orang. Pelajar yang berjaya menggunakan gaya pembelajaran yang paling baik untuk mereka sebanyak mana yang mereka boleh.

Baca:Pengajar tidak semestinya mengajar dalam cara yang paling baik untuk gaya pembelajaran anda. Anda mungkin perlu menyesuaikan kaedah pembelajaran anda yang paling sesuai kepada situasi.

Sebagai contoh, Juan lebih suka kaedah amali. Dia suka membuat sesuatu. Dia tidak suka duduk di kelas dan dengar guru bercakap. Dia tidak suka membaca buku teks. Tetapi kuliah adalah sebahagian dari persekolahannya, dan membaca adalah diperlukan untuk lulus ujian. Dia tidak boleh mengabaikan keperluan itu kerana ia tidak sesuai dengan gaya pembelajarannya. Dia memutuskan untuk mendengar sebaik yang boleh, membaca sebanyak yang mungkin, dan kemudian dengan segera mencuba sesuatu selepas kelas supaya dia boleh mendapatkan pembelajaran menggunakan tangan.

Arlene mengetahui bahawa dia belajar dengan lebih apabila dia membincang idea dengan orang lain. Dia memutuskan untuk belajar kerap dengan orang lain.

3. Menguruskan Tekanan Secara Berkesan

Baca:Apabila anda berusaha dalam pendidikan anda, anda akan mengalami tekanan. Ia adalah sebahagian dari kehidupan dan sebahagian dari pendidikan anda. Tekanan dalam pendidikan anda boleh datang dari sumber-sumber berikut dan yang lain:

  • Tidak memahami apa yang dijangkakan

  • Tidak bersedia

  • Tidak menghabiskan tugasan tepat pada masa

  • Takut gagal ujian

  • Takut bercakap di depan orang lain

  • Terlalu banyak perkara untuk dilakukan

  • Bekerja dengan orang lain

Apabila anda bergerak ke hadapan dengan iman, Tuhan akan memberkati anda dengan kekuatan dan keupayaan. Anda tidak boleh menyingkirkan tekanan dari pendidikan anda, tetapi anda boleh menguruskannya. Jadi berilah perhatian kepada isyarat tekanan dan cari cara-cara untuk menyesuaikan atau menguruskan tekanan. Beberapa cadangan disenaraikan di bawah:

  • Mempertimbangkan semula jangkaan anda

  • Lepaskan apa yang anda tidak boleh kawal

  • Tumpu kepada apa yang anda buat dengan baik

  • Elakkan membanding diri kepada orang lain

  • Senaman

  • Melayani orang lain

  • Berehat

  • Memfokus semula kepada kesyukuran

  • Pecahkan tugasan yang besar atau susah kepada bahagian yang lebih kecil

  • Ambil satu langkah kecil ke hadapan sekarang

Bincang:Apa yang telah membantu anda menguruskan tekanan?

Bincang:Apakah perkara paling penting yang anda pelajari dalam mesyuarat kumpulan ini?