Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit
-
Baca:Sepanjang minggu lepas, anda sepatutnya sudah menyelidiki lebih banyak tentang pilihan latihan anda dan bercakap dengan pemberi latihan atau pendidikan yang berpotensi. Dalam bab ini, anda akan mengambil langkah-langkah berikut untuk mengkaji semula apa yang anda pelajari dan memutuskan mana pilihan latihan terbaik untuk anda.
-
Pertimbangkan kualiti program sekolah atau latihan.
-
Pertimbangkan kebolehan anda untuk diterima dan menyelesaikannya.
-
Pertimbangkan kos dan nilai.
-
Pilih satu program sekolah atau latihan.
-
Kemas kini rancangan keberdikarian anda.
-
-
Bincang:Semasa anda mengumpul maklumat tentang pilihan latihan anda, apakah hal-hal yang paling bermakna kepada anda yang anda dapati?
-
Baca:Semasa anda mempertimbangkan mana sekolah atau program latihan yang anda akan mendalami, ingatlah nasihat daripada Elder Dallin H. Oaks tentang yang baik, lebih baik, atau terbaik.
-
Tonton:“Baik, Lebih Baik, Paling Baik,” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 93.)
1. Pertimbangkan Kualiti Sekolah atau Program Latihan
-
Baca:“Tuhan inginkan anda untuk mendidik minda dan tangan anda, apa sahaja bidang yang anda pilih. Sama ada membaiki peti sejuk, atau bekerja sebagai pakar bedah mahir, anda mesti melatih diri anda. Carilah persekolahan terbaik yang ada. Jadilah seorang [pekerja] dengan kesempurnaan akhlak di dalam dunia yang terletak di hadapan anda” (Gordon B. Hinckley, “A Prophet’s Counsel and Prayer for Youth,” Ensign, Jan. 2001, 7).
Salah satu daripada petunjuk yang terpenting dalam kualiti sekolah atau program latihan adalah betapa berjaya siswazah mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang diinginkan mereka.
Juan mengumpul maklumat yang berguna tentang kadar penempatan pekerjaan dari program-program persijilan yang dia pertimbangkan. Dia kemudian membuat pilihan “baik, lebih baik, atau paling baik.”
-
Bincang:Apakah pendapat anda tentang penilaian Juan?
2. Pertimbangkan Kebolehan Anda untuk Diterima dan Menyiapkannya.
-
Baca:Sekolah mungkin sesuai bagi anda, tetapi adakah anda sesuai bagi sekolah itu? Sekolah menentukan standard untuk siapa layak untuk memasuki program.
Beberapa orang memasuki sekolah tetapi kemudian berhenti. Mereka mungkin berhenti kerana program adalah lemah atau bukan apa yang mereka harapkan. Mereka mungkin berhenti kerana ia terlalu susah. Bandingkan sekolah-sekolah untuk memahami dengan lebih baik berapa besarnya kemungkinan untuk anda memasuki dan menyiapkannya.
Juan menggunakan maklumat berikut untuk membandingkan program-program latihan dan kemungkinan untuk diterima dan menyiapkannya.
-
Bincang:Apakah pendapat anda tentang penilaian Juan?
3. Pertimbangkan Harga dan Nilai.
-
Baca:Pendidikan dan program latihan berbeza mempunyai kos berbeza. Anda akan perlu menentukan jika anda fikir kos pendidikan atau latihan mewajarkan jenis pekerjaan yang anda berkemungkinan untuk dapat. Anda tidak akan ingin melalui pendidikan mahal atau program latihan yang tidak akan membawa ke pekerjaan baik. Anda harus mencari satu pilihan yang memberi nilai yang terbaik.
Juan menggunakan maklumat berikut untuk membandingkan kos dan nilai pilihan-pilihan latihan yang dia pertimbangkan.
-
Bincang:Apakah pendapat anda tentang penilaian Juan?
-
Bincang:Apakah hal-hal lain yang perlu dipertimbangkan apabila memilih sekolah atau program latihan?
4. Memilih Sekolah atau Program Latihan
-
Baca:Sekarang anda telah menilai beberapa perkara, anda perlu memilih sekolah atau program latihan yang anda fikir paling sesuai bagi anda.
Contohnya, selepas menimbang semua pilihan dan pertimbangan, Juan memutuskan untuk mendalami persijilan kimpalan di Institut Vokasional.
-
Baca:Tahniah! Anda telah memilih latihan terbaik bagi anda untuk menjadi berdikari. Anda boleh maju ke hadapan dengan yakin sekarang.
5. Kemas kini Rancangan Keberdikarian Anda
-
Bincang:Apakah perkara paling penting yang anda pelajari dalam mesyuarat kumpulan hari ini?