Laporan—Masa Maksimum: 25 Minit
Komitmen Minggu Lepas
-
Berlatih dan kongsikan prinsip Asas Saya dari minggu lepas.
-
Berusaha dalam rancangan keberdikarian saya dengan memastikan bahawa pendidikan atau latihan program yang saya pilih adalah pilihan yang baik untuk saya.
-
Menjejak perbelanjaan harian saya.
-
Hubungi dan sokong rakan tindakan saya.
Langkah 1: Membuat Penilaian bersama Rakan Tindakan (5 minit)
Ambil beberapa minit untuk menilaikan usaha anda untuk mentaati komitmen anda minggu ini. Gunakan carta “Menilai Usaha Saya” pada permulaan buku kerja ini. Kongsi penilaian anda dengan rakan tindakan anda dan bincang dengan dia tentang soalan di bawah. Dia kemudian akan tandatangan di tempat yang ditunjukkan.
-
Bincang:Apakah cabaran yang anda ada untuk mentaati komitmen anda minggu ini?
Langkah 2: Laporkan kepada Kumpulan (8 minit)
Selepas menilai usaha anda, berkumpul semula dan laporkan keputusan anda. Setiap orang dalam kumpulan nyatakan sama ada anda nilai diri sendiri “merah,” “kuning,” atau “hijau” untuk setiap komitmen minggu lepas.
Langkah 3: Kongsikan Pengalaman Anda (10 minit)
Sekarang sebagai satu kumpulan, kongsikan hal-hal yang anda pelajari dari usaha untuk mentaati komitmen anda sepanjang minggu lepas.
-
- Bincang:
-
Apakah pengalaman yang anda peroleh dari berlatih dan berkongsi prinsip Asas Saya?
-
Apa yang anda pelajari apabila anda mengesahkan bahawa pendidikan atau program latihan itu adalah sesuai untuk anda?
-
Apa yang anda telah pelajari dari menjejaki perbelanjaan anda?
-
Bagaimana bekerja dengan rakan tindakan telah membantu anda?
-
Langkah 4: Pilih Rakan Tindakan (2 minit)
Pilih seorang rakan tindakan dari kumpulan untuk minggu depan. Biasanya, rakan tindakan adalah sesama jantina dan bukan ahli keluarga.
Ambil beberapa minit sekarang untuk bertemu dengan rakan tindakan anda. Memperkenalkan diri anda dan bincangkan bagaimana anda akan hubungi sesama sepanjang minggu.
Nama rakan tindakan
Maklumat hubungan
Tulis bagaimana dan bila anda akan saling menghubungi minggu ini.
Ahad |
Isnin |
Selasa |
Rabu |
Khamis |
Jumaat |
Sabtu |
---|---|---|---|---|---|---|