Keberdikarian
Asas Saya: Bertaubat dan Menjadi Patuh


Imej
ikon asas saya
Asas Saya: Bertaubat dan Menjadi Patuh—Masa Maksimum: 20 Minit

Renung:Bagaimana pertaubatan dan kepatuhan berkaitan dengan keberdikarian?

Tonton:“Kepatuhan Mendatangkan Berkat,” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 81.)

Kepatuhan Membawa Berkat

Jika anda tidak dapat menonton video itu, baca skrip ini,

Imej
masih dari Kepatuhan Mendatangkan Berkat

President Thomas S. Monson: Betapa indahnya janji! “Dia yang mentaati perintah-perintah [Tuhan] menerima kebenaran dan terang, sampai dia dimuliakan dalam kebenaran dan mengetahui segala sesuatu” [A&P 93:28]. …

Para saudara dan saudariku, ujian terbesar dalam kehidupan ini adalah kepatuhan. “Kita akan menguji mereka dengan ini,” firman Tuhan, “untuk melihat apakah mereka akan melakukan segala hal apa pun yang akan Tuhan mereka perintahkan kepada mereka” [Abraham 3:25].

Juruselamat mengisytiharkan, “Kerana semua yang menghendaki untuk memperoleh berkat dari tangan-Ku hendaknya menuruti hukum yang ditetapkan bagi berkat itu, dan syarat-syarat darinya, yang ditegakkan sejak sebelum pelandasan dunia.” [A&P 132:5].

Tiada teladan kepatuhan yang lebih baik daripada Juruselamat kita. Paulus berkata tentang-Nya:

“Sekalipun Ia adalah Anak, Ia telah belajar menjadi taat dari apa yang telah diderita-Nya;

“Dan sesudah Ia mencapai kesempurnaan-Nya, Ia menjadi pokok keselamatan yang abadi bagi semua orang yang taat kepada-Nya” [Ibrani 5:8–9].

Juruselamat menunjukkan kasih sejati Tuhan melalui hidup dengan sempurna, melalui menghormati misi kudus-Nya. Dia tidak pernah angkuh. Dia tidak pernah tertelan dalam kesombongan. Dia selalu setia. Dia selalu rendah hati. Dia selalu ikhlas. Dia selalu patuh. …

Bila Dia mengalami azab di Getsemani, di mana Dia bertahan dengan kesakitan sampai “peluh-Nya menjadi seperti titik-titik darah yang bertetesan ke tanah” [Lukas 22:44], Dia adalah teladan sempurna Anak yang patuh dengan berkata, “Bapa-Ku, jikalau Engkau mau, ambillah cawan ini daripada-Ku; tetapi bukanlah kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mulah yang terjadi” [Lukas 22:42].

Seperti Juruselamat mengarah para Rasul-Nya yang terawal, Dia juga mengarah anda dan saya, “Ikutlah Aku” [Yohanes 21:22]. Adakah kita sanggup untuk patuh?

Pengetahuan yang kita cari, jawapan-jawapan yang kita mahukan, dan kekuatan yang kita inginkan hari ini untuk menghadapi cabaran-cabaran dari dunia yang rumit dan berubah boleh didapati oleh kita apabila kita dengan rela mematuhi perintah-perintah Tuhan. Sekali lagi saya mengulang firman Tuhan bila dia berkata: “Dia yang mentaati perintah-perintah [Tuhan] menerima kebenaran dan terang, sampai dia dimuliakan dalam kebenaran dan mengetahui segala sesuatu” [A&P 93:28].

Saya dengan rendah hati berdoa bahawa kita boleh diberkati dengan banyak anugerah yang dijanjikan bagi orang yang patuh. Dalam nama Yesus Kristus, Tuhan dan Juruselamat kita, amin.

(“Kepatuhan Mendatangkan Berkat,” Ensign atau Liahona, Mei 2013, 89, 92)

Kembali ke muka surat 80.

Bincang:Apakah berkat telah anda terima dengan mematuhi perintah-perintah Tuhan? Bagaimana pertaubatan membantu kita maju?

Baca:Ajaran dan Perjanjian 130:20–21 dan petikan daripada Nabi Joseph Smith (sebelah kanan)

Bincang:Baca Yosua 3:5 dan petikan oleh Elder Jeffrey R. Holland dan Presiden Spencer W. Kimball (pada muka surat 81). Mengapa kita perlu bertaubat, menyucikan diri kita sendiri, dan cuba untuk berbuat baik dalam usaha kita untuk menjadi berdikari?

Membuat Komitmen:Buatlah komitmen kepada tindakan berikut dalam minggu. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap tindakan.

  • Mematuhi perintah-perintah yang anda pilih dalam aktiviti di atas.

  • Kongsi apa yang anda belajar hari ini tentang kepatuhan dengan keluarga atau kawan anda.

Cetak