Keberdikarian
Sumber


Imej
ikon sumber
Sumber

Yang Baik, Lebih Baik, Paling Baik

Elder Dallin H. Oaks

“Hanya kerana suatu perkara itu baik tidak bermakna kita harus melakukannya. Jumlah perkara baik yang kita boleh lakukan melebihi masa yang kita ada untuk menyempurnakannya. Terdapat perkara yang lebih baik daripada yang baik, dan perkara-perkara itulah yang harus dimustahakkan dalam kehidupan kita.

“Yesus telah mengajar prinsip ini di rumah Marta. Sambil dia ‘gelisah kerana banyak kerja yang harus dilakukannya’ (Lukas 10:40), adiknya, Maria, ‘duduk dekat kaki Tuhan untuk mendengarkan ajaran-Nya’ (v. 39). Apabila Marta merungut bahawa adiknya telah meninggalkannya untuk bekerja seorangan, Yesus memuji usaha Marta (v. 41) tetapi mengajar bahawa ‘tetapi hanya satu yang mustahak: dan Maria sudah memilih perkara baik, yang tidak akan diambil daripadanya’ (v. 42). Adalah amat terpuji bagi Marta untuk ‘sibuk serta khuatir akan banyak perkara’ (v. 41), tetapi belajar Injil daripada Guru Agung adalah lebih ‘mustahak.’ Ayat suci mengandungi ajaran-ajaran bahawa terdapat perkara yang lebih diberkati daripada yang lain (lihat Kisah Para Rasul 20:35; Alma 32:14–15). …

“Apabila kita menimbangkan pelbagai pilihan, kita harus ingat bahawa ia tidak cukup jika sesuatu itu baik. Ada juga pilihan yang lebih baik, dan ada yang paling baik. …

“Pertimbangkan bagaimana kita menggunakan masa kita untuk menonton televisyen, bermain permainan video, melayari Internet, atau membaca buku atau majalah. Sudah pasti ia baik untuk menonton hiburan yang baik atau untuk memperoleh pengetahuan yang menarik. Namun bukan semua yang sedemikian layak dalam kehidupan kita. Ada juga pilihan yang lebih baik, dan yang paling baik” (“Good, Better, Best,” Ensign atau Liahona, Nov. 2007, 104–5).

Kembali ke muka surat 83.

Nota

Cetak