Keberdikarian
Asas Saya: Keberdikarian ialah Satu Prinsip Keselamatan


ikon asas saya
Asas Saya: Keberdikarian ialah Satu Prinsip Keselamatan—Masa Maksimum: 20 Minit

Renungkan:Yohanes 10:10 (sebelah kanan)

Bincang:Apakah itu hidup yang kelimpahan?

Tonton:“Dia Mengilap Jari Kaki Saya,” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 5.)

Dia Menggilap Jari Kaki Saya

Jika anda tidak dapat menonton video itu, baca skrip ini,

masih dari Dia Menggilap Jari Kaki Saya

Elder Enrique R. Falabella: Ketika saya kecil, kami tidak mempunyai banyak harta. Saya ingat pada satu hari saya menghampiri ayah saya dan berkata kepadanya, “Ayah, saya perlukan satu pasang kasut yang baru. Yang ini sudah lusuh.” Dia berhenti dan melihat kasut saya dan nampak bahawa ia benar-benar lusuh. Dia berkata, “Saya rasa ini satu perkara yang boleh dibaiki.” Dia mengambil sedikit penggilap dan menggilap kasut saya, menjadikannya berkilat dan cantik. Dia berkata kepada saya, “Sekarang ia sudah dibaiki, anak.” Saya menjawab, “Tidak, belum lagi. Kamu masih boleh melihat jari kaki saya terkeluar daripada kasut.” Dia berkata, “Kita boleh baiki perkara itu juga!” Dia mengambil sedikit penggilap dan menggilap jari kaki saya!

Pada hari itu saya belajar bahawa terdapat penyelesaian untuk setiap masalah. Saya yakin bahawa prinsip keberdikarian dan inisiatif ini merupakan cara untuk mempercepatkan kerja Tuhan. Ia sebahagian daripada kerja penyelamatan. Kita semua boleh menjadi lebih baik daripada keadaan kita sekarang. Anda harus melepaskan sikap tidak peduli. Banyak kali kita menjadi leka, dan ini memusnahkan kemajuan kita. Setiap hari ialah satu hari yang saya boleh membuat kemajuan jika saya membuat pilihan untuk membaiki apa yang saya tidak lakukan dengan baik sebelumnya. Jika anda melakukannya dengan iman, menggunakan iman dan harapan dalam Kristus bahawa Dia akan berada di sana untuk menolong anda, anda akan menjumpai jalan untuk maju dalam perkara duniawi dan rohani. Ini adalah kerana Tuhan hidup dan anda putera atau puteri-Nya.

Kembali ke muka surat 4.

Bincang:Adakah anda percaya terdapat penyelesaian untuk masalah anda? Bagaimanakah kita boleh melayakkan diri untuk bantuan kuasa Tuhan?

Baca:Rujukan Buku Pegangan 2 dan petikan oleh Elder Dallin H. Oaks (di sebelah kanan). Menjadi berdikari tidak bererti kita boleh melakukan atau mendapat apa sahaja yang kita telah tetapkan dalam minda kita. Sebaliknya, ia adalah mempercayai bahawa melalui rahmat, atau kuasa pembolehan, melalui Yesus Kristus dan usaha kita sendiri, kita boleh mendapat semua keperluan rohani dan duniawi kehidupan yang kita perlukan untuk diri kita dan keluarga kita. Keberdikarian merupakan bukti kepercayaan atau iman kita dalam kuasa Tuhan untuk menggerakkan gunung dalam hidup kita dan memberi kekuatan untuk mengatasi cubaan dan kesengsaraan.

Bincang:Bagaimanakah rahmat Kristus menolong anda menerima keperluan rohani dan duniawi dalam hidup?

Bincang:Baca petikan Presiden Marion G. Romney (di sebelah kanan). Bagaimana anda tahu jika anda semakin berdikari?

Membuat Komitmen:Buatkan komitmen kepada tindakan berikut dalam minggu ini. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap komitmen.

  • Baca surat Presidensi Utama di dalam muka depan buku, dan gariskan berkat-berkat yang dijanjikan. Apakah yang anda perlu lakukan untuk mendapat berkat-berkat itu? Tulis pendapat-pendapat anda di bawah.

  • Kongsi apa yang anda belajar hari ini tentang keberdikarian bersama keluarga atau kawan anda.