Keberdikarian
Permulaan


Permulaan—Masa Maksimum: 15 Minit

Bermula dengan doa pembuka.

Perkenalkan diri. Setiap orang diberi satu minit untuk berkongsi nama dan sesuatu mengenai diri anda.

Selamat datang ke Kumpulan Keberdikarian Kita!

Baca:Kumpulan ini akan membantu anda mengikut nasihat yang hamba-hamba Tuhan telah berikan mengenai mendapatkan pendidikan atau latihan lebih untuk mendapat pekerjaan yang dapat membantu anda menjadi berdikari. Khususnya, anda akan mencipta matlamat keberdikarian, memilih pekerjaan yang memberi gaji yang anda perlukan untuk mencapai matlamat itu, memilih pendidikan atau latihan yang anda perlu untuk mendapat pekerjaan, memilih cara untuk membayar pendidikan atau latihan anda, dan bersedia untuk berjaya dalam pendidikan atau kerjaya anda. Setiap pertemuan kumpulan bertemu selama dua jam.

Bagaimanakah Ini Dijalankan?

Baca:Kumpulan keberdikarian berfungsi seperti satu majlis. Tiada guru atau pakar. Sebaliknya, anda mengikuti bahan-bahan sepertimana ia ditulis. Dengan panduan Roh, anda akan membantu satu sama lain seperti berikut:

  • Menyumbang secara sama rata dalam perbincangan dan aktiviti. Tiada orang, terutamanya fasilitator, yang patut menguasai perbualan itu.

  • Mengasihi dan menyokong satu sama lain. Tunjukkan minat, tanya soalan, dan belajar mengenai satu sama lain.

  • Kongsi ulasan yang positif dan yang berkaitan.

  • Membuat dan mentaati komitmen-komitmen.

Elder M. Russell Ballard telah mengajar, “Tiada masalah dalam keluarga, bahagian, atau pancang yang tidak dapat diselesaikan jika kita mencari penyelesaiannya dengan cara Tuhan melalui kaunseling—benar-benar menasihati—bersama satu sama lain” (Kaunseling bersama Majlis Kita, rev. ed. [2012], 4).

Tonton:“Kumpulan Keberdikarian Saya,” terdapat di srs.lds.org/videos (Tiada video? Langkau ke “Tanpa seorang Guru, Bagaimanakah Kita akan Ketahui Apa Untuk Dilakukan?” pada muka surat 3.)

Bincang:Apakah yang telah membuat kumpulan dalam video tersebut sangat berjaya? Apakah yang akan saya lakukan secara sekumpulan untuk memperoleh pengalaman yang mengubahkan hidup?

Tanpa seorang Guru, Bagaimanakah Kita Akan Ketahui Apa Untuk Dilakukan?

Baca:Mudah sahaja. Hanya ikut bahan-bahan ini. Setiap bab dalam buku kerja terdiri daripada enam bahagian:

  • Laporan: Bincangkan kemajuan yang diperoleh anda dari komitmen sepanjang minggu.

  • Asas: Mengkaji semula satu prinsip injil yang akan mendorong keberdikarian rohani yang lebih hebat.

  • Belajar: Belajar kemahiran praktikal yang akan mendorong keberdikarian duniawi yang lebih hebat.

  • Tenung: Memberi perhatian kepada Roh Kudus untuk ilham.

  • Komitmen: Berjanji untuk melaksanakan komitmen sepanjang minggu yang akan membantu anda berkembang.

  • Bertindak: Sepanjang minggu, amalkan apa yang telah anda pelajari.

Bagaimana untuk Menggunakan Buku Kerja Ini

Apabila anda lihat petunjuk ini, ikut arahan-arahan tersebut:

Baca

Tonton

Bincang

Renung

Aktiviti

Seorang membaca secara kuat kepada seluruh kumpulan.

Seluruh kumpulan menonton video.

Ahli-ahli kumpulan berkongsi pendapat selama dua hingga empat minit.

Secara individu pertimbangkan, bermeditasi, dan menulis untuk dua atau tiga minit secara senyap.

Ahli kumpulan bekerja secara individu atau bersama yang lain dalam masa yang diberikan.

Sijil Penyiapan

Baca:Ahli-ahli kumpulan yang menghadiri mesyuarat dan mentaati komitmen mereka boleh menerima sijil keberdikarian dari Kolej Perniagaan LDS (LDS Business College). Lihat muka surat 209.