Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit
-
Baca:Semasa anda bermula meneroka pilihan pendidikan anda, Bapa Syurgawi akan membantu anda mengenali kemungkinan yang ada untuk anda. Anda akan bermula penemuan ini dengan belajar tentang hal-hal ini:
-
Anda memiliki potensi ilahi.
-
Pendidikan ialah satu jambatan untuk keberdikarian.
-
Ketahui berapa banyak gaji anda perlu untuk menjadi berdikari.
-
Mulakan rancangan keberdikarian anda.
-
1. Anda Mempunyai Potensi Ilahi
-
Baca:“Kemuliaan Tuhan adalah kecerdasan, atau, dengan perkataan lain, terang dan kebenaran” (A&P 93:36). Tuhan inginkan anda memiliki kecerdasan. Tuhan inginkan anda tahu apa yang hendak dilakukan dalam hidup ini. Dia inginkan anda tahu bagaimana untuk menyediakan bagi diri anda dan keluarga anda, secara rohani serta duniawi.
-
Bincang:Bilakah Tuhan telah menolong anda belajar sesuatu yang membenarkan anda menjadi pembekal lebih baik untuk diri anda atau keluarga anda?
-
Baca:Sebagai anak Tuhan, anda telah mewarisi sifat dan kebolehan ilahi dan memiliki potensi untuk menjadi seperti Ibu Bapa Syurgawi anda. Anda boleh membangunkan sifat dan kebolehan ini melalui pengalaman dan pendidikan. Anda boleh mendapatkan pendidikan dan latihan melalui pergi ke sekolah, mendaftar dalam program latihan, belajar dalam kerja, belajar secara online, membaca buku, dan dalam banyak cara lain.
“Pendidikan adalah kunci kepada berpeluang” (Gordon B. Hinckley, “The Perpetual Education Fund,” Ensign, Mei 2001, 53).
-
- Bincang:
-
Dua daripada anda beritahu dengan singkat tentang seorang yang anda kenali yang telah memperbaiki hidup dia melalui lebih banyak pendidikan atau latihan.
-
Bagaimana pendidikan atau latihan dapat meningkat kebolehan anda dan membuka pintu peluang untuk anda?
-
2. Pendidikan Adalah Sebuah Jambatan untuk Keberdikarian
-
Baca:Mungkin terdapat jurang antara keberdikarian anda sekarang dan berapa banyak anda ingin maju. Jurang anda mungkin besar atau kecil, tetapi ia jurang yang perlu dilintas. Pendidikan dan latihan boleh membantu merapati jurang itu. Pendidikan dan latihan boleh membawa ke kerja lebih baik, gaji lebih besar, dan keberdikarian yang meningkat.
Jambatan pada muka surat seterusnya mewakili laluan yang anda akan mengikuti dengan kumpulan keberdikarian ini. Anda akan maju melalui langkah-langkah ini untuk keberdikarian lebih besar.
-
Baca:Semasa anda terus maju dalam keberdikarian anda, anda mungkin melintasi jambatan banyak kali dalam hidup anda untuk mengetahui maklumat yang mutakhir dalam bidang anda, untuk memperbaiki kemahiran kerja anda, atau tukar kerja atau kerjaya.
3. Ketahui Berapa Banyak Gaji Anda Perlu Untuk Menjadi Berdikari
-
Baca:“Keberdikarian adalah keupayaan, komitmen, dan usaha untuk menyediakan keperluan rohani dan duniawi kehidupan untuk diri sendiri dan keluarga.” (Buku Pegangan 2: Mengelola Gereja [2010], 6.1.1).
Salah satu dari langkah pertama dalam jalan pendidikan anda adalah untuk menentukan berapa banyak gaji anda perlu untuk menjadi berdikari. Apabila anda tahu berapa banyak gaji anda perlu, anda boleh bermula meneroka pekerjaan yang berpotensi dan latihan yang diperlukan.
Untuk menolong anda tahu berapa banyak gaji anda perlu, jejaki gaji harian anda dan perbelanjaan dalam buku nota. Pada hujung setiap minggu, jumlahkan nombor dan merekodkan jumlah keseluruhan dalam Rekod Gaji dan Perbelanjaan pada muka surat 15. Anda akan menggunakan rekod ini untuk beberapa minggu seterusnya. Maklumat ini akan menolong anda memilih pekerjaan yang sesuai dan jalan latihan.
4. Mulakan Rancangan Keberdikarian Anda.
-
Baca:Sepanjang beberapa minggu seterusnya, anda akan membangunkan rancangan keberdikarian. Untuk mulakan rancangan keberdikarian anda, mula dengan matlamat keberdikarian. Contohnya, seorang peserta menulis:
“Saya akan mendapatkan pekerjaan yang mengupah 20,000 lebih dari yang saya dapat sekarang supaya saya dapat menyediakan untuk keluarga saya dan menyimpan untuk kecemasan.”
-
Bincang:Apakah perkara paling penting yang anda pelajari dalam mesyuarat kumpulan hari ini?