Tonton:“Dia Mengilap Jari Kaki Saya,” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 5.)
Bincang:Adakah anda percaya terdapat penyelesaian untuk masalah anda? Bagaimanakah kita boleh melayakkan diri untuk bantuan kuasa Tuhan?
Baca:Rujukan Buku Pegangan 2 dan petikan oleh Elder Dallin H. Oaks (di sebelah kanan). Menjadi berdikari tidak bererti kita boleh melakukan atau mendapat apa sahaja yang kita telah tetapkan dalam minda kita. Sebaliknya, ia adalah mempercayai bahawa melalui rahmat, atau kuasa pembolehan, melalui Yesus Kristus dan usaha kita sendiri, kita boleh mendapat semua keperluan rohani dan duniawi kehidupan yang kita perlukan untuk diri kita dan keluarga kita. Keberdikarian merupakan bukti kepercayaan atau iman kita dalam kuasa Tuhan untuk menggerakkan gunung dalam hidup kita dan memberi kekuatan untuk mengatasi cubaan dan kesengsaraan.
Bincang:Bagaimanakah rahmat Kristus menolong anda menerima keperluan rohani dan duniawi dalam hidup?
Bincang:Baca petikan Presiden Marion G. Romney (di sebelah kanan). Bagaimana anda tahu jika anda semakin berdikari?
Membuat Komitmen:Buatkan komitmen kepada tindakan berikut dalam minggu ini. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap komitmen.
Baca surat Presidensi Utama di dalam muka depan buku, dan gariskan berkat-berkat yang dijanjikan. Apakah yang anda perlu lakukan untuk mendapat berkat-berkat itu? Tulis pendapat-pendapat anda di bawah.
Kongsi apa yang anda belajar hari ini tentang keberdikarian bersama keluarga atau kawan anda.