Keberdikarian
Belajar


ikon belajar
Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit

Baca:Pada mesyuarat lepas anda sudah belajar tentang memahami dan menemui harapan. Pada mesyuarat hari ini anda akan belajar tentang kemahiran belajar yang akan menolong anda berjaya dalam program latihan anda. Anda akan menguatkan kemahiran belajar anda dengan melakukan berikut:

  1. Pilih satu tempat dan masa untuk belajar.

  2. Ingat perkara yang anda belajar.

  3. Baca dan tulis dengan berkesan.

  4. Mengatasi sikap berlengah-lengah.

  5. Bersedia untuk ujian.

1.Pilih satu Tempat dan Masa untuk Belajar.

Bincang:Bilakah dan di manakah akan anda belajar? Adakah anda rasa pembelajaran anda berkesan pada tempat dan masa ini? Mengapa ya atau mengapa tidak?

Baca:Menentukan masa belajar yang konsisten akan menolong anda berjaya dalam pendidikan atau program latihan anda. Cari tempat yang bersih, diam dan terang di mana anda boleh belajar tanpa gangguan. “”Lihatlah, rumah-Ku adalah rumah ketertiban, firman Tuhan, dan bukan rumah kekacauan” (A&P 132:8).

Mentaati hari Sabat akan meningkatkan iman dan memperbaiki pembelajaran anda. Mengelakkan membuat kerja sekolah pada hari Sabat.

Baca:Kerana pembelajaran mengambil masa, anda tidak akan ada banyak masa melakukan perkara lain. Anda perlu menolak beberapa aktiviti untuk berjaya dalam pelajaran anda.

2. Ingat Perkara Yang Anda Belajar.

Baca:Terdapat banyak cara untuk menghafal, belajar, dan menyimpan maklumat. Sini ada beberapa cara.

  • Jadualkan ulang kaji: Baca dan ingat kembali maklumat berulang kali dalam satu jangka masa. Sebagai contoh:

    Maklumat Baru

    1 jam kemudian

    1 hari kemudian

    1 minggu kemudian

    1 bulan kemudian

    Baca atau belajar sesuatu dalam kelas dan ambil nota.

    Ulang kaji nota anda selama 10 minit.

    Ulang kaji sekali lagi nota anda selama 10 minit, buat rumusan nota anda.

    Ulang kaji sekali lagi nota selama 10 minit.

    Ulang kaji sekali lagi nota selama 10 minit, anda seharusnya boleh mengingati maklumat itu sekarang!

  • Kad imbas: Tuliskan idea, petikan, data, formula, dan fikiran pada kad indeks, dan mengulang kajinya dengan kerap. Sebagai contoh, Afu tuliskan formula elektrikal pada kad untuk menolong dia mengingati mereka. Dia mengulang kaji kad-kadnya banyak kali setiap hari. Ini satu contoh bagaimana Afu menggunakan kad-kadnya: dia menuliskan istilah pada depan kad dan formula di belakang kad, seperti ini:

    kad imbas
  • Buat hubungan di antara perkara yang sudah anda belajar dengan sesuatu yang anda sudah tahu: Buat hubungan di antara sesuatu yang tidak biasa dengan sesuatu yang anda sudah tahu. Sebagai contoh, Stefano sedang belajar istilah komputer. Dia tidak tahu apa erti algoritma. Dia membaca bahawa algoritma ialah satu “proses atau set undang-undang yang diikuti, terutamanya oleh komputer.” Stefano suka masak, dan satu komputer yang menggunakan algoritma mengingatkan dia tentang seseorang mengikut satu resipi. Ini membantu dia mengingati.

  • Ajarkan perkara yang anda belajar: Kongsikan perkara yang anda belajar dengan seseorang. Ini akan berikan anda peluang untuk lebih memahami dan mengingati maklumat baru. Di rumah ibu bapanya satu hujung minggu, Afu mengajarkan bapanya cara untuk memperbaiki satu lengkapan lampu yang sudah lama rosak.

  • Gunakan perkara yang anda belajar: Gunakan maklumat yang anda belajar dalam kehidupan anda menolong anda mengingati maklumat itu. Jika anda belajar satu istilah baru, gunakan ia beberapa kali. Jika anda belajar cara untuk memperbaiki satu motor, pergi memperbaiki satu motor secepat mungkin. Apabila seorang jiran beritahu Rachel tentang satu masalah undang-undang yang dia tidak faham, Rachel dapat menjelaskan masalah itu berdasarkan sesuatu yang baru dia belajar minggu itu.

Bincang:Apakah pengalaman yang anda ada berkenaan cara peringatan tersebut atau cara peringatan yang lain?

3. Baca dan Tulis Dengan Berkesan.

Baca:Membaca adalah penting bagi pendidikan anda. Memperbaiki kemahiran membaca anda akan menolong anda untuk lebih memahami dan mengingati perkara yang anda belajar. Aktiviti berikut akan menolong anda mencarikan cara untuk memperbaiki kemahiran membaca anda.

Bincang:Apakah cara lain anda boleh memperbaiki kemahiran membaca anda?

Baca:Tulisan yang baik juga penting bagi pendidikan anda. Apabila menulis, pastikan gaya tulisan anda padan dengan harapan pengajar. Ada tiga gaya utama untuk tugas tulisan:

  • Informatif

  • Kreatif

  • Pujuk

Tulisan informatif: Mengaturkan maklumat dan ringkaskan idea-idea yang rumit. Sebagai contoh: Stefano diberikan satu tugasan tulisan informatif tentang makanan. Dia tulis tentang sejarah makanan kegemarannya dan beberapa perkara yang menarik tentang makanan itu.

Tulisan kreatif: Tulisan tentang idea-idea anda, fikiran original, dan perkara yang menarik. Kerja rumah Stefano seterusnya ialah tulisan kreatif tentang makanan. Stefano menulis tentang rasa, tekstur, dan warna makanan kegemarannya dalam cara yang menarik dan seronok.

Tulisan pujuk: Tulis dalam cara yang menggalakkan, meyakinkan, atau memujuk seseorang untuk melakukan sesuatu atau memikir dalam cara tertentu. Untuk melakukan ini dengan berkesan, anda perlu tahu tentang maklumat dan pandangan bertentangan serta harus dapat menyokong pembahasan anda. Dalam tulisan pujuknya, Stefano mencadangkan bahawa setiap pelancong harus cuba makanan kegemarannya kerana rasanya yang luar biasa dan nilai kebudayaannya.

Bincang:Bagaimana memperkuatkan tulisan anda boleh menolong anda berjaya dalam program latihan anda?

4. Mengatasi Sikap Berlengah-lengah

Baca:Gunakan masa dan tenaga anda dengan bijaksana untuk melengkapkan tugas. Elakkan kelengahan. “Menuai saat hari berlangsung” (A&P 6:3).

Bincang:Apakah beberapa alasan kita untuk melengah?

Baca:Apabila anda lengkapkan satu tugas, anda rasa satu kebanggaan pencapaian. Berikut adalah beberapa cara untuk melengkapkan tugas:

  1. Lakukan perkara yang paling susah dahulu. Lakukan projek yang anda tidak suka dahulu. Setelah anda selesaikan perkara yang paling susah atau yang anda tidak suka, perkara seterusnya akan nampaknya lebih senang,

  2. Blokkan satu masa. Tentukan satu jangka masa yang realistik untuk melakukan tugas tertentu. Jika kamu tidak tentukan satu jangka masa, anda mungkin akan buangkan masa sahaja.

  3. Ambil waktu rehat yang pendek dan tetap. Minda anda akan menjadi segar dan anda akan lebih fokus selepas satu waktu rehat. Waktu rehat yang pendek dan tetap meningkatkan pembelajaran anda.

  4. Menyesuaikan. Apabila anda letih, lakukan tugas yang memerlukan kurang pemikiran.

  5. Memberi diri ganjaran. Jika anda lengkapkan tugas anda pada satu masa tertentu, berikan diri anda ganjaran yang anda suka (makan, lakukan hobi anda, dan lain-lain).

Bincang:Apakah yang paling berkesan bagi anda untuk melengkapkan tugas?

5.Buat Persediaan untuk Ujian

Baca:Ujian biasanya digunakan untuk menunjukkan pembelajaran anda. Berikut ialah cara anda boleh meningkatkan keupayaan anda untuk mengambil ujian:

Sebelum ujian:

  • Selalu ulang-kaji bahan yang anda akan diuji.

  • Mendapat cukup tidur.

  • Makan makanan yang berkhasiat dan minum cukup air.

  • Berdoa sebelum ulang-kaji dan sebelum mengambil ujian.

  • Pastikan anda ada semua barang yang diperlukan untuk ujian (pensel, kalkulator, alat-alat, dan selainnya).

Semasa ujian:

  • Yakin pada perkara yang anda tahu.

  • Jujur. Jangan tipu.

  • Menguruskan masa anda; apabila anda mula setiap soalan atau bahagian, buat keputusan tentang berapa lama anda akan luangkan untuk soalan itu.

  • Baca dan baca semula lagi arahan dengan berhati-hati: apakah yang ditanya?

  • Lengkapkan soalan yang paling mudah dahulu untuk memperoleh keyakinan; kemudian kembali kepada soalan yang lain.

Bincang:Apakah yang sudah anda lakukan untuk bersedia dan mengambil ujian dengan berkesan?

Baca:“Proses pembelajaran tidak ada akhir. Kita mesti membaca, kita mesti memerhati, kita mesti [menerima], dan kita mesti merenungkan perkara yang kita masuk dalam minda kita. Saya percaya dalam evolusi minda, hati, dan jiwa manusia. Saya percaya dalam pembaikan. Saya percaya dalam perkembangan” (Gordon B. Hinckley, Standing for Something [2000], 62).

Bincang:Apakah perkara paling penting yang anda pelajari dalam mesyuarat kumpulan ini?