Keberdikarian
Belajar


ikon belajar
Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit

Baca:Di mesyuarat sebelumnya, anda telah mengerjakan beberapa kemahiran dan tabiat untuk membantu anda berjaya dalam program latihan anda. Hari ini anda akan mengerjakan kemahiran yang akan membantu anda bertumpu untuk menghabiskan latihan anda.

Walaupun ketika susah, habiskan pendidikan anda dengan melakukan perkara-perkara berikut:

  1. Bekerja dengan seorang mentor.

  2. Belajar secara berkumpulan.

  3. Belajar dari kegagalan.

  4. Mengalih arah jika diperlukan sahaja.

1. Bekerja dengan seorang mentor.

Baca:Bapa Syurgawi menempatkan orang di dalam kehidupan kita yang mengasihi kita dan yang akan memperkuatkan kita. Terdapat beberapa mentor yang mungkin mempunyai banyak pengalaman dalam apa yang anda ingin lakukan dan dapat menjawab soalan anda. Ada mentor lain yang mungkin bersedia meluangkan masa untuk menggalakkan anda membuat perubahan dalam kehidupan anda dan memastikan anda bertanggungjawab untuk maju.

Bincang:Siapakah yang telah banyak membantu anda membina rancangan keberdikarian anda? Apakah yang dia telah lakukan?

Baca:Elder Robert D. Hales telah mengajar, “Berdoalah untuk memilih mentor-mentor yang berpusat akan kebaikan rohani anda” (“Menghadapi Cabaran-cabaran Dunia Hari Ini,” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 46).

Baca:Teruskan pencarian mentor. Cari orang yang berjaya melakukan apa yang anda ingin lakukan. Perhatikan apa yang mereka lakukan dan ciri-ciri yang membuatkan mereka berjaya. Jangan takut untuk bertanya mereka soalan, dan bersedia untuk belajar daripada mereka. Sentiasa berterima kasih atas bantuan seorang mentor. Berdoa untuk ketahui bagaimana anda boleh membina dan memperkuatkan hubungan istimewa ini, dan aplikasikan apa yang anda telah dipelajari.

2. Belajar Secara Berkumpulan

Baca:Kumpulan memberi kita peluang untuk berkongsi idea kita dan belajar dari pengalaman dan pengetahuan daripada mereka yang lain.

Bincang:Apakah pengalaman yang anda telah peroleh melalui projek kumpulan yang lepas? Apakah yang anda telah pelajari dari ini?

Baca:Prinsip sama yang menjayakan kumpulan keberdikarian ini boleh juga diaplikasikan dalam kumpulan belajar atau kumpulan serupa di masa depan, seperti kumpulan di tempat kerja dan majlis Gereja. Untuk membuatkan kumpulan berkesan, lakukan berikut:

  • Cari pelajar-pelajar terbaik untuk bekerja bersama—terutamanya mereka yang komited seperti anda.

  • Layan setiap orang sebagai peserta yang sedarjat.

  • Bertutur dengan orang secara sopan. Semua harus berasa selamat untuk berkongsi idea mereka.

  • Jadualkan masa yang tetap untuk belajar bersama.

  • Menyetujui matlamat yang spesifik dari permulaan.

  • Akhiri setiap sesi belajar dengan melakukan komitmen: “Apakah yang setiap anda akan lakukan dan bilakah anda akan melakukannya?”

  • Berseronok bersama tetapi masih berfokus.

  • Bersedia dan melakukan bahagian anda. Kongsi apa yang anda ketahui dan pelajari segala yang anda boleh daripada mereka yang lain.

  • Jika anda melakukan satu projek bersama, ketahui tarikh tamat dan menugaskan bahagian-bahagian kecil untuk dihabiskan sebelum tarikh tamat.

3. Belajar dari Kegagalan

Baca:Dalam latihan anda akan mengalami beberapa kegagalan. Ia mungkin kegagalan ujian, terlepas tugas, atau gred yang tidak baik dalam kelas. Kegagalan merupakan sebahagian dari pembelajaran. Pelajar terbaik ialah mereka yang bangun dari setiap kegagalan. Belajar untuk melakukan ini adalah lebih penting dari tidak melakukan sebarang kesalahan, dan ini tidak realistik.

Terdapat banyak cara untuk bertindak balas terhadap kegagalan. Tindak balas yang negatif termasuk berputus asa, memarahi diri kerana gagal, atau tidak melakukan apa pun kerana anda takut gagal lagi.

Terdapat cara-cara positif untuk bertindak balas terhadap kegagalan. Ia termasuk:

  • Memperoleh nasihat daripada Tuhan.

  • Pelajari sebab kegagalan dan menghindari ia.

  • Memperoleh nasihat daripada mentor anda.

  • Mencuba cara lain untuk mencapai matlamat atau tujuan itu.

  • Buat penilaian semula jika tindakan ini membawa anda ke arah yang anda ingin pergi, kemudian tukar arah jika perlu.

Bincang:Apakah yang anda telah pelajari dari kegagalan atau kekecewaan dalam hidup anda?

Baca:“Tiada orang yang suka gagal. Dan kita khususnya tidak suka apabila orang lain—terutamanya mereka yang kita kasihi—nampak kita gagal. Kita semua ingin dihormati dan dihargai. Kita ingin jadi juara. Namun kita yang fana tidak menjadi juara tanpa usaha dan disiplin atau tanpa melakukan kesalahan.

“… Takdir kita tidak ditentukan oleh bilangan masa kita tersandung tetapi bilangan masa kita bangun semula, menyapu diri, dan maju ke hadapan” (Dieter F. Uchtdorf, “Kamu Boleh Lakukannya Sekarang!” Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 55).

Bincang:Apakah yang anda akan lakukan apabila anda mengalami kegagalan di masa depan?

4. Tukar Arah Hanya Jika Perlu

Baca:Pada satu ketika latihan anda, anda mungkin akan berasa seperti pilihan pendidikan atau pekerjaan yang anda cari tidak sesuai untuk anda. Anda mungkin fikir bahawa anda harus bertukar arah. Jika perasaan sebegini datang, berhati-hati dan teliti tentang perubahan yang ingin dilakukan.

Apabila berfikir tentang perubahan arah, anda harus bertanyakan diri, “Adakah arah baru ini lebih baik untuk saya?” Di dalam enam mesyuarat pertama kumpulan keberdikarian ini, anda menimbangkan pilihan-pilihan anda dengan teliti. Anda telah bercakap dengan ramai orang dan membuat penyelidikan mengenai pekerjaan itu, latihan yang diperlukan, dan bagaimana untuk membayar latihan itu. Anda telah membuat keputusan dengan perasaan yang baik.

Anda bertanggungjawab terhadap diri anda untuk mempertimbangkan perubahan arah dengan teliti sepertimana anda memilih arah kini.

Jika perlu, gunakan salinan baru rancangan keberdikarian (pada muka surat 191–92), termasuklah aktiviti-aktiviti dalam bab-bab 1–6 untuk membuat keputusan anda.

Bincang:Bagaimana anda boleh mengelak membuat keputusan yang terburu-buru tetapi juga mengelak terlebih fikir dan keraguan?

Baca:Elder Jeffrey R. Holland telah mengajar: “Saya punyai suatu pengetahuan, pengetahuan mutlak, sempurna, bahawa Tuhan mengasihi kita. Dia baik. Dia Bapa kita, dan dia mengharapkan kita untuk berdoa dan percaya dan mempercayai dan tidak berputus asa dan tidak panik dan tidak mengundur dan tidak meninggalkan kapal apabila sesuatu tidak berjalan dengan lancar. Kita berdiri tetap. Kita terus berusaha. Kita teruskan percaya” (“Jalan-jalan yang Salah,” lds.org/media-library).

Bincang:Apakah perkara paling penting yang anda pelajari dalam mesyuarat kumpulan hari ini?