Renung: Mengapa Tuhan menyayangi mereka yang mempunyai “hati yang jujur”?
Tonton: “Apa Yang Akan Seseorang Berikan Sebagai Pertukaran Bagi Jiwanya?” terdapat di srs.lds.org/videos . (Tiada video? Baca muka surat 183 .)
Jika anda tidak dapat menonton video itu, baca skrip ini,
Elder Robert C. Gay : Juruselamat pernah bertanya pengikut-Nya soalan berikut: “Apa yang akan seseorang berikan sebagai pertukaran bagi jiwanya?”
Inilah soalan yang bapa telah mengajar saya untuk pertimbangkan bertahun yang lalu. Ketika kecil, ibu bapa menugaskan saya kerja-kerja rumah dan membayar saya elaun untuk kerja-kerja itu. Saya sering belanja wang itu, lebih kurang 50 sen seminggu, untuk pergi menonton wayang. Ketika itu tiket wayang berharga 25 sen untuk yang berusia 11 tahun. Ini memberi saya baki sebanyak 25 sen untuk membeli gula-gula, yang bernilai 5 sen setiap satu. Satu wayang dengan lima gula-gula! Ini sangat baik.
Segalanya baik sehinggalah saya berusia 12 tahun. Berdiri dalam barisan pada suatu petang, saya menyedari bahawa harga tiket untuk seorang yang berusia 12 tahun adalah 35 sen, dan ini bermakna kurang dua gula-gula. Belum bersedia untuk membuat pengorbanan itu, saya memberi alasan kepada diri saya sendiri, “Kamu kelihatan sama seperti minggu lalu.” Kemudian saya melangkah ke depan dan meminta tiket 25 sen. Juruwang itu tidak mengesyaki apapun, dan saya membeli lima gula-gula seperti biasa.
Gembira dengan pencapaian saya, saya kemudian bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu ayah mengenai muslihat itu. Apabila saya menceritakan semua butiran itu, dia tidak berkata apa-apa. Apabila saya selesai, dia hanya memandang saya dan berkata, “Anakku, adakah kamu akan menjual jiwa kamu untuk 25 sen?” Kata-katanya menusuk hati saya yang berusia 12 tahun. Ini merupakan satu pengajaran yang saya tidak pernah lupa.
(“Apa Yang Akan Seseorang Berikan Sebagai Pertukaran Bagi Jiwanya?” Ensign atau Liahona, Nov. 2012, 34)
Kembali ke muka surat 182 .
Bincang: Apakah maksudnya untuk mempunyai kejujuran? Apakah cara-cara kecil orang menggadaikan jiwa mereka untuk mendapatkan benda-benda dalam kehidupan ini?
Baca: Fasal-Fasal Kepercayaan 1:13 dan Ayub 27:5 (sebelah kanan)
“Kami percaya harus jujur.”
Fasal-Fasal Kepercayaan 1:13
Secara sendirian, nilaikan diri anda dalam perkara-perkara berikut.
Letakkan nombor di hadapan Setiap Perkara untuk Menunjuk Bagaimana Kerap Anda Bertindak Dalam Cara Ini
1 = tidak pernah, 2 = kadang-kadang, 3 = sering, 4 = selalu
___1. Saya mentaati semua janji, komitmen, dan perjanjian saya.
___2. Saya benar-benar jujur dalam perkara yang saya katakan dan dalam rekod yang saya simpan.
___3. Saya tidak membesar-besarkan perkara untuk kelihatan lebih baik daripada yang sebenarnya.
___4. Saya mengembalikan semua yang saya pinjam dan tidak mengambil benda yang bukan milik saya.
___5. Saya dengan sepenuh hati setia kepada pasangan saya dalam kata-kata dan tindakan saya
___6. Saya tidak pernah menipu, walaupun saya tahu saya tidak akan ditangkap.
___7. Apabila saya menjumpai sesuatu yang bukan milik saya, saya mengembalikannya kepada pemiliknya.
___8. Saya sentiasa membayar balik wang yang saya pinjam.
Bincang: Baca Mosia 4:28 (sebelah kanan) dan petikan oleh Elder Joseph B. Wirthlin (pada muka surat 183 ). Mengapa membayar balik hutang atau pinjaman perniagaan atau pinjaman pelajar (seperti pinjaman PEF) merupakan kejujuran peribadi?
“Dan aku menghendaki agar kamu mesti ingat, bahawa barang siapa di antara kamu meminjam daripada jirannya mestilah dia mengembalikan apa yang dia pinjam, menurut seperti yang dia setujui, kalau tidak engkau akan berbuat dosa; dan barangkali engkau akan menyebabkan jiranmu berbuat dosa juga.”
“Kejujuran bermaksud sentiasa melakukan apa yang betul dan baik, tidak kira akibat serta-merta. Ia bererti menjadi soleh dari kedalaman jiwa kita, bukan sahaja dalam tindakan kita, tetapi yang lebih penting, dalam fikiran kita dan dalam hati kita. … berbohong sedikit, menipu sedikit, atau mengambil kesempatan sedikit tidak boleh diterima oleh Tuhan. … Ganjaran yang menyempurnakan kejujuran ialah rakan berterusan Roh Kudus, … [yang akan] membimbing kita dalam semua yang kita lakukan.”
Joseph B. Wirthlin , “Personal Integrity,” Ensign, Mei 1990, 30, 32, 33
Membuat Komitmen: Buatkan komitmen kepada tindakan berikut dalam minggu ini. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap tindakan: