Asas Saya: Beriman kepada Yesus Kristus—Masa Maksimum: 20 minit
-
Renung:Bagaimana iman saya dalam Yesus Kristus mempengaruhi keberdikarian saya?
-
Tonton:“Beriman kepada Yesus Kristus,” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 45.)
-
Bincang:Mengapa iman yang benar selalu membawa kepada tindakan? Mengapa iman diperlukan bagi Tuhan untuk membantu kita dalam duniawi dan rohani?
-
Baca:Matius 6:30 dan petikan dari Lectures on Faith (sebelah kanan)
-
Membuat Komitmen:Buatkan komitmen kepada tindakan berikut dalam minggu ini. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap tindakan.
-
Tunjukkan iman anda pada Ahad ini dengan memelihara hari Sabat sebagai hari kudus dan mengambil sakramen dengan ketakziman.
-
Bacalah dari Kitab Mormon setiap hari.
-
Baca ayat-ayat suci pada muka surat 45. Pilih salah satu dan berkongsi dengan keluarga atau rakan-rakan anda.
Tulisan suci mengenai Iman dalam Tindakan
Kerana Daniel tidak akan berhenti berdoa, dia dilemparkan ke dalam gua singa-singa, tetapi “Tuhan … mengirim malaikat-Nya, dan … menutup mulut singa-singa itu, … dan sehingga dia tidak diapa-apakan, kerana dia percaya dalam Tuhan-nya” (Daniel 6:22–23; lihat juga ayat 16–21).
Tuhan memberi Lehi Liahona untuk membimbing keluarganya, dan “itu bekerja bagi mereka menurut iman mereka kepada Tuhan. … [Seandainya] mereka malas, dan lupa untuk menjalankan iman dan ketekunan mereka … mereka tidak maju dalam perjalanan mereka” (Alma 37:40–41).
“Bawalah seluruh persepuluhan dan persembahan ke RumahKu, …Ujilah Aku, maka kamu akan nampak Aku membuka tingkap-tingkap syurga dan melimpahi kamu dengan segala yang baik.” (Maleakhi 3:10).
Semasa kebuluran, Elia meminta seorang janda untuk memberi dia makan terakhirnya. Elia berjanji bahawa kerana iman janda itu, Tuhan akan menyediakan makanan kepada dia, dan makanannya tidak akan kehabisan. (Lihat 1 Raja 17.)
Ketika umat-Ku yang sengsara memerlukan air, ketika tekak mereka kering kerana kehausan, Aku, Tuhan akan mengabulkan doa mereka; Aku, Tuhan Israel, tidak sekali-kali akan meninggalkan mereka.” (Yesaya 41:17; lihat juga ayat 18
-