Belajar—Masa Maksimum: 45 Minit
-
Baca:Sepanjang beberapa minggu akan datang, anda akan meneroka pilihan dan pemberi latihan dan menentukan bagaimana untuk membayar latihan atau pendidikan anda. Anda akan bermula dengan menilaikan pilihan-pilihan latihan anda.
-
Mengenal pasti latihan dan pengalaman yang anda perlukan.
-
Mengenal pasti pilihan latihan dalam kawasan anda.
-
Ketahui siapa yang boleh bercakap dengan.
-
Kemas kini rancangan keberdikarian anda.
-
1. Mengenal pasti Latihan dan Pengalaman yang anda perlu.
-
Baca:Dalam beberapa minggu yang lalu, anda telah menyelidik pekerjaan yang boleh menolong anda memperbaiki keberdikarian anda. Dalam minggu lepas, anda harus pilih satu kerja yang akan anda fokuskan.
-
Baca:Untuk mendapat pekerjaan yang anda pilih, anda perlu belajar bagaimana melakukan kerja itu. Pembelajaran datang dari latihan dan pengalaman. Salah satu faktor syarikat buat pilihan pekerja mereka adalah berdasarkan peringkat pendidikan dan pengalaman anda.
Sebagai contoh, Arlene ada banyak pengalaman dalam penjagaan kesihatan dan sekarang hendak bekerja dalam pentadbiran penjagaan kesihatan. Juan berpengalaman dalam pembinaan dan sekarang hendak menjadi seorang tukang kimpal. Pengalaman lalu mereka berikan mereka satu asas yang baik. Menambahkan latihan atau pendidikan tertentu akan menolong mereka berkelayakan untuk pekerjaan yang mereka inginkan.
-
Bincang:Mengapa peringkat dan jenis pendidikan anda penting bagi satu syarikat apabila mereka membuat keputusan untuk mengupah anda?
-
Baca:Sekolah, syarikat, dan institusi lain menawarkan latihan untuk pelbagai jenis kerja. Carikan latihan yang paling sesuai untuk pekerjaan yang anda pilih.
Sebagai contoh, Arlene mungkin akan dapat mencari pendidikan yang dia perlukan dalam satu kolej atau universiti. Juan mungkin akan dapat mencari latihan yang dia perlukan dalam satu sekolah teknikal, melalui satu perantisan, mahupun semasa kerja.
-
Baca:Mungkin anda sudah mendapati dari perbualan dan penyelidikan anda bahawa anda perlukan pengalaman dan latihan untuk memperoleh pekerjaan yang anda inginkan. Pada mulanya, anda mungkin perlu ambil pekerjaan yang lebih rendah pangkatnya, mungkin semasa latihan anda, untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik kemudian.
-
Bincang:Pengalaman apakah yang anda perlukan untuk memperoleh pekerjaan yang anda inginkan?
2. Mengenal Pasti Pilihan Latihan Dalam Kawasan Anda
-
Baca:Sekarang anda sudah tahu jenis latihan yang diperlukan, tiba masanya untuk mengenal pasti pemberi latihan tertentu. Sebagai contoh, Juan mendapati dua sekolah teknikal dan seorang majikan dalam kawasannya yang boleh menolong dia memperoleh sijil untuk menjadi seorang tukang kimpal.
-
Baca:Bukan semua pendidikan dan latihan dicipta secara sama. Terdapat beberapa program latihan dan sekolah yang lebih baik dari yang lain. Terdapat beberapa program yang lebih berkesan untuk melatih pelajar dan mempunyai kadar penempatan pekerjaan yang lebih tinggi. Terdapat beberapa yang susah untuk masuk, atau mungkin ramai pelajar tidak menyiapkan program mereka. Terdapat beberapa sekolah yang mungkin mahal, jadi anda harus menentukan sama ada mereka berbaloi untuk kos tersebut.
Carikan satu pembekal pendidikan atau latihan yang memberikan gabungan faktor-faktor berikut:
-
Kadar penempatan pekerjaan yang tinggi (mutu)
-
Kemungkinan untuk masuk dan menyiapkan program atau latihan
-
Kemampuan
Sebagai contoh, Rachel menimbangkan tiga sekolah yang berbeza, seperti yang dibandingkan dalam jadual berikut. Dalam penyelidikannya, dia mendapat maklumat berikut:
-
Pilihan 1 |
Pilihan 2 |
Pilihan 3 |
---|---|---|
Kadar penempatan: 7 daripada 10 orang memperoleh pekerjaan (70%) Enam daripada 10 orang diterima, dan lebih daripada 90% menyiapkan program. Jumlah kos sekolah : 15,000 |
Kadar penempatan: 2 daripada 10 orang memperoleh kerja (20%) Semua orang diterima, tetapi kurang daripada 50% menyiapkan program. Jumlah kos sekolah : 5,000 |
Kadar penempatan: 8 daripada 10 orang memperoleh kerja (80%) Tiga daripada 10 orang diterima, dan lebih daripada 80% menyiapkan program. Jumlah kos sekolah : 50,000 |
-
Bincang:Faktor apakah yang paling penting bagi anda apabila anda memilih satu sekolah atau pembekal latihan?
3. Ketahui Siapa yang Boleh Anda Bercakap Dengan
-
Baca:Cara yang paling baik untuk belajar tentang pilihan-pilihan latihan anda adalah untuk (1) bercakap dengan orang yang bekerja dalam sekolah atau program latihan dan (2) menyelidik secara diri sendiri. Banyak sekolah dan pemberi latihan mempunyai orang yang boleh menjawab soalan-soalan anda. Hubungi seorang dalam organisasi itu, tunjukkan minat dalam latihan, dan tanya untuk berucap dengan seorang yang boleh menjawab soalan-soalan anda. Mungkin anda hendak menghubungi orang dalam peranan berikut:
-
Penasihat penerimaan
-
Penasihat program
-
Pengurus latihan
-
Meja penerangan
-
Pengajar-pengajar tertentu
Anda juga boleh menelefon sekolah atau pembekal latihan, kajikan maklumat pada laman webnya, dan berucap dengan orang lain yang sudah menyiapkan program itu.
-
-
Bincang:Apakah sumber tambahan yang boleh menolong anda untuk memperoleh maklumat yang anda perlukan tentang satu sekolah atau pembekal latihan?
-
Baca:Semasa anda melakukan penyelidikan, carikan jawapan kepada soalan tertentu untuk menolong anda membuat keputusan.
-
Baca:Gunakan soalan-soalan dalam “Menilai Pilihan Latihan Saya”(muka surat 75) apabila anda bercakap dengan sekolah atau pemberi latihan minggu ini. Pastikan anda memperoleh maklumat ini supaya anda boleh menggunakan ia dalam mesyuarat minggu depan.
-
Bincang:Apa soalan-soalan lain yang mungkin boleh menolong anda?
4. Kemas kini Rancangan Keberdikarian Anda
-
Bincang:Apakah perkara paling penting yang anda pelajari dalam mesyuarat kumpulan hari ini?