Asas Saya: Mencari Pembelajaran—Masa Maksimum: 20 Minit
-
Renung:Bagaimanakah pembelajaran menciptakan peluang?
-
Tonton:“Pendidikan untuk Kehidupan yang Lebih Baik,” terdapat di srs.lds.org/videos. (Tiada video? Baca muka surat 61.)
-
Bincang:Apakah yang Elder Joseph W. Sitati mahu ketika dia berusia 13 tahun? Apakah yang dia lakukan?
-
Baca:Ajaran dan Perjanjian 88:118–19 dan petikan oleh Presiden Gordon B. Hinckley (sebelah kanan)
-
Renung:Apakah fikiran dan tanggapan yang anda dapati daripada Roh Kudus tentang memperbaiki kehidupan anda?
-
Membuat Komitmen:Buat komitmen kepada tindakan berikut dalam minggu ini. Tandakan kotak apabila anda selesaikan setiap tindakan.
-
Selesai matlamat dan aktiviti mentor berikut.
-
Selesai menulis rancangan “misi kehidupan” anda dan berbincang dengan keluarga anda.
-
Minta seseorang untuk menjadi mentor anda dan menetapkan masa untuk bertemu.
-
Aktiviti—Membuat Matlamat
Langkah 1: Baca petikan daripada Presiden Howard W. Hunter (sebelah kanan). Melalui matlamat, harapan kita berubah menjadi tindakan.
“Ini adalah Injil pertaubatan, dan kita perlu bertaubat dan menyelesaikan masalah. Malah, proses bertaubat, membuat komitmen, dan menetapkan matlamat harus menjadi salah satu tindakan yang berterusan. … Saya memuji amalan itu kepada kamu.”
Howard W. Hunter, “The Dauntless Spirit of Resolution” (pertemuan rohani Universiti Brigham Young, Jan. 5, 1992), 2, speeches.byu.edu
Matlamat harus:
-
Khusus dan boleh diukur.
-
Ditulis dan diletakkan di mana anda boleh melihatnya sekurang-kurangnya setiap hari.
-
Mempunyai masa siap yang ditetapkan.
-
Mempunyai tindakan tertentu yang perlu diambil untuk mencapai matlamat.
-
Dikaji semula, dilaporkan, dan dikemaskini secara berterusan.
Langkah 2: Pada lembaran kertas yang berasingan, tulis dua atau tiga matlamat yang akan membantu anda mencapai misi kehidupan anda. Ikut contoh di bawah. Letakkan kertas itu di mana anda boleh melihatnya setiap hari.
Matlamat |
Kenapa? |
Langkah-langkah Khusus untuk Mencapai Matlamat |
Garis Masa |
Kepada Siapa Akan Saya Melaporkan Kemajuan Saya? |
---|---|---|---|---|
CONTOH: Baca Kitab Mormon selama 30 minit setiap hari. |
Supaya saya boleh menerima bimbingan dari Roh Kudus setiap hari. |
1. Bangun pada jam 6:30 pagi setiap hari. 2. Membaca sebelum sarapan pagi. 3. Mencatat kemajuan saya pada carta. |
Saya akan menilai kemajuan saya setiap malam sebelum saya tidur. |
Saya akan berkongsi carta kemajuan saya dengan seorang ahli keluarga setiap hari Ahad. |
Aktiviti—Mencari seorang Mentor
Langkah 1: Baca petikan daripada Elder Robert D. Hales (sebelah kanan). Terdapat pelbagai jenis mentor. Anda mungkin memerlukan seseorang yang mempunyai banyak pengalaman untuk menjawab soalan anda—seseorang yang telah melakukan apa yang anda mahu lakukan. Mentor lain boleh menjadi rakan atau ahli keluarga yang soleh. Ini adalah orang yang bersedia untuk menghabiskan lebih banyak masa menggalakkan anda untuk membuat perubahan dalam kehidupan anda dan memastikan anda bertanggungjawab untuk kemajuan.
“Di waktu muda saya, saya mencari nasihat daripada ibu bapa dan daripada penasihat yang beriman dan dipercayai. Seorang adalah pemimpin imamat; dan seorang lagi ialah seorang guru yang percayai saya. … Pilih mentor dengan berdoa dan yang mempunyai kesejahteraan rohani kamu dalam hati mereka.”
Robert D. Hales, “Menangani Cabaran Dunia Hari Ini,” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 46
Langkah 2: Fikirkan tentang jenis bantuan yang anda perlukan. Tulis senarai orang yang boleh menjadi mentor anda. Renungkan dan berdoa tentang senarai nama anda.
Langkah 3: Jawab soalan-soalan di bawah untuk mulakan hubungan mentor. Untuk menjemput seseorang untuk menjadi mentor anda, anda boleh bertanya, “Saya cuba untuk membuat perubahan dalam hidup saya. Adakah kamu sudi untuk membantu saya?”
Mentor Saya |
---|
Siapa yang anda suka untuk menjadi mentor anda? |
Bilakah anda akan meminta dia untuk menjadi mentor anda? |
Bila anda boleh bertemu untuk berkongsi “misi kehidupan” dan matlamat? |
Berapa kerap anda ingin bertemu dengan mentor anda? |
Langkah 4: Ingat bahawa anda bertanggungjawab untuk “Misi Kehidupan” anda. Apabila anda bertemu dengan mentor anda:
-
Kaji semula kemajuan anda.
-
Kaji semula halangan kepada kemajuan anda dan apa yang anda tengah lakukan untuk mengatasinya.
-
Kaji semula secara khusus apa yang anda rancang untuk lakukan sebelum anda bertemu dengan mentor anda sekali lagi.