Sumber
Peluang Pendidikan CES
Gereja tekun bekerja untuk membuatkan peluang pendidikan sedia ada kepada lebih ramai ahli Gereja di seluruh dunia. Sistem Pendidikan Gereja (CES) menawarkan beberapa peluang pendidikan yang berkemungkinan memperoleh pekerjaan yang lebih baik, dalam tempat-tempat tertentu di dunia.
Seperti semua pilihan pendidikan yang anda pertimbangkan, menilai dengan berdoa sama ada pilihan-pilihan ini akan menolong untuk mengembangkan peluang kerjaya dan mendatangkan kerja yang lebih baik dalam lokasi anda.
Kursus Mikro—Latihan Kemahiran untuk Semua
Jika anda perlukan latihan untuk memperoleh satu pekerjaan tertentu, atau jika anda ada satu kerjaya dan perlukan latihan tambahan, kursus mikro mungkin satu pilihan yang bagus. Kursus mikro boleh dibahagikan kepada tiga kategori: kemahiran kerjaya, kemahiran komunikasi, dan kemahiran hidup. Kursus-kursus ini direka dalam cara supaya sesiapapun di mana-mana tempat, yang ada internet boleh belajar kemahiran baru yang dapat dipasarkan. Pelbagai kursus ditawarkan, dari arahan menulis resume yang sepanjang 15 minit, ke kursus menetapkan matlamat yang sepanjang satu jam, atau kursus komputer programing sepanjang 12 minggu yang menghasilkan satu sijil industri.
Corporate Connect—Latihan Industri dengan Jaminan Temu duga Kerja
Jika matlamat anda adalah untuk memperoleh satu pekerjaan secepat mungkin yang akan mendatangkan kerjaya baik, Corporate Connect mungkin pilihan yang paling baik. Perkhidmatan Corporate Connect Kolej Perniagaan LDS(LDS Business College) bekerjasama dengan majikan untuk melatih ahli-ahli Gereja untuk pekerjaan tertentu dalam bidang perdagangan, IT, profesion kesihatan, dan perkilangan. Kerja-kerja ini bergaji tinggi dan ada peluang kenaikan pangkat yang baik. Latihan ini mengambil dua ke tiga bulan dengan jaminan temu duga bagi mereka yang lengkapkan program. Setakat ini, Corporate Connect ada satu kadar penempatan yang hampir 90 peratus.
Sijil dan Ijazah Kolej/Universiti—Pendidikan untuk Pekerjaan yang Lebih Baik
Institusi lebih tinggi LDS , termasuk Kolej Perniagaan LDS (LDS Business College), BYU–Idaho, BYU–Hawaii, dan BYU, menawarkan pelbagai jenis sijil dan ijazah, ada yang boleh diperoleh online. Program-program ini bermula dari persijilan satu semester ke ijazah lebih tinggi dan ijazah profesional. Banyak ijazah dan persijilan ini ialah kemahiran yang berdasar untuk menyediakan para pelajar untuk memperoleh pekerjaan dan kerjaya.
Sekarang, pilihan-pilihan pendidikan ini hanya sedia ada dalam bahasa Inggeris. Untuk maklumat lebih lanjut, layar churcheducation.lds.org
Pathway/BYU–Idaho
Bergabung dengan BYU–Idaho, Pathway ialah satu program pendidikan kos rendah yang menggabungkan kursus-kursus online dengan kumpulan tempatan. Tujuannya adalah untuk menawarkan kemasukan yang senang bagi pelajar-pelajar yang hanya ada sedikit atau tanpa pengalaman kolej, atau kemasukan lagi bagi mereka yang pernah belajar dalam kolej lama dahulu. Kerana ia satu program online, kedekatan satu kampus tidak diperlukan. Para pelajar memperoleh kredit kolej yang boleh di pindah ke BYU–Idaho dan beberapa universiti lain.
Kelayakan lain:
-
Keahlian Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.
-
Sekurang-kurangnya berumur 17 tahun dengan diploma sekolah menengah atau yang setaraf, atau berumur 19 tahun dan ke atas (dengan atau tanpa diploma sekolah menengah atau yang setaraf).
-
Mempunyai akses kepada satu komputer yang ada internet kelajuan tinggi dan keupayaan sembang webcam/video.
-
Mahir bertutur dalam bahasa Inggeris (baca lebih lanjut pada muka surat sebelah).
-
Tinggal dekat satu lokasi Pathway; ada banyak lokasi di seluruh dunia yang dijalankan oleh para penginjil pelayanan.
-
Daftar dalam institut (kelayakan ini adalah untuk mereka yang berumur di antara 18-30 yang belum kahwin).
Program Pathway mengambil satu tahun (atau tiga semester) untuk dilengkapkan, selepas itu seorang pelajar boleh terus untuk memperoleh satu ijazah kolej. Pathway buka pintu ke peluang, termasuk mengambil bahagian dalam Program Ijazah Online BYU–Idaho, menghadiri BYU–Idaho, atau mendaftar dalam kolej atau universiti tempatan (subjek kepada kelayakan kemasukan setiap institut).
Para pelajar yang lengkapkan Pathway dan berhasrat untuk menghadiri BYU–Idaho di Rexburg, Idaho, harus memohon secara rasmi dan bayarkan yuran sekolah kampus biasa. Mereka yang ingin teruskan program ijazah online akan mengambil kursus dengan kadar yuran sekolah yang rendah seperti Pathway dan bekerja terhadap pilihan-pilihan berikut:
-
Sijil Profesional (15 kredit masing-masing)
-
Ijazah bersekutu(60 kredit)
-
Ijazah sarjana muda(120 kredit)
Bagi para pelajar yang mahir dalam bahasa Inggeris, program standard Pathway menggabungkan kursus-kursus akademik BYU–Idaho online dengan institut atau kursus-kursus agama BYU–Idaho online. Bagi para pelajar yang kurang mahir dalam bahasa Inggeris, versi “L” termasuk kursus-kursus akademik yang menggunakan arahan dalam bahasa Inggeris sebagai komponen utama kerja kursus. Para pelajar bertemu setiap minggu dengan seorang penutur asli bahasa Inggeris sepanjang program untuk mengembangkan kemahiran Inggeris mereka. (Para penginjil pelayanan Pathway menjalankan pusat-pusat ini di seluruh dunia.)
Menilai Pilihan Latihan Saya
Soalan untuk Ditanya: |
Jawapan |
---|---|
Apakah kadar penempatan untuk orang yang lengkapkan program ini? | |
Apakah purata gaji orang yang mendapat pekerjaan? | |
Berapa ramai pelajar ada di dalam program tahun lepas? | |
Berapa ramai orang memohon, dan berapa ramai diterima? | |
Berapa ramai pelajar meninggalkan atau tidak menyiapkan program? | |
Adakah kelas-kelas pada malam atau hujung minggu tersedia? | |
Apakah kos program, termasuk yuran sekolah, yuran lain, buku, dan perbelanjaan lain? | |
Apakah kelayakan untuk diterima ke dalam program ini? | |
Berapa lama untuk menerima sijil atau ijazah? | |
Adakah bantuan kewangan untuk bayaran sekolah tersedia? | |
Apakah keadaan kerja untuk kelas-kelas atau program? | |
Apakah nasihat yang anda boleh beri untuk menolong saya berjaya dalam program ini? | |
Siapa lagi harus saya hubungi untuk memperoleh maklumat yang lebih lanjut tentang program ini? | |
Bolehkah anda berikan saya maklumat hubungan anda supaya saya boleh menghubungi anda jika ada soalan lain? |