Keberdikarian
Sumber


Imej
ikon sumber
Sumber

Memohon untuk Biasiswa dan Hibah untuk Pelajar

Jika anda ingin tahu lebih mengenai pemohonan untuk biasiswa dan hibah untuk pelajar, anda boleh membaca dan melakukan yang berikut:

Baca:Biasiswa adalah bantuan kewangan berdasarkan siapa anda, apa yang anda telah buat, dan ciri-ciri yang organisasi atau orang ingin mengiktiraf dan memberi ganjaran.

Hibah pendidikan ditawarkan oleh banyak organisasi kerajaan, bukan kerajaan, dan institusi untuk membantu orang berpendapatan rendah meningkatkan hidup mereka dan menjadi lebih berdikari.

Bagaimana ia boleh membantu saya?

Anda boleh menggunakan wang biasiswa untuk membayar yuran sekolah, yuran lain, buku, dan kadangkala perbelanjaan lain seperti perumahan dan pengangkutan. Anda tidak perlu membayar balik wang itu.

Bergantung kepada hibah untuk pelajar, anda boleh menerima wang setiap tahun persekolahan untuk bilangan tahun dan semester yang terhad.

Adakah saya layak?

Cari biasiswa yang akan memberi ganjaran kepada sifat-sifat dan pencapaian anda.

Hibah pelajar adalah berdasarkan keperluan kewangan. Sesetengah geran dianugerahkan hanya kepada program pendidikan tertentu.

Bagaimana untuk memohon?

Memohon biasiswa yang sesuai dengan pengalaman, kemahiran dan sifat-sifat anda. Memohon untuk banyak biasiswa dan bukannya hanya satu.

Anda boleh mencari dan memohon untuk biasiswa dan hibah untuk pelajar secara online, di pusat keberdikarian, dan di agensi pekerjaan atau kementerian pekerjaan. Orang di agensi-agensi ini boleh membantu anda dengan strategi untuk mendapat biasiswa dan hibah untuk pelajar. Memberi tumpuan kepada tarikh akhir dan arahan permohonan. Berhati-hati dengan penipuan laman web biasiswa; biasiswa yang sah jarang mengenakan bayaran.

Memberi tumpuan kepada tarikh permohonan yang disenaraikan untuk setiap hibah untuk pelajar. Kebanyakan permohonan hanya diterima pada bulan tertentu dalam setahun.

Bagaimana Membanding Pinjaman Pelajar

Untuk membandingkan pinjaman pelajar, tanya pemberi pinjaman soalan-soalan yang berikut. Tanya pakar keberdikarian pancang anda tentang soalan-soalan lain yang anda boleh tanya untuk mendapatkan syarat-syarat pinjaman yang terbaik—dan mengelakkan penipuan.

  1. Apakah jenis pinjaman (berubah, tetap)?

  2. Apakah kadar faedah?

  3. Apakah bayaran bulanan?

  4. Apakah tempoh pinjaman?

  5. Bilakah saya harus mula bayar balik pinjaman?

  6. Apakah jumlah saya akan bayar termasuk pokok dan faedah?

  7. Apakah akibatnya jika saya tidak boleh membayar balik pinjaman?

  8. Bagaimana jika saya perlu berehat dari pembayaran (sebagai contoh, melayani misi atau penangguhan)?

Pinjaman Tabung Pendidikan Berterusan

Bab ini meliputi cara yang berbeza untuk membayar pendidikan keberdikarian. Pinjaman pelajar di bincang sebagai pilihan terakhir untuk membayar baki persekolahan selepas bekerja dengan keras untuk mendapatkan biasiswa dan hibah untuk pelajar (lihat muka surat 105). Jika rancangan pendidikan anda masih termasuk satu pinjaman pelajar dan anda tinggal di negara yang diluluskan, anda mungkin layak untuk memohon satu pinjaman pendidikan dari PEF (Tabung Pendidikan Berterusan).

Adakah pinjaman PEF boleh didapatkan di mana saya tinggal?

Pinjaman PEF boleh didapatkan di banyak negara di seluruh dunia. Satu senarai negara yang dikemaskini boleh didapati di srs.lds.org/pefcountries

Bagaimana saya layak?

Melalui temu bual dengan uskup atau presiden cabang anda, anda akan membuat keputusan bersama jika anda memenuhi kelayakan yang berikut untuk menerima sokongannya untuk memohon pinjaman PEF:

  • Layak: Adakah anda ada dan hidup layak untuk satu kad rekomen bait suci semasa atau kad rekomen penggunaan terhad?

  • Memerlukan: Adakah anda mempunyai keperluan kewangan yang jelas untuk menerima satu pinjaman PEF selepas mempertimbangkan semua pilihan pembiayaan seperti diliputi dalam bab ini, termasuk menggunakan dana anda sendiri, dana daripada ahli keluarga, dan semua hibah untuk pelajar dan biasiswa yang mungkin?

  • Berazam: Adakah anda berazam untuk melengkapkan program anda, cari kerja yang lebih baik, bayar balik pinjaman anda, dan hidup prinsip-prinsip keberdikarian?

Untuk belajar lebih tentang kelayakan PEF, layari srs.lds.org/pefqualify.

Bagaimana untuk memohon?

Untuk membantu anda melengkapkan permohonan PEF anda dalam laman web, gunakan rancangan keberdikarian anda, yang termasuk kerja, pendidikan, dan rancangan kewangan yang anda sedang buat (lihat muka surat 107–8). Anda boleh memohon untuk satu pinjaman PEF dan belajar lebih tentang semua keperluan permohonan di srs.lds.org/pefapply

Bagaimana saya boleh menggunakan pinjaman PEF saya?

Pinjaman PEF dibiayai oleh pembayaran balik pelajar dan juga derma murah hati ahli Gereja dan orang lain di seluruh dunia. Dana ini adalah kudus dan digunakan dengan berhati-hati. Menggunakan Senarai yang Diluluskan PEF untuk pekerjaan dan program pendidikan (didapati di srs.lds.org/pef), pinjaman PEF anda boleh membantu membiayai:

  • Peluang pendidikan teknikal, vokasional, atau profesional yang membawa kepada pekerjaan yang diperlukan di kawasan tempatan anda.

  • Kos yang berkaitan dengan kehadiran sekolah. (Untuk senarai yang lengkap, layari srs.lds.org/pefcosts).

Bagaimana saya boleh membayar balik pinjaman saya?

Semasa di sekolah, anda akan membuat bayaran bulanan yang kecil. Selepas anda tamat pengajian, bayaran bulanan anda akan meningkat untuk membolehkan anda bayar balik pinjaman anda tepat pada masanya. PEF membolehkan anda mendapatkan insentif prestasi (pengurangan jumlah pinjaman), yang membantu anda bayar balik pinjaman anda dan menggalakkan anda untuk menamatkan pengajian dan menjadi berdikari. Insentif prestasi ini mungkin termasuk tamat pengajian dari program anda, mendapat gred yang baik, mencapai matlamat pekerjaan anda yang dirancangkan, dan membuat bayaran tepat masa. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari srs.lds.org/pefincentives.

Bagaimana pembayaran balik saya digunakan?

Setiap pembayaran balik adalah penting kerana ia digunakan untuk membuat pinjaman baru untuk pelajar akan datang.

Siapa yang memimpin PEF?

PEF dipimpin oleh Presidensi Utama, Lembaga Uskup Utama, dan Penguasa Umum lain dan pemimpin badan sokongan. Pemimpin imamat kawasan memimpin pentadbiran tempatan pinjaman program.

Bagaimana jika saya mempunyai soalan atau kebimbangan?

Jika anda memerlukan lebih maklumat tentang PEF di kawasan anda, atau jika anda sedang mengalami kesukaran dengan permohonan anda atau pengalaman pinjaman PEF anda, layari srs.lds.org/pef atau hubungi pakar keberdikarian pancang anda.

Maklumat lanjut tentang sumber-sumber lain keberdikarian boleh didapati di srs.lds.org.

Cetak