Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 127


Bahagian 127

Sepucuk surat daripada Nabi Joseph Smith kepada para Orang Suci Zaman Akhir di Nauvoo, Illinois, mengandungi panduan tentang pembaptisan bagi orang mati, bertarikh di Nauvoo, 1 September 1842.

1–4, Joseph Smith bersukacita di dalam penganiayaan dan kesengsaraan; 5–12, Catatan-catatan mesti disimpan berkaitan dengan pembaptisan bagi orang mati.

1 Disebabkan Tuhan telah mewahyukan kepadaku bahawa musuh-musuhku, baik di Missouri mahupun di Negeri ini, telah kembali lagi untuk memburuku; dan sejauh mereka memburuku tanpa sebab, dan tidak mempunyai sedikit pun bayangan atau warna keadilan atau kebenaran di pihak mereka dalam pendakwaan mereka terhadapku; dan sejauh mana tuduhan mereka semua berlandaskan pada pembohongan dari pewarna yang paling hitam, aku telah memikirkan bahawa adalah arif dan bijaksana bagi diriku untuk meninggalkan tempat itu untuk suatu tempoh masa yang singkat, demi keselamatanku sendiri dan keselamatan umat ini. Aku akan mengatakan kepada mereka semua yang mempunyai urus niaga denganku, bahawa aku telah meninggalkan urusan-urusanku bersama para wakil dan kerani yang akan berurusan untuk semua urus niaga dengan suatu cara yang cepat dan tepat, dan akan memastikan bahawa semua hutangku dilangsaikan tepat pada waktunya, dengan menjual harta benda, atau sebaliknya, sebagaimana situasi mungkin memerlukan, atau sebagaimana keadaan mungkin mengizinkan. Apabila aku mendapati bahawa ribut ini telah reda sepenuhnya, pada waktu itu aku akan kembali kepadamu lagi.

2 Dan mengenai bahaya yang telah aku dipanggil untuk lalui, ianya kelihatan seperti suatu hal yang kecil bagiku, kerana rasa iri hati dan kemarahan manusia telah menjadi keadaan yang lazim sepanjang hidupku; dan apakah tujuannya kelihatan begitu misteri, melainkan aku telah ditahbiskan sebelum pengasasan dunia untuk tujuan baik, atau buruk, terpulang pada pilihan kamu untuk menggelarkannya. Kamu pertimbangkanlah sendiri. Tuhan mengetahui semua hal ini, sama ada ia baik atau buruk. Tetapi walaupun demikian, air yang dalam adalah kebiasaan bagiku untuk berenang di dalamnya. Itu semua telah menjadi suatu kebiasaan kedua bagiku; dan aku berasa, seperti Paulus, untuk bersukacita di dalam kesengsaraan; kerana sehingga ke hari ini Tuhan para nenek moyangku telah membebaskanku dari semuanya, dan akan membebaskanku dari sekarang; kerana lihatlah, dan tengoklah, aku akan menang mengatasi semua musuhku, kerana Tuhan Raja telah memfirmankannya.

3 Biarlah semua orang suci bersukacita, oleh kerana itu, dan menjadi amat gembira; kerana Tuhan Israel ialah Tuhan mereka, dan Dia akan melaksanakan suatu ganjaran yang adil ke atas kepala semua penindas mereka.

4 Dan lagi, sesungguhnya demikianlah firman Tuhan: Biarlah pekerjaan bait suci-Ku, dan semua pekerjaan yang telah Aku tetapkan kepadamu, diteruskan dan jangan berhenti; dan biarlah ketekunanmu, dan kegigihanmu, dan kesabaran, dan pekerjaanmu dilipatgandakan, dan kamu walau bagaimanapun tidak akan kehilangan pahalamu, firman Tuhan Semesta Alam. Dan jika mereka menganiayamu, demikian juga mereka menganiaya para nabi dan orang-orang soleh yang ada sebelum kamu. Untuk semuanya ini terdapatnya suatu ganjaran di dalam syurga.

5 Dan lagi, aku berkata kepadamu berkaitan dengan pembaptisan bagi orang matimu.

6 Sesungguhnya, demikianlah firman Tuhan kepadamu mengenai orang matimu: Apabila sesiapa pun daripada kamu dibaptiskan bagi orang matimu, biarlah ada seorang jurucatat, dan biarlah dia menjadi saksi mata bagi pembaptisanmu; biarlah dia mendengar dengan telinganya, agar dia boleh bersaksi akan kebenaran, firman Tuhan;

7 Agar dalam semua catatanmu itu boleh dicatat di dalam syurga; apa pun yang kamu ikat di atas bumi, boleh diikat di dalam syurga; apa pun yang kamu lepaskan di atas bumi, boleh dilepaskan di dalam syurga;

8 Kerana Aku akan mula memulihkan banyak hal ke bumi, berkaitan dengan keimamatan, firman Tuhan Semesta Alam.

9 Dan lagi, biarlah semua catatan disimpan dengan teratur, agar ianya boleh disimpan di dalam arkib bait suci-Ku, untuk disimpan sebagai peringatan dari generasi ke generasi, firman Tuhan Semesta Alam.

10 Aku akan mengatakan kepada semua orang suci, bahawa aku menginginkan, dengan keinginan yang sangat besar, untuk menyampaikan kepada mereka dari mimbar perihal tentang pembaptisan bagi orang mati, pada Sabat yang berikutnya. Tetapi sejauh ia berada di luar kuasaku untuk melakukannya, aku akan menuliskan firman Tuhan dari semasa ke semasa, tentang perihal itu, dan mengirimkannya kepadamu melalui pos, begitu juga dengan banyak hal yang lain.

11 Aku sekarang menamatkan suratku buat masa ini, kerana kekurangan waktu; kerana musuh sudah bersiap sedia, dan seperti yang Juruselamat firmankan, putera dunia ini datang, tetapi dia tidak memiliki apa pun ke atas diriku.

12 Lihatlah, doaku kepada Tuhan adalah agar kamu semua boleh diselamatkan. Dan aku menandatangani diriku sendiri pada surat ini sebagai hambamu di dalam Tuhan, nabi dan pelihat Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Joseph Smith.