Disediakan untuk Mendapatkan Setiap Hal yang Diperlukan
Berkat akan datang semasa kita berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab individu kita untuk belajar dan mengasihi injil Yesus Kristus yang sudah pulih.
Program dan aktiviti Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir menjadi lebih berpusat pada keluarga dan disokong oleh Gereja, yang sudah ditunjukkan oleh siri-siri penyesuaian yang diumumkan dalam persidangan-persidangan umum baru-baru ini. Presiden Russell M. Nelson sudah menasihati kita: “Banyak penyesuaian akan datang. … Ambil pil vitamin anda. Rehat. Perkara yang menguja akan berlaku.”1
Saya berdoa dan menjemput bantuan Roh Kudus semasa kita merenungkan beberapa implikasi asas tentang penyesuaian dalam Gereja Tuhan yang sudah dipulihkan.
Pembelajaran Injil yang Berpusat pada Keluarga dan Disokong oleh Gereja
Elder Craig C. Christensen dan saya ialah teman dalam satu persidangan imamat baru-baru ini, dan dia gunakan dua soalan yang mudah untuk menekankan asas menjadi berpusat pada keluarga dan disokong oleh Gereja. Dia cadangkan bahawa sebalik dari pulang ke rumah selepas pertemuan Gereja pada hari Ahad dan tanya, “Apakah sudah anda belajar tentang Juruselamat dan injil-Nya di gereja hari ini?” kita harus tanya dalam pertemuan Gereja kita, “Apakah sudah anda belajar tentang Juruselamat dan injil-Nya dalam rumah anda minggu ini?” Pematuhan hari Sabat yang tepat, kurikulum baru, dan jadual pertemuan baru boleh menolong kita belajar injil dalam rumah kita dan dalam gereja.
Setiap ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ada tanggungjawab individu untuk belajar dan mematuhi ajaran-ajaran Tuhan dan untuk menerima tatacara keselamatan dan permuliaan melalui wewenang yang betul. Kita tidak harus harapkan Gereja sebagai satu organisasi mengajar atau memberitahu kita segala yang kita perlu tahu dan perlu lakukan untuk menjadi pengikut yang setia dan bertahan sampai akhir dengan berani.2 Sebaliknya, tanggungjawab kita adalah untuk belajar perkara yang kita harus belajar, hidup seperti cara kita harus hidup, dan menjadi orang yang Guru hendak kita jadi. Dan rumah kita ialah tempat paling baik untuk pembelajaran, kehidupan, dan pelaksanaan.
Sebagai seorang kanak-kanak, Joseph Smith belajar tentang Tuhan daripada keluarganya. Usahanya untuk mencarikan kehendak Tuhan bagi dia menyebabkan Joseph mencari kebenaran di kalangan banyak mazhab Kristian, rajin merenungkan kitab suci, dan berdoa kepada Tuhan dengan tulus ikhlas. Apabila Joseph Smith muda kembali ke rumahnya dari Sacred Grove segera selepas kemunculan Bapa dan Putera, dia berucap dengan ibunya dahulu. Dia “bersandar pada tempat perapian, ibu[nya] bertanya apa yang telah berlaku. [Joseph] menyahutnya, “Tidak ada apa-apa, semuanya baik—aku baik-baik sahaja.” [Dia] kemudiannya berkata kepada ibu[nya], ‘Aku telah belajar bagi diriku sendiri.’”3 Pengalaman Joseph memberikan satu pola yang amat berkuasa tentang pembelajaran yang harus kita ikut. Kita juga perlu belajar untuk diri kita sendiri.
Tujuan rancangan Bapa Syurgawi yang menyeluruh adalah untuk anak-anak-Nya menjadi lebih seperti Dia. Oleh sebab itu, Dia menyediakan kita peluang yang diperlukan untuk berkembang dan maju. Komitmen kita untuk belajar dan mematuhi kebenaran menjadi lebih penting dalam dunia yang semakin menjadi “huru-hara”4 dan lebih keliru dan lebih jahat. Kita tidak boleh mengharapkan bahawa dengan hanya menghadiri pertemuan Gereja dan mengambil bahagian dalam program, kita akan menerima segala peneguhan dan perlindungan rohani yang akan membolehkan kita “pada hari yang jahat [kita] dapat mempertahankan diri daripada serangan musuh.”5
“Ibu bapa mempunyai satu tugas kudus untuk membesarkan anak-anak mereka dengan kasih sayang dan kesolehan.”6 Para pemimpin Gereja, para pengajar, dan aktiviti-aktiviti yang diilhami menolong usaha individu dan keluarga untuk berkembang secara rohani. Walaupun kita semua perlu bantuan untuk maju depan pada jalan perjanjian, tanggungjawab terbesar untuk mengembangkan kekuatan dan stamina rohani berada di atas kita masing-masing.
Ingatlah bagaimana Nefi, anak nabi Lehi, berhasrat untuk melihat, mendengar dan mengetahui untuk diri sendiri melalui kuasa Roh Kudus perkara-perkara yang sudah bapanya belajar dalam penglihatan pokok kehidupan. Nefi perlukan dan diberkati oleh teladan dan ajaran-ajaran “ibu bapa yang baik” pada masa remajanya.7 Seperti Joseph Smith, dia berhasrat untuk belajar dan mengetahui untuk diri sendiri.
Jika anda dan saya hanya tahu tentang Yesus Kristus dan injil-Nya yang sudah dipulihkan melalui apa yang orang lain ajar atau beritahu kita, dasar kesaksian kita tentang Dia dan kerja zaman akhir-Nya adalah dibina di atas pasir.8 Kita tidak boleh hanya bergantung pada cahaya dan ilmu injil orang lain—mahupun orang yang kita kasihi dan percaya.
Nabi Joseph Smith ajar bahawa setiap Orang Suci Zaman Akhir perlu faham untuk diri sendiri “ciptaan dan tujuan Tuhan untuk hantarkan kita ke dunia.”9
“Jika kita baca dan faham semua yang sudah dicatat daripada Adam, tentang perhubungan manusia dengan Tuhan dan malaikat pada masa depan, kita masih tidak tahu banyak mengenai perihal ini. Membaca pengalaman orang lain, atau wahyu yang diberikan kepada mereka, tidak akan memberikan kita satu pandangan seluruh tentang keadaan kita dan hubungan benar kita dengan Tuhan. Pengetahuan berkenaan perkara-perkara tersebut hanya boleh diperolehi dari pengalaman melalui tatacara-tatacara Tuhan yang disediakan demi tujuan itu.”10
Bantuan dalam pencapaian objektif rohani ini untuk individu dan keluarga ialah salah satu sebab dasar program dan aktiviti Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir menjadi lebih berpusat pada keluarga dan disokong oleh Gereja pada masa zaman keagamaan ini.
Implikasi Pembelajaran yang Berpusat pada Keluarga dan Disokong oleh Gereja
Biarkan saya ringkaskan beberapa implikasi dasar pembelajaran injil yang menjadi lebih berpusat pada keluarga dan disokong oleh Gereja.
Pusat Latihan Penginjil yang paling baik ialah rumah kita; pusat latihan penginjil sekunder berada di Provo, Manila, Bandar Mexico, dan lokasi-lokasi lain. Pengajian individu dan keluarga dalam rumah kita ialah kelas-kelas Sekolah Minggu yang paling berkesan; kelas-kelas Sekolah Minggu yang sekunder diadakan dalam bangunan pertemuan kita.
Pusat sejarah keluarga sekarang berada dalam rumah kita. Sokongan tambahan untuk kerja penyelidik sejarah keluarga kita juga sedia ada dalam bangunan pertemuan kita.
Kelas-kelas persediaan bait suci yang penting berlaku dalam rumah kita; kelas-kelas persediaan bait suci yang penting tetapi sekunder juga boleh dijalankan dari semasa ke semasa dalam bangunan pertemuan kita.
Membuatkan rumah kita satu tempat perlindungan di mana kita boleh “berdiri di tempat-tempat kudus”11 adalah penting pada zaman akhir ini. Pembelajaran yang berpusat pada keluarga dan disokong oleh Gereja adalah penting untuk kekuatan rohani dan perlindungan kita hari ini, ia akan menjadi lebih penting pada masa depan.
Pembelajaran yang Berpusat pada Keluarga dan Disokong oleh Gereja dan Persediaan Bait Suci
Sila renungkan bagaimana asas “berpusat pada keluarga dan disokong oleh Gereja” digunakan dalam persediaan dan kelayakan individu untuk menerima tatacara-tatacara dan perjanjian kudus dalam rumah Tuhan.
Persediaan bait suci yang paling berkesan berlaku dalam rumah kita. Tetapi ramai ahli Gereja tidak pasti tentang apa yang boleh diucapkan atau tidak sesuai diucapkan tentang pengalaman bait suci di luar bait suci.
Presiden Ezra Taft Benson jelaskan mengapa ketidakpastian ini wujud:
“Bait suci ialah satu tempat kudus, dan tatacara dalam bait suci mempunyai erti kudus. Disebabkan kekudusannya, kadangkala kita teragak-agak untuk mengucap tentang bait suci dengan anak dan cucu kita.
“Sebagai akibat itu, ramai tidak mengembang satu hasrat benar untuk pergi ke bait suci, atau apabila mereka pergi, mereka tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk menyediakan mereka untuk kewajipan dan perjanjian yang mereka buat.
“Saya percaya satu pemahaman atau pengetahuan yang sesuai akan banyak menolong remaja kita untuk pergi ke bait suci … [dan] mengembang satu hasrat dalam mereka untuk mencarikan berkat imamat mereka seperti Abraham mencarikan berkatnya.”12
Dua garis panduan dasar boleh menolong kita mencapai pemahaman yang sesuai yang ditekankan oleh Presiden Benson.
Garis Panduan #1. Kerana kita mengasihi Tuhan, kita harus selalu berucap tentang rumah kudus-Nya dengan takzim. Kita tidak harus dedahkan atau huraikan lambang khas yang berkait dengan perjanjian yang kita terima dalam tatacara kudus bait suci. Kita juga tidak harus bincangkan informasi kudus yang sudah kita janji kita tidak akan dedahkan.
Garis Panduan #2. Bait Suci ialah rumah Tuhan. Segala dalam bait suci mengarahkan kita kepada Juruselamat kita, Yesus Kristus. Kita boleh bincang tentang dasar tujuan dan ajaran serta asas-asas yang berkenaan dengan tatacara dan perjanjian bait suci.
Presiden Howard W. Hunter menasihati: “Marilah kita kongsikan dengan anak-anak kita perasaan rohani yang kita alami dalam bait suci. Dan marilah kita ajar mereka dengan lebih tulus ikhlas dan lebih selesa perkara yang boleh kita ucapkan tentang tujuan rumah Tuhan.”13
Dari generasi Nabi Joseph Smith ke Presiden Russell M. Nelson, tujuan ajaran tatacara dan perjanjian bait suci sudah diajar oleh para pemimpin Gereja secara mendalam.14 Kita juga ada banyak sumber dalam bentuk cetakan, audio, video, dan format lain sedia ada untuk menolong kita belajar tentang tatacara permulaan, anugerahan, perkahwinan, dan tatacara pemeteraian lain.15 Informasi tentang mengikut Juruselamat dengan menerima dan mentaati perjanjian untuk mematuhi hukum kepatuhan, hukum pengorbanan, hukum injil, hukum kemurnian, dan hukum pentadbisan juga sedia ada.16 Semua ahli Gereja harus menjadi biasa dengan bahan-bahan ini yang sedia ada di temples.ChurchofJesusChrist.org.
Presiden Russell M. Nelson tekankan kepentingan keseimbangan di antara sifat kekudusan tatacara bait suci dan informasi tentang bait suci yang diterbit oleh Gereja yang tepat, sesuai, dan sedia ada secara awam. Dia jelaskan: “Saya cadang bahawa ahli-ahli … baca dalam Panduan Tulisan Suci yang berkenaan dengan bait suci, seperti ‘Menyapu dengan minyak,’ ‘Perjanjian,’ ‘Korban,’ dan ‘Bait Suci.’ Anda juga boleh baca Keluaran, bab 26–29, dan Imamat, bab 8. Perjanjian Lama, dan juga kitab Musa dan Abraham dalam Mutiara yang Sangat Berharga, menekankan kepurbaan kerja bait suci dan sifat tatacaranya yang bertahan lama.”17
Jadi, bayangkan bahawa anak anda tanya, “Ada orang dari sekolah beritahu saya bahawa pakaian yang ganjil dipakai dalam bait suci. Benarkah?” Satu video pendek yang bertajuk Sacred Temple Clothing sedia ada di temples.churchofjesuschrist.org.” Video ini jelaskan bagaimana dari zaman purba, lelaki dan perempuan menggunakan muzik kudus, doa yang berbagai bentuk, pakaian agama yang simbolik, gerak isyarat, dan upacara agama untuk menunjukkan perasaan kesetiaan yang paling terpendam kepada Tuhan. Jadi, Gereja menyokong persediaan berkat bait suci yang berpusat pada keluarga melalui arahan dasar dan sumber yang unggul seperti video ini. Ada banyak informasi yang berguna sedia ada bagi anda.18
Semasa kitab berusaha untuk jalan dalam kelembutan hati Roh Tuhan,19 kita akan diberkati untuk memahami dan mencapai dalam rumah kita keseimbangan di antara apa yang sesuai dan apa yang tidak sesuai untuk dibincangkan tentang tatacara dan perjanjian bait suci yang kudus.
Janji dan Kesaksian
Saya jangka ada di antara anda mungkin tertanya-tanya jika pembelajaran injil anda boleh menjadi berpusat pada keluarga dan disokong oleh Gereja. Mungkin hanya anda ialah ahli Gereja dalam keluarga anda, atau ada seorang suami atau isteri yang tidak menyokong anda, atau ibu bapa tunggal, atau bersendirian sebagai Orang Suci Zaman Akhir yang belum kahwin atau sudah bercerai, dan mungkin anda ada soalan tentang bagaimana anda boleh gunakan asas-asas ini. Mungkin anda seorang suami dan isteri yang memandang satu sama lain dan tanya, “Bolehkah kita lakukan ini?”
Ya, anda boleh lakukan ini! Saya janji bahawa berkat yang memperkuatkan akan datang dan nyata dalam hidup anda. Peluang akan datang. Cahaya akan bersinar. Keupayaan anda akan bertambah untuk menerus dengan tekun dan bersabar.
Saya bersaksi dengan bahagia bahawa berkat akan datang semasa kita berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab individu kita untuk belajar dan mengasihi injil Yesus Kristus yang sudah pulih. Kita benar-benarnya boleh “disediakan untuk mendapatkan setiap hal yang diperlukan.”20 Saya berjanji dan bersaksi demikian dalam nama kudus Tuhan Yesus Kristus, amin.