Suatu Rayuan Kepada Para Saudari Saya
Kita perlu kekuatanmu, penganutanmu, keyakinanmu, kemampuanmu untuk memimpi, kebijaksanaanmu, dan suara-suaramu.
Elder Rasband, Stevenson, dan Renlund, yang dikasihi, kami, para Saudaramu, menyambut anda ke dalam Kuorum Dua Belas Rasul. Kami bersyukur kepada Tuhan atas wahyu-wahyu yang Dia berikan kepada nabi-Nya, Presiden Thomas S. Monson.
Saudara dan saudari, apabila kita bertemu di persidangan umum enam bulan lalu, tidak ada sesiapa antara kami yang menjangka perubahan yang akan datang yang akan menyentak pada hati semua Gereja. Elder L. Tom Perry menyampaikan pesanan yang berkuasa tentang peranan perkahwinan dan keluarga yang tidak boleh digantikan dalam rancangan Tuhan. Kita terpegun apabila beberapa hari selepas itu, kita belajar tentang penyakit barah yang akan mengambil dia dari kita dengan cepat.
Walaupun kesihatan Presiden Boyd K. Packer telah merosot, dia terus dengan keberanian dalam pekerjaan Tuhan. Dia lemah April lalu, tetapi dia berazam untuk mengisytiharkan kesaksiannya selama dia masih hidup. Lalu, hanya 34 hari setelah Elder Perry meninggal dunia, Presiden Packer juga melintas tirai.
Kita merindui Elder Richard G. Scott di persidangan umum lalu, tetapi kita telah merenung pada kesaksian kuat tentang Juruselamat yang dia berkongsi dalam banyak persidangan yang lalu. Dan hanya 12 hari lalu, Elder Scott dipanggil pulang ke rumah dan bersatu dengan isterinya Jeanene yang dia kasihi.
Saya ada hak istimewa bersama semua Saudara ini dalam akhir hari mereka, termasuk bersama ahli keluarga dekat Presiden Packer dan Elder Scott tidak lama sebelum mereka meninggal dunia. Memang susah bagi saya untuk percaya bahawa tiga rakan yang dihargai ini, pelayan-pelayan Tuhan yang hebat ini, sudah meniggal. Saya rindu mereka lebih daripada saya dapat katakan.
Ketika saya merenung kejadian ini yang tidak dapat dijangka, salah satu tanggapan yang masih terasa dengan saya adalah parkara yand saya saksi dalam para isteri mereka yang masih hidup.Terukir dalam minda saya ialah gambaran damai Sister Donna Smith Packer dan Sister Barbara Dayton Perry di sisi katil suami mereka masing-masing, penuh dengan kasih, kebenaran, dan iman sejati.
Ketika Sister Packer duduk di sebelah suaminya dalam akhir jam-jam hidupnya, dia memancarkan kedamaian yang melebihi kefahaman.1 Walaupun dia sedar bahawa teman tersayangnya yang dia telah bersama untuk 70 tahun akan tidak lama meninggal, dia menunjukkan ketenangan seorang wanita penuh iman. Dia kelihatan seperti malaikat, macam dalam gambar ini semasa mereka berdua di pembaktian Bait Suci Brigham City Utah.
Saya dapat melihat kasih dan iman yang sama memancar dari Sister Perry. Kesetiaan dia kepada kedua suaminya dan Tuhan ternyata, dan ini menyentuhkan hati saya secara mendalam.
Melalui akhir jam-jam hidup suami mereka dan sampai ke hari ini, para wanita setia dan kuat ini telah menunjukkan kekuatan dan keberanian yang ditunjukkan oleh wanita yang taat kepada perjanjian.2 Kita tidak dapat mengukur pengaruhan wanita begini, bukan saja dalam keluarga tetapi juga dalam Gereja Tuhan tetapi juga sebagai isteri, ibu, dan nenek; sebagai saudari dan makcik; sebagai pengajar dan pemimpin; dan terutamanya sebagai teladan dan pembela Gereja yang soleh.3
Ini benar dalam setiap zaman keagamaan semenjak hari Adam dan Hawa. Akan tetapi para wanita zaman sekarang adalah berbeza daripada wanita lain kerana zaman sekarang berbeza daripada semua zaman keagamaan.4 Perbezaan ini membawakan kedua-dua hak istimewa dan tanggungjawab.
Tiga puluh enam tahun lepas, pada 1979, Presiden Spencer W. Kimball berikan satu nubuat yang amat hebat tentang kesan wanita yang taat kepada perjanjian pada masa depan Gereja Tuhan. Dia bernubuat: “Kebanyakan perkembangan gereja yang utama yang akan datang ke Gereja dalam akhir hari akan datang kerana ramai wanita dunia yang baik … akan ditarik ke Gereja dalam jumlah besar. Ini akan terjadi ke tahap di mana wanita Gereja mencerminkan kesolehan dan kepandaian mereka bercakap dalam hidup mereka dan sampai tahap wanita Gereja dianggap berbeza—dalam cara gembira—daripada wanita lain di dunia.”5
Saurdari-saudariku, anda yang merupakan rakan kita sangat penting dalam akhir zaman ini, hari itu yang diramalkan oleh Presiden Kimball ialah hari ini. Anda para wanita dari nubuatnya! Kemuliaan, kecerahan, kasih sayang, pengetahuan, keberanian, sifat, iman, dan kehidupan soleh anda akan menarik wanita baik dari dunia, bersama dengan keluarga mereka, ke Gereja dalam jumlah yang tidak pernah berlaku!6
Kami, saudara-saudaramu, perlu kekuatanmu, penukaran hatimu, keyakinanmu, kemampuanmu untuk memimpin, kebijaksanaanmu, dan suaramu. Kerajaan Tuhan tidak dapat lengkap tanpa wanita yang membuat perjanjian kudus dan taat kepada perjanjian itu, wanita yang dapat berbicara dengan kuasa dan kewenangan Tuhan!7
Presiden Boyd K. Packer mengisytiharkan:
“Kita perlu wanita yang terurus dengan baik dan wanita yang dapat mengurus. Kita perlu wanita dengan kemampuan eksekutif yang boleh merancang, mengarahkan, dan melayan; wanita yang boleh mengajar, wanita yang boleh cakap dengan keberanian. …
“Kita perlu wanita dengan kurnia kearifan yang dapat mengenali aliran dalam dunia dan mengesan yang, bagaimanapun popular, sebenarnya cetek atau bahaya.”8.
Hari ini biar saya tambah bahawa kita perlukan wanitu yang boleh melakukan hal penting dengan beriman dan yang pembela berani kemurnian akhlak dan keluarga dalam dunia penuh dosa ini. Kita perlukan wanita yang setia dalam menggembalakan anak-anak Tuhan dalam jalan perjanjian suci menunjuk ke arah kemuliaan; wanita yang tahu cara untuk menerima wahyu peribadi, yang memahami kuasa dan kedamaian penganugerahan bait suci; wanita yang tahu cara untuk memanggil kuasa syurga untuk melindungi dan memperkuatkan anak-anak dan keluarga; wanita yang mengajar tanpa ketakutan.
Sepanjang kehidupan saya, saya telah diberkati oleh wanita begitu. Isteri saya yang sudah meninggal, Dantzel, ialah seorang wanita yang begitu istimewa. Saya akan selalu bersyukur ke atas pengaruhannya yang mengubah saya dalam setiap segi kehidupan, termasuk usaha peneroka saya dalam pembedahan jantung terbuka.
Lima puluh lapan tahun lalu, saya diminta untuk melakukan pembedahan untuk budak perempuan yang sakit teruk dari kegagalan jantung kongenital. Abang dia sudah mati akibat penyakit yang sama. Ibu bapanya memohon untuk bantuan. Saya tidak begitu optimis tetapi bersumpah untuk melakukan semua dalam kuasa saya untuk menyelamatkan dia. Meskipun saya melakukan sedaya upaya saya, budak itu meninggal. Nanti, ibu bapa yang sama membawa anak perempuan mereka yang lain kepada saya, pada masa itu umurnya hanya 16 bulan, juga dilahirkan dengan jantung cacat bentuk. Lagi, pada permintaan mereka, saya melakukan satu pembedahan. Bayi ini juga mati. Kehilangan ketiga ini yang patah hati dalam keluaga ini menggelamkan saya dalam kesedihan.
Saya pulang ke rumah penuh dengan kesedihan. Saya menjatuhkan diri ke lantai ruang tamu dan menangis sepanjang malam. Dantzel menunggu di sebelah saya, mendengar saya kata bahawa saya tidak akan melakukan pembedahan jantung lagi. Pada pukul 5:00 pagi, Dantzel mengarahkan pandangannya ke mata saya dengan penuh kasih sayang dan tanya, “Sudahkah kamu habis menangis? Pergi memakai pakaian. Kembali ke makmal hopsital. Pergi kerja! Kamu perlu belajar lebih. Jika kamu putus asa sekarang, orang lain akan belajar apa yang kamu sudah tahu dengan kepedihan.”
Oh, Betapa saya perlukan visi, ketabahan, dan kasih isteri saya! Saya kembali ke kerja dan belajar lebih. Jika Dantzel tidak memupuk saya, saya tidak akan menerus dalam kepakaran pembedahan jantung terbuka dan tidak bersedia melakukan pembedahan pada 1972 yang menyelamatkan nyawa Presiden Spencer W. Kimball.9
Saudari-saudari, sedarkah betapa besar dan keluasan pengaruh anda apabila anda bercakap mengenai hal yang datang ke hati dan minda seperti diarahkan oleh Roh? Seorang presiden pancang yang hebat beritahu saya tentang pertemuan majlis pancang dimana mereka bergelut dengan cabaran susah. Pada satu masa, dia menyedari bahawa presiden pancang Sekolah Primer belum cakap, jadi dia tanya sama ada dia mempunyai tanggapan rohani. “Sebenarnya, saya ada,” dia kata dan terus berkongsi fikiran yang tukar arahan pertemuan itu. Presiden pancang itu terus kata, “Semasa dia bercakap, Roh bersaksi kepada saya bahawa dia telah memberi suara kepada wahyuyang kami carikan sebagai satu majlis.”
Saudari yang kukasihi, apapun panggilan anda, apapun keadaan anda, kita perlu tanggapan rohanimu, wawasanmu, dan ilhammu. Kita perlu anda bercakap dengan berani dalam majlis bahagian dan majlis pancang. Kita perlu setiap saudari yang sudah kahwin untuk bercakap sebagai “rakan lengkap yang menyumbang ”10 semasa anda bersatu dengan suamimu dalam pemerintahan keluargamu. Kahwin atau bujang, anda memiliki kemampuan yang tersendiri dan gerak hati khas yang anda telah terima sebagai kurnia dari Tuhan. Kami para saudara tidak dapat menduplikasi pengaruhmu yang unik.
Kita tahu bahawa tindakan kemuncak seluruh penciptaan ialah penciptaan wanita!11 Kita perlu kekuatanmu!
Serangan ke atas Gereja, ke atas ajarannya, atau ke atas cara kita hidup akan meningkat. Kerana ini, kita perlu wanita yang ada batuan dasar kefahaman ajaran Kristus yang akan menggunakan kefahaman untuk mengajar dan membantu membesarkan generasi yang menentang dosa.12 Kita perlu wanita yang dapat mengesan penipuan dalam segala bentuknya. Kita perlu wanita yang tahu cara untuk menggunakan kuasa yang Tuhan sediakan untuk mereka yang taat kepada perjanjian yang menyatakan kepercayaan mereka dengan yakin dan belas ihsan. Kita perlu wanita yang mempunyai keberanian dan visi Ibu Hawa kita.
Saudariku yang kukasihi, tidak ada perkara yang lebih penting untuk kehidupan kekal anda daripada penukaran hati sendiri. Wanita yang telah menukar hari, wanita yang taat pada perjanjian—wanita seperti isteri terkasih saya Wendy—yang hidup dengan soleh akan makin berbeza dalam dunia yang merosot, dan akan dianggap berbeza dan unik dalam cara yang paling gembira.
Jadi hari ini saya merayu para saudari dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir untuk maju ke depan! Ambil tempatmu yang sah dan perlu dalam rumah, dalam masyarakat, dan dalam kerajaan Tuhan—lebih daripada anda pernah dahulu. Saya merayu anda untuk memenuhi nubuat Presiden Kimball. Dan saya janji kepadamu dalam nama Yesus Kristus bahawa semasa anda melakukan demikian, Roh Kudus akan membesarkan pengaruh anda dalam cara yang tidak disangka.
Saya bersaksi tentang kenyataan Tuhan Yesus Kristus dan kuasa tebusan, dan penyucian-Nya. Sebagai salah seorang Rasul-Nya, saya berterima kasih kepada anda, saudari saya yang saya kasihi, dan memberkati anda untuk meningkat kaliber yang paling tinggi, untuk memenuhi tujuan penciptaanmu, semasa kita berjalan bergandingan tangan dalam kerja kudus ini. Bersama-sama kita akan menyediakan dunia untuk Kedatangan Kedua Tuhan. Tentang ini saya bersaksi, sebagai saudaramu, dalam nama Yesus Kristus, amin.