2010–2019
Iman Bukanlah Kerana Nasib, Tetapi Kerana Pilihan
Oktober 2015


15:1

Iman Bukanlah Kerana Nasib, Tetapi Kerana Pilihan

Iman kepada Yesus Kristus adalah kurnia dari syurga yang datang bila kita memilih untuk percaya dan bila kita mencarinya dan memegang padanya.

Juruselamat mengenali kekuatan atau kelemahan iman orang yang di keliling Dia. Kepada satu orang, dia berkata, “Besar imanmu.”1 Dia berkata dengan bersedih kepada seorang lain, “Hai orang yang kurang percaya.”2 Dia bertanya kepada orang lain, “Di manakah imanmu?”3 Dan Yesus menghormati seseorang lain dengan berkata, “[Di seluruh Israel] Aku tidak pernah jumpa iman sebesar ini pada seorang pun.”4

Saya menanya diri saya sendiri, “Bagaimana iman saya dari pandangan Juruselamat?” Dan petang ini saya bertanya kepada anda, “Bagaimana iman anda dari pandangan Juruselamat?”

Iman kepada Tuhan Yesus Kristus bukan sesuatu yang halus, yang mengapung di udara. Iman tidak datang kepada kita kerana nasib dan bukan kerana hak anak sulung. Seperti yang dikatakan di tulisan suci, ia adalah ”dasar …, bukti dari segala sesuatu yang tidak kita lihat.”5 Iman memancarkan cahaya rohani, dan cahaya itu boleh dikenali.6 Iman kepada Yesus Kristus adalah kurnia dari syurga yang datang bila memilih untuk percaya7 dan bila kita mencarinya dan memegang padanya. Iman anda hanya dapat menjadi lebih kuat atau menjadi lebih lemah. Iman merupakan asas berkuasa, penting bukan saja dalam kehidupan ini tetapi juga dalam kemajuan kita setelah ketinggalan dunia.8 Oleh rahmat Kristus, pada suatu hari nanti kita akan diselamatkan melalui iman kepada nama-Nya.9 Masa depan imanmu bukanlah kerana nasib, tetapi kerana pilihan.

Iman Seorang Pemuda Brazil

Satu bulan lalu di Brazil, saya berjumpa dengan Aroldo Cavalcante. Dia telah dibaptiskan sewaktu dia berumur 21 tahun, dan menjadi ahli Gereja pertama dalam keluarganya. Iman dia sangat kuat, dan dia segera bermula bersedia melayani misi. Malangnya, ibu Aroldo didiagnosis dengan barah. Tiga bulan kemudian, beberapa hari sebelum dia meninggal, dia bercakap kepada Aroldo tentang kerisauannya yang terbesar: Tidak ada saudara yang boleh tolong. Aroldo mesti mengambil tanggungjawab atas dua adik perempuannya dan adik lelakinya. Dia membuat janji ini dengan bersungguh-sungguh dengan ibunya yang sedang nazak.

Adik-beradik Cavalcante

Semasa siang hari dia kerja di bank, dan semasa waktu malam di menghadiri universiti. Dia terus mematuhi perjanjian-perjanjian pembaptisannya, tetapi harapannya untuk misi penuh masa tidak ada lagi. Misi dia telah menjadi penjagaan keluarganya.

Beberapa bulan kemudian semasa menyediakan ucapan untuk pertemuan sakramen, Aroldo meneliti kata-kata yang Samuel mengatakan kepada Raja Saul: “Mematuhi,” dia membaca, “lebih baik daripada pengorbanan.”10 Aroldo menerima dorongan rohani yang kelihatan mustahil bahawa dia perlu mematuhi panggilan nabi untuk melayani misi. Dia tidak terpengaruh oleh halangan-halangan di hadapannya, dan dia maju dengan iman yang besar sekali.

Elder Aroldo Cavalcante

Aroldo menyimpan setiap cruzeiro Brazil yang dia dapat. Pada umur 23, dia menerima panggilan misinya. Dia memberitahu adiknya berapa duit untuk keluarkan dari akaun dia setiap bulan untuk keluarga. Aroldo masih belum ada cukup wang untuk membayar kos penuh misinya dan perbelanjaan hidup untuk adik-adiknya, tetapi dengan iman dia masuk MTC. Satu minggu kemudian dia menerima berkat pertama dari banyak berkat. Bank yang menggaji Elder Cavalcante secara tidak terduga menggandakan gajinya bila kerjanya sudah habis. Keajaiban ini, dengan keajaiban-keajaiban lain, memberi wang yang perlu untuk misinya dan keluarganya semasa dia melayani misi.

Keluarga Cavalcante Kini

Dua puluh tahun kemudian, Brother Cavalcante sekarang melayani sebagai presiden Pancang Recife Brazil Boa Viagem. Semasa mengingat masa lalu, dia mengatakan tentang masa itu, ”Semasa saya berusaha hidup dengan soleh, saya rasa kasih dan bimbingan Juruselamat. Iman saya berkembang, membiarkan saya mengatasi banyak cabaran.”11 Iman Aroldo tidak datang kerana nasib, tetapi kerana pilihannya.

Ada banyak lelaki dan perempuan beragama Kristian yang mempunyai iman yang mendalam kepada Tuhan Yesus Kristus, dan kita menghormati mereka.

Tidak Lagi Berada di Kawasan Neutral

Tetapi saudara-saudara, kita telah diberikan sesuatu yang lebih: imamat Tuhan, kuasa Tuhan yang telah dipulihkan ke bumi oleh para malaikat yang kudus. Ini membuat anda berbeza. Anda tidak lagi dapat berdiri di antara yang baik dan yang jahat. Iman anda tidak akan berkembang kerana nasib, tetapi kerana pilihan anda.

Bagaimana kita hidup memperkukuh atau melemahkan iman kita. Doa, kepatuhan, kejujuran, fikiran dan tindakan yang murni, dan sifat tidak mementingkan diri meningkatkan iman. Tanpa sifat-sifat ini, iman berkurangan. Mengapa Juruselamat berkata kepada Petrus, ”Aku telah berdoa untuk engkau, supaya imanmu jangan gugur”?12 Kerana ada musuh yang sangat menyukai memusnahkan iman kita! Melakukanlah sedaya upaya melindungi iman anda.

Soalan-soalan Jujur

Mengemukakan soalan-soalan yang jujur merupakan bahagian yang penting dalam membina iman, dan kita menggunakan fikiran dan perasaan kita. Tuhan berkata, ”Aku akan menceritakan kepadamu dalam akalmu dan dalam hatimu.”13 Bukan semua jawapan akan datang dengan segera, tetapi kebanyakan soalan boleh dijawab melalui penelitian yang sungguh dan pencarian jawaban dari Tuhan. Menggunakan fikiran kita tanpa hati kita tidak akan membawa jawaban rohani. “Tidak ada orang yang mengetahui hal-hal Tuhan, kecuali [melalui] Roh Tuhan.”14 Dan untuk membantu kita, Yesus berjanji kepada kita “seorang Penolong yang lain” dan memanggil Dia ”bahkan Roh kebenaran.”15

Iman tidak pernah menuntut jawaban untuk setiap soalan, tetapi mencari kepastian dan keberanian untuk maju, kadang-kadang mengakui, ”Saya tidak tahu segala-galanya, tapi saya tahu cukup untuk terus di jalan pengikut.”16

Membiarkan diri seseorang untuk sentiasa ragu-ragu, yang digalakkan oleh jawaban-jawaban dari orang yang tidak ada iman dan yang tidak setia, melemahkan iman seseorang kepada Yesus Kristus dan Pemulihan.17 ”Tetapi manusia duniawi tidak menerima apa yang berasal dari Roh Tuhan, kerana hal itu baginya adalah suatu kebodohan.”18

Contohnya, soalan-soalan mengenai Nabi Joseph Smith bukan baru. Soalan-soalan ini telah ditanya dengan kejam oleh para pengkritik sejak pekerjaan ini bermula. Kepada orang yang beriman, yang melihat dengan pengetahuan dari abad ke-21 dan mempersoalkan dengan jujur peristiwa atau kenyataan tentang Nabi Joseph dari hampir 200 tahun lalu, biar saya memberi nasihat yang mesra ini: Untuk masa kini, tolonglah Saudara Joseph! Pada suatu hari nanti, anda akan mempunyai seratus kali lebih maklumat daripada maklumat dari jumlah semua enjin carian, dan maklumat itu akan datang dari Bapa Syurgawi kita yang tahu segala-galanya.19 Fikirkanlah keseluruhan hidup Joseph—lahir di keadaan yang miskin dan diberi sedikit pendidikan saja, dia menterjemahkan Kitab Mormon dalam 90 hari.20 Beribu-ribu lelaki dan perempuan yang jujur dan setia menganut tujuan Pemulihan. Pada umur 38, Joseph dibunuh kerana kesaksiannya. Saya bersaksi bahawa Joseph Smith adalah nabi Tuhan. Terimalah ini dalam fikiran anda, dan bergeraklah ke hadapan!

Kurnia-Kurnia yang Membesarkan Iman Kita

Alkitab dan Kitab Mormon kedua-duanya memberi kepastian yang indah bahawa Yesus adalah Kristus, Putera Tuhan. Saya pegang dalam tangan saya satu naskhah edisi pertama Kitab Mormon dalam bahasa Perancis, yang diterbitkan oleh John Taylor bila dia memulakan pekerjaan di negara Perancis pada tahun 1852. Sebahagian atau keseluruhan Kitab Mormon sekarang ada dalam 110 bahasa di seluruh dunia. Ia memberi kesaksian yang ketara dan rohani tentang kebenaran Pemulihan. Berapa lama sudah sejak anda membaca seluruh Kitab Mormon dari permulaan hingga tamat? Bacanya lagi. Ia akan memperkukuh iman anda.21

Satu lagi kurnia dari Tuhan yang mengembangkan iman kita adalah bimbingan Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas. Hari ini kita menyokong tiga ahli Kuroum Dua Belas yang baru, dan saya mengalu-alukan Elder Rasband, Elder Stevenson, dan Elder Renlund kepada kumpulan kudus Kuorum Dua Belas. Paulus mengatakan:

“Dia [memanggil] rasul-rasul; dan … nabi-nabi; …

“Untuk memperlengkapi orang-orang suci … :

“Sampai kita semua telah mencapai kesatuan ... iman, dan ... pengetahuan yang benar tentang Putera Tuhan... :

“… Bukan lagi … tertarik ke sana ke mari, dan dibawa oleh rupa-rupa angin pengajaran, oleh … kelicikan [mereka yang] menunggu untuk menyesatkan.”22

Bimbingan Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas membantu melindungi iman kita.

Nyala-nyala iman

Walaupun permulaan iman anda mungkin kecil, pilihan-pilihan yang soleh membawa keyakinan yang lebih besar pada Tuhan, dan iman anda membesar. Kesusahan-kesusahan kefanaan bertiup terhadap anda, dan kekuasaan yang jahat bersembunyi dalam kegelapan dan berharap padamkan iman anda. Tetapi semasa anda terus membuat pilihan yang baik, mempercayai Tuhan dan mengikuti Putera-Nya, Tuhan memberi cahaya tambahan dan pengetahuan, dan iman anda menjadi tetap dan tidak teragak-agak. Kata-kata Presiden Thomas S. Monson mengatakan: “Jangan takut. … Masa hadapan adalah seterang imanmu.”23

Porter, Zane, dan Max Openshaw

Iman para remaja putera Gereja ini adalah mengagumkan!

Keluarga Openshaw

Pada 12 haribulan Jun tahun ini, saya terima e-mel yang memberitahu saya bahawa seorang uskup dari bahagian Utah, isterinya, dan dua anak mereka telah meninggal dunia di kemalangan kapal terbang. Uskup Mark Openshaw telah memandu kapal terbang semasa meninggalkan landasan kapal terbang, dan tiba-tiba kapal terbang terjatuh dari langit dan terhempas ke bumi. Uskup Openshaw, isterinya, Amy, dan anak-anak mereka Tanner dan Ellie dibunuh dalam kemalangan itu. Dengan ajaib, anak mereka yang berumur lima tahun, Max, dibuang keluar dari kapal terbang dengan kerusinya dan terselamat hanya dengan patahan tulang-tulang saja.

Saya mendapat tahu bahawa anak mereka Elder Porter Openshaw melayani di Misi Marshall Islands Majuro dan bahawa anak mereka Zane yang berumur 17 tahun berada di negara Jerman untuk pertukaran kebudayaan sekolah.

Saya memanggil Elder Openshaw di Pulau Christmas. Walaupun dia patah hati kerana ketinggalan dunia ibu, bapa, adik lelaki dan adik perempuannya, Elder Openshaw segera menumpukan kebimbangannya pada dua adik lelakinya.

Akhirnya Elder Openshaw dan adiknya Zane memutuskan bahawa ada orang di kampung halaman yang dapat tolong dan bahawa Porter patut terus melayani misinya. Mereka tahu inilah kehendak ibu bapa mereka.

Elder Porter Openshaw di satu pembaptisan

Ketika saya bercakap dengan Elder Openshaw, saya rasa kesedihannya tetapi juga kekuatan imannya yang amat besar. “Saya mempunyai keyakinan,” dia beritahu saya, “dan saya tahu tanpa apa-apa ragu bahawa saya akan berjumpa keluarga saya lagi. … Kekuatan semasa cabaran-cabaran selalu ditemui di dalam … Tuhan kita, Yesus Kristus. … Tangan Tuhan yang mahakuasa telah begitu jelas dalam menolong [saya] dan adik-adik saya semasa cabaran yang amat susah [ini].”24

Zane Openshaw berucap di upacara pengebumian

Saya berjumpa Zane untuk kali pertama di pengebumian. Ketika saya melihat empat keranda di depan kami di gereja, saya kagum dengan iman remaja ini yang berumur 17 tahun ketika dia berucap kepada jemaah. “Hari ini,” dia berkata, “kita telah berkumpul dengan hati yang rendah dan jiwa yang penat untuk mengingat kehidupan ibu saya, bapa saya, Tanner, dan Ellie. … Kita telah bercakap bersama, menangis bersama, mengingat bersama, dan rasa tangan Tuhan bersama. …

“Satu hari selepas saya dengar berita tentang kemalangan, saya terjumpa surat di dalam beg saya dari ibu saya. Dalam surat, dia tulis: ‘Zane, ingatlah siapa kamu dan dari mana kamu datang. Kami akan berdoa untuk kamu dan kami akan rindu kamu.’” Zane melanjutkan: ”Tidak ada kata-kata terakhir yang lebih sesuai dari ibu saya. Saya tahu bahawa dia, bersama dengan Tanner, Ellie, dan bapa saya berdoa untuk [adik beradik saya dan] saya. Saya tahu bahawa … mereka berdoa agar saya ingat siapa saya … kerana saya, seperti anda, adalah anak Tuhan, dan Dia telah menghantar saya ke sini. Saya bersaksi [bahawa] … tidak kira betapa sepinya kita rasa, Tuhan tidak akan meninggalkan kita.”25

Sahabat-sahabatku yang dikasihi, iman anda tidak bermula semasa kelahiran, dan ia tidak akan berakhir semasa ketinggalan dunia. Iman adalah pilihan. Memperkukuh iman anda dan hidup dalam cara yang patut menerima kata-kata perkenan Juruselamat: “Besar imanmu.” Semasa anda berbuat demikian, saya berjanji bahawa iman anda, melalui rahmat Yesus Kristus, akan pada satu hari nanti membiarkan anda berdiri bersama mereka yang anda mengasihi, bersih dan murni di hadirat Tuhan, dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Matius 15:28.

  2. Matius 6:30.

  3. Lukas 8:25.

  4. Matius 8:10.

  5. Ibrani 11:1.

  6. Lihat Alma 32:35.

  7. Lihat L. Whitney Clayton, ”Pilihlah untuk Percaya,” Liahona, Mei 2015, 36–39.

  8. Lihat Lectures on Faith, (1985), 3.

  9. Lihat Efesus 2:8.

  10. 1 Samuel 15:22.

  11. Perbualan peribadi dengan Aroldo Cavalcante, Aug. 29, 2015, Salvador, Brazil, juga satu e-mel dari Aug. 31, 2015. Ada banyak lagi dari cerita tekad Aroldo Cavalcante kepada ibunya untuk menjaga adik-beradiknya. Semasa tahun-tahun selepas ketinggalan dunia ibunya, dia merujuk kepada adik-adiknya sebagai ”anak-anaknya.” Semasa misinya, surat-surat dan panggilan-panggilannya pada hari Krismas dan Hari Ibu kerap kali mengemukakan cabaran individu setiap ahli keluarga. Melalui korban yang besar selepas misinya, Aroldo mengambil tanggungjawab kewangan atas pendidikan mereka dan misi adiknya, Aroldo menunggu adik-adiknya berkahwin sebelum dia sendiri berkahwin pada umur 32. Mereka masih keluarga yang sangat rapat.

  12. Lukas 22:32.

  13. Ajaran dan Perjanjian 8:2.

  14. 1 Korintus 2:11.

  15. Yohanes 14:16–17.

  16. Lihat Adam Kotter, ”When Doubts and Questions Arise,” Liahona, Mar. 2015, 39–41.

  17. Elder Neal A. Maxwell pernah mengatakan: ”Ada orang yang tetap berkeras mempelajari Gereja hanya melalui mata-mata orang yang tinggalkan Gereja-- seperti bertemu duga dengan Yehuda untuk memahami Yesus. Orang yang tinggalkan Gereja selalu memberitahu lebih tentang diri mereka daripada hal itu dari mana mereka telah pergi” (”All Hell Is Moved” [Brigham Young University devotional, Nov. 8, 1977], 3, speeches.byu.edu ).

  18. 1 Korintus 2:14.

  19. “Saya tidak pernah memberitahu anda bahawa saya sempurna; tetapi tidak ada kesilapan dalam wahyu-wahyu yang telah saya mengajar” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 522).

  20. Lihat Yohanes W. Welch dan Tim Rathbone, ”The Translation of the Book of Mormon: Basic Historical Information,” (Foundations for Ancient Research and Mormon Studies, 1986).

  21. Kesaksian rohani Kitab Mormon adalah pusat penganutan para Orang Suci Zaman Akhir. Ia adalah kesaksian yang perlu diperbaharui berulang kali. Kalau tidak, perasaan rohani menjadi kelam dan seseorang tidak lagi mengingat kuasa dia pernah rasa. ”Dan bangsa itu mula melupai tanda dan keajaiban yang telah mereka dengar itu, dan mula semakin lama semakin kurang terpegun terhadap ... keajaiban dari syurga, sedemikian rupa sehingga mereka mula menjadi keras di dalam hati mereka, dan buta di dalam fikiran mereka dan mula tidak mempercayai semua yang telah mereka dengar dan lihat ... dan [mula] percaya bahawa ajaran Kristus adalah suatu hal yang bodoh dan sia-sia” (3 Nefi 2:1–2).

  22. Efesus 4:11–14.

  23. Thomas S. Monson, “Be of Good Cheer,” Liahona, May 2009, 92.

  24. E-mel peribadi yang diterima dari Elder Porter Openshaw, Aug. 23, 2015.

  25. Kata-kata oleh Zane Openshaw di pengebumian untuk ahli-ahli keluarganya, June 22, 2015.