2010–2019
Apakah Tujuan Gereja
Oktober 2015


15:34

Apakah Tujuan Gereja

Kita mesti merenung mengapa Yesus Kristus pilih untuk menggunakan satu gereja, Gereja- Nya, untuk melaksanakan kerja-Nya dan kerja Bapa-Nya

Sepanjang hidup saya, persidangan umum Gereja ialah acara rohani yang menggirangkan, dan Gereja ialah tempat untuk mengenali Tuhan. Saya sedar bahawa ada yang menganggapkan diri beragama atau berohani tetapi menolak penyertaan dalam gereja dan menolak keperluan untuk ia. Bagi mereka, agama merupakan satu perkara peribadi. Tetapi Gereja dicipta oleh Yesus Kristus, di mana kerohanian kita bergantung. Kita mesti merenung mengapa Dia pilih satu gereja, Gereja- Nya, Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, untuk melaksanakan kerja-Nya dan kerja Bapa-Nya “untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan kekal bagi manusia.”1

Bermula dengan Adam, Injil Yesus Kristus dikhutbah, dan tatacara-tatacara penyelamatan seperti pembaptisan, dijalankan melalui aturan imamat yang berasaskan keluarga.2 Apabila masyarakat menjadi lebih besar daripada keluarga tambahan sendiri, Tuhan juga telah memanggil nabi-nabi, utusan-utusan, dan pengajar lain. Pada zaman Musa kita belajar tentang satu struktur yang lebih formal termasuk, penatua, imam, dan hakim. Dalam sejarah Kitab Mormon, Alma menubuhkan satu gereja dengan imam dan pengajar.

Kemudian, pada pertengahan zaman, Yesus menjalankan Kerja-Nya dengan satu cara di mana Injil-Nya boleh ditubuhkan serentak di beberapa negara dan di kalangan bangsa yang berbeza. Pertubuhan itu, iaitu Gereja Yesus Kristus, didirikankan dengan “para rasul dan nabi, dengan Kristus Yesus sebagai batu asasnya.”3 Ini termasuk pegawai-pegawai tambahan seperti tujuh puluh, para penatua, uskup, imam, pengajar, dan diaken. Yesus menubuhkan gereja di Hemisfera Barat dengan cara yang sama selepas Kebangkitan-Nya.

Selepas kemurtadan dan perpecahan Gereja yang Dia telah tubuhkan semasa di bumi, Tuhan menubuhkan Gereja Yesus Kristus sekali lagi melalui Nabi Joseph Smith. Tujuan silamnya berkekalan: iaitu, untuk mengkhutbahkan berita baik Injil Yesus Kristus dan mengendalikan tatacara-tatacara penyelamatan—dalam kata lain, untuk membawakan orang ke Kristus.4 Sekarang melalui penubuhan Gereja yang sudah dipulihkan, janjian penebusan boleh dicapai oleh mereka yang sudah mati yang hanya tahu sedikit atau tidak langsung tentang rahmat Juruselamat ketika kefanaan.

Bagaimana Gereja-Nya dapat mencapai tujuan Tuhan? Kita mesti faham bahawa tujuan utama Tuhan ialah perkembangan kita. Dia berhasrat supaya kita meneruskan “dari kasih kurnia ke kasih kurnia, sampai [kita] menerima kegenapan”5 semua kurnia-Nya. Ini memerlukan lebih daripada menjadi baik hati sahaja atau berohani. Ia memerlukan iman terhadap Yesus Kristus, pertaubatan, pembaptisan dengan air dan Roh Tuhan, dan bertahan dengan iman sampai akhir.6 Seseorang tidak boleh mencapai ini keseorangan, oleh itu salah satu sebab utama Tuhan menubuhkan satu gereja adalah untuk menciptakan satu komuniti Orang Suci yang boleh menyokong satu sama lain di “lorong sempit dan kecil ini yang menuntun kepada kehidupan kekal.”7

“Beberapa orang dilantik-Nya menjadi rasul, yang lain menjadi nabi, yang lain lagi menjadi pembawa Berita Baik, dan yang lain pula menjadi guru dan pemelihara jemaah.

“…Pelayanan yang sepatutnya dilakukan oleh pengikut Kristus, sehingga tubuh Kristus dikuatkan.

“Dengan demikian kita menjadi satu oleh iman yang sama dan pengertian yang sama tentang Anak Tuhan. Kita akan menjadi matang dan sempurna seperti Kristus.”8

Yesus Kristus ialah “pengarang dan penyempurna iman [kita].”9 Penyatuan diri kepada tubuh Kristus—iaitu Gereja—ialah bahagian yang penting untuk mengambil nama-Nya ke atas diri sendiri.10 Kita diberitahu bahawa gereja zaman purba “ sering bertemu bersama, untuk berpuasa dan berdoa, dan untuk berbicara antara satu sama lain tentang kesejahteraan jiwa mereka,”11 “mahupun mendengarkan firman Tuhan.”12 Begitu juga dalam Gereja hari ini. Bersatu dalam iman, kita mengajar dan meningkatkan satu sama lain dan berusaha untuk mencapai standard penganutan yang tertinggi, “menjadi matang dan sempurna seperti Kristus.” Kita berusaha untuk saling menolong semua mengetahui “pengertian yang sama tentang Anak Tuhan,”13 sehingga satu hari apabila “tidak seorang pun antara mereka perlu mengajar sesamanya untuk mengenal Tuhan, kerana mereka semua, besar kecil, akan mengenal Aku. … Aku, Tuhan, telah berfirman.”14

Dalam Gereja kita tidak hanya belajar tentang ajaran ilahi; kita juga mengalamikan ajarannya. Sebagai tubuh Kristus, ahli-ahli Gereja melayan satu sama lain setiap hari. Kita semua tidak sempurna; kita mungkin menyinggung dan tersinggung. Kita sering menguji satu sama lain dengan keanehan peribadi. Dalam tubuh Kristus, kita harus berkelakuan lebih daripada konsep dan kata-kata mulia sahaja dan benar-benarnya berpengalaman semasa kita belajar untuk “hidup bersama dalam kasih.”15

Agama ini tidak hanya mementingkan diri sendiri; sebaliknya, kita semua dipanggil untuk melayan. Kitalah mata, tangan, kepala, kaki, dan anggota-anggota badan lain Kristus, mahupun “amat memerlukan anggota-anggota …yang dianggap lemah kita.”16 Kita perlukan panggilan-panggilan ini, dan kita perlu melayan.

Seorang lelaki dalam bahagian saya dibesarkan tanpa sokongan ibu bapa dan mereka menentang penglibatannya dalam Gereja. Dia buat pemerhatian ini dalam pertemuan sakramen: “Bapa saya tidak faham mengapa ada orang hendak pergi ke gereja sedangkan mereka boleh pergi bermain ski, tetapi saya suka menghadiri gereja. Di dalam Gereja, kita semua berada dalam perjalanan yang sama, dan saya telah diilhami dalam perjalanan itu oleh remaja yang kuat, kanak-kanak yang suci, dan perkara yang saya lihat dan belajar daripada dewasa lain. Saya diperkukuhkan melalui perhubungan tersebut dan bergembira untuk mematuhi Injil.”

Bahagian dan cabang Gereja menawarkan satu perhimpunan mingguan untuk berehat dan pembaharuan, satu waktu dan tempat untuk menjauhkan diri daripada perihal duniawi—hari Sabat. Ia merupakan satu hari untuk “berbahagia kerana mengabdi kepada [Tuhan],”17 untuk mengalami penyembuhan rohani yang datang daripada sakramen, dan untuk menerima janjian pembaharuan Roh-Nya bersama kita.18

Salah satu berkat terbesar daripada menjadi sebahagian tubuh Kristus, walaupun ia tidak merupai satu berkat buat masa kini, adalah untuk ditegur kerana dosa dan kesilapan. Kita berkecenderungan untuk membuat alasan dan merasionalkan kesilapan kita, dan kadangkala kita tidak tahu apakah pembaikkan atau cara untuk memperbaiki. Tanpa orang yang boleh menegur kita “pada waktunya dengan ketajaman, ketika digerakkan oleh Roh Kudus,”19 mungkin kita akan kekurangan keberanian untuk berubah dan untuk mengikut Guru dengan lebih sempurna. Pertaubatan ialah satu hal individu, tetapi persahabatan pada perjalanan yang sukar itu boleh didapati dalam Gereja.20

Dalam perbincangan tentang gereja merupai tubuh Kristus ini, kita harus sentiasa ingati dua perkara. Satu, kita tidak berusaha terhadap penukaran hati kepada Gereja tetapi kepada Kristus dan injil-Nya, iaitu satu penganutan yang disediakan oleh Gereja.21 Kitab Mormon menyatakan bahawa orang “berpaling kepada Tuhan, dan disatukan kepada gereja Kristus.22 Kedua, kita mesti ingat bahawa pada permulaannya, Gereja ialah keluarga, mahupun pada hari ini sebagai dua institusi yang berasingan, keluarga dan Gereja melayan dan memperkukuhkan satu sama lain. Satu tidak mengambil tempat yang lain, tentunya Gereja tidak menggantikan ibu bapa. Ajaran Injil dan tatacara imamat yang dilakukan oleh Gereja bertujuan untuk membolehkan keluarga berkelayakan kehidupan abadi.

Terdapat sebab kedua Juruselamat bekerja melalui Gereja-Nya, adalah untuk mencapai matlamat yang tidak boleh dicapai oleh individu atau kumpulan kecil. Satu contoh jelas adalah berkaitan kemiskinan. Sebagai individu dan keluarga, kita dapat menemui keperluan orang lain, “saling memberi baik secara duniawi mahupun secara rohani menurut keperluan mereka dan keinginan mereka.”23 Tetapi apabila kita bersatu dalam Gereja, keupayaan untuk menjaga mereka yang miskin dan yang berkeperluan bertambah untuk menemui keperluan yang lebih besar dan kebergantungan diri yang diharapkan boleh menjadi satu realiti bagi ramai orang.24 Selain itu, Gereja, Lembaga Pertolongan, dan kuorum-kuorum imamatnya berupaya untuk memberi bantuan kepada ramai orang di banyak kawasan yang menderita bencana alam semulajadi, peperangan, dan penganiayaan.

Tanpa kapasiti Gereja-Nya, perintah Juruselamat untuk menyebar Injil ke seluruh dunia tidak boleh dicapai.25 Tidak akan adanya kunci kerasulan, struktur, sumber kewangan, dan ketaatan dan pengorbanan beribu-ribu orang mubaligh yang diperlukan untuk melaksanakan kerja ini. Ingatlah, “Injil Kerajaan ini [harus] dikhutbahkan di seluruh dunia, untuk suatu kesaksian bagi segala bangsa, dan kemudian akhir itu akan datang.”26

Gereja boleh membina dan mengendali bait suci, rumah Tuhan, di mana tatacara-tatacara dan perjanjian penting boleh diuruskan. Joseph Smith kata bahawa objektif Tuhan menghimpunkan umat-Nya pada apa-apa zaman pun adalah untuk “membina kepada Tuhan satu rumah di mana Dia boleh mewahyukan kepada umat-Nya tatacara-tatacara rumah-Nya dan kemuliaan kerajaan-Nya, dan mengajarkan umat-Nya cara penyelamatan; kerana wujudnya tatacara dan prinsip-prinsip tertentu yang mesti diajarkan dan dijalankan dalam satu tempat atau rumah yang dibina untuk tujuan itu.”27

Jika seseorang itu percaya bahawa semua jalan menuju ke syurga atau tidak ada kelayakan khas untuk penyelamatan, dia tidak akan percaya keperluannya untuk mengkhutbahkan Injil atau adanya tatacara dan perjanjian untuk menebus mereka yang hidup atau yang sudah mati. Kita tidak hanya ucap tentang kefanaan tetapi juga kehidupan abadi, dan untuk tujuan itu kita perlukan Injil dan perjanjian Injil. Juruselamat perlukan satu gereja untuk menyediakan semua itu bagi anak-anak Tuhan—yang hidup atau yang sudah mati.

Sebab terakhir Tuhan menubuhkan Gereja yang akan saya ucapkan sekarang adalah yang paling unik—Gereja ialah kerajaan Tuhan di bumi.

Apabila Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ditubuhkan pada tahun 1830-an, Tuhan berfirman kepada Nabi Joseph Smith, “Angkatlah hatimu dan bersukacita, kerana kepadamu kerajaan, atau dengan perkataan lain, kunci-kunci gereja telah diberikan.”28 Dalam kewenangan kunci-kunci ini, para pegawai imamat Gereja menjaga kemurnian ajaran Juruselamat dan integriti tatacara-tatacara-Nya.29 Mereka membantu menyediakan orang yang ingin menerima tatacara, menghakimi kelayakan orang yang memohon, dan melaksanakan tatacara-tatacara tersebut.

Dengan kunci-kunci kerajaan Tuhan, para hamba Tuhan boleh mengidentifikasikan kebenaran dan kepalsuan, dan berkata dengan kewenangan, “Tuhan berfirman begini.” Malangnya, ada orang berasa jengkel terhadap Gereja kerana mereka hendak mentakrifkan kebenaran sendiri, tetapi dalam realiti, ia suatu berkat yang unggul untuk menerima “pengetahuan tentang hal-hal sebagaimana adanya, dan sebagaimana adanya dahulu, dan sebagaimana adanya yang akan datang”30 setakat yang diwahyukan Tuhan. Gereja menjaga dan menerbitkan wahyu-wahyu Tuhan, iaitu tulisan-tulisan suci.

Apabila Daniel menterjemahkan mimpi Raja Babilonia Nebukadnezar, dia memberitahu Raja itu “hal masa depan,”31 dia umumkan bahawa “Tuhan penguasa di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang kekal dan yang tidak dapat dikalahkan. Sebaliknya kerajaan itu akan memusnahkan sama sekali semua kerajaan yang lain, lalu kerajaan itu akan memerintah selama-lamanya.”32 Gereja ialah kerajaan zaman akhir yang diwahyukan dan bukan ciptaan manusia, tetapi ia didirikan oleh Tuhan dari syurga dan akan gerak seperti batu yang jatuh dari tebing dengan sendirinya.33

Takdirnya adalah untuk menubuhkan Sion buat persediaan bagi kepulangan pemerintahan zaman seribu tahun Yesus Kristus. Sebelum hari itu terjadi, ia tidak akan menjadi satu kerajaan politik—sepertimana difirman Juruselamat, “Pemerintahan-Ku bukan dari dunia ini.”34 Sebaliknya, Gereja ialah sumber kewewenangan-Nya di bumi, pentadbir perjanjian-Nya, penjaga bait suci-Nya, perlindungan dan pengkhutbah kebenaran-Nya, tempat perhimpunan bagi Israel yang bercerai-berai, dan “pertahanan, dan … perlindungan dari badai, dan dari kemurkaan ketika itu akan dicurahkan tanpa campuran ke atas seluruh bumi.”35

Saya akan tamat dengan rayuan dan doa Nabi:

“Mintalah kepada Tuhan, agar kerajaan-Nya boleh menyebar luas di atas bumi, agar penghuninya akan menerimanya, dan dipersiapkan untuk masa yang akan datang, di mana Putera Manusia akan turun di dalam syurga, berpakaian dalam kecemerlangan kemuliaan-Nya, untuk menemui kerajaan Tuhan yang didirikan di atas bumi.

“Kerananya, semoga kerajaan Tuhan menyebar luas, agar kerajaan syurga boleh datang, agar Engkau, ya Tuhan, boleh dimuliakan di dalam syurga demikian juga di atas bumi, agar musuh-Mu boleh ditundukkan, kerana bagi-Mulah kehormatan, kekuasaan dan kemuliaan, selama-lanya.”36

Dalam nama Yesus Kristus, amin.