Layak untuk Berkat yang Dijanjikan Kita
Satu visi tentang berkat-berkat agung yang dijanjikan oleh Bapa mesti menjadi tumpuan utama di depan mata kita setiap hari.
Tidakkah kamu mengasihi saudari dalam video ini? Kita tahu terdapat ramai di antara kamu yang tidak berpeluang untuk melahirkan anak kamu sendiri telah menghabiskan hidup kamu mengasihi, mengajar, dan memberkati kanak-kanak. Dan, oh, betapa Bapa Syurgawi dan kita, saudari-saudari kamu, mengasihi kamu kerananya!
Adakah kita semua, termasuk saudari Sekolah Primer dan Remaja Puteri, mempunyai peluang untuk memegang bayi yang baru lahir dalam lengan kita dan bayi itu melihat ke dalam mata kita? Adakah kita pernah merasai perasaan kudus dan suci yang mengelilingi roh selestial ini, yang baru dihantar oleh Bapa Syurgawi ke dalam badan kecil sucinya? Saya jarang mengalami perasaan yang begitu penuh rohani, manis, dan lembut.
Badan kita adalah kurniaan kudus dari Bapa Syurgawi. Ia adalah bait suci peribadi. Apabila kita memastikan ia bersih dan suci, kita menjadi layak untuk membantu Bapa Syurgawi mencipta badan-badan untuk anak-anak roh kesayangan-Nya.
Dalam ucapan terakhir Presiden Boyd K. Packer di persidangan umum, yang kamu mungkin ingat sebagai “satu biskut dan satu ciuman,” dia bersaksi bahawa “perintah untuk beranak pinak dan bertambah di dunia … adalah penting … dan adalah sumber kebahagiaan manusia. Melalui penggunaan kuasa [mencipta] ini dengan soleh, kita boleh mendekati Bapa Syurgawi dan menerima kegenapan sukacita kegembiraan, bahkan ketuhanan. Kuasa peranakan bukan bahagian sampingan rancangan itu; ia adalah rancangan itu.”
Dia juga berkata:
“Perkongsian kasih sayang yang membuka kuasa suci itu perlu disimpan sehingga selepas perkahwinan … [dengan] mengelakkan situasi di mana keinginan jasmani mungkin mengambil kawalan. …
“… Kebahagiaan kita dalam kehidupan fana, kegembiraan dan kemuliaan bergantung kepada bagaimana kita bertindak terhadap keinginan jasmani yang memaksa dan berterusan ini.”1
Para saudari yang dikasihi, yang muda dan tua, saya telah berasa sangat bimbang ketika menyediakan ucapan ini. Seperti dikatakan oleh Alma yang Muda, “Aku berkeinginan dari lubuk hatiku … bahawa kamu … memanggil nama kudus-Nya, dan berjaga dan berdoa secara berterusan, agar kamu tidak digoda melebihi apa yang dapat kamu tanggung, … agar kamu boleh diangkat pada hari terakhir.”2
Kemudian, Mormon juga telah bersaksi bahawa pada masa Alma, Korihor, anti-Kristus, “dia berkhutbah … , menyesatkan hati … ramai wanita.”3
Para saudari, Syaitan telah menaikkan satu sepanduk sepertimana kepunyaan Korihor pada zaman kita dengan kejayaan yang semakin meningkat. Apakah alat-alatnya? Novel percintaan yang menggodakan, drama TV, wanita yang sudah berkahwin berhubung dengan teman lelaki lama di media sosial, dan pornografi. Kita mesti sangat berhati-hati, saudari yang dikasihi! Kita tidak boleh bermain dengan panah api syaitan dan tidak dibakar. Saya tahu tiada yang akan melayakkan kita untuk persahabatan yang berterusan Roh Kudus seperti hemah.
Ramai di dunia hari ini mencari kepuasan segera dan pengetahuan serta-merta di Internet. Sebaliknya, kita akan diberkati lebih jika kita mengerjakan iman dan kesabaran dan menghadapi Bapa Syurgawi kita, sumber segala kebenaran. Banyak jawapan dan jaminan boleh datang melalui kajian kitab suci setiap hari dan dengan doa yang ikhlas, tetapi tidak ada janji sebegitu dari Internet. Nabi Yakub bersaksi: “Kerana Roh mengucapkan kebenaran dan tidak berdusta. Oleh kerana itu, ia berbicara tentang hal-hal sebagaimana ianya wujud pada hakikatnya, dan tentang hal-hal sebagaimana ianya benar-benar akan terjadi.”4
Apabila kita terlibat dalam menonton, membaca, atau mengalami apa-apa yang di bawah piawai Bapa Syurgawi, ia melemahkan kita. Tidak kira umur kita, jika apa yang kita lihat, baca, dengar, atau pilih untuk buat tidak memenuhi piawai Tuhan dalam For the Strength of Youth, tutup, buang, koyak, dan tutup pintu.
Tidak ada seorang daripada kita yang sempurna, tetapi apabila kita berdosa, Presiden Packer telah mengingatkan kita:
“Janjinya adalah: ‘Lihatlah, dia yang telah bertaubat dari dosa-dosanya, orang yang sama diampuni, dan Aku, Tuhan, tidak mengingatinya lagi’ (A&P 58:42). …
“… Korban tebusan, yang boleh menuntut setiap orang, tidak mempunyai sebarang parut. Ini bermakna tidak kira apa yang kita lakukan atau di mana kita telah pergi atau bagaimana sesuatu berlaku, jika kita benar-benar bertaubat, Dia telah berjanji bahawa Dia akan menebus. Dan apabila dia menebus, ia telah diselesaikan. Terdapat ramai di antara kita yang berjalan tanpa tujuan … dengan perasaan bersalah, tidak tahu bagaimana agaknya untuk melarikan diri. Kamu melarikan diri dengan menerima Korban Tebusan Kristus, dan segala sesuatu yang menyakitkan hati boleh bertukar kepada keindahan dan kasih sayang dan keabadian.”5
Selain pertaubatan, apakah yang membantu atau alat-alat yang telah diberi untuk membantu kita kekal bersih dan berhemah? Sekolah Primer dan remaja puteri kita semua tahu dan menyanyi lagu “Scripture Power.”6 Bolehkan kita kembangkan kepada “Kuasa Doa,” “Kuasa Bait Suci,” “Kuasa Perjanjian,” “Kuasa Nabi,” dan “Kuasa Hemah”?
Terdapat juga berkat-berkat besar dan janji-janji yang melindungi berkaitan cara betul pemakaian pakaian bait suci kita. Saya merasakan bahawa secara simbolik saya memakai pakaian diraja yang diberikan oleh Bapa Syurgawi. Apabila kita berusaha untuk memakai pakaian suci dengan betul, saya bersaksi bahawa Bapa kita mengenalinya sebagai tanda kasih sayang dan ketaatan kepada-Nya. Ia adalah tanda perjanjian yang kita telah buat dengan-Nya, dan Dia telah berjanji,”Aku, Tuhan, terikat ketika kamu melakukan apa yang Aku firmankan; tetapi ketika kamu tidak melakukan apa yang Aku firmankan, kamu tidak memperoleh janji. ”7
Baru-baru kini saya bercakap dengan seorang kawan lama yang telah melalui dua perceraian disebabkan oleh ketagihan dan ketidaksetiaan suami. Dia dan tiga anaknya telah melalui penderitaan yang besar. Dia merayu, “Saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk hidup dengan soleh. Mengapa saya mempunyai begitu banyak cabaran? Apakah kesalahan yang telah saya buat? Apakah yang Bapa Syurgawi mahu saya lakukan? Saya berdoa dan membaca kitab suci, membantu anak-anak saya, dan kerap pergi ke bait suci.”
Sambil saya mendengar saudari ini, saya teringin untuk menjerit, “Kamu sedang melakukannya! Kamu sedang melakukan segala yang Bapa Syurgawi hendak dan harapkan kamu lakukan!”
Tidak hairanlah, ramai yang menyatakan bahawa berkat yang dijanjikan Bapa kita adalah “terlalu jauh,” terutamanya apabila hidup kita dipenuhi cabaran. Tetapi Amulek mengajar “kehidupan inilah waktu …bersedia untuk bertemu dengan Tuhan”8 Ia bukan untuk menerima semua berkat kita. Presiden Packer menjelaskan, “’Dan mereka semua hidup bahagia buat selama-lamanya’ tidak pernah ditulis ke dalam lakonan kedua. Frasa itu kepunyaan lakonan ketiga apabila misteri-misteri telah diselesaikan dan segalanya dijadikan baik.”9 Namun, satu visi tentang berkat-berkat agung yang dijanjikan oleh Bapa mestilah menjadi tumpuan utama di depan mata kita setiap hari—dan juga kesedaran “belas kasihan-Nya yang besar”10 yang kita alami setiap hari.
Saudari-saudari, saya tidak tahu mengapa kita menghadapai banyak cabaran yang ada, tetapi adalah perasaan peribadi saya bahawa ganjarannya sangat besar, sangat abadi dan bertahan lama, begitu riang dan melebihi pemahaman kita bahawa pada hari ganjaran itu, kita mungkin terasa untuk berkata kepada Bapa penyayang dan berbelas kasihan kita, “Adakah itu semua yang diperlukan?” Saya percaya jika kita boleh setiap hari mengingati dan mengenali kedalaman kasih sayang Bapa Syurgawi dan Juruselamat ada terhadap kita, kita akan rela membuat apa-apa sahaja yang Mereka minta untuk kembali ke hadirat Mereka. Para saudari, adakah ia penting, jika, pada akhirnya, cabaran-cabaran kita adalah apa yang melayakkan kita untuk kehidupan abadi dan kemuliaan dalam kerajaan Tuhan bersama Mereka?
Saya bersaksi bahawa badan kita adalah kurniaan kudus dari Bapa Syurgawi dan apabila kita mengekalkan kehidupan suci dan bersih melalui korban tebusan Juruselamat kita dan mengekalkan visi ganjaran yang dijanjikan oleh Bapa di hadapan kita, kita akan satu hari nanti menerima “segala yang Bapa [kita] miliki.”11 Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.