2010–2019
Mata Iman
Persidangan Umum April 2019


Mata Iman

Jika kita memilih apa yang kita ingin terima dalam perisytiharan itu, kita mengelirukan pandangan abadi kita, dengan meletakkan kepentingan tinggi terhadap pengalaman kita kini dan di bumi.

Sebaik sebelum penyaliban-Nya, Yesus telah dibawa untuk menghadapi Pilatus di dewan penghakiman. “Adakah kamu raja orang Yahudi?” Pilatus bertanya dengan menghina. Yesus membalas: “Pemerintahan-Ku bukan dari dunia ini. … Aku [telah] dilahirkan dan datang ke dunia untuk satu maksud sahaja; Aku datang untuk berkata tentang apa yang benar. Sesiapa yang menerima apa yang benar, mendengarkan Aku.”

Pilatus bertanya dengan sinis, “Apakah yang benar itu?”1

Di dalam dunia hari ini, soalan “Apakah yang benar itu?” boleh menjadi sesuatu yang amat kompleks bagi minda duniawi.

Satu carian Google bagi “Apakah yang benar itu?” memberi lebih daripada sejuta jawapan. Kita punyai lebih banyak informasi dalam telefon bimbit kita berbanding dengan semua buku-buku di dalam satu bangunan perpustakaan. Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan informasi dan pendapat. Suara-suara yang memujuk dan menarik mengejar kita di mana jua kita berada.

Tersangkut dengan kekeliruan hari ini, tidak hairanlah ramai yang menyerahkan diri kepada kata-kata yang disebut 2,500 tahun yang lalu oleh Protagoras kepada Socrates yang muda: “Apa yang benar bagi anda,” dia berkata, “adalah benar bagi anda, dan apa yang benar kepada saya adalah benar bagi saya.”2

Kebenaran melalui injil Yesus Kristus yang Dipulihkan

Oleh kerana berkat injil Yesus Kristus yang dipulih, kita mengisytiharkan dengan rendah hati bahawa ada perkara yang tentunya benar. Kebenaran-kebenaran abadi ini sama bagi setiap putera dan puteri Tuhan.

Ayat suci mengajar, “Kebenaran adalah pengetahuan tentang hal-hal sebagaimana ianya ada, dan sebagaimana adanya dahulu, dan sebagaimana adanya yang akan datang.”3 Kebenaran memandang ke belakang dan ke depan, memperluaskan perspektif titik kecil kita dalam masa.

Yesus berfirman, “Akulah jalan, kebenaran, dan kehidupan.”4 Kebenaran menunjukkan kita jalan ke kehidupan abadi, dan ia hanya diperoleh melalui Juruselamat kita, Yesus Kristus. Tidak ada cara yang lain.

Yesus Kristus mengajar kita bagaimana untuk hidup dan, melalui Korban Tebusan dan Kebangkitan-Nya, Dia memberi pengampunan bagi dosa-dosa kita dan kebaqaan di seberang tirai. Ini sangat benar.

Dia mengajar kita bahawa adalah tidak penting jika kita kaya atau miskin, terkenal atau tidak, canggih atau sederhana. Malah, perjuangan kita adalah untuk memperkuatkan iman kita kepada Tuhan Yesus Kristus, memilih baik daripada jahat, dan mematuhi perintah-perintah Dia. Walaupun kita merayakan inovasi sains dan perubatan, kebenaran Tuhan merentasi segala penemuan tersebut.

Dalam pertentangan kebenaran abadi, sentiasanya terdapat penipuan yang mengalihkan perhatian anak-anak Tuhan daripada kebenaran tersebut. Alasan-alasan musuh sentiasa sama. Dengarlah berikut, yang disuarakan 2,000 tahun yang lalu:

“[Anda] tidak dapat tahu tentang apa yang [anda] tidak nampak. … [Apapun yang seseorang lakukan] bukanlah jenayah.”

[Tuhan tidak memberkati anda, tetapi] setiap [orang makmur] menurut bakatnya [sendiri].”5

“Bahawa tidaklah masuk akal bahawa makhluk seperti … Kristus … [adalah] Putera Tuhan.”6

“[Apa yang anda percaya merupakan tradisi bodoh dan] kekalutan [fikiran]mu.”7 Bagaikan zaman ini bukan?

Melalui pemulihan injil, Tuhan telah memberi kita cara untuk belajar dan ketahui kebenaran-kebenaran asas rohani: kita pelajarinya melalui ayat suci, melalui doa peribadi dan pengalaman kita sendiri, melalui nasihat-nasihat nabi dan rasul hidup, dan melalui bimbingan Roh Kudus, yang dapat membantu kita untuk “mengetahui kebenaran segala sesuatu.”8

Kebenaran Dinyatakan secara Roh

Kita boleh ketahui segala sesuatu tentang Tuhan jika kita mencarinya secara rohani. Paulus telah berkata, “Tidak ada orang yang mengetahui hal-hal Tuhan, kecuali melalui Roh Tuhan. … [Kerana] ia dibezakan secara rohani.”9

Lihatlah lukisan ini oleh Michael Murphy. Dari segi pandangan ini, anda mungkin sukar untuk percaya bahawa ia merupakan satu gambaran mata manusia. Namun, apabila anda melihat titikan tersebut dari segi pandangan lain, anda dapat perhatikan keindahan penciptaan artis itu.

Maka, kita melihat kebenaran rohani Tuhan melalui perspektif mata iman. Paulus berkata: “Sesiapa yang tidak mempunyai Roh Tuhan, tidak dapat menerima kurnia daripada Roh Tuhan: kerana orang seperti itu tidak dapat memahaminya dan menganggapnya suatu kebodohan sahaja. Kurnia daripada Roh Tuhan hanya dapat dinilai secara rohani.”10

Ayat suci, doa-doa kita, pengalaman kita sendiri, nabi-nabi moden, dan kurnia Roh Kudus memberi kita perspektif rohani kebenaran yang diperlukan bagi perjalanan kita di bumi.

Perisytiharan melalui Mata Iman

Marilah kita lihat perisytiharan keluarga dengan menggunakan mata iman.

Presiden Gordon B. Hinckley memperkenalkan “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia” dengan kenyataan ini: “Disebabkan terdapatnya banyak pendapat palsu di dunia yang dianggap sebagai kebenaran, banyak penipuan berkenaan standard dan nilai-nilai, banyak godaan yang mencemarkan dunia, kami terdorong untuk memberi peringatan kepada [anda].”11

Perisytiharan itu bermula dengan: “Semua insan—lelaki dan perempuan—dicipta untuk menyerupai Tuhan. Setiap insan adalah anak rohani lelaki atau anak rohani perempuan kepada ibu bapa syurgawi, dan, oleh demikian, masing-masing mempunyai sifat dan takdir ilahi.”

Ini merupakan kebenaran abadi. Anda dan saya bukanlah kemalangan alamiah.

Saya suka kata-kata berikut: “Di dalam pra-fana, anak-anak rohani lelaki dan perempuan mengenali dan menyembah Tuhan sebagai Bapa Abadi mereka.”12

Kita hidup sebelum dilahirkan. Identiti individu kita telah dicapkan dalam diri kita buat selama-lamanya. Dalam cara yang kita tidak fahami dengan seluruhnya, perkembangan rohani kita di dunia pra-fana mempengaruhi diri kita di sini.13 Kita telah menerima rancangan Tuhan. Kita tahu bahawa kita akan mengalami kesusahan, kesakitan, dan kesedihan di bumi ini.14 Kita juga tahu bahawa Juruselamat akan datang dan jika kita membuktikan kelayakan kita, kita akan bangkit di masa Kebangkitan, memperoleh “kemuliaan yang ditambahkan ke atas kepala [kita] untuk selama-lamanya.”15

Perisytiharan itu jelas: “Kami mengisytiharkan bahawa cara dengan mana kehidupan fana dicipta adalah ditetapkan oleh Tuhan. Kami menegaskan kesucian kehidupan dan kepentingannya di dalam rancangan kekal Tuhan.”

Rancangan Bapa kita menggalakkan seorang suami dan isteri untuk membawa anak-anak ke dalam dunia dan mewajibkan kita untuk mempertahankan bayi yang belum dilahirkan.

Asas-asas Perisytiharan Berkait Bersama dengan Indah

Jika kita memilih apa yang kita ingin terima dalam perisytiharan itu, kita mengelirukan pandangan abadi kita, dengan meletakkan kepentingan tinggi terhadap pengalaman kita kini dan di bumi. Dengan merenungkan perisytiharan melalui doa dan mata iman, kita boleh lebih memahami bagaimana asas-asas berkait dengan indahnya, menyokong satu sama lain, mengungkapkan rancangan Bapa bagi anak-anak-Nya.16

Adakah kita patut hairan apabila nabi-nabi Tuhan masih mengisytiharkan kehendak-Nya dan soalan-soalan masih wujud? Namun, ada yang menolak suara nabi-nabi dengan serta merta,17 tetapi ada yang berdoa dan renungkan soalan-soalan ikhlas mereka—soalan-soalan yang akan diselesaikan dengan kesabaran dan mata iman. Jika perisytiharan telah diungkapkan pada abad yang lain, soalan-soalan masih akan wujud, hanya soalan-soalan itu berbeza dengan yang didapati hari ini. Satu tujuannya nabi-nabi adalah untuk membantu kita menyelesaikan soalan-soalan yang ikhlas.18

Sebelum menjadi Presiden Gereja, Presiden Russell M. Nelson berkata: “Nabi-nabi memandang ke hadapan. Mereka melihat bahaya yang diletakkan oleh musuh atau yang akan datang dalam hidup kita. Nabi-nabi juga meramalkan kemungkinan dan keistimewaan besar yang datang kepada mereka yang mendengar dengan keinginan untuk patuh.19

Saya bersaksikan kebenaran dan kuasa rohani suara bersatu Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas.

Dunia Berjalan Pergi

Dalam kehidupan saya, kita telah perhati perubahan dramatik dalam kepercayaan dunia berkenaan banyak asas-asas yang diajar dalam perisytiharan itu. Ketika zaman remaja dan awal perkahwinan saya, ramai di dunia tidak mengikuti standard Tuhan yang kita panggil hukum kemurnian, di mana perhubungan seksual hanya boleh berlaku di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang telah berkahwin secara sah. Ketika saya berumur 20-an dan 30-an, ramai yang tidak mempedulikan perlindungan kudus terhadap bayi yang belum dilahirkan, kerana pengguguran semakin diterima. Kebelakangan ini, ramai yang telah meninggalkan hukum Tuhan di mana perkahwinan merupakan penyatuan kudus di antara seorang lelaki dan seorang perempuan.20

Memerhati ramai yang telah meninggalkan sempadan-sempadan yang Tuhan telah tetapkan mengingatkan kita pada satu hari di Kapernaum ketika Juruselamat mendeklarasikan keilahian-Nya dan sedihnya “banyak pengikut … tidak mahu mengikut Dia lagi.”

Juruselamat kemudiannya menanya Dua Belas Rasul: “Adakah kamu pun akan meninggalkan Aku?”

Petrus membalas:

“Tuhan, kepada siapakah kami akan pergi? Kata-kata Tuhan memberikan hidup sejati dan kekal.

“Sekarang kami percaya dan yakin bahawa Kristus utusan suci daripada Tuhan.”21

Tidak Semua Lengkap Rapi dalam Perisytiharan

Terdapat ramai orang, tua dan muda, yang setia dan patuh injil Yesus Kristus, walaupun pengalaman kini mereka tidak sepadan dengan perisytiharan keluarga: kanak-kanak yang kehidupan terganggu oleh penceraian; para remaja yang rakan-rakannya mempersendakan hukum kemurnian; para lelaki dan perempuan bercerai yang telah dilukai oleh pasangan yang tidak setia; suami isteri yang tidak dapat melahirkan anak; lelaki dan wanita yang berkahwin dengan pasangan yang tidak percaya dalam injil terpulih; lelaki dan wanita bujang yang, atas pelbagai sebab, tidak dapat berkahwin.

Seorang kawan selama 20 tahun, yang saya amat kagumi, masih bujang disebabkan tarikan sama jantina. Dia masih setia kepada perjanjian bait sucinya, telah pun mengembangkan bakat kreatif dan profesionalnya, dan telah melayan dengan baik di gereja dan dalam komuniti. Baru-baru ini dia berkata kepada saya, “Saya dapat bersimpati dengan mereka yang memilih untuk tidak mematuhi hukum kemurnian di dalam dunia ini. Tetapi bukankah Kristus meminta kita untuk menjadi ‘bukan dari dunia ini’? Jelasnya standard Tuhan berbeza dengan standard dunia.”

Hukum-hukum manusia sering kali berada di luar sempadan yang ditentukan oleh hukum-hukum Tuhan. Kepada mereka yang ingin menggembirakan Tuhan, iman, kesabaran, dan ketekunan semestinya diperlukan.22

Isteri saya, Kathy, dan saya kenali seorang saudari bujang, kini dalam umur pertengahan 40-an, yang amat berbakat dalam kebolehan profesionalnya dan melayan dengan tekun dalam bahagiannya. Dia juga telah pun mematuhi hukum-hukum Tuhan. Dia telah menulis:

“Saya mimpikan pada satu harinya saya akan diberkati dengan seorang suami dan anak-anak. Saya masih menunggu. Ada masanya, situasi saya membawa perasaan terabai dan kesunyian, tetapi saya cuba elak memfokuskan perkara yang saya tidak punyai dan sebaliknya apa yang saya kini punyai dan bagaimana saya boleh membantu orang lain.

“Layanan kepada keluarga lanjutan, bahagian saya, dan di bait suci telah membantu saya. Saya tidak dilupai atau keseorangan kerana saya sebahagian daripada, dan kita semua sebahagian daripada, satu keluarga yang lebih besar.”

Terdapat Seorang Yang Memahami

Ada yang akan berkata, “Kamu tidak faham situasi saya.” Saya mungkin tidak memahami, tetapi saya bersaksi bahawa terdapatnya Satu yang memahami.23 Terdapatnya Satu yang ketahui akan beban-beban anda, oleh kerana pengorbanan-Nya di taman dan di atas salib. Apabila anda mencari Dia dan mematuhi perintah-perintah-Nya, saya berjanji bahawa Dia akan memberkati anda dan memikul beban-beban yang terlalu berat untuk dipikul sendiri. Dia akan memberi anda rakan-rakan abadi dan peluang untuk melayan. Paling penting sekali, Dia akan mengisi anda roh berkuasa iaitu Roh Kudus dan menyinarkan kelulusan syurgawi terhadap anda. Tiada pilihan, tiada alternatif yang menafikan persahabatan Roh Kudus atau berkat-berkat abadi layak dipertimbangkan.

Saya tahu Juruselamat hidup. Saya bersaksi bahawa Dia punca segala kebenaran yang penting dan Dia akan memenuhi segala berkat yang dijanjikan kepada mereka yang mematuhi perintah-perintah-Nya. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Yohanes 18:33, 36–38.

  2. William S. Sahakian dan Mabel Lewis Sahakian, Ideas of the Great Philosophers (1966), 28.

  3. Ajaran dan Perjanjian 93:24.

  4. Yohanes 14:6

  5. Alma 30:15, 17.

  6. Helaman 16:18.

  7. Lihat Alma 30:14, 23, 27.

  8. Moroni 10:5.

  9. Terjemahan Joseph Smith, 1 Korintus 2:11 [dalam 1 Korintus 2:11, nota kaki c]; 1 Korintus 2:14.

  10. 1 Korintus 2:14.

  11. Gordon B. Hinckley, “Stand Strong against the Wiles of the World,” Ensign, Nov. 1995, 100. Presiden Russell M. Nelson baru-baru ini menjelaskan beberapa sejarah periystiharan, seperti mana dirumuskan oleh Sheri Dew Insights from a Prophet’s Life: Russell M. Nelson (2019), 208:

    “Pada satu hari di tahun 1994, Kuorum Dua Belas Rasul berada di bilik majlis mereka di Bait Suci Salt Lake membincangkan isu-isu berkaitan keluarga. Mereka mempertimbangkan segalanya dari sifat bahan lucah yang semakin berada di mana-mana ke potensi perundangan anti keluarga yang pelbagai. Ini bukanlah perbincangan yang baru, tetapi seluruh agenda hari itu berpusar kepada topik penting ini.

    “Dua Belas mengkaji semula ajaran-ajaran dan polisi-polisi, mempertimbangkan perkara yang tidak boleh diubah—ajaran—dan perkara-perkara yang mungkin diubah—polisi-polisi. Mereka membincangkan isu-isu yang akan datang, termasuklah tekanan masyarakat untuk menerima perkahwinan antara sama jantina dan hak-hak transgender. ‘Namun itu bukannya pengakhiran yang kami lihat,’ Elder Nelson jelaskan. ‘Kami dapat lihat usaha-usaha pelbagai komuniti yang ingin menghapuskan segala standard dan batas-batas yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti seksual. Kami nampak kekeliruan jantina. Kami dapat lihat semuanya yang akan berlaku.’

    “Perbincangan lanjutan ini, termasuk yang lain dalam satu jangka masa, mendorong kepada keputusan bahawa Dua Belas harus menyediakan satu dokumen, mungkin satu perisytiharan, menggaris rangkakan pendirian Gereja berkenaan keluarga dan mengemukakannya kepada Presidensi Utama untuk dipertimbangkan.”

  12. Keluarga: Satu Perisytiharan kepada Dunia,” Liahona, Mei 2017, 145.

  13. Presiden Dallin H. Oaks berkata: “Ramai manusia fana yang telah dilahirkan di dunia ini memilih rancangan Bapa dan berjuang untuknya. Ramai di antara kita juga telah membuat perjanjian bersama Bapa berkenaan apa yang kita akan lakukan dalam kefanaan. Melalui cara yang belum lagi diungkapkan, tindakan kita di dunia roh mempengaruhi kefanaan kita” (“The Great Plan of Happiness,” Ensign, Nov. 1993, 72).

  14. Lihat Dallin H. Oaks, “Kebenaran dan Rancangan,” Liahona, Nov. 2018, 25–28.

  15. Abraham 3:26.

  16. Presiden Dallin H. Oaks telah kata:

    “Orang Suci Zaman Akhir yang setia percaya bahawa perisytiharan keluarga, yang diterbitkan hampir suku abad lalu, merupakan penegasan semula Tuhan berkenaan kebenaran Injil yang diperlukan untuk menyokong kita ketika menghadapi cabaran-cabaran keluarga hari ini …

    “Saya bersaksi bahawa perisytiharan keluarga merupakan satu kenyataan kebenaran abadi, kehendak Tuhan untuk anak-anak-Nya yang menginginkan kehidupan abadi. Ia telah pun menjadi asas ajaran Gereja dan dipraktikkan selama 22 tahun dan akan berterusan di masa yang akan datang. Pertimbangkan sedemikian, ajarkannya, hidupinya, dan anda akan diberkati apabila anda maju terus terhadap kehidupan abadi. …

    “… Saya percaya bahawa tingkah laku kita terhadap dan penggunaan perisytiharan keluarga merupakan salah satu ujian tersebut untuk generasi ini. Saya doakan semua Orang Suci Zaman Akhir akan berdiri teguh dalam ujian itu” (“Rancangan dan Perisytiharan,” Liahona, Nov. 2017, 30–31).

  17. Presiden Russell M. Nelson telah berkata: “Ada yang memberi gelaran kepada kita [sebagai] pentaksub, tetapi pentaksub adalah mereka yang tidak membenarkan kita untuk berasa bagaimana kita ingin berasa tetapi menginginkan kita untuk membenarkan mereka berasa bagaimana mereka ingin berasa. Pendirian kita akhirnya berkaitan dengan hukum kemurnian. Sepuluh Perintah masih sah. Ia tidak pernah dimansuhkan. … Ia bukanlah hak istimewa kami untuk menukar hukum yang Tuhan telah titahkan” (dalam Dew, Insights from a Prophet’s Life, 212).

  18. “Walaupun keluarga sedang diserang di seluruh dunia, kebenaran-kebenaran dalam perisytiharan keluarga akan mengukuhkan anda.

    “Anda remaja-remaja hebat dengan hak kelahiran mulia perlu faham akibat-akibat daripada masyarakat kini yang bertempur dengan definisi perkahwinan. Debat terkini melibatkan soalan di mana bolehkah dua orang sama jantina dikahwinkan. Jika anda mempunyai soalan berkenaan pendirian Gereja berkenaan ini atau isu penting yang lain, renung dan doalah, dan kemudian beri perhatian kepada pesanan-pesanan kenabian yang akan datang di persidangan umum Gereja pada bulan Oktober. Ucapan-ucapan terilham itu, bersertakan inspirasi daripada Roh Kudus, akan memberi pemahaman yang lebih lengkap kepada minda anda” (Russell M. Nelson, “Youth of the Noble Birthright: What Will You Choose?” [Pertemuan rohani Sistem Pendidikan Gereja bagi orang dewasa muda, 6 Sept. 2013], siaran.ChurchofJesusChrist.org).

  19. Russell M. Nelson, “Stand as True Millennials,” Liahona, Oct. 2016, 53.

  20. Presiden Nelson telah berkata: “Kerajaan-kerajaan awam dipengaruhi hebat oleh aliran sosial dan falsafah-falsafah duniawi apabila mereka menulis, menggubal, dan menguatkuasakan udang-undang. Tanpa menghiraukan apapun yang dikanunkan oleh perundangan awam, ajaran Tuhan berkenaan perkahwinan dan prinsip moral tidak boleh diubah. Ingatlah: dosa, walaupun disahkan oleh manusia, masih dosa di mata Tuhan!” (“Decisions for Eternity,” Liahona, Nov. 2013, 108).

  21. Yohanes 6:66–69.

  22. Lihat Alma 32:41–43; Saya sentiasa kagum bahawa dalam bab hebat ini berkenaan peningkatan iman kita, hemah iman, kesabaran, dan ketekunan disebutkan bersama dalam setiap tiga ayat terakhir.

  23. Lihat Alma 7:12; Yesus Kristus bukan hanya menderita bagi dosa-dosa tetapi juga kelemahan-kelemahan kita juga: “Dia akan mengambil ke atas diri-Nya kematian yang mengikat umat-Nya; dan Dia akan mengambil ke atas diri-Nya kelemahan mereka, agar sanubari-Nya boleh dipenuhi dengan belas kasihan, menurut keadaan daging, agar Dia boleh mengetahui menurut keadaan daging bagaimana menyokong umat-Nya menurut kelemahan mereka.” (Sinonim bagi kelemahan adalah penyakit, kekurangan, kesengsaraan.) Lihat Ajaran dan Perjanjian 88:6: “Dia yang naik ke syurga, seperti juga Dia telah turun di bawah segalanya, dimana Dia memahami segalanya, agar Dia boleh berada dalam segalanya dan melalui segalanya, cahaya kebenaran.”

Cetak