2010–2019
Jadilah Sempurna—Pada Akhirnya
Oktober 2017


2:3

Jadilah Sempurna—Pada Akhirnya

Jika kita bertabah, kehalusan kita akan dilengkapkan dalam keabadian.

Kitab-kitab suci dituliskan untuk memberkati dan menggalak kita, dan memangnya mereka boleh buat demikian. Kita bersyukur kepada syurga demi setiap bab dan ayat yang sudah diberikan. Tetapi adakah anda beri perhatian kadangkala ada petikan yang nampaknya mengingatkan kita bahawa kita tidak sempurna? Sebagai contohnya, Khutbah di atas Bukit bermula dengan ajaran yang lembut, tetapi dalam ayat-ayat yang berikutan, kita diberitahu untuk tidak hanya jangan membunuh tetapi juga jangan menjadi marah. Kita tidak hanya diberitahu untuk jangan berzina tetapi juga jangan ada perasaan berahi. Kepada mereka yang minta, kita harus berikan baju dan jubah kita. Kita harus kasihi musuh kita, memberkati orang yang menganiaya kita, dan membuat baik kepada mereka yang benci anda.1

Jika kita hanya baca ayat-ayat tersebut pastinya kita tidak akan ada markah yang tinggi pada kad laporan injil kita, dan pastinya kita tidak akan dapat mengikut perintah terakhir ini iaitu untuk menjadi sempurna, seperti Bapa kita di syurga yang sempurna.2 Dengan perintah terakhir ini, kita mahu mengaku kalah dan tidak hendak cuba untuk mengikut ajaran-ajaran itu. Matlamat selestial itu nampaknya tidak boleh dicapai. Tetapi Tuhan tidak berikan kita perintah yang Dia tahu kita tidak boleh ikut. Marilah kita bincangkan kebingungan ini.

Dalam Gereja saya dengar ramai yang ada masalah ini: “Saya tidak cukup baik.” “Saya terlalu tidak sempurna.” “Saya tidak akan menjadi layak.” Saya dengar ini dari remaja. Saya dengar ini dari penginjil. Saya dengar ini dari penganut baru. Saya dengar ini dari ahli sepanjang hidup. Seorang , saudari yang berpandangan kata, Setan memutarkan perjanjian dan perintah ke kutukan dan penghukuman. Dia memutarkan injil yang mutlak dan berilham ke kebencian diri dan kesengsaraan.3

Apa yang saya kata sekarang tidak menafikan atau mengecilkan perintah Tuhan. Saya percaya kesempurnaan-Nya, dan saya tahu kita anak-anak rohani-Nya yang berpotensi untuk menjadi seperti Dia. Saya juga tahu bahawa, sebagai anak-anak Tuhan, kita tidak harus merendahkan dan mencerca diri sendiri, kerana menghukum diri sendiri tidak akan membolehkan kita menjadi orang yang Tuhan ingin kita jadi. Tidak! Dengan kerelaan untuk bertaubat dan satu hasrat untuk kesolehan dalam hati kita, saya harap kita akan mengejar perkembangan dalam cara yang tidak termasuk mendapati ulser atau bulimia, berasa sedih atau merobohkan harga diri. Ini bukan yang Tuhan inginkan bagi budak-budak Sekolah Primer atau sesiapa pun yang menyanyi,“saya cuba menjadi seperti Yesus.”4

Saya hendak mengingatkan kita semua bahawa kita hidup dalam dunia yang jatuh dan kita orang yang sudah jatuh. Kita berada dalam kerajan telesial, dieja dengan t, bukan s. Presiden Russell M. Nelson ajar, dalam kefanaan kesempurnaan masih “belum lengkap.”5

Jadi saya percaya bahawa Yesus tidak berniat bagi khutbah-Nya pada subjek ini menjadi satu teguran tentang kelemahan kita. Tidak, satu percaya khutbah-Nya ialah satu penghormatan kepada Tuhan Bapa yang Abadi dan apa yang boleh kita capai bersama Dia dalam keabadian. Saya bersyukur untuk mengetahui bahawa walaupun saya tidak sempurna, Tuhan adalah sempurna—Dia berupaya untuk mengasihi musuh-Nya, kerana kerap kali, kerana sifat “manusia alamiah”6 dalam diri kita, kita menjadi musuh itu. Betapa syukur saya tahu bahawa Tuhan memberkat orang yang benci Dia kerana dengan tidak sengaja, kadang kala kita semua benci Dia. Saya bersyukur bahawa Tuhan berbelas kasihan dan seorang pendamai kerana saya perlukan belas kasihan dan dunia ini perlukan kedamaian. Tentunya, semua yang kita sebutkan tentang hemah Bapa kita juga sebut tentang Putera Tunggal-Nya, yang hidup dan mati demi kesempurnaan yang sama.

Saya kata dengan tergesa-gesa bahawa dengan berfokus ke atas pencapaian Bapa dan Putera, dan bukan kegagalan kita tidak berikan kita sebarang alasan demi satu hidup yang tidak berdisiplin atau merendahkan standard kita. Tidak, injil sudah diajar dari permulaan dan dipulihkan pada zaman kita untuk menyempurnakan orang-orang suci, sehingga kita menjadi perawakan seluruh Kristus.7 Saya cadang bahawa satu tujuan utama satu ayat suci atau perintah mungkin adalah untuk mengingatkan kita tentang “perawakan seluruh Kristus”8 mengilhamkan kasih sayang dan kekaguman kepada Dia dan satu hasrat lebih besar untuk menjadi seperti Dia.

“Ya, datanglah Kepada Kristus dan disempurnakan di dalam Dia … ,” Moroni merayu. “Mengasihi Tuhan dengan segala daya, fikiran dan kekuatanmu, … agar dengan rahmat-Nya kamu boleh menjadi sempurna di dalam Kristus.9 Satu-satunya harapan kita untuk mencapai kesempurnaan yang benar adalah untuk menerima ia sebagai satu kurnia dari syurga—kita tidak boleh “mendapatnya sebagai gaji”. Jadi, kurnia rahmat Kristus tidak hanya berikan penyelamatan dari kedukaan dan dosa tetapi juga penyelamatan dari kritikan diri yang berterusan.

Saya gunakan salah satu perumpamaan Juruselamat untuk menjelaskan ini dalam cara yang berbeza. Seorang hamba berhutang wang sebanyak 10,000 kepingan emas kepada rajanya. Setelah mendengar rayuan hamba itu demi kesabaran dan belas kasihan,“Raja itu kasihan kepadanya lalu menghapuskan semua hutangnya.” Tetapi hamba yang sama itu tidak mengampunkan seorang hamba lain yang berhutang wang sebanyak 100 kepingan perak kepada dia. Setelah mendengari ini, raja itu mengeluh, “Sepatutnya kamu mengasihani rakanmu, sebagaimana beta sudah mengasihani kamu.”10

Ada pendapat yang berbeza-beza di kalangan sarjana mengenai nilai wang yang disebut di sini, tetapi untuk memudahkan pemahaman, jika jumlah 100 kepingan perak adalah seperti 100 ringgit kini, 10,000 kepingan emas yang diampuni dengan bebas mungkin hampir 1 bilion ringgit—atau lebih!

Sebagai satu hutang peribadi, ini satu jumlah yang amat besar, di luar pemahaman kita. (Tiada seorang pun boleh membeli belah sebanyak ini!) Untuk tujuan perumpamaan ini, ia seharusnya di luar pemahaman kita, ia sepatutnya di luar keupayaan kita untuk bayar hutang itu. Kerana ini bukan satu cerita tentang pergaduhan dua orang hamba dalam Perjanjian Baru. Cerita ini adalah tentang kita, keluarga manusia yang sudah jatuh—penghutang fana, pelanggar, dan banduan. Kita setiap orang ialah penghutang, dan hukum kita haruslah pemenjaraan, Kita akan berada di situ jika tanpa rahmat Raja kita yang membebaskan kita kerana Dia mengasihi kita dan berasa kasihan terhadap kita.11

Yesus gunakan satu jumlah yang tidak dapat diukur kerana Korban Tebusan-Nya ialah satu kurnia yang tidak dapat difahami yang dibayar dengan satu jumlah yang tidak dapat diukur. Bagi saya, inilah sebahagian tujuan perintah Yesus untuk menjadi sempurna. Mungkin kita tidak mampu menunjukkan kesempurnaan 10,000 wang emas yang dicapai oleh Bapa dan Putera, tetapi adalah adil Mereka menanya kita untuk bertingkah laku lebih seperti Tuhan dalam perkara yang kecil, supaya kita berucap dan berkelakuan, mengasihi dan mengampuni, bertaubat dan memperbaiki sekurang-kurangnya pada taraf kesempurnaan seperti 100 kepingan perak, yang jelasnya mampu kita lakukan.

Saudara saudari, kecuali Yesus, tidak ada kehidupan yang sempurna pada perjalanan bumi ini, jadi saya harap dalam kefanaan ini kita akan berusaha demi perkembangan yang stabil tetapi jangan terlalu memikir tentang sesuatu yang ahli sains tingkah laku panggilkan “keingin-sempurnaan toksik.”12 Kita halus mengelakkan harapan itu ke atas diri sendiri, orang lain, dan mereka yang dipanggil untuk melayan dalam Gereja—bagi Orang Suci Zaman Akhir ini bererti setiap orang, kerana kita semua dipanggil untuk melayan.

Mengenai ini, Leo Tolstoy menulis satu cerita tentang seorang imam yang dikritik oleh seorang dari jemaahnya. Kritik itu berputus bahawa asas yang diajar oleh imam yang buat kesilapan itu mestinya juga salah.

Untuk membalas kritikan itu, imam berkata “Lihatlah kehidupan saya sekarang dan bandingkan ia dengan kehidupan lama saya. Anda akan nampak bahawa saya cuba mematuhi kebenaran yang saya khutbah.” Kerana dia tidak berupaya untuk mematuhi standard yang dia ajar, imam itu mengakui bahawa dia sudah gagal. Tetapi dia kata:

“Seranglah saya, [jika anda suka,] saya lakukan ini ke atas diri sendiri, tetapi [jangan] serang … jalan yang saya ikut. … Jika saya tahu jalan balik [tetapi] saya terhuyung-hayang sepanjang jalan itu, adalah jalan itu kurang benar kerana sayaterhuyung-hayang?

“…Jangan teriak dengan seronok, ‘Tengok dia! … Dia merangkak dalam bencah!’ Jangan bermegah-megah, tetapi … bantu saya [dalam perjalanan balik ke Tuhan.]”13

Saudara dan saudari, kita setiap orang berhasrat untuk mencapai satu kehidupan yang lebih seperti Kristus tetapi kita tidak sentiasa berjaya mencapai ia. Jika kita mengaku dengan jujur dan cuba untuk memperbaiki, kita bukan hipokrit; kita manusia. Semoga kita tidak biarkan kebodohan fana kita, dan kelemahan yang tidak dapat dielakkan, buatkan kita sinis terhadap kebenaran injil, kebenaran Gereja, harapan kita demi masa depan kita atau kemungkinan untuk mencapai ketuhanan. Jika kita bertabah, kehalusan kita akan dilengkapkan dalam keabadian—iaitu erti kesempurnaan dalam Perjanjian Baru.14

Saya bersaksi tentang destinasi agung itu, sedia bagi kita melalui Korban Tebusan Tuhan Yesus Kristus, yang berterus “dari rahmat ke rahmat”15 sehingga Dia menerima dalam kebaqaan-Nya16 satu keseluruhan kemuliaan selestial yang sempurna.17 Saya bersaksi pada saat ini bahawa Dia, dengan tangan yang berparut, berikan kita rahmat, memegang kita sehingga satu hari kita juga balik ke rumah bersama Dia dalam pelukan Bapa yang Abadi kita. Demi saat yang sempurna ini, saya terus berusaha, betapa susahnya pun. Demi kurnia yang sempurna ini, saya terus bersyukur, betapa tidak secukupnya. Saya lakukan ini dalam nama Kesempurnaan, Dia yang cukup sempurna tetapi mengasihi kita semua, mahupun Tuhan Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat Matius 5:1-47.

  2. Matius 5:48.

  3. Lihat Darla Isackson, “Satan’s Counterfeit Gospel of Perfectionism,” Meridian Magazine, 1 Jun 2016, ldsmag.com.

  4. “I’m Trying to Be like Jesus,” Children’s Songbook, 78–79.

  5. Lihat Russell M. Nelson, Perfection Pending,” Ensign, Nov. 1995, 86–88.

  6. Mosia 3:19.

  7. Efesus 4:12–13.

  8. Efesus 4:13.

  9. Moroni 10:32; penekanan ditambah.

  10. Lihat Matius 18:24-33.

  11. Ajaran dan Perjanjian 121:4.

  12. Lihat Joanna Benson and Lara Jackson, “Nobody’s Perfect: A Look at Toxic Perfectionism and Depression,” Millennial Star, 21 Mac 2013, millennialstar.org.

  13. “The New Way,” Leo Tolstoy: Spiritual Writings, sel. Charles E. Moore (2006), 81–82.

  14. Untuk satu fahaman erti kata Greek yang digunakan dalam Perjanjian Baru bagi perfect (“teleios”), lihat ucapan persidangan umum Oktober 1995 President Russell M. Nelson “Perfection Pending” (Ensign, Nov. 1995, 86–87).

  15. Ajaran dan Perjanjian 93:13.

  16. Lihat Lukas 13:32.

  17. Lihat Ajaran dan Perjanjian 93:13