2010–2019
Kitab Mormon: Apa Akan Terjadi Kepada Hidup Anda Tanpa Ia?
Oktober 2017


2:3

Kitab Mormon: Apa Akan Terjadi Kepada Hidup Anda Tanpa Ia?

Dalam satu cara yang mukjizat dan luar biasa, Kitab Mormon mengajar kita tentang Yesus Kristus dan injil-Nya.

Pada tahun 1986, saya dijemput untuk memberikan satu kuliah yang khas pada satu universiti di Accra, Ghana. Di situ saya menemui ramai orang kenamaan, termasuk seorang raja puak Afrika. Sebelum kuliah itu bermula, raja itu berbual dengan saya melalui ahli linguistiknya, yang menterjemah untuk kami. Saya balas kepada ahli linguistik itu, dan dia kemudiannya menterjemahkan balasan saya kepada raja itu.

Selepas kuliah saya, raja itu datang kepada saya, tetapi kali ini tanpa ahli linguistiknya. Saya hairan mendengar dia berucap bahasa Inggeris yang sempurna—lebih lagi, Inggeris dari England!

Raja itu nampaknya keliru. “Siapakah engkau?” dia tanya.

Saya balas, “Saya seorang Rasul Yesus Kristus yang sudah ditahbiskan.”

Kemudian raja itu menanya, “Apakah yang boleh anda ajar saya tentang Yesus Kristus?”

Saya balas dengan satu soalan: “Bolehkah saya tanya apa yang anda sudah tahu tentang Dia?”

Balasan raja itu ungkapkan bahawa dia seorang pelajar Alkitab yang serius dan dia mengasihi Tuhan.

Kemudian saya tanya sama ada dia tahu tentang pelayanan Yesus Kristus kepada orang di Amerika purba?

Seperti yang saya jangka, dia tidak.

Saya jelaskan bahawa selepas Penyaliban dan Kebangkitan Juruselamat, Dia pergi kepada orang di Amerika purba, di mana Dia ajarkan injil-Nya. Dia menubuhkan Gereja-Nya dan memerintah pengikut-pengikut-Nya menyimpan satu rekod tentang pelayanan-Nya di kalangan mereka.

“Rekod itu,” saya terus kata, “kami panggil Kitab Mormon. Ia ialah satu kesaksian lagi tentang Yesus Kristus. Ia satu kitab suci tambahan kepada Alkitab.”

Pada masa ini, raja itu menjadi sangat berminat Saya menanya presiden misi yang menemani saya jika dia ada satu salinan Kitab Mormon. Dia keluarkan satu dari beg bimbitnya.

Saya buka ke 3 Nefi chapter 11, dan saya dan raja itu bacakan khutbah Juruselamat kepada bangsa Nefi. Kemudian saya berikan Kitab Mormon itu kepada dia. Saya tidak akan lupakan balasannya: “Mungkin anda boleh berikan saya berlian dan batu delima, tetapi tidak ada apa-apa pun yang lebih berharga kepada saya daripada ilmu tambahan ini tentang Tuhan Yesus Kristus.”

Selepas mengalami kuasa firman Juruselamat dalam 3 Nefi, raja itu mengisytiharkan, “Jika saya menyertai Gereja, saya akan bawakan seluruh puak saya.”

“Oh, Raja,” saya balas,“Itu tidak berlaku seperti itu. Penukaran hati ialah satu perihal individu. Juruselamat melayan bangsa Nefi satu demi satu. Setiap individu menerima satu kesaksian tentang injil Yesus Kristus.”1

Yesus Kristus melayan orang Nefi

Saudara saudari, betapakah berharga Kitab Mormon bagi anda ? Jika anda diberikan berlian atau batu delima atau Kitab Mormon, apakah yang anda akan pilih? Yang manakah lebih berharga kepada anda?

Ingatlah pada sesi pagi hari Ahad persidangan umum April 2017, Presiden Thomas S. Monson merayu “kita untuk mengaji dan merenungkan Kitab Mormon setiap hari.”2 Ramai membalas rayuan nabi kita.

Saya dan Riley yang berumur lapan tahun tidak tahu ada orang mengambil gambar kami. Berikan perhatian kepada Riley yang membaca Kitab Mormonnya dengan satu penanda muka surat yang tertulis “Saya Anak Tuhan.

Presiden Nelson dan Riley mengaji kitab suci

Sesuatu yang berkuasa berlaku apabila seorang anak Tuhan mencari untuk lebih mengetahui tentang Dia dan Putera-Nya. Kebenaran-kebenaran ini diajar dengan paling jelas dan paling berkuasa dalam Kitab Mormon.

Semenjak cabaran Presiden Monson enam bulan lalu, saya cuba mengikut nasihatnya. Di kalangan perkara lain, saya sudah senaraikan apakah Kitab Mormon, perkara yang ia tegaskan, perkara yang ia menyangkal, perkara yang ia menggenapi, perkara yang ia jelaskan, dan perkara yang ia ungkapkan. Mengaji Kitab Mormon dalam cara-cara ini menjadi satu pengalaman yang amat berilham! Saya cadangkan cara ini kepada anda semua.

Sepanjang enam bulan lalu ini, saya juga jemput pelbagai kumpulan—termasuk Saudara-saudara saya dalam Kuorum Dua Belas, para penginjil di Chile, dan presiden-presiden misi serta isteri mereka yang berada di Argentina— untuk merenungkan tiga soalan berikut yang saya mendorong anda untuk merenung hari ini:

Pertama, apa akan terjadi kepada hidup anda tanpa Kitab Mormon? Kedua, apakah akan anda tidak tahu? Dan ketiga, apakah akan anda kurang?

Jawapan-jawapan yang bersemangat dari kumpulan-kumpulan ini datang terus dari hati mereka. Berikut ialah beberapa komen mereka:

“Tanpa Kitab Mormon, saya akan menjadi keliru tentang ajaran dan pendapat yang bertentangan mengenai banyak perkara. Saya akan tetap seperti sebelum saya menyertai Gereja, semasa saya mencarikan ilmu, iman, dan harapan.”

Seorang lagi kata: “Saya tidak akan tahu tentang peranan Roh Kudus dalam hidup saya.”

Seorang lagi: “Saya tidak akan faham tujuan saya pada bumi ini dengan jelasnya!”

Seorang lagi balas: “Saya tidak akan tahu bahawa ada perkembangan yang berterusan selepas hidup fana. Kerana Kitab Mormon, saya tahu adanya kehidupan selepas kematian. Itulah matlamat terpenting kita.”

Komen terakhir itu buatkan saya merenungkan hidup saya banyak dekad lalu semasa saya seorang residen pakar bedah. Kadangkala, salah satu tanggungjawab serius seorang pakar bedah, adalah untuk memberitahu keluarga apabila seorang meninggal dunia. Dalam satu hospital di mana saya pernah kerja, ada satu bilik yang berpad di mana ahli-ahli keluarga menerima berita itu. Dalam bilik itu, ada orang yang menunjukkan kesedihan mereka dengan menghentam kepala pada dinding berpad itu. Saya hendak mengajar mereka tentang kematian, walaupun ia sukar bagi orang yang masih hidup, ia sebahagian yang penting dalam kewujudan baqa kita. Kematian membenarkan kita untuk berkembang dalam dunia yang akan datang.3

Seorang lagi jawab: “Saya tidak ada satu hidup sehingga saya baca Kitab Mormon. Walaupun saya sudah berdoa dan menghadiri Gereja saya sepanjang hidup saya, Kitab Mormon menolong saya untuk berkomunikasi dengan Bapa Syurgawi buat kali pertama.”

Seorang lagi kata: “Tanpa KItab Mormon, saya tidak akan faham bahawa Juruselamat tidak hanya menderita untuk dosa saya, tetapi Dia juga boleh menyembuhkan kesakitan dan kesedihan saya.”4

Seorang lagi balas: Saya tidak akan tahu bahawa kita ada nabi yang membimbing kita.”

Mengaji kebenaran dalam Kitab Mormon secara mendalam boleh mengubah hidup kita. Seorang cucu perempuan kami yang melayan misi, Sister Olivia Nelson, berjanji seorang penyelidik injil jika dia baca Kitab Mormon setiap hari, markah ujian peperiksaan universitinya akan meningkat. Dia buat demikian, dan markahnya meningkat.

Sister Olivia Nelson

Saudara saudari, saya bersaksi bahawa Kitab Mormon memang firman Tuhan. Ia mengandungi jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang penting dalam kehidupan. Ia ajarkan ajaran Kristus.5 Ia lebih jelaskan banyak kebenaran yang “jelas dan berharga”6 yang sudah hilang melalui masa dan banyak penterjemahan Alkitab.

Kitab Mormon berikan pemahaman yang paling lengkap dan sahih tentang Korban Tebusan Yesus Kristus di mana-mana pun. Ia ajarkan erti benar untuk dilahirkan semula. Dari Kitab Mormon, kita belajar tentang pengumpulan Israel yang bercerai-berai. Kita tahu mengapa kita di bumi. Kebenaran-kebenaran ini dan lain diajar dengan lebih berkuasa dan lebih menyakinkan dalam Kitab Mormon. Kitab Mormon mengandungi kuasa penuh injil Yesus Kristus. Ini satu kebenaran.

Kitab Mormon menjelaskan ajaran-ajaran Tuhan dan mendedahkan taktik musuh.7 Kitab Mormon ajarkan ajaran benar untuk melenyapkan tradisi agama palsu—seperti pembaptisan bayi.8 Kitab Mormon berikan tujuan kepada hidup dengan menegas kita untuk merenungkan potensi hidup abadi dan “kebahagiaan yang tak akan berakhir.”9 Kitab Mormon memusnahkan kepercayaan palsu bahawa kegembiraan boleh didapati dalam kejahatan10 dan hanya kebaikan individu diperlukan untuk kembali kepada hadirat Tuhan.11 Ia memansuhkan konsep palsu bahawa wahyu tamat dengan Alkitab selama-lamanya dan syurga sudah tutup hari ini.

Apabila saya fikir tentang Kitab Mormon, saya fikir tentang kuasa. Kebenaran Kitab Mormon ada kuasa untuk menyembuh, menghiburkan hati, memulihkan, menolong, memperkuatkan, dan meriangkan jiwa kita.

Saudara saudari yang saya kasihi, saya janji bahawa semasa anda mengaji Kitab Mormon setiap hari, anda akan buat pilihan yang lebih baik—setiap hari. Saya janji bahawa apabila anda merenungkan perkara yang anda kaji, tingkap syurga akan buka, dan anda akan menerima jawapan kepada soalan anda dan arahan untuk hidup anda. Saya janji bahawa apabila anda asyik mengaji Kitab Mormon setiap hari, anda boleh dilindungi daripada kejahatan hari ini, termasuk serangan pornografi dan ketagihan lain yang memusnahkan minda.

Apabila saya dengar orang kata, termasuk saya diri sendiri, “Saya tahu Kitab Mormon adalah benar,” saya hendak kata, “Itu baik, tetapi tidak cukup!” Kita perlu rasa dalam “lubuk hati” kita,12 bahawa Kitab Mormon jelasnya ialah firman Tuhan. Kita mesti rasa begitu mendalam sehingga kita tidak mahu hidup tanpa ia satu hari pun. Saya memparafasakan Presiden Brigham Young (1801–77) dengan kata berikut, “Saya ingin mempunyai suara tujuh petir untuk membangunkan orang ramai”13 ke kebenaran dan kuasa Kitab Mormon.

Kita harus menjadi seperti penginjil muda ini yang melayan di Eropah yang rasa begitu mendalam tentang kebenaran Kitab Mormon sehingga dia lari dengan satu Kitab Mormon ke seorang lelaki yang dijumpai dia dan temannya dalam satu taman.

Penginjil berlari

Saya bersaksi bahawa Joseph Smith ialah nabi zaman keagamaan terakhir ini. Dia menterjemah kitab kudus ini melalui kurnia dan kuasa Tuhan. Kitab ini akan menolong menyediakan dunia untuk Kedatangan Kedua Tuhan.

Saya bersaksi bahawa Yesus Kristus ialah Putera Tuhan yang hidup. Dia ialah Juruselamat kita, Penebus kita, Teladan teragung kita, dan Pembela kita kepada Bapa. Dia ialah Mesias yang dijanjikan, Mesias fana, dan akan menjadi Mesias milenial. Saya bersaksi dengan seluruh jiwaku bahawa dalam satu cara yang mukjizat dan luar biasa, Kitab Mormon mengajar kita tentang Yesus Kristus dan injil-Nya.

Saya tahu bahawa Presiden Thomas S. Monson ialah nabi Tuhan pada bumi hari ini. Saya mengasihi dan menyokong dia dengan segala hati saya. Saya bersaksi dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.

Senarai Kitab Mormon Presiden Nelson

Kitab Mormon ialah:

  • Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus Penulis-penulis utamanya—Nefi, Yakub, Mormon, Moron—dan penterjemahnya, Joseph Smith, semua ialah saksi Tuhan.

  • Satu rekod tentang pelayanan-Nya kepada orang yang tinggal di Amerika purba.

  • Benar seperti yang ditetapkan oleh Tuhan.

Kitab Mormon menegaskan:

  • Identiti individu Bapa Syurgawi dan Putera-Nya yang Dikasih, Yesus Kristus.

  • Keperluan Kejatuhan Adam dan kebijaksanaan Hawa, supaya manusia boleh berbahagia.

Kitab Mormon menyangkalkan tanggapan bahawa:

  • Wahyu tamat dengan Alkitab.

  • Bayi perlu dibaptiskan.

  • Kegembiraan boleh didapati dari kejahatan.

  • Kebaikan individu cukup untuk mencapai permuliaan (tatacara dan perjanjian diperlukan).

  • Kejatuhan Adam mencemarkan manusia dengan “dosa asal.”

Kitab Mormon menggenapi nubuat alkitab bahawa:

  • “Domba lain” akan dengar suara-Nya.

  • Tuhan akan lakukan “suatu pekerjaan menakjubkan dan suatu keajaiban,” berfirman “dari dalam tanah.”

  • “Kayu yang melambangkan Israel” dan “kayu yang melambangkan Yehuda” akan menjadi satu.

  • Israel yang bercerai-berai akan dikumpulkan pada zaman akhir dan bagaimana ini akan berlaku.

  • Tanah warisan keturunan Joseph ialah Hemisfera Barat Amerika.

Kitab Mormon menjelaskan pemahaman tentang:

  • Kewujudan pra-fana kita.

  • Kematian. Adalah sebahagian yang wajib dalam rancangan kegembiraan Tuhan.

  • Kewujudan selepas kefanaan bermula di firdaus.

  • Kebangkitan badan, bersatu semula dengan roh, menjadi satu jiwa yang baqa.

  • Penghakiman kita oleh Tuhan akan menurut kerja-kerja dan keinginan hati kita.

  • Bagaimana tatacara-tatacara dilaksanakan dengan betul: sebagai contoh, pembaptisan, sakramen, anugerah Roh Kudus.

  • Korban Tebusan Yesus Kristus.

  • Kebangkitan.

  • Peranan penting malaikat.

  • Sifat abadi imamat.

  • Bagaimana tingkah laku manusia lebih dipengaruhi oleh kuasa kata daripada kuasa pedang.

Kitab Mormon mengungkapkan maklumat yang tidak diketahui dahulu:

  • Pembaptisan dilaksanakan sebelum kelahiran Yesus Kristus.

  • Bait-bait suci dibina dan digunakan oleh orang-orang di Amerika purba.

  • Joseph, anak lelaki Israel ke 11, meramalkan peranan nabi Joseph Smith.

  • Nefi (pada 600–592 B.C.) meramalkan pencarian dan penjajahan Amerika.

  • Ada bahagian-bahagian Alkitab yang berharga sudah hilang.

  • Cahaya Kristus diberikan kepada setiap orang.

  • Kepentingan hak pilihan individu dan keperluan pertentangan dalam segala hal.

  • Amaran tentang “komplot-komplot pembunuhan dan segala jenis kerja kegelapan rahsia.”