Nilai Yang Tidak Dapat Diukur
Kita boleh sentiasa menikmati bisikan Roh Kudus, menentusahkan kebenaran nilai rohani kita.
Semasa mengunjungi Sierra Leone di Afrika Selatan, saya mengambil bahagian dalam satu mesyuarat yang dipimpin oleh seorang pemimpin Sekolah Primer pancang. Mariama memimpin dengan kasih sayang, beradab, dan keyakinan yang senang untuk menganggap bahawa dia sudah lama menjadi ahli Gereja. Tetapi Mariama seorang penganut baru.
Adik perempuannya menyertai Gereja dahulu dan menjemput Mariama untuk menghadiri satu kelas Gereja bersama dia. Mariama berkenan oleh pesanan kelas itu. Pelajaran hari itu mengenai hukum kemurnian. Dia menjemput para penginjil untuk mengajar dia dan tidak lama kemudian dia menerima satu kesaksian tentang Nabi Joseph Smith. Dia dibaptiskan pada tahun 2014, dan anak perempuannya dibaptiskan bulan lepas. Bayangkan, dua ajaran asas yang mendatangkan penganutan Mariama ialah hukum kemurnian dan Nabi Joseph Smith, ini dua perkara yang dipandang sebagai usang, tak penting dan susah diterima oleh dunia. Tetapi Mariama menyaksi bahawa dia serupa rama-rama tertarik oleh cahaya. Dia kata, “Apabila saya memperoleh injil, saya dapat cari diri sendiri.” Dia menyedari nilainya melalui asas-asas ilahi. Nilainya sebagai seorang anak perempuan Tuhan diungkapkan kepada dia melalui Roh Kudus.
Marilah bertemu adik-beradik Singh dari India. Renu, di kanan, yang pertama daripada lima orang adik beradik perempuan untuk menyertai Gereja, mengongsi berikut:
“Sebelum saya menyelidik Gereja, saya tidak rasa saya seorang yang istimewa. Saya hanya salah seorang daripada orang ramai, dan masyarakat dan kebudayaan saya tidak ajar saya bahawa saya bernilai secara individu. Apabila saya belajar tentang injil dan sedar bahawa saya seorang anak perempuan Bapa Syurgawi, saya berubah. Saya berasa istimewa—Tuhan menciptakan saya, jiwa saya dan nyawa saya dengan nilai dan tujuan.
“Sebelum saya memperoleh injil dalam hidup saya, saya selalu cuba membuktikan kepada orang lain bahawa saya istimewa. Tetapi apabila saya tahu tentang kebenaran, iaitu saya seorang anak perempuan Tuhan, saya tidak perlu membuktikan apa-apa pun kepada sesiapa pun. Saya tahu saya istimewa. … Jangan fikir anda bukan apa-apa pun.”
Presiden Thomas S. Monson kata dengan sempurna apabila dia memetik kata-kata berikut: “Nilai satu jiwa ialah keupayaannya untuk menjadi seperti Tuhan.”1
Baru-baru ini saya menemui seorang remaja puteri yang faham kebenaran ini. Namanya Taiana. Saya menemui dia di Hospital Primary Children di Salt Lake City. Taiana seorang junior di sekolah menengah apabila dia didiagnosis penyakit barah. Dia berjuang dengan berani selama 18 bulan sebelum meninggal dunia beberapa minggu lalu. Taiana penuh dengan cahaya dan kasih sayang. Dia terkenal kerana senyumannya yang berjangkit-jangkit. Apabila ditanya, “Mengapa ini berlaku kepada kamu, Taiana?” Dia balas, “Mengapa tidak?” Taiana cuba menjadi seperti Juruselamat yang dia sangat kasihi. Semasa kunjungan kami, saya mendapati bahawa Taiana sedar tentang nilai ilahinya. Kesedaran bahawa dia seorang anak perempuan Tuhan berikan dia kedamaian dan keberanian untuk menghadapi cubaannya yang begitu besar secara positif.
Mariama, Renu, dan Taiana mengajar kita bahawa Roh akan menetap kepada kita nilai ilahi individu kita. Mengetahui dengan benar-benarnya bahawa anda seorang anak perempuan Tuhan akan mempengaruhi setiap aspek hidup anda dan akan membimbing anda dalam pelayanan anda setiap hari. Presiden Spencer W. Kimball menjelas dengan kata-kata berikut:
“Tuhan ialah Bapa anda. Dia menyayangi anda. Dia dan ibumu di syurga menghargai anda sehingga tidak boleh diukur. … Anda unik. Dicipta dari kebijaksanaan abadi yang membolehkan anda menuntut kehidupan abadi.
“Anda tidak harus menyoal dalam minda anda tentang nilai anda. Segala tujuan rancangan injil adalah untuk menyediakan satu peluang kepada kita untuk mencapai potensi penuh kita, iaitu perkembangan abadi dan kemungkinan untuk mencapai ketuhanan.”2
Kita mesti membezakan dua kata yang penting ini: nilai dan kelayakan. Mereka tidak sama. Nilai rohani bererti untuk menilaikan kita diri sendiri seperti Bapa Syurgawi menilaikan kita, bukan seperti dunia menilaikan kita. Nilai kita sudah ditentukan sebelum kita datang ke bumi. “Kasih sayang Tuhan adalah tak terbatas dan bertahan selamanya.”3
Sebaliknya, kelayakan dicapai melalui kepatuhan. Jika kita berdosa, kita lebih kurang layak, tetapi kita masih bernilai! Kita terus bertaubat dan berusaha untuk menjadi seperti Yesus dengan nilai kita tidak terjejas. Seperti yang diajar oleh Presiden Brigham Young: “Jiwa yang paling rendah pada bumi sekarang … bernilai besar.”4 Walau apa pun, kita selalu bernilai dalam mata Bapa Syurgawi kita.
Sungguhpun adanya kebenaran ini, berapa ramai orang menderita, dari masa ke masa, dengan fikiran atau perasaan negatif tentang diri sendiri? Saya ada. Ini satu perangkap yang biasa. Setan ialah bapa semua tipuan, terutamanya mengenai gambaran salah sifat dan tujuan ilahi kita. Memperkecilkan diri sendiri tidak baik bagi kita. Ia menghalang perkembangan kita. Kita selalu diajar, “Tidak ada orang boleh membuat anda merasa rendah tanpa keizinan anda.”5 Kita boleh henti membandingkan perkara buruk kita dengan kebaikan orang lain. “Perbandingan mencuri kegembiraan”6
Sebaliknya, Tuhan memastikan kita bahawa apabila kita ada fikiran yang murni, Dia akan memberkati kita dengan keyakinan, mahupun keyakinan untuk mengetahui identiti benar kita. Tidak ada masa sepenting sekarang untuk mematuhi firman-Nya. “Biarlah kebajikan mengisi fikiranmu dengan tidak ada hentinya,” Dia berfirman, “Maka rasa percayamu akan menjadi kuat di hadirat Tuhan; … Roh Kudus akan menjadi rakanmu terus menerus.”7
Tuhan mengungkapkan kebenaran tambahan kepada Nabi Joseph Smith: “ Dia yang menerima daripada Tuhan, biarlah dia menganggapnya daripada Tuhan; dan biarlah dia bersukacita bahawa dia dianggap oleh Tuhan layak untuk menerima.”8 Apabila kita merasa Roh, seperti yang dijelaskan oleh ayat ini, kita mengenali bahawa perasaan itu datang dari Bapa Syurgawi kita. Kita mengakui dan memuji Dia atas berkat-Nya. Kemudian kita bersukacita bahawa kita dianggap layak untuk menerima berkat.
Bayangkan pada suatu pagi, anda membaca kitab suci dan Roh membisik kepada anda bahawa perkara yang anda baca adalah benar. Bolehkah anda mengenal Roh dan bersukacita bahawa anda rasa kasih sayang-Nya dan layak untuk menerimanya?
Para ibu, mungkin anda melutut di sebelah anakmu yang berumur empat tahun semasa dia mengucapkan doa malamnya. Satu perasaan datang kepada anda semasa anda dengar doanya. Anda rasa kasih sayang dan kedamaian. Perasaan itu sekejap sahaja, tetapi anda mengenal bahawa anda, pada saat itu, dianggap layak untuk menerima. Kita mungkin jarang atau langsung tidak menerima penyataan rohani yang besar; tetapi kita boleh sentiasa menikmati bisikan Roh Kudus menentusahkan kebenaran nilai rohani kita.
Tuhan menjelaskan perhubungan di antara nilai kita dan korban tebusan-Nya apabila Dia berfirman:
“Ingatlah nilai jiwa adalah mahal dalam pandangan Tuhan;
“Kerana, lihatlah, Tuhan Penebusmu menderita kematian dalam daging; kerananya Dia menderita rasa sakit semua orang, agar semua orang boleh bertaubat dan datang kepada-Nya.”9
Para saudari, kerana apa yang sudah Dia lakukan bagi kita, “kita terikat kepada Dia dengan kasih sayang.”10 Dia berfirman, “Bapa-Ku mengutus-Ku agar Aku boleh diangkat ke atas salib; dan setelah Aku diangkat ke atas salib, agar Aku boleh menarik semua orang kepada-Ku.”11
Raja Benyamin juga jelaskan perhubungan ini dengan Juruselamat kita:“ Dan tengoklah, Dia akan menderita cubaan, dan rasa sakit tubuh, kelaparan, kehausan, dan keletihan, bahkan lebih daripada yang dapat manusia derita, kecuali kematian; kerana lihatlah, darah keluar dari setiap liang roma, akan sedemikian dahsyat kepedihan-Nya kerana kejahatan dan kekejian umat-Nya.”12 Penderitaan dan hasil penderitaan itu isikan hati kita dengan kasih sayang dan kesyukuran. Elder Paul E. Koelliker ajar, “Apabila kita singkirkan gangguan yang menarik kita ke arah dunia dan gunakan hak pilihan kita untuk mencari Dia, kita bukakan hati kita terhadap satu kuasa selestial yang menarik kita ke arah Dia.”13 Jikalau kasih sayang kita terhadap Juruselamat dan apa yang sudah Dia lakukan bagi kita lebih besar daripada tenaga yang kita berikan kepada kelemahan, keraguan diri, atau tabiat buruk, Dia akan menolong kita untuk mengatasi perkara yang mengakibatkan kesengsaraan dalam kehidupan kita. Dia menyelamatkan kita daripada diri kita.
Saya menekan lagi: jika tarikan dunia lebih kuat daripada iman dan kepercayaan kita kepada Juruselamat, tarikan dunia akan menang setiap kali. Jika kita pilih untuk berfokus pada fikiran negatif dan meragui nilai diri sendiri, dan tidak berpaling kepada Juruselamat, adalah lebih susah bagi kita untuk merasa tekanan Roh Kudus.
Para saudari, jangan keliru tentang identiti kita! Walaupun adalah lebih mudah untuk menjadi pasif secara rohani berbanding dengan berusaha untuk mengingat dan memeluk identiti ilahi kita, kita tidak mampu menurut nafsu pada zaman akhir ini. Semoga kita, sebagai saudari,“setialah kepada Kristus; …semoga Kristus mengangkat [kita], dan semoga penderitaan dan kematian-Nya, … dan belas kasihan dan panjang sabar-Nya, dan harapan akan kemuliaan-Nya dan kehidupan abadi, berada di dalam fikiran [kita] selamanya.”14 Apabila Juruselamat mengangkat kita ke tempat yang lebih tinggi, kita dapat lihat dengan lebih jelas siapa kita dan kita menjadi lebih dekat kepada Dia. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin