Ketagihan
Penghargaan


Penghargaan

Penyembuhan melalui Juruselamat: Program Pemulihan Ketagihan 12-Langkah Panduan Pemulihan telah menyesuaikan 12 langkah asal Alcoholics Anonymous World Services, Inc. ke dalam rangka ajaran, asas-asas, dan kepercayaan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. 12 langkah asal disenaraikan di sini, dan 12 langkah seperti yang digunakan dalam program ini muncul di sepanjang panduan ini.

12 langkah dicetak semula dan disesuaikan dengan kebenaran Alcoholics Anonymous World Services, Inc. (AAWS). Kebenaran untuk mencetak semula dan menyesuaikan 12 langkah tidak bermakna AAWS telah menyemak atau meluluskan kandungan penerbitan ini atau bahawa AAWS semestinya bersetuju dengan pandangan yang dinyatakan di sini. Alcoholics Anonymous (AA) adalah program pemulihan daripada alkohol sahaja. Penggunaan 12 langkah yang berkaitan dengan program dan aktiviti mengikut pola AA tetapi yang menangani masalah lain atau dalam mana-mana konteks bukan AA yang lain tidak membayangkan sebaliknya. Selain itu, sementara AA adalah program rohani, AA bukanlah program keagamaan. Oleh itu, AA tidak bergabung atau bersekutu dengan mana-mana mazhab, denominasi, atau kepercayaan agama tertentu.

12 langkah Alcoholics Anonymous:

  1. Kita mengakui bahawa kita tidak berdaya untuk mengatasi alkohol—bahawa hidup kita telah menjadi tidak terurus.

  2. Mempercayai bahawa Kuasa yang lebih besar daripada diri kita sendiri dapat memulihkan kewarasan kita.

  3. Memutuskan untuk memalingkan kehendak kita dan hidup kita ke dalam penjagaan Tuhan seperti yang kita fahami-Nya.

  4. Membuat inventori moral kita sendiri yang penuh renungan dan berani.

  5. Mengakui kepada Tuhan, kepada diri sendiri, dan kepada manusia lain tentang sifat sebenar kesalahan kita.

  6. Bersedia sepenuhnya untuk membenarkan Tuhan menyingkirkan semua kelemahan perwatakan kita.

  7. Dengan rendah hati meminta Dia untuk menyingkirkan kekurangan kita.

  8. Buat senarai tentang semua orang yang kita telah lukai, dan bersedia untuk membuat pengembalian kepada mereka.

  9. Membuat pengembalian langsung kepada orang sekiranya mungkin, kecuali bila berbuat demikian akan melukai mereka atau orang lain.

  10. Teruskan membuat inventori peribadi dan apabila kita salah, segera mengakuinya.

  11. Memohon melalui doa dan meditasi untuk meningkatkan hubungan kita dengan Tuhan seperti yang kita fahami-Nya, berdoa untuk mengetahui kehendak-Nya untuk kita dan kuasa untuk melaksanakannya.

  12. Setelah mempunyai kesedaran rohani sebagai hasil mengambil Langkah-langkah ini, kita berkongsi pesanan ini kepada peminum, dan mengamalkan asas-asas ini dalam semua urusan kita.

Alcoholics Anonymous World Services, Inc.®