Ketagihan
12 Langkah


“12 Langkah,” Penyembuhan melalui Juruselamat: Program Pemulihan Ketagihan 12-Langkah Panduan Pemulihan (2023)

“12 Langkah,” Program Pemulihan Ketagihan 12-Langkah Panduan Pemulihan

Penyembuhan Melalui Juruselamat: Program Pemulihan Ketagihan

12 Langkah

Langkah 1: Mengakui bahawa kita sendiri, tidak berdaya untuk mengatasi ketagihan kita dan hidup kita menjadi tidak terurus

Langkah 2: Mempercayai kuasa Tuhan dapat memulihkan kita pada kesihatan rohani yang sepenuhnya

Langkah 3: Memutuskan untuk memalingkan kehendak kita dan hidup kita ke dalam penjagaan Tuhan, Bapa yang Abadi, dan Putera-Nya, Yesus Kristus

Langkah 4: Buat inventori moral bertulis yang penuh renungan dan berani tentang diri kita

Langkah 5: Mengakui kepada diri sendiri, kepada Bapa Syurgawi kita dalam nama Yesus Kristus, kepada wewenang imamat yang betul, dan kepada orang lain tentang sifat sebenar kesalahan kita

Langkah 6: Bersedia sepenuhnya untuk membenarkan Tuhan menyingkirkan semua kelemahan perwatakan kita

Langkah 7: Dengan rendah hati meminta Bapa Syurgawi untuk menyingkirkan kekurangan kita

Langkah 8: Buat senarai bertulis tentang semua orang yang kita telah lukai dan bersedia untuk membuat pengembalian kepada mereka

Langkah 9: Di mana mungkin, buat pengembalian langsung kepada semua orang yang kita telah lukai

Langkah 10: Teruskan membuat inventori peribadi, dan apabila kita salah, segera mengakuinya

Langkah 11: Cari melalui doa dan meditasi untuk mengetahui kehendak Tuhan dan untuk memiliki kuasa untuk melaksanakannya

Langkah 12: Setelah mempunyai kesedaran rohani melalui Korban Tebusan Yesus Kristus sebagai hasil mengambil langkah-langkah ini, kita berkongsi pesanan ini dengan orang lain dan mengamalkan asas-asas ini dalam semua yang kita lakukan