“Kata Akhir,” Penyembuhan melalui Juruselamat: Program Pemulihan Ketagihan 12-Langkah Panduan Pemulihan (2023)
“Kata Akhir,” Program Pemulihan Ketagihan 12-Langkah Panduan Pemulihan
Kata Akhir
Semasa sampai ke akhir panduan ini, kami bersaksi bahawa kita belum sampai ke akhir perjalanan kudus ini. Apabila mula-mula datang ke pertemuan pemulihan, kita membayangkan mukjizat terbesar yang kita akan alami adalah pemulihan daripada ketagihan. Kita yang mengalami berkat ini tahu bahawa ada banyak lagi kerja yang perlu dilakukan dan lebih banyak mukjizat dan rahmat untuk dialami. “Apa yang belum pernah dilihat atau didengar, atau terlintas dalam fikiran manusia, itulah yang disediakan oleh Tuhan untuk orang yang mengasihi Dia” (1 Korintus 2:9).
Kami yang telah mengambil langkah-langkah ini dan menemukan pemulihan, berharap dan berdoa agar anda juga akan diberkati dengan pemulihan penuh, termasuk berkat tambahan penyertaan penuh dalam Gereja. Menjadi bersih dan sedar adalah permulaan untuk menerima segala yang Tuhan ada untuk kita.
Sesetengah kita menyertai program ini, berfikir bahawa kita telah sembuh, berhenti menyertai, dan kemudian ketagihan berulang. Yang lain menemukan pemulihan tetapi berhenti daripada menerima berkat aktiviti penuh di Gereja. Kita mendapati pemulihan menyeluruh termasuk mencari keseimbangan dan kaitan antara 12 langkah pemulihan dan injil Yesus Kristus.
Kita menjadi makhluk baharu dalam Kristus, dan oleh itu, kita boleh menjadi alat berkuasa untuk membantu Tuhan di kedua-dua belah tirai (lihat 2 Korintus 5:17). Kami bersaksi tentang kekuatan tambahan yang kita temui semasa kita terus mengamalkan asas-asas injil ini dalam semua aspek hidup kita, termasuk aktiviti kita di Gereja. Asas-asas yang kita terapkan dalam pemulihan, pelajaran yang kita pelajari, dan pengalaman yang kita peroleh membantu kita datang sepenuhnya kepada Kristus dan membimbing kita untuk bertindak mengikut rancangan Tuhan. Kita menjadi ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir yang “bersemangat terlibat” (Ajaran dan Perjanjian 58:27).
Tuhan telah memberkati kita semasa kita menggunakan alat-alat cadangan dalam panduan ini. Bagaimanapun, Gereja Yesus Kristus adalah gudang semua alat yang kita perlukan untuk mengekalkan kesedaran kita dan berkembang dan maju di jalan perjanjian. Semasa kita menyimpulkan panduan ini, kami menjemput semua peserta dalam Program Pemulihan Ketagihan Gereja untuk “maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus, memiliki kecerahan harapan yang sempurna, dan kasih bagi Tuhan dan bagi semua manusia” (2 Nefi 31:20). Semasa melakukan itu, kita diberi janji terbesar dari semua janji Tuhan: “Kamu akan memperoleh kehidupan abadi” (ayat 20).
Kesimpulannya, kami meninggalkan kesaksian kami bahawa terdapat harapan pemulihan melalui Juruselamat Yesus Kristus dan asas-asas ini. Kami telah menyertai dalam injil dan mengambil langkah-langkah ini, dan kami tahu ia berhasil. Kami menjemput anda berdoa untuk hasrat dan kerelaan untuk meneruskan usaha ini, membenarkan rahmat Yesus Kristus yang tidak terhingga untuk melengkapkan pemulihan anda. Semoga Tuhan memberkati perjalanan anda.