Jemput Kristus untuk Mengarang Cerita Anda
Biarlah naratif anda jadi tentang iman, ikuti Teladan anda, Juruselamat Yesus Kristus.
Saya bermula dengan beberapa soalan, yang bertujuan untuk renungan diri:
-
Apakah jenis naratif peribadi yang anda tulis untuk kehidupan anda?
-
Adakah jalan yang anda gambarkan dalam cerita anda lurus?
-
Adakah cerita anda berakhir di mana ia bermula, di rumah syurgawi anda?
-
Adakah terdapat teladan dalam cerita anda—dan adakah teladan itu Juruselamat Yesus Kristus?
Saya bersaksi bahawa Juruselamat ialah “pengarang dan penyempurna iman kita.”1 Adakah anda akan jemput-Nya untuk jadi pengarang dan penyempurna cerita anda?
Dia tahu permulaan dari akhir. Dialah Pencipta syurga dan bumi. Dia mahu kita kembali kepada-Nya dan Bapa Syurgawi. Dia telah laburkan segalanya dalam kita dan mahu kita berjaya.
Apakah yang halang kita dari memalingkan cerita kita kepada-Nya?
Mungkin ilustrasi ini akan bantu penilaian diri anda.
Seorang peguam yang mahir tahu bahawa semasa pemeriksaan saksi, anda jarang bertanya soalan yang anda tidak tahu jawapannya. Menanya soalan seperti ini jemput saksi untuk beritahu anda ,hakim dan juri—sesuatu yang anda belum tahu. Anda mungkin dapat jawapan yang mengejutkan anda dan bertentangan dengan naratif yang anda telah bangunkan untuk kes anda.
Walaupun bertanya soalan yang anda tidak tahu jawapannya biasanya tidak bijak untuk seorang peguam, sebaliknya adalah benar bagi kita. Kita boleh tanya soalan kepada Bapa Syurgawi kita yang penuh kasih, dalam nama Juruselamat kita yang penuh belas kasihan, dan saksi yang jawab soalan-soalan kita ialah Roh Kudus, yang selalu bersaksi tentang kebenaran.2 Kerana Roh Kudus bekerja dalam kesatuan sempurna dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, kita tahu pernyataan Roh Kudus boleh dipercayai. Jadi, mengapakah kita kadangkala menahan untuk meminta bantuan syurgawi seperti ini, kebenaran yang dinyatakan kepada kita melalui Roh Kudus? Mengapakah kita elak menanya soalan di mana kita tidak tahu jawapannya apabila saksi bukan sahaja ramah tetapi akan selalu beritahu kebenaran?
Mungkin kerana kita tidak ada iman untuk terima jawapan yang kita mungkin akan terima. Mungkin kerana lelaki atau wanita alamiah dalam diri kita menahan untuk bergantung sepenuhnya pada Tuhan dan percayai Dia sepenuhnya. Mungkin itu sebabnya kita pilih untuk ikuti naratif yang kita telah tulis untuk diri kita sendiri, satu versi cerita kita yang tidak disunting oleh Tuan Pengarang. Kita tidak mahu tanya soalan dan dapatkan jawapan yang tidak sesuai dengan cerita yang kita tulis untuk diri sendiri.
Sesungguhnya, tidak ramai daripada kita akan menulis ke dalam cerita kita tentang percubaan yang menyempurnakan kita. Tetapi tidakkah kita suka kemuncak cerita yang kita baca ketika protagonis atasi perjuangan? Percubaan merupakan elemen-elemen komplot yang buat cerita kegemaran kita menarik, membangkitkan iman, dan layak untuk diceritakan. Perjuangan indah yang tertulis dalam cerita kita menarik kita lebih dekat kepada Juruselamat dan menyempurnakan kita, jadikan kita lebih seperti Dia.
Untuk Daud atasi Goliat, dia terpaksa lawan gergasi itu. Naratif yang senang bagi Daud adalah untuk kembali dan jaga domba-domba. Tetapi, dia merenungkan pengalamannya menyelamatkan anak domba daripada singa dan beruang. Dan membina ke atas prestasi wira itu, dia gunakan iman dan keberanian untuk membenarkan Tuhan mengarang ceritanya, mengisytiharkan, “Tuhan sudah menyelamatkan hamba daripada singa dan beruang; Dia juga akan menyelamatkan hamba daripada orang Filistin itu.”3 Dengan keinginan untuk membenarkan Tuhan menang, dengan kepekaan kepada Roh Kudus, dan kerelaan untuk membenarkan Juruselamat jadi pengarang dan penyempurna ceritanya, Daud kalahkan Goliat dan selamatkan umatnya.
Asas utama hak pilihan sememangnya membenarkan kita untuk tulis cerita kita sendiri—Daud boleh pulang ke rumah, kembali untuk jaga domba-domba. Tetapi Yesus Kristus bersedia untuk gunakan kita sebagai sarana ilahi, pensel tajam dalam tangan-Nya, untuk menulis sebuah mahakarya! Dia dengan penuh belas kasihan sanggup gunakan saya, sebatang pensel lemah, sebagai sarana dalam tangan-Nya, jika saya ada iman untuk biarkan Dia, jika saya akan benarkan Dia tulis cerita saya.
Ester merupakan contoh lain yang indah untuk membenarkan Tuhan menang. Dia gunakan iman, memalingkan dirinya sepenuhnya kepada Tuhan, dan bukan kekal dengan sebuah naratif yang berhati-hati untuk pemeliharaan diri. Haman sedang berkomplot kehancuran semua orang Yahudi di Parsi. Mordekhai, saudara-mara Ester, sedar akan rancangan itu dan menulis kepadanya, menggalaknya untuk berbicara dengan raja bagi pihak rakyatnya. Dia menceritakan kepadanya bahawa seorang yang mendekati raja tanpa dipanggil akan mati. Tetapi dalam tindakan iman yang besar, dia meminta Mordekhai untuk kumpulkan orang Yahudi dan berpuasa bagi dia. “Saya sendiri dan dayang-dayang saya pun akan berbuat demikian,” dia berkata, “Setelah itu saya akan menghadap raja, walaupun perbuatan itu melanggar undang-undang. Jika saya harus mati kerana hal itu, biarlah saya mati!”4
Ester sanggup membenarkan Juruselamat tulis ceritanya walaupun, melalui mata kefanaan, penamat mungkin akan jadi tragik. Syukurlah raja menerima Ester, dan orang Yahudi di Parsi diselamatkan.
Sudah tentu, tahap keberanian Ester jarang diperlukan daripada kita. Tetapi untuk membenarkan Tuhan menang, benarkan Dia jadi pengarang dan penyempurna cerita-cerita kita, ia perlukan kita untuk patuhi perintah-perintah-Nya dan perjanjian yang kita telah buat. Ia adalah perintah dan pematuhan perjanjian kita yang akan buka garis komunikasi bagi kita untuk terima wahyu melalui Roh Kudus. Dan melalui pernyataan Roh kita akan rasakan tangan Tuan tulis cerita kita dengan kita.
Pada April 2021, nabi kita, Presiden Russell M. Nelson, meminta kita untuk pertimbangkan apa yang kita boleh lakukan jika kita ada lebih banyak iman dalam Yesus Kristus. Dengan lebih banyak iman kepada Yesus Kristus, kita boleh tanya soalan yang kita tidak tahu jawapannya—tanya Bapa Syurgawi kita, dalam nama Yesus Kristus, untuk hantar jawapan melalui Roh Kudus, yang bersaksi tentang kebenaran. Jika kita ada lebih banyak iman, kita akan tanya soalan dan kemudian rela terima jawapan yang kita terima, walaupun ia tidak sesuai dengan naratif yang selesa. Dan berkat yang dijanjikan yang akan datang daripada bertindak dalam iman kepada Yesus Kristus merupakan peningkatan iman kepada-Nya sebagai pengarang dan penyempurna kita. Presiden Nelson mengisytiharkan bahawa kita “terima lebih banyak iman dengan melakukan sesuatu yang memerlukan lebih banyak iman.”5
Jadi, pasangan tanpa anak yang derita dari kemandulan boleh tanya dengan iman jika mereka harus mengangkat seorang anak dan rela terima jawapannya, walaupun naratif yang mereka telah tuliskan untuk diri mereka sendiri termasuk kelahiran yang ajaib.
Pasangan senior boleh tanya sama ada inilah masa untuk melayani misi dan jadi rela pergi, walaupun naratif yang mereka telah tuliskan untuk diri mereka sendiri termasuk lebih banyak masa dalam pekerjaan. Atau mungkin jawapannya adalah “belum lagi,” dan mereka akan belajar dalam bab-bab kemudian tentang cerita mereka mengapa mereka diperlukan di rumah sedikit lebih lama.
Seorang remaja putera atau puteri boleh tanya dengan iman sama ada pengejaran sukan, akademik atau muzik adalah paling bernilai dan bersedia untuk ikuti dorongan kesaksian yang sempurna, Roh Kudus.
Mengapakah kita mahu Juruselamat jadi pengarang dan penyempurna cerita-cerita kita? Kerana Dia tahu potensi kita dengan sempurna, Dia akan bawa kita ke tempat yang kita tidak pernah bayangkan. Dia boleh jadikan kita seorang Daud atau Ester. Dia akan jadikan kita lebih kuat secara rohani dan perbaiki kita untuk jadi lebih seperti Dia. Hal-hal yang kita akan capai apabila kita bertindak dengan lebih banyak iman akan meningkatkan iman kita kepada Yesus Kristus.
Saudara dan saudari, hanya satu tahun lalu nabi terkasih kita bertanya: “Adakah anda sudi [membenarkan] Tuhan menang dalam hidup anda? … Adakah anda sudi membenarkan apa pun kehendak-Nya menjadi lebih penting daripada hasrat anda yang lain?”6 Saya dengan rendah hati menambah kepada pertanyaan kenabian itu: “Bolehkah anda benarkan Tuhan jadi pengarang dan penyempurna cerita anda?”
Dalam Kitab Wahyu kita pelajari bahawa kita akan berdiri di hadapan Tuhan dan dihakimi dari kitab kehidupan, menurut pekerjaan kita.7
Kita akan dihakimi oleh kitab kehidupan kita. Kita boleh pilih untuk tulis satu naratif yang selesa untuk diri kita sendiri. Atau kita boleh benarkan Tuan Pengarang dan Penyempurna untuk tulis cerita kita bersama-sama, membenarkan peranan yang Dia perlu kita mainkan jadi keutamaan daripada cita-cita lain.
Benarkanlah Kristus jadi pengarang dan penyempurna cerita anda!
Benarkanlah Roh Kudus jadi saksi anda!
Tuliskan satu cerita di mana jalan yang anda berada adalah lurus, pada jalan yang bawa anda kembali ke rumah syurgawi anda untuk hidup di hadirat Tuhan.
Biarlah kesusahan dan kesengsaraan yang merupakan sebahagian dari setiap cerita yang baik jadi cara di mana anda dekati, dan jadi lebih seperti, Yesus Kristus.
Ceritakan kisah di mana anda mengenali bahawa syurga adalah terbuka. Tanya soalan-soalan di mana anda tidak tahu jawapannya, mengetahui Tuhan bersedia untuk beritahu kehendak-Nya kepada anda melalui Roh Kudus.
Biarlah naratif anda jadi tentang iman, ikuti Teladan anda, Juruselamat Yesus Kristus. Dalam nama Yesus Kristus, amin.