Pelayanan Misionari Memberkati Hidup Saya Selamanya
Saya berdoa agar remaja putera dan remaja puteri serta ibu bapa anda akan lihat dan ketahui bagaimana pelayanan misionari akan memberkati hidup anda selamanya.
Terima kasih, Presiden Nelson, kerana berkongsi sekali lagi nasihat mengenai pelayanan misionari.
Saudara dan saudari, beberapa tahun yang lalu semasa saya berucap dalam persidangan umum, penglihatan di mata kiri saya tiba-tiba dijejaskan oleh sesuatu yang dipanggil degenerasi makula, yang kemudiannya menjadi lebih teruk dan telah meninggalkan saya tanpa penglihatan yang berguna di mata itu.
Semasa saya hadapi cabaran ini, saya lebih bersyukur untuk penglihatan lain, termasuk penglihatan hindsight. Apabila saya lihat kembali kehidupan saya, saya dapat lihat pengalaman tertentu yang membuat perbezaan yang ketara. Salah satu pengalaman itu adalah bagaimana pelayanan misionari sepenuh masa saya sebagai seorang pemuda di England memberkati hidup saya dan membentuk takdir rohani saya.
Saya telah memikirkan bagaimana cabaran ekonomi yang berkaitan dengan Kemurungan Besar pada tahun 1930-an membawa kepada pengalaman malang untuk ibu bapa saya dan keluarga kami. Ayah saya menjadi begitu terlibat dalam penyelamatan pengedar keretanya dan menyokong keluarga dalam tempoh kesusahan ini sehingga ibu bapa saya tidak menghadiri gereja.
Walaupun kami tidak hadiri gereja sebagai sebuah keluarga, itu tidak halang saya untuk hadiri bersama kawan-kawan saya.
Pada masa itu, melayani misi berada dalam minda saya, tetapi bukan sesuatu yang saya bercakap dengan ibu bapa saya.
Semasa di kolej, beberapa kawan dan saya memutuskan untuk melayani misi. Mengunjungi uskup saya, saya mengisi permohonan misionari saya semasa ibu bapa saya berada di luar bandar. Apabila ibu bapa saya kembali, saya mengejutkan mereka dengan berita bahawa saya telah dipanggil untuk melayani di Great Britain. Saya bersyukur atas sokongan mereka terhadap keputusan ini, dan untuk kawan-kawan baik yang bantu saya buat keputusan untuk melayani.
Pelayanan misionari saya menyediakan saya untuk jadi suami dan bapa yang lebih baik dan untuk berjaya dalam bisnes. Ia juga menyediakan saya untuk pelayanan sepanjang hayat kepada Tuhan dalam Gereja-Nya.
Pada persidangan umum April 1985, saya ditugaskan untuk berucap dalam sesi imamat. Saya mengarahkan ucapan saya kepada remaja putera. Ia tentang persediaan untuk melayani sebagai seorang misionari. Saya berkata, “Dari semua latihan yang saya terima dalam tugasan Gereja saya, tiada yang lebih penting bagi saya daripada latihan yang saya terima sebagai elder yang berumur sembilan belas tahun melayani misi sepenuh masa.”1
Tuhan mengenali anda. Apabila anda melayani misi anda, anda akan ada pengalaman yang akan bantu anda mengenali-Nya dengan lebih baik. Anda akan berkembang secara rohani dalam melayani-Nya. Dalam nama-Nya, anda akan dihantar untuk melayani orang lain. Dia akan beri anda pengalaman dengan dorongan daripada Roh Kudus. Tuhan akan membenarkan anda mengajar dalam nama-Nya. Anda boleh menunjuk kepada-Nya bahawa Dia boleh mempercayai anda dan boleh bergantung kepada anda.
Hanya lebih dari lima bulan yang lalu, Elder Jeffrey R. Holland dan Elder Quentin L. Cook, yang juga melayan sebagai misionari di Kepulauan British, menyertai saya untuk mengunjungi ahli-ahli dan para misionari di negeri yang indah itu. Semasa di sana, saya merenungkan pengalaman saya sebagai seorang misionari muda. Saya bersaksi bahawa misi sayalah di mana saya ketahui Bapa Syurgawi dan Juruselamat,Yesus Kristus mengenali dan mengasihi saya.
Saya diberkati untuk ada dua presiden misi yang menakjubkan, Selvoy J. Boyer dan Stayner Richards, bersama dengan isteri mereka yang berdedikasi Gladys Boyer dan Jane Richards. Melihat kembali, saya dapat lihat dengan lebih jelas bahawa mereka mempercayai saya dan mengasihi saya. Mereka mengajar saya injil. Mereka mengharapkan banyak daripada saya. Mereka beri saya banyak tugas yang mencabar dan tanggungjawab kepimpinan untuk bantu saya berkembang dan bersedia untuk kehidupan pelayanan.
Saya juga merenungkan masa dipanggil oleh Presiden Spencer W. Kimball untuk mengetuai Misi Canada Toronto dengan isteri saya yang dikasihi, Barbara, dan anak-anak kami di sisi kami. Presiden Kimball memanggil kami untuk melayani pada April 1974, tidak lama selepas dia memberi pesanan misionarinya yang diilhamkan bertajuk “When the World Will Be Converted.”2 Dalam pesanan itu Presiden Kimball menjelaskan penglihatannya tentang bagaimana injil akan dibawa ke seluruh dunia. Dia memanggil lebih banyak misionari dari seluruh dunia. Dia mengingatkan kita tentang harapan Tuhan “bahawa setiap orang haruslah … mengangkat suara peringatan kepada penduduk bumi.”3 Ajaran Presiden Kimball tentang harapan bagi remaja putera untuk melayani misi menjadi topik perbualan di rumah di seluruh dunia. Harapan itu tidak berubah. Saya bersyukur bahawa Presiden Russell M. Nelson juga menegaskan semula harapan Tuhan pagi ini.
Ia hampir 10 tahun sejak Presiden Thomas S. Monson mengumumkan penurunan umur misionari bagi remaja putera dan puteri.4 Dalam pandangan saya, satu sebab utama perubahan ini adalah untuk memberi lebih banyak peluang kepada remaja kita untuk melayan sebagai misionari.
Sebagai Rasul Tuhan Yesus Kristus, saya sekarang memanggil anda remaja putera—dan remaja puteri yang ingin melayani misi—bermula sekarang untuk bercakap dengan ibu bapa anda tentang melayani misi. Saya juga menjemput anda untuk bercakap dengan kawan-kawan anda tentang melayani misi, dan jika salah seorang kawan anda tidak pasti tentang melayani, galakkan mereka untuk bercakap dengan uskup mereka.
Berjanji kepada diri anda dan kepada Bapa Syurgawi bahawa anda akan melayani misi dan mulai waktu ini anda akan berusaha untuk pastikan hati, tangan, dan minda anda bersih dan layak. Saya menjemput anda untuk memperoleh kesaksian kukuh tentang injil Yesus Kristus yang dipulihkan.
Para bapa dan ibu remaja yang menakjubkan ini, anda ada peranan penting dalam proses persediaan ini. Mulakan hari ini untuk bercakap dengan anak-anak anda tentang pelayanan misionari. Kita tahu bahawa keluarga adalah pengaruh yang paling mendalam dalam membantu remaja putera dan remaja puteri kita bersedia.
Jika anda masih dalam umur untuk pelayanan misionari tetapi belum melayani kerana pandemik atau sebab lain, saya menjemput anda untuk melayani sekarang. Bercakap dengan uskup anda, dan bersedia untuk melayani Tuhan.
Saya menggalakkan anda para uskup untuk bantu semua remaja putera dan remaja puteri yang dekat dengan umur misionari untuk bersedia melayani, dan saya juga menggalakkan para uskup untuk kenal pasti mereka yang sudah cukup umur tetapi belum melayani. Jemput setiap remaja putera untuk menjadi seorang misionari, dan juga setiap remaja puteri yang ingin melayani.
Kepada para misionari yang sedang melayani, kami berterima kasih kepada anda. Misi anda dijalankan semasa pandemik seluruh dunia. Hasilnya, pengalaman misi anda tidak seperti pengalaman misi saya atau pengalaman para misionari yang melayani sebelum tahun 2020. Saya tahu ia tidak mudah. Tetapi walaupun pada masa sukar ini, Tuhan ada pekerjaan untuk anda lakukan, dan anda telah lakukannya dengan baik. Contohnya, anda telah menggunakan teknologi dalam cara baharu untuk mencari mereka yang bersedia untuk belajar tentang Pemulihan injil Yesus Kristus. Apabila anda telah melayani dengan tekun dan menurut kebolehan anda, saya tahu bahawa Tuhan gembira dengan usaha anda. Saya tahu bahawa pelayanan anda akan memberkati hidup anda.
Apabila anda dilepaskan dari misi anda, ingatlah bahawa anda tidak dilepaskan dari aktiviti dan penglibatan dalam gereja. Bina di atas tabiat baik yang anda pelajari di misi anda, terus memperkuatkan kesaksian anda, bekerja keras, berdoa, dan patuh kepada Tuhan. Mentaati perjanjian yang anda telah buat. Terus memberkati dan melayani orang lain.
Saya berdoa agar remaja putera dan remaja puteri serta ibu bapa anda akan lihat dan ketahui bagaimana pelayanan misionari akan memberkati hidup anda selamanya. Semoga anda tahu dalam minda anda dan rasa dalam hati anda kuasa jemputan yang Tuhan berikan kepada para putera misionari Mosia yang hebat. Dia berkata, “Pergilah … dan tegakkanlah firman-Ku; namun kamu akan sabar dalam panjang sabar dan kesengsaraan, agar kamu boleh memperlihatkan contoh yang baik kepada mereka bersama-Ku, dan Aku akan menjadikanmu alat dalam tangan-Ku untuk penyelamatan banyak jiwa.”5
Semoga Tuhan memberkati remaja Gereja berhasrat untuk bersedia dan melayani-Nya adalah doa saya yang rendah hati pada pagi ini, dalam nama kudus Tuhan Yesus Kristus, amin.