Teguh Dalam Ribut
Apabila ribut kehidupan datang, anda boleh menjadi teguh kerana berdiri di atas batu iman anda kepada Yesus Kristus.
Saudara dan saudari yang dikasihi, kita telah diberkati hari ini untuk mendengar nasihat dan galakan dari hamba-hamba Tuhan yang diilhami Tuhan. Setiap kita, di mana pun kita berada, tahu bahawa kita hidup dalam masa peningkatan kesusahan. Doa saya agar saya boleh membantu anda berdiri teguh dalam ribut yang kita hadapi, dengan hati yang damai.1
Tempat untuk bermula adalah untuk ingat kita adalah anak Tuhan yang dikasihi dan Dia mempunyai hamba-hamba yang diilhami. Hamba-hamba Tuhan itu telah melihat zaman ini. Rasul Paulus menulis kepada Timotius, “Ingatlah hal ini! Pada hari-hari terakhir akan timbul banyak kesusahan.”2
Sesiapa yang mempunyai mata untuk melihat tanda-tanda zaman dan telinga untuk mendengar kata-kata para nabi tahu itu adalah benar. Bahaya yang paling besar datang kepada kita dari kuasa kejahatan. Kuasa-kuasa itu semakin meningkat. Jadi ia akan menjadi lebih susah, bukan lebih senang, untuk mentaati perjanjian yang kita mesti buat dan terus menjalani injil Yesus Kristus.
Bagi kita yang risaukan bagi diri dan orang kasihi, adanya harapan dalam janji dimana Tuhan telah bangunkan satu tempat yang selamat dari ribut-ribut yang akan datang.
Berikut adalah gambaran tempat itu. Ia telah digambarkan berulang kali oleh para nabi hidup. Contohnya sepertimana tercatat dalam Kitab Mormon, seorang bapa yang penuh kasih memberitahu anak-anaknya cara untuk berdiri teguh dalam ribut hidup di hadapan mereka: “Dan sekarang, anak-anakku, ingatlah, ingatlah bahawa adalah di atas batu Penebus kita, iaitu Kristus, Putera Tuhan, bahawa kamu mesti membina landasanmu; agar ketika iblis akan menghantarkan anginnya yang kuat, ya, panahan petirnya dalam puting beliung, ya, ketika semua hujan batunya dan badainya yang kuat akan melanda ke atas dirimu, ia tidak akan berkuasa ke atas dirimu untuk menyeretmu turun ke dalam jurang kegetiran dan kecelakaan tanpa akhir, kerana di atas batu yang kamu dibangunkan, yang merupakan suatu landasan yang kukuh, landasan yang mana jika manusia dibangunkan di atasnya mereka tidak dapat jatuh.”3
Kegetiran dan kecelakaan tanpa akhir yang dia katakan adalah kesan-kesan dahsyat dari dosa-dosa seandainya kita tidak bertaubat sepenuhnya darinya. Ribut yang semakin membesar adalah godaan dan serangan Setan yang semakin bertambah. Ia penting buat zaman itu dan juga sekarang untuk fahami bagaimana untuk membina di atas landasan yang kukuh itu. Bagi saya, tiada tempat yang lebih baik untuk mencari dari khutbah terakhir Raja Benyamin, juga dicatatkan dalam Kitab Mormon.
Kata-kata kenabian Raja Benyamin boleh digunakan pada zaman kita. Dia tahu dari pengalamannya sendiri kedahsyatan peperangan. Dia telah mempertahankan rakyatnya dalam pertempuran, bergantung pada kuasa Tuhan. Dia melihat dengan jelas kuasa Lusifer untuk menggoda, cuba mengawal dan mengecewakan anak-anak Tuhan.
Dia menjemput rakyat-Nya dan kita untuk membina di atas satu-satunya batu keselamatan yang kukuh, iaitu Juruselamat. Dia jelaskan kita bebas untuk memilih antara yang benar dan yang salah dan kita tidak dapat elak daripada kesan pilihan kita. Dia bercakap secara langsung dan tajam kerana dia tahu kesedihan yang datang kepada mereka yang tidak mendengar dan menghiraukan amarannya.
Inilah cara dia gambarkan kesan yang mengikuti pilihan kita sama ada mengikut dorongan Roh Kudus atau mengikuti dorongan jahat dari Setan, yang berniat untuk menggoda dan menghancurkan kita:
“Kerana lihatlah, ada suatu celaka diisytiharkan ke atas dia yang memilih untuk mematuhi roh [jahat] itu; kerana jika dia memilih untuk mematuhinya, dan tetap tinggal dan mati dalam dosa-dosanya, orang yang sama itu meminum laknat ke dalam jiwanya sendiri; kerana dia menerima untuk upahnya suatu hukuman kekal, setelah melanggar hukum Tuhan yang bertentangan dengan pengetahuannya sendiri. …
“Oleh kerana itu jika orang itu tidak bertaubat, dan tetap tinggal dan mati sebagai musuh kepada Tuhan, tuntutan keadilan ilahi membangunkan jiwa baqanya kepada kesedaran yang cergas akan kesalahannya sendiri, yang menyebabkannya mengecut dari hadirat Tuhan, dan memenuhi dadanya dengan kesalahan, dan rasa sakit, dan kepedihan, yang adalah seperti api yang tidak dapat dipadamkan, yang nyalanya naik ke atas selama-lamanya.
Raja Benyamin juga berkata, “Wahai, kamu semua orang yang tua, dan juga kamu orang yang muda, dan kamu anak-anak kecil yang dapat memahami kata-kataku, kerana aku telah berbicara dengan jelas kepadamu agar kamu boleh memahami, aku berdoa agar kamu hendaknya bangun kepada ingatan tentang keadaan dahsyat mereka yang telah jatuh ke dalam pelanggaran.”4
Bagi saya, kuasa amaran untuk bertaubat itu membentuk dalam fikiran saya satu gambaran masa yang benar apabila anda dan saya akan berdiri di hadapan Juruselamat selepas kehidupan ini. Kita sepenuh hati tidak mahu menarik diri tetapi memandang-Nya, melihat senyuman-Nya, dan mendengar Dia berkata, “Bagus, kamu hamba yang baik dan setia: … masuklah.”5
Raja Benyamin jelaskan bagaimana kita dapat menerima harapan untuk mendengar kata-kata itu jika kita berusaha untuk mengubah sifat-sifat alamiah melalui Korban Tebusan Yesus Kristus. Itulah satu-satunya cara kita boleh membina di atas landasan yang kukuh dan berdiri teguh semasa ribut godaan dan percubaan mendatang. Raja Benyamin gambarkan perubahan sifat kita dengan metafora indah yang sentiasa menyentuh hati saya. Ia digunakan oleh para nabi untuk beribu tahun dan oleh Tuhan Sendiri. Iaitu: kita mesti menjadi seperti anak—seorang anak kecil.
Bagi sesetengah orang itu tidak mudah untuk diterima. Kebanyakan kita ingin menjadi kuat. Kita mungkin lihat menjadi seperti seorang anak sebagai lemah. Kebanyakan ibu bapa menunggu hari apabila anak-anak mereka tidak seberapa kebudak-budakan Tetapi Raja Benyamin, yang juga fahami maksud menjadi seorang lelaki yang kuat dan berani, menjelaskan untuk menjadi seperti seorang anak bukanlah untuk bersifat kebudak-budakan. Ia adalah untuk menjadi seperti Juruselamat, yang berdoa kepada Bapa-Nya untuk kekuatan jalankan kehendak Bapa-Nya dan menebus dosa semua anak Bapa-Nya dan kemudian melakukannya. Sifat kita mesti diubah menjadi seperti seorang anak untuk memperoleh kekuatan yang kita harus ada untuk berdiri teguh dan merasa kedamaian pada masa-masa bahaya.
Ini huraian Raja Benyamin tentang bagaimana perubahan itu berlaku: “Kerana manusia alamiah adalah musuh kepada Tuhan, dan telah demikian sejak kejatuhan Adam, dan akan demikian, selama-lamanya, kecuali dia menyerah pada pujukan Roh Kudus, dan menanggalkan manusia alamiah dan menjadi orang suci melalui korban tebusan Kristus Tuhan, dan menjadi seperti seorang anak kecil, peserah, lembut hati, rendah hati, sabar, penuh dengan kasih, rela untuk berserah pada segalanya yang Tuhan anggap patut untuk ditimpakan ke atas dirinya, bahkan seperti anak kecil berserah kepada ayahnya”6
Kita menerima perubahan itu semasa kita membuat dan memperbaharui perjanjian dengan Tuhan. Itu membawa kuasa Korban Tebusan Kristus yang membenarkan perubahan dalam hati kita. Kita boleh merasakannya setiap kali kita mengambil sakramen, melaksanakan tatacara bait suci untuk nenek moyang yang mati, bersaksi sebagai saksi Juruselamat, atau menjaga seseorang yang memerlukan sebagai pengikut Kristus.
Dalam pengalaman-pengalaman itu, kita menjadi seperti seorang anak dalam kemampuan kita untuk mengasihi dan mematuhi. Kita berdiri di atas landasan yang kukuh. Iman kita kepada Yesus Kristus mendorong kepada pertaubatan dan mematuhi perintah-perintah-Nya. Kita patuh, memperoleh kuasa untuk menentang godaan, dan memperoleh janji penemanan Roh Kudus.
Sifat kita berubah menjadi seperti seorang anak kecil, patuh kepada Tuhan dan lebih mengasihi. Perubahan itu akan melayakkan kita untuk menikmati kurnia-kurnia yang datang melalui Roh Kudus. Memiliki penemanan Roh akan menghibur, membimbing, dan menguatkan kita.
Saya tahu beberapa maksud Raja Benyamin ketika dia berkata kita boleh menjadi seperti seorang anak kecil di hadapan Tuhan. Saya telah pelajari dari banyak pengalaman bahawa Roh Kudus selalu bercakap dengan suara yang senyap, mudah didengari apabila hati seseorang itu lembut dan peserah, seperti seorang anak kecil. Doa yang berkesan ialah “Aku hanya mahu apa yang Tuhan mahu.” Beritahulah aku. Aku akan lakukannya.”
Apabila ribut kehidupan datang, anda boleh menjadi teguh kerana berdiri di atas batu iman anda kepada Yesus Kristus. Iman itu akan mendorong kepada pertaubatan harian dan mentaati perjanjian dengan konsisten. Kemudian anda akan selalu mengingati-Nya. Dan dalam ribut kebencian dan kejahatan, anda akan berasa teguh dan penuh harapan.
Lebih daripada itu, anda akan dapati diri menjangkau untuk mengangkat orang lain pada keselamatan di atas batu bersama anda. Iman kepada Yesus Kristus selalu membawa kepada harapan yang lebih besar dan perasaan kasih ihsan terhadap orang lain, iaitu kasih sejati Kristus.
Saya memberikan kesaksian khusyuk bahawa Tuhan Yesus Kristus telah memberi anda jemputan “Marilah kepada-Ku.”7 Dia menjemput anda, kerana kasih terhadap anda dan mereka yang kasihi, untuk datang kepada-Nya demi kedamaian dalam kehidupan ini dan yang abadi di dunia yang akan datang. Dia tahu dengan sempurna ribut yang anda akan hadapi adalah sebahagian rancangan kebahagiaan.
Saya memohon kepada anda untuk menerima jemputan Juruselamat. Seperti seorang anak yang lembut hati dan pengasih, terimalah bantuan-Nya. Buat dan patuhi perjanjian yang Dia tawarkan dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Ia akan menguatkan anda. Juruselamat tahu ribut-ribut dan tempat selamat dalam perjalanan pulang kepada-Nya dan Bapa Syurgawi kita. Dia tahu jalannya. Dialah Jalan itu. Saya bersaksi dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.